Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Monday, November 08, 2010

Kualala Lumpur, You Make Me Feel So Kayap




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Happy Monday dudez.
2 hari i tak online blog rasa macam berbulan-bulan lamanya.

Weekend i kali neh terisi dengan aktiviti yang best dan suam-suam kuku.
Plan untuk ke Genting Highland terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Jadi, i gunakan kesempatan neh untuk lepak di Kualala Lumpur.
Ecewah ayat.

Sabtu pagi bertolak ke sana dalam keadaan sakit perut.
Azab okayy kalau naik bus dalam keadaan yang macam tu.
Tak senang dok.
Nasib baik kejab jer perut meragam.
Sampai Ipoh, perut dah cool.
Alhamdulillah.

Sampai Duta, encik squidward buat hal pulak.
Ada ke patut dah taw nak amek i tapi boleh lupa bawak helmet.
Memang bikin panas weih.
Ngok laa beliau neh.
Nasib baik Kelana Jaya-Duta takda laa jauh mana.
Padan muka beliau kan.
Tak pasal-pasal kena ulang alik.
Huh.

Destinasi pertama kami ialah Lowyat.
Mujur kalini encik squidward tak buat gila macam yang sebelum neh.
Beliau memang terkenal dengan perangai yang suka memalukan i.
Grrr.
Tujuan ke Lowyat adalah untuk membeli speedlight.
Yes, i berjaya merembat Nissin Speedlight dengan harga rm450.
Tataw laa bagus ke tak.
Then i rembat sekali ngan filter berharga rm50.
Baru i taw apa function filter.
Pity me.
T___T
Kata minat, tapi haraaaamm apa pun tataw.
Buat malu jaa kat brader yang jual tu.
Nasib baik brader tu cool jaa.
Kat situ pun i dengan encik squidward boleh dok gaduh-gaduh lagi.
See, beliau memang suka memalukan i.
Saja laa tu kan.

Aktiviti seterusnya ke Times Square mencuci mata.
Sekejab jer pun.
Then terus gerak ke KTV yang bawah tanah tu.
Oh ho.
Ramai betul budak-budak baru nak up kat situ.
Bilik semuanya dah full.
Yang ada hanya VIP.
Sekali lagi kitorang buat kerja gila, masuk bilik VIP padahal yang nak nyanyinya 2+2 orang jaa.
Bilik dia punya laa besar ya amat.
Encik squidward siap boleh berlari-lari, menari, goyang inul segala.
Hahaha.
(^___^)v

Bila petang sudah menjelma, balik rumah.
Bajet nak rehat seminit dua then nak p makan.
Last-last tertido sampai malam.
Pukul 10pm baru keluar p cari makan.
Malam tu lepak Showru Cafe kat Kelana Jaya pekena Bawal Special.
O men memang terbaik dari ladang.
Pukul 2am baru balik.

The next day before nak balik Taiping, kitorang pergi Amcorp Mall.
Banyak betul barang rare.
Tapi apa boleh buat, duit tak mengizinkan.
Redha jer laa.
Hmm.

Then terus ke One Cafe untuk makan sambil dengar Band Daarchlea perform.
Terkejut betul crowd boleh dikira dengan jari.
Biasanya kalau gig kat One Cafe tu, memang ramai gilaa orang.
Mungkin diorang datang lewat kut.
FTG kan perform ujung sekali.

Pukul 5pm bergerak ke Duta untuk pulang ke sarang.
Eh tetiba.
Mujur ada tiket.
Tiket jam 6pm and selamat sampai ke rumah jam 10pm.
Alhamdulillah.
Gambar nanti i upload ya.
Semalam penat sangat, tak sempat nak transfer.
Tapi tak banyak mana pun.
Biasa laa kalau keluar ngan encik squidward, bukannya dok tangkap gambar sangat pun.

Okayy laa stop kat sini dulu.
Macam panjang jer entry kali neh.
Tu belum taruk gambar lagi, kalau tak maunya cecah lantai.
Hahaha.
--XOXO--


p/s = lutut macam nak tercabut sebab terhantuk kat moto. gila sakit T___T




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics