Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Thursday, May 28, 2015

Trip To Perhentian Besar - Day 1






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Awal bulan haritu i berkesempatan untuk ke Pulau Perhentian Besar selama 4 hari 3 malam.
Perancangan dibuat lebih kurang 3 bulan sebelum tarikh berangkat.
Trip kalini i gerak seorang saja.

1 - 4 Mei 2015
Tarikh tu dipilih memandangkan waktu tu cuti panjang sebab public holiday.
Jimat annual leave i.
Hihiks.

1st thing yang i buat untuk trip kalini, cari bilik.
Memandangkan i gerak sorang, agak payah nak amek pakej.
Kebanyakan yang i tanya, minimum 2 pax untuk pakej.
Sedih!
So i decide untuk tak amek pakej.
Bukak agoda, survey bilik yang ada di Perhentian Kecil or Besar.
Majoriti full.
Kebetulan i dapat email 50% dari agoda, ada bilik kosong di Bayu Dive Lodge, Perhentian Besar.
Tanpa berfikir panjang, i terus booking bilik untuk 2 malam.
Setel part bilik.

2nd thing, cari tiket bas.
Memandangkan i dok Taiping, so takda bas direct ke Kuala Besut.
Bila i google info, i kena naik bas dari Butterworth.
Bas yang i naik tu Perdana Ekspress, booking online.
Dari Butterworth, bas neh akan turun betul betul di Stesen Bas Kuala Besut.
Sebelah Jeti Kuala Besut.
Masa i nak beli tiket bas, tinggal lagi 1 seat saja.
Mujur laa sempat beli.
Harga tiket RM48.70 tiket jam 10pm.

3rd thing, cari tiket boat.
I dapat contact no Boy di fb, kebetulan masa tu dia dok promote kat group BBM.
Bagus gak laa join group BBM neh walaupun kekadang banyak kontroversi kat situ.
Hahahahahaha.
Tiket boat yang Boy jual harganya RM60/return.

Untuk pakej snorkling and makan, i decide dah sampai sana nanti baru cari.
Sebab melalui info kawan kawan, banyak perkhidmatan pakej snorkling so boleh walk in jaa.
Makan pon tak susah, ada 2-3 restoran kat sana kalau kita tak amek pakej.

30 April 2015
Lepas habis keja, i gerak ke Butterworth.
Memandangkan tiket bas ke Kuala Besut jam 10pm, sempat laa dok melepak dulu kat stesen bas Butterworth tu.
Kemain ramai umat manusia.
Cuti panjang kan.
Pakat pakat nak balik kampung.
Hihihihi.
Tepat jam 10pm, bas ke Kuala Besut gerak.
Bas yang i naik tu double decker.
Ada plug, boleh charge gadget.
Legaaa!

1 Mei 2015
Setelah menempuh perjalanan selama 8 jam, akhirnya i tiba di Kuala Besut.
Waktu tu jam 6am.
Masih awal nak lepak kat Jeti Kuala Besut tu pon.
Mujur ada surau berdekatan situ.
Solat subuh kat situ, cuci muka and gosok gigi skali.
Hihihihi.


Jeti Kuala Besut


Bila hari dah cerah, i breakfast terus sambil tunggu Boy datang untuk pass tiket bot.
Pagi pagi pon manusia berjuta kat jeti, pakat pakat nak p Perhentian lettew.
(^^,)
Jam 10am cemtu, i naik boat.
Sebelum tu kena beli tiket untuk Taman Laut berharga RM5.
Tapi i dapat free jaa, Boy belanja.
Hahahaha.


Jeti Perlepasan


Jam 11am lebih, i tiba di Perhentian Besar.
Bot berhenti di jeti depan Arwana Resort kalau tak silap.
Pastu i menapak laa ke Bayu Dive lodge.
Tak jauh sangat pon.


Jeti berhadapan Arwana Resort


Cantik tempatnya.
Laut pon membiru dengan cuaca yang sangat baik.
Speechless.


View depan Bayu Dive Lodge


Selesai check in, i jenjalan kat tepi pantai sementara nak tunggu lunch sambil survey pakej snorkling.
Ada banyak jugak chalet kat Perhentian Besar tu.
Tapi semua dah full, ramai family datang untuk bercuti.
I dapat pakej snorkling di Fauna Chalet dengan harga RM30/4 point.

Pastu i survey skali water taxi untuk ke Long Beach untuk petang tu.
Mahal gak ah.
Tetambah i sorang jaa memang depa charge lebih sikit laa.
P petang, balik malam RM60 return.
Hmmmmm.
(-___-)"


View di Fauna Chalet


Tengahari i lunch di Bfirst Cafe.
Sebelah jaa dengan Bayu Dive Lodge.
Kemain sedap masakan depa.
I order nasi putih, tomyam sotong and teh ais dengan harga RM14 rasanya.
Portion besaq, tomyam boleh makan 2 orang.


View depan Bfirst Cafe


So petang tu, dalam jam 6pm, i gerak ke Long Beach.
Member i, Shida kebetulan amek course diving kat sana dah tunggu i.
So ada gak laa geng kat Long Beach.
Tujuan asal ke Long Beach sebab nak ke windmill yang orang selalu dok kata tu.

Ada 2 option untuk ke windmill.
Masuk ikut hutan, naik bukit or naik water taxi terus ke jeti runtuh.
I pilih masuk ikut hutan laa.
Miskin dah kalau nak naik water taxi lagi.
Hahahaha.

Boleh tahan penat gak laa sementara nak sampai ke atas sana.
Dah laa tak bawak bekalan mineral water.
Hadoooiiiii.
Tapi bila dah sampai atas sana, whooaaaa speechless.
Kemain lawa.
Penat yang berbaloi.
Kesian Shida dok dengaq i membebel penat.
Dia layankan aje karenah i.
Sebab tu i sayang dia.
Dia macam kakak i walaupun i tua ciked jaa dari dia.
Hikiks.
(^^,)


View dari windmill


Setel aktiviti kat windmill, kitorang menapak turun then terus ke cafe apentah, yang dekat dengan Ombak Resort tu.
Early dinner kat situ.
Not bad laa makanan kat situ, harga pon tak laa mahal sangat.

Malam just lepak tepi pantai, tengok orang main api.
Pastu lepak dengan Ben, my friend yang keja di Turtle Bay Divers.
Kawan dah lama tapi 1st time jumpa.
Hihihihihi.

Jam 9pm, i gerak balik ke Perhentian Besar.
Ntah laa macam boring plak Long Beach.
Hahahaha.
Dah laa tak sebersih macam kat Perhentian Besar.
Opssss!

Malam kat Perhentian Besar tak meriah macam kat Long Beach.
Malamnya lebih tenang dan sunyi.
Sebelum balik bilik, i dok melepak sat kat cafe Bayu Dive Lodge tu.
Sebab ada wifi FREE :D

Hari pertama berakhir dengan sempurna.
Get ready untuk hari ke-2 pulak.
Snorkling timeee.
Tunggu next entry okay.
Hikiks.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics