Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.
Showing posts with label Dapur Drunbella. Show all posts
Showing posts with label Dapur Drunbella. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Moist Chocolate Cake with Ganache






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini nak share resepi laa.
Last week ntah kenapa tetiba teringin nak makan choc cake.
Tapi nak buat hat bakaq, tak boleh pulak sebab oven kat rumah dah jahanam.
So try google resepi versi kukus punya.
Macam macam versi.
Ada yang simple, ada yang rumit.
Last last i follow resepi dari member i, Ziera.
Cuma resepi untuk ganache jaa i follow resepi kat google tapi i dah lupa dari blog siapa.
Huhuhuhu.
Okay meh tengok bahan bahan yang diperlukan.

----------

Bahan-bahan untuk kek

1 1/2 cawan tepung kek
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula (i guna 3/4 cawan jaa sebab takmau manis sangat)
1 cawan minyak masak/sayuran
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur (i guna size sederhana besar)
esen vanilla

**kalau pakai tepung gandum, tambahkan 1 sk baking powder, 1 sk soda bikarbonat

Cara Penyediaan

- Campurkan serbuk koko, minyak, gula, susu pekat dan susu cair ke dalam periuk dan masak di atas api yang kecil sehingga semua bahan sebati
- Pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang
- Campurkan adunan telur dan tepung ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga sebati menggunakan kaedah kaup balik
(Pastikan adunan tersebut tidak dikacau terlalu lama untuk mengelakkan kek menjadi keras dan bantat)
- Isikan adunan ke dalam bekas plastik 
- Kukus kek selama 30-35 minit atau sehingga kek masak
(Panaskan dahulu periuk kukus sehingga air betul betul mendidih, baru masukkan bekas kek ke dalam periuk kukus dan tutup bekas kek dengan penutup/aluminium foil agar air wap tidak menitik ke dalam kek)

Bahan bahan untuk ganache/topping

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
2 sb minyak

Cara penyediaan

- Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api yang kecil sehingga sebati
(Jika adunan coklat terlalu pekat dan terlebih manis, masukkan susu cair mengikut citarasa)
- Tutup api dan sambung kacau adunan coklat agar tidak berketul
- Tuang adunan coklat ke dalam bekas kek yang telah masak

----------

Mudah kan.
Tak banyak bahan pon yang digunakan.
Majoriti bahan bahan yang digunakan memang dah dok ada kat dapoq.
Cuma beli serbuk koko jaa laa.
(^___^)v

Untuk mengelakkan kek uols tak menjadi, kek keras, kek bantat, kek mendap, boleh laa baca di - sini - yer.
Selamat mencuba!!!

Okay tu jaa laa kut untuk kalini.
Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, August 28, 2011

Biskut Cornflakes Untuk Raya







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

Harini i nekad mau buat biskut raya.
Bajet nak buat malam tapi lepas berbuka jer tidur sampai laa nak sahur nanti.
Tu pun mujur daddy kejut.
Kalau tak, melepas laa nak bersahur.

So pagi tadi lepas sahur, terus berhempas pulas sediakan bahan-bahan untuk buat biskut neh.
Actually neh biskut peberet.
Every year i buat.
Hihihi.
Tahun neh jimat sikit sebab cornflakes dapat free.
^;^

Nak resepi?
Google jer laa, malas plak nak menaip.
Rasanya majoriti sama jer semua bahan nak buat biskut cornflakes.
Lalalalala.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, August 23, 2011

Ayam Goreng Crispy and Berempah




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Lama tak jumpa kan.
Hihihi.
Lately jarang update blog.
Mood nak berblog macam turut berpuasa.
Alolololo.

Btw, petang tadi i buat ayam goreng crispy.
And berempah jugak.
1st time buat.

Balik kerja tadi p Dindings, cari peha ayam kecik yang cecomel tu.
Tak tau laa apa nama saintifik dia.
Hat tu sedap sikit.
Then, beli rempah-rempah sikit.

Okay mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan masakan neh.
Cekidauuuuuuttttt.
^;^

--------------------------------------------------------------

Bahan-bahan

peha ayam cecomel (10 ketul)
3/4 tepung gandum
1/4 tepung kanji atau lebih dikenali dengan tepung ubi kayu
2 sk lada hitam
1 sk jintan putih
1 sk jintan manis
2 sk serbuk cili (nak lebih pedas, tambah laa lagi)
garam
1 biji telur



Cara Penyediaan

~ cuci peha ayam cecomel
~ gaul peha ayam cecomel dengan sedikit garam
~ mesin kering lada hitam, jintan putih dan jintan manis.
~ campurkan tepung gandum, tepung kanji, garam, bahan yang di blend kering, dan serbuk cili ke dalam 1 bekas
~ celupkan peha ayam cecomel ke dalam telur
~ kemudian godek-godekkan peha ayam cecomel tu ke dalam adunan tepung, make sure tersalut semua tepung tu
~ goreng peha ayam cecomel dalam minyak yang penuh. kalau rasa macam rugi pakai banyak minyak, agak-agak jer laa minyak tu
~ goreng laa sampai masak, pastikan api sederhana saja okay

--------------------------------------------------------------

Amacam?
Simple jer kan nak buat dia.
Rasa dia sama jaa macam kita dok beli ayam kat pasar malam tu.
Kalau nak lagi sedap, boleh gunakan tepung kentucky.
Perghhh.

Nak lagi resipi, boleh search kat website myresipi hokay.
Selamat mencuba peeps!



peha ayam cecomel siap tersalut tepung
bersedia untuk digoreng


peha ayam cecomel sedang digoreng
minyak sedang-sedang jer sebab takut rugi
mommy laa neh


peha ayam cecomel sudah siap.
ngap ngap ngap
^;^




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, July 24, 2011

Lasagna Terbalik, Jadi Roti Bakar Super Special




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Semalam i buat lasagna.
Actually tak pernah makan pun sebelum neh.
1st time buat.
So i tatau cemana rasa lasagna sebetulnya.

Lepas balik kerja, dalam pukul 3pm gitu i pun p laa Tesco.
Cari laa bahan-bahan nak buat lasagna.
Eksaited kemain.

Boleh tahan jugak kos nak buat makanan neh.
Mozarella cheese tu paling mahal.
Lepastu i beli bekas nak buat lasagna sekali.
Hahahaha.

Balik tu, mommy bisik ngan daddy.
I dengar jer apa diorang bisik.

"tu nak buat apa laa pulak tu"

So, mulakan aktiviti bersilat kat dapur.
Potong bawang segala bagai.
Baru kupas kulit, dah berair mata neh.
^;^
Agak lama jugak penyediaannya.
I start dalam pukul 4 lebih, dekat pukul 7 baru siap sepenuhnya.

Nak dijadikan cerita, masa dah keluar dari oven tu, i ingat nak pindahkan lasagna tu masuk dalam bekas lain.
Sekali kaaaaaaaaaaaaauuuuuu, bekas terbalik.
(T________T)
Berterabur atas meja.
Nasib baik 1/4 jer yang jatuh tu.
Tapi sedih kut.
Dah buat penat penat, jadi macam tu pulak.
Terus lasagna i yang cantik dan sedap tu jadi hodoh.

Pagi tadi, i dok pikiaq laa jugak nak buat cemana laa lasagna tu.
Tak makan, rugi pulak.
Dah laa kos nak buat tu mahal kan.
Bangun tidur tadi dok pikiaq.
Mula mula ingat nak beli kulit popia tapi macam malas pulak nak menggoreng.
So, i suruh daddy beli roti gardenia ke apa.

I pun buat laa roti bakar.
Buh laa inti lasagna yang i buat tu semalam.
Memang tawakal jer laa kan cemana rasa dia nanti.

Bila dah masak, wow sedap jugak.
Macam roti bakar super special sebab pakai inti lasagna.
Hahahaha.
Terus hati macam dah tak down macam semalam.



lasagna sebelum masuk oven
penuh mozarella cheese i tabur kat atas dia
nyum nyum


neh masa dia dah masak
tapi sebelum dia terbalik laa kan
photo tak clear sangat sebab pakai camera blueberry


neh masa dah jadik roti bakar
hahahaha
nak tunjuk inti dia tu tapi macam biasa laa camera murah, kualiti hampeh
sedap oh roti bakar neh
yummeh




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, May 27, 2011

DK's Homemade Chocolates With Almond







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Semalam i kata i nak buat homemade chocolates kan.
Dah jadi pun.
Ada almond dalam tu.
Mabeles and fantastic okayy.

Rasa dia macam choc cadbury.
Betul tak tipu.
I guna brand Beryl's.
Itu pun member i yang suggest.

Thanks to Medaq.
Beliau selalu beri tunjuk ajar kalau i nak buat cupcake ke, muffin ke, choc ke.
Masa nak beli Beryl's Chocolate Bar tu pun dok tanya dia lagi.
Sebab ada 3 jenis.
So i tatau nak beli yang mana 1.
Kang salah beli, rugi pulak.

Neh pun i guna separuh jer.
Dapat laa 46 biji.
Nanti ada masa i nak buat lagi laa.
Kalau ada sesapa berminat nak tempah pun no hal.
Lalalala.
Lepas neh nak tambah koleksi mould yang lain pulak.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, April 30, 2011

Chocolate Cookies With Almond







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Dah tidur ke?
Relax laa babe, hujung minggu neh.
Hihihi.

I baru lepas buat cookies untuk kekasih hati.
Haritu kan birthday dia, jadik i kasi laa homemade cookies as his birthday present.
Esok i kasi kat dia.
Boleh makan time konvoi ke Kuala Kangsar.
Btw, esok i and boipren bawak Loewy p Karnival Kereta Klasik kat Kuala Kangsar.
Mesti best kan.
Dah laa konvoi dengan geng-geng mini.
Comel jer.
(^___^)v

Tolak ke tepi dulu cite pasal karnival tu okayy.
Nanti i buat entry lain untuk kisah tu.
Neh nak cite pasal homemade cookies i yang cantik dan sedap neh.
Hihihihi.

Rasa dia tak ubah macam kuih raya.
And lagi sedap daripada Chipsmore okayy.
Tak caya?
Try laa buat ikut resepi yang i kasi neh.

ARE YOU READY?

--------------------------------------------------------

Bahan-bahan

250gm mentega
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus
1 biji telur
3 sb serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1 sb esen vanilla
1 cawan chocolate chips (i tak bubuh sebab takda stok)
1 cawan almond cincang



Cara Penyediaan

~ ayak tepung gandum, serbuk koko dan soda bikarbonat
~ pukul mentega dan gula sehingga kembang
~ kemudian masukkan telur dan esen vanilla
~ masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit
~ masukkan almond cincang dan gaulkan sehingga rata
~ sudukan adunan ke dalam bekas yang telah di sapukan sedikit minyak
~tekan adunan menggunakan garfu untuk mendapatkan corak di atasnya
~ bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20-25 min

**panaskan oven terlebih dahulu selama 10 min
**kalau adunan terlalu lembut, tambahkan sedikit tepung gandum

--------------------------------------------------------

Amacam?
Simple jer kan bahan-bahan dia.
Nak buat dia pun senang.
Tak rumit.

Neh hujung-hujung minggu takda buat apa, boleh laa cuba cookies neh.
Berbaloi-baloi okayy.
Oh ya, bahan-bahan tu boleh dapat dalam 100 biji cookies.
Banyak kan.
Nak buat berniaga pun boleh.
Ekekeke.
(^___^)v

Selamat Mencuba!







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, March 25, 2011

Marble Cake Resepi Mommy




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

I baru lepas buat kek.
Harini belajar dengan mommy cemana nak buat kek jadi sedap, lembut and moist.
Akhirnya berjaya.
Ekekeke.
(^___^)v
Tak payah pakai mixer.
Kacau pakai kekuatan tangan jer.
Lenguh jugak tapi berbaloi.

Mau resepi kah?
Mari sini kita kongsi bersama-sama.
Sharing is caring.



Bahan-Bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
240gm marjerin (nak pakai butter pun okayy)
1 cawan gula dimesin halus (boleh adjust nak manis or kurang manis)
1 sb baking powder
5 biji telur ayam gred A
2 sudu besar serbuk koko
2 sk esen vanilla



Cara Penyediaan

- Ayak tepung bersama baking powder.
- Pukul marjerin dan gula sehingga warnanya kuning keputihan atau sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung sedikit semi sedikit dan kacau sehingga sebati.
- Adunan tadi dibahagi kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian dicampur serbuk koko.
- Masukkan adunan ke dalam acuan berselang seli antara adunan koko dan adunan biasa.
- Bakar 180 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven korang)


**panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit.
**sapu sedikit marjerin pada acuan supaya tidak melekat, i guna A4 paper jer jadi tak payah sapu marjerin.
**berkenaan sukatan cawan tu, i gunakan bekas marjerin 240gm.



tadaa
dah siap dah
hihihi


haa i guna bekas marjerin untuk sukat bahan
1 cawan = 1 bekas marjerin







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, March 19, 2011

Bahulu Moden DK




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

I baru lepas siapkan bahulu moden i neh.
Hahahaha.
2-3 hari neh dok google resepi sponge cake laa apa laa.
Last-last jumpa resepi bahulu.
Serius simple gila bahan dia.

Meh sini kita share resepi.
Sharing is caring.
(^___^)v

---------------------------------------------------------

Bahan-bahan

4 biji telur gred A ( i guna 6 biji telur ayam kampung)
1 1/2 cawan gula pasir (terlalu manis neh. 1 cawan gula pun dah cukup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/3 sk baking powder
sedikit esen vanilla



Cara Penyediaan

- ayak tepung gandum dengan baking powder
- pukul telur dan gula hingga kembang
- masukkan esen vanilla
- masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan gula, kacau rata
- pastikan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat
- panaskan oven terlebih dahulu yer.
- tuang bancuhan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak supaya tak melekat
- bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 25-30 minit atau sehingga kekuningan

---------------------------------------------------------

See, senang jer kan penyediaannya.
Pejam mata pun boleh buat.
Ekekeke.
Selamat mencuba.

Now mari lihat bahulu moden versi Drunbella Khoo.
ARE YOU READY???



tada
comel tak?


pakai acuan kuih tart
acuan kuih bahulu takda
tu yang jadik bahulu moden tu
ekekeke


cantik jer dia dalam acuan kan
DK likes this







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, February 03, 2011

Update Kek Coklat Malas Kukus






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Neh haa i dah upload photo kek coklat malas kukus untuk tatapan semua.
Eh.
Hihihihi.
(^___^)v
Nampak macam brownies pun ada kan.
Rasa pun macam brownies jugak.
Nanti try laa.
Senang jer nak buatnye pun.
Bahan-bahan simple dan mudah di dapati di pasaran.
Ekekeke.
Meh sini i tempek resepi yang i buat semalam.
Resepi asal kat sini.


-------------------------------------------------------------------


Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1/2 sk baking powder (agaknya tu pasal tak brapa naik kan)



Bahan B

3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir (sedap sebab tak manis sangat)



Cara Penyediaan

- panaskan oven selama 15min
- ayak bahan A tadi
- pukul bahan B sampai sebati
- masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit
- pastikan adunan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat
- tuang adunan ke dalam acuan, bakar selama 25min dengan suhu 180 darjah celcius



**i tak taruk soda bikarbonat sebab dah habis. hihihi. kalau taruk lagi sedap.
**kalau nak manis lagi boleh lebihkan gula.
**kalau nak wangi sikit boleh masukkan esen vanilla.
**nak taw kek dah masak ke belum, cucuk dengan garfu. kalau tak melekat maknanya dah masak laa.


-------------------------------------------------------------------


Sesapa kat sini penggemar kek coklat boleh laa cuba.
Serius senang.
I buat kek neh kejab jer.
Tak payah risau kek jadi ke tak jadi.
Yang penting ada keyakinan diri.
Ecewah.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, November 20, 2010

Resepi Tart Telur. Video Pun Ada Neh Haa




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hee tak habis-habis dengan tart telur DK neh.
Hahaha.
:D

Neh haa nak kasi resepi dia.
Nak ke tak nak?
Okayy laa tempek jer laa eh.
Resepi neh boleh dapat dalam 35biji taw.
Banyak tu.
Stok bawak bekal seminggu.
Agagaga.

--------------------------------------------------------------

Bahan-bahan

--untuk kulit tart--
500gm tepung gandum
250gm mentega
2 biji telur greb B (i guna 1biji gred AA)
1/3 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla

--untuk castard--
1 cawan susu cair
5 biji telur gred B (i guna 4biji gred AA)
1/3 cawan gula (nak manis boleh tambah gula lagi)
1 cawan air
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil perwarna kuning



Cara Penyediaan

--untuk kulit tart--
- ayak tepung kemudian masukkan gula halus
- masukkan mentega dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti
- masukkan telur sedikit demi sedikit, esen vanilla dan gaul rata
- uli sehingga menjadi doh dan sejukkan dalam fridge lebih kurang 20min
- isi doh dalam acuan
- cucuk doh dengan garfu supaya tak menggelembung
- bakar 160-180 darjah celcius selama 15min @ kekuningan

--untuk castard--
- masakkan 1 cawan air dengan gula di atas api yang kecil
- sejukkan dalam fridge untuk sementara waktu
- putar susu cair dan air gula (tak payah terlalu kembang)
- masukkan telur sedikit demi sedikit
- masukkan perwarna kuning dan esen vanilla
- putarkan sehingga sebati dan tapis bancuhan tersebut
- tuang bancuhan castard ke dalam kulit tart
- bakar 180 darjah celcius selama 20min @ sehingga castard masak


**boleh taruk jem strawberi atau blueberi kat tengah-tengah tu before tuang bancuhan castard. tapi pastikan castard tak terlalu manis sebab jem kan dah manis. nanti kena kencing manis pulak :p

**make sure sebelum nak isi doh tu sapukan dulu acuan dengan mentega dan sedikit tepung supaya tak lekat. kang mampos tercekik sekali dengan acuan. hahaha.

**hati-hati masa nak tuang castard tu. jangan sampai terkena kat acuan. tu pun penyebab tart telur melekat jugak tu.

--------------------------------------------------------------

Kat bawah neh ada video cemana nak buat tart telur.
Bukan video i laa.
Tapi cara penyediaan lebih kurang jer.
Boleh laa nak refer kalau tak paham cemana kan.

So, selamat berjaya.
Yeah.
(^___^)v




sedap jer dia uli pakai dua-dua tangan.
hahaha.
kawan-kawan tak macam tu kut eh.
:D

Nak tengok hasil?
klik SINI okayy.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tart Telur DK With Love




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Wah selamat pagi semua.
Sejuk jer haa pagi-pagi neh sebab semalam hujan.
Haa semalam kan i dah janji nak upload photo tart telur yang i buat kan.
Okayy neh i dah upload.

O men.
Bebai i buat kuih neh.
Mula-mula oven tetibe tak function tengah jalan.
Then, i pulak terlupa nak on switch.
Then, resepi yang i dapat dari internet neh boleh dapat 35biji.
Pergh berdarah hidung nak habiskan semua.
Acuan ada 10 jer.
Oven ada 1.

I start buat jam 8pm.
Nak dekat pukul 12am baru nak habis.
=_=
Tapi alhamdulillah, tart telur DK with love telah menjadi dengan jayanya.
Drunbella Khoo likes this.
<3



comel tak comel tak?
hahaha.
(^___^)v
sedap neh.
less sugar i buat.


yang neh i taruk jem strawberi kat tengah-tengah tu.
bila panas dia membuak-buak.
macam gunung berapi meletus.
mula-mula ingat dah tak jadi dah.
tapi memang mabeles.
manis sikit sebab jem kan.
nasib baik castard tak brapa manis.
just nice.
=)


amacam?
tergugat nafsu tak?
neh dia punya keratan rentas.
ecewah.
:p


**nak resepi? nanti i kasi okayy. next entry, insyaallah =)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Penangan Tart Telur




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Ohoi penat neh.
Tadi i buat tart telur seperti yang dijanjikan.

Ingatkan senang macam buat cupcake.
Rupanya punya laa lama nak siap.
I start jam 8pm.
Dekat pukul 12am baru habis.
Pergh.

Hampir-hampir fedap laa.
Tapi sebab minat punya pasal, habiskan jugak buat.
Kang membazir, tak baik.

Okayy laa nak tidur dulu.
Esok jer laa i upolad kat sini okayy.
Kepala dah pinau.
Eh (?)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, November 19, 2010

Tat Telur Coming Soon




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sihat ke?
Mesti yang ramai pening lalat sebab banyak makan daging kan.
Hahaha.
Dah agak dah.

I boleh tahan jugak.
Sakit kepala sikit lepas tu cepat-cepat makan ubat.
Lepas tu dah sihat macam sediakala.

Hey hey harini i plan nak buat tat telur.
Asik dok plan jaa nak buat tapi tak terbuat pun.
Tapi kali i dah nekad.
Tadi i dah siap p beli dia punya bekas laa, butter laa.
Semangat kan.
Lepas neh boleh buat meniaga laa.
Wakakaka.
(^___^)v

Tak sabar nak balik kerja neh.
I biasa kalau buat cupcake ke muffin ke, selalu buat waktu malam.
Yer laa kan siang kita bz kat office.
Malam kang after dah siap buat tat telur, i upload photo kat sini okayy.
Itu pun kalau tat tu menjadi ler.
Kalau tak menjadi, i malu nak upload.
Hahaha.

Okayy nantikan tat telur DK with love.
--XOXO--



sumber : Tiffin Biru

teringin nak jadi macam Mat Gebu.
terer laa beliau.
kalau i nak buat apa-apa, selalu rujuk kat blog beliau.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, November 14, 2010

Muffin Pisang Comel Cup Polkadot




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hai semua.
Happy wonderful weekend ya.

Harini mood memasak i datang balik.
Hahaha.
Tadi i buat muffin pisang.
Dah siap dah pun.
Tapi belum rasa lagi.
Mommy dah rasa awal-awal lagi dah.
Eksaited betul beliau.
Mujur mommy kata sedap.
(^___^)v

Nak resepi ke?
I pun ambik dari internet jer.
Hihihi.
Tapi takpa laa.
Mai i tempek kat sini.
Sharing is caring.


--------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus (i guna 1/2 cawan)
1 cawan butter dicairkan
4 biji pisang dilenyek
2 biji telur gred c
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla



Penyediaan

- ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat
- lenyekkan pisang
- putarkan butter cair dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur dan pisang yang telah dilenyek
- masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati
- masukkan 3/4 adunan ke dalam cup yang telah disediakan
- bakar adunan pada suhu 180 darjah celcius selama 20-30minit atau sehingga muffin masak

**sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu selama 15min

**adunan neh boleh dapat dalam 13biji


--------------------------------------------------------------------


Amacam?
Simple jer kan dia punya bahan.
Lepas neh boleh laa cuba.
Okayy laa muffin dah sejuk neh, nak ngap-ngap.
Nom nom nom.
--XOXO--



comel tak?


update : kena kurangkan sikit tepung tu. sebab i buat dia jadi macam keras sikit, dia jadi macam padat. tak gebush sangat. gudluck!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics