Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Wednesday, June 27, 2012

BBQ With Officemates at Lata Sempeneh







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sebenarnya cerita yang i nak habaq neh dah basi.
Biasa laa mood nak update blog ke laut.
Now dah jarang online kat netbook.
Dok online kat tab jaa.
Senang.

Tapi harini i ada sedikit rajin, makanya terhasillah entry neh.
Hihihihi.

16 Jun 2012
Kompeni i buat family day.
Memandangkan dah lama kompeni i tak buat family day, jadi i pon plan untuk buat bbq.
Last aktiviti with officemates tahun 2009.
Time tu buat kat sungai area Ladang Alaga, Trong.

Kalini kami memilih untuk buat bbq+family day di Lata Sempeneh, Batu Kurau.
Perancangan dah dibuat 2 minggu sebelumnya.
Walaupun last2 minit tetiba nak ubah tempat laa apa laa, tapi kami decide jugak buat kat situ.
Bukan apa, i pikiaq jugak anak2 staff pon join skali.
So nak kena laa cari sungai yang tak berapa dalam so that bebudak neh pon boleh mandi sama.
Yer dak?

Antara menu yang ada masa bbq tu antaranya ayam, ikan siakap, udang, nasi putih, ayaq asam, puding bla bla bla.
Tak lupa jugak, kek.
I siap tempah kuuuutttttt.
Ahaks.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.
Part bakaq2 yang paling happening.
Pastu berendam 2-3 round.
I dengan tak bawak baju spare, tuala pon terjun jugak laa.
Tapi sebelum balik, berjemur tengah panas laa sekejab nak kasi kering.

Hope officemates berpuashati laa dengan aktiviti yang dijalankan.
Kalau ada terlebih terkurang tu mintak halal jer laa eh.
Hihihihihi.
Tapi 1 jaa, tempat tu macam kurang diselia.
Sampah dah bertimbun, takdak sapa nak p buang.
Hmm.

Next destination?
Cekidaaaaauuuuuuuuuuutttttt!
(^^,)

Jom layan gambaq yang seciput neh.
Malas nak upload bebanyak.



setting tempat bakaq.


jyeah.
ikan, ayam dan udang!


sungai dia not bad laa.
tak dalam sangat so bebudak boleh mandi dengan riang.


besssstttt kaaaaannnn.


sesi bergambaq.
i takdak sebab i yang tangkap gambaq neh.
sadis!
tu laa kek yang i tempah tu.
harus laa color biru, baru laa ikut theme kompeni.
lulz~




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, June 16, 2012

26 Tahun


15 Jun 2012
Happy Birthday To Me.
Terima kasih di atas segala ucapan dan doa dari kalian.
(^^,)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, June 10, 2012

Trip To Cameron Highlands




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.
(^^,)

Last week i ada kenduri kat Teluk Intan.
Kawan i kawen.
Nak kenduri kat Telun Intan balik hari macam penat.
Memandangkan dah p sana, i pon plan nak p Cameron Highlands.
Dah lama tak p sana.

So, i pon plan ngan kawan i.
Kami bergerak 2 orang jaa pon.
Hihihi.
2 minggu sebelum p, i gigih cari hotel area Cameron.
Pergh, payah bebenor.
Majoriti bilik semua dah fully booked.
Cuti sekolah kan, weekend plak tu.
Yang ada pon tinggal yang harga macam pistol.
Search kat internet apa semua, last2 dapat jugak.
I dapat bilik kat Sri Juliana Chalet.
Tu pon tinggal quad room.
Maksudnya 2 katil queen size.
rm160.

Sabtu pagi 2hb Jun 2012 kami pon gerak ke Cameron.
Highway tak jammed pon.
Smooth jer.
Agak lega disitu.

Kami gerak dalam pukul 10am++
Sampai exit Simpang pulai dalam 11am++
Pendakian pon bermula.
Kereta pon tak banyak masa mendaki tu.

Kami sampai atas tu dalam kul 12-1pm kut.
Elok sampai kat Bharat Tea, jalan dah start jammed.
Time neh dah stress dah.
Kami ingatkan kejab jer jammed nya.
Sekali kau, berjam2 tersangkut.
Bayangkan 1km perjalanan amek masa 30min.
Bayangkan jugak kami sampai kat pekan Brinchang tu pukul 4pm++
So kira laa sendiri, berapa lama tersangkut kat atas jalan.

Memang hari Sabtu tu, masa kami banyak terbuang kat atas jalan.
Frust betul.
Tapi apa boleh buat.
Redah jer laa.

Sampai jer kat pekan Brinchang, kami stop untuk lunch.
Lunch pukul 4pm.
Gilaaaa, perut dah masuk angin.
Kami makan kat medan selera kat situ.
Not bad jugak makanan dia.
Kami makan tomyam, sotong goreng tepung, and kailan ikan masin.
Yang terkejutnya sayur kailan dia macam 3 orang makan.
Banyak betul.
Tau laa sana tempat sayur2 kan.
Hahahaha.

Setel makan, kami gerak ke Tea Boh Plantation.
Niat di hati nak cari yang Boh Centre tu.
Tapi tak jumpa.
Yang kami p tu kat Habu rasanya.
Perjalanan nak sampai ke Tea Boh Plantation tu boleh tahan adventure.
Sampai2 jer kat situ, Subhanallah cantik sangat pemandangan dia.
Dengan cuaca yang sejuk.
(^^,)

Setel tangkap gambar semua, kami pon gerak ke pasar malam Brinchang.
Yer laa time tu pon dah pukul 7pm++
Dengan nak menghadap jammed lagi, pukul 8pm++ jugak laa baru sampai kat tapak pasar malam tu.
Punya laa ramai orang.
Barang2 kat situ pon agak murah jugak.

Setel semua tu kami pon p check in bilik.
Check in kul 12am++
Hahahaha.
Slumber jer kaaaannn.

Keesokan harinya baru laa kami pergi melawat tempat2 yang ada kat Cameron.
Tu pon p kejab2 jer sebab nak kejar masa kan.
Dengan jammed lagi.
Kami gerak turun pukul 12pm++
Nak turun tu takda laa jammed sangat.
Kami sampai Teluk Intan pukul 4pm++
Orang pon dah takda dah takda dah.
Mujur laa dah siap pesan kat member, simpan lauk sikit.
Hihihihi.

Kami bergerak balik kul 7pm.
Highway ke Utara okay jer takda masalah.
Yang nak menghala ke Selatan yang teruk tu.
Jammed start kami masuk tol Tapah tu, sampai i exit tol Kamunting.
Sabor jer laa.

Papepun percutian ke Cameron highlands quite okay cuma serik dah.
Tak nak p time cuti sekolah.
Stress nak menghadap jammed.
Pasneh kalau nak p, p hari lain laa.

Okay, jom layan gambar.
(^^,)











Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics