Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Thursday, September 30, 2010

Mahu Jam RM15 Tak?




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Masa untuk mempromosi pernigaan kawan-kawan.
Hihihihihi.
=)

Okayy okayy kali neh i nak promote perniagaan milik kawan facebook i.


Beliau menjalankan perniagaan jam-jam fancy.
Memang cukup fancy.
Di samping itu beliau juga ada menjual aksesori lain seperti bangle, earing and rantai yang comel sangaat.
Tak percaya?
Pergi laa tengok facebook beliau tu.

Harga jangan cakap laa kan.
Cukup berpatutan.
Semua orang mampu membelinya.
Ecewah.
Semuanya lebih kurang bawah RM20.

Biasa laa kan, bukan semua orang suka membeli barang-barang mahal.
Kalau dah ada barang yang murah+cantik better sambar jer.
Berbaloi-baloi.
Tak payah nak membazir.
Kita hidup kena berjimat cermat.
Kalauuuu taaaakkkkk.
Lu fikir laa sendiri eh.
Kikikiki.
=p

Di bawah neh i ada tempekkan contoh-contoh jam and aksesori yang beliau jual tu.
Sila tergoda ya.
Tapi i upload 1 photo untuk 1 aksesori.
Nak tengok lebih banyak, tengok kat facebook beliau.
Cekidauuuuttt.
(^___^)v



Jam Fancy Casio Design Oldskool
RM15
mesti stylo kan siapa yang pakai jam neh.


Gelang (Bangle)
RM10
serius lawa, banyak pilihan jugak neh.
sila tengok ya.


Earing Fancy 3 Pasang
RM10
nak apa lagi.
3 pasang weih, bukan sepasang.


Jam Fancy
RM10
yang neh sesuai untuk kanak-kanak sebab comel.
mak budak, bapak budak pun comel kalau pakai jam neh.
hihihihi.

Rantai - Europe Handmade
this one i tak sure berapa RM sebab beliau tak tulis.
tapi sangat cool laa rantai neh.


Jam Fancy - Version Jurai-Jurai
RM15
hat neh ladies sikit.
siapa-siapa yang suka penampilan yang ladies-ladies boleh beli hat neh.
cun okayy.


ehem ehem.
rasa hensem bergaya bila memakai Jam Fancy Casio Design Oldskool neh.
i beli color hitam sebab senang masuk dengan semua baju.
\m/




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, September 29, 2010

Penggemar Legging, Sila Ambil Perhatian




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Dah lunch?
Harini i pekena laksa Pak Din.
Syurgaaaanya.
Tapi harga laksa Pak Din dah naik laa.
Sebelum raya rm1.00 but lepas raya jadi rm1.50 pulak.
Kedai die pun dah renovate sikit-sikit.
Jual laksa and air kelapa jer pun.
Rejeki sungguh.

Tengah dok layan laksa sengsorang, tiba-tiba kedai Pak Din didatangi sebuah keluarga bahagia.
Eh tetibe.
Ada mak, ada bapak, ada anak dara 3 orang.
Seorang tu macam kurang ajar sikit.
Isk, cakap dengan Pak Din pun tak berapa nak sopan.
Seorang lagi dok main handphone jer.
Seorang lagi tak perasan pulak.

I nak cerita pasal yang main handphone neh.
Alahai adik oi.
Ada ke die pakai legging wif t-shirt pendek.
Boleh bayangkan tak betapa buruknya cara pemakaian macam tu.
Pakai legging tu tak kisah laa kan.
Memang ada jer yang gorgeous bila pakai legging.
But please laa pakai baju yang labuh sikit, yang boleh tutup bontot tu.
Tak seleraaaaaa aku nak makan laksa pun.
Pfftt.
=___="
Lepas tu taw pulak dok tarik-tarik baju tu nak cover bontot.
Isk.

Betul-betul mematahkan selera.
Nasib baik makan laksa.
My peberet ever.
Tak sampai hati pulak nak tinggal.
Kalau makanan lain laa kan, i dah blah awal dah.
Ini semuanya angkara anak dara yang pakai legging dengan tshirt pendek tu.
Caiitt.

Okayy laa babe.
Stop mengumpat untuk kali neh.
Nanti mengumpat lagi.
Hahahaha.
(^___^)v



erk, kalau badan macam neh nak pakai lagi ke legging?




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Perbadanan Putrajaya Laa Pulak







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Heyy i dapat interview lagi.
Entah kali yang ke berapa pun dah tak ingat.
Agaknya rejeki i memang takat interview jer kut eh.
Dapatnya tak pun.
Hmm.
Eh merungut pulak orang tua neh.
Dapat interview pun dah cukup rahmat taw.
Orang lain ada yang pulun apply pun belum tentu dapat panggilan temuduga.
Please bersyukur Drunbella.
=___='

Kali ini di Perbadanan Putrajaya pulak.
Juruteknik Senibina.
Actually seperti biasa masa apply jawatan neh sekadar suka-suka.
Yang suka-suka tu laa yang dapat.
Aku heran sungguh!
Padahal masa tu nak tolong isikan kat encik squidward.
Tapi jawatan yang beliau apply tu blom dishort-listed lagi.
Harap-harap beliau pun dapat.
Amiinn.

5hb Oktober 2010
Ohoi tak lama dah neh.
Macam biasa segala maklumat pasal Perbadanan awal-awal lagi dah printout.
Tak reti-reti nak studi ke woi?
Neh nanti last minute baru nak baca memang terkangkang laa kan.

Target Drunbella target.
KITA ADA MISI
Ingat tu.

Haa habis bab interview.
Masuk bab nak p melawat bff yang dah selamat bersalin.
I dah plan dengan bff yang lain, Datin Farahilton nak p melawat mommy Amreena 4hb nanti.
Usaha i apply cuti taw.
Nak mintak cuti half day tak lepas.
Alang-alang dah kena cuti 1 hari tu, plan terus laa kan.
Jangan sia-siakan cuti yang ada.
Ecewah.

Mommy Amreena dah selamat melahirkan baby boy.
Rayyan Mikael namanya.
Tak sure plak ada Muhammad ke tak.
Tapi memang klass laa kan nama Rayyan Mikael tu.
Drunbella Khoo likes this.
Hahahaha.
Dah laa comel sangat baby boy tu.
Tak sabar nak p tengok.
Mommy, tunggu naa nanti kami p melawat hg.
Hoyeay.

Okayy lah, cukup sampai sini i bebel.
Nanti i story-mory lagi.
Have a nice day.
Peace.
(^___^)v



tudia Rayyan Mikael wif his daddy and mommy




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, September 27, 2010

Dating Tak Seindah Yang Disangka




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Mari update blog.
Hihihi.

Semalam i buat kerja gila.
Turun KL dan balik hari.
Amek ticket jam 8.30am dan ticket balik jam 7.00pm.
Aktiviti semalam ke IKEA.
Niat di hati nak pergi pekena meatball tapi tidak kesampaian.
Sediiiihnyaaaaaa.
T___T
Ramai gila kat sana pun.

Semalam beli frame, raga untuk kain kotor, and roller untuk buang habuk tu.
Bukan barang i pun.
Semua barang encik squidward kita.
I punya roller tu jer.
Kusyen kereta dah berhabuk, kut berkesan kan guna roller tu.
Tak test pun lagi.

Actually semalam dah tersesat dalam The Curve tu.
Tak jumpa bridge untuk ke IKEA.
Hahahaha.
=D
Jenuh pusing laa kan.

Lunch kat Station Kopitiam sambil melayan Mr Bean.
Sengal sungguh beliau.
Tengah makan dok tergelak-gelak.
Kalau tersedak mampoih.

Pastu pusing-pusing kejab then p kat sebelah Bandar Tasik Selatan tu.
Apa ntah nama tempat tu.
Lupa.
Actually sebelum gerak ke situ dah plan nak p open house rumah member.
Tapi disebabkan berlaku satu insiden yang tak dapat dielakkan, terus cancel.
Terus pergi Station Duta.

Sampai Duta, tengok ada orang jual barang-barang bundle.
Yup i memang layan bundle.
Banyak barang rare.
Actually encik squidward nak cari seluar tapi tengok-tengok i yang beli.
Hadoooii.
Kempis dah purse neh.
Tapi takpa, puas hati okayy jeans yang i beli tu.
Condition pun tiptop.
Harga?
RM20 jer pun.

Tepat jam 7.00pm bus sampai and terus gerak balik.
Hmm 1 perkara, cap lense i tertinggal kat rumah sepupu encik squidward.
Risauuunya takut lense calar nanti.
Ada jual ke haa?

Okayy lah, stop kat sini dulu.
Nak rest sat.
Perut kenyang terlangsung.
Tadi ada jamuan raya.
Babai.
(^___^)v



**nampak Buzen kat Duta. not bad laa tapi takut nak tegur. hihihi =)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, September 23, 2010

Kontest Candid Camera




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hey, terasa macam nak masuk contest walaupun hakikatnya tak pernah ada luck.
Hahahahaha.
=D
Takpa lah kita support member-member kan.

Kali neh contest candid camera yang dianjurkan oleh Cik Noieizan2U kita neh.
Tarikh tutup penyertaan pada 25hb Oktober 2010.
Oh lambat lagi neh.
Sempat lagi laa kalau nak amek gambar candid.
Lalalalala.

Okayy mari kita lihat photo yang i pertaruhkan.
Ecewah menggelabah jer lebih.
Ngee.
(^___^)v



banner contest
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaa.
Gambar yang dipertaruhkan.

---------------------------------------------------
bella : ada pacat dak neh bo?
bo : ntah laa.
---------------------------------------------------

Hahahaha.
=D
Siap ada dialog lagi.
Actually photo neh time i p beraya kat rumah member i, Kak Bo.
Rumah beliau kat sawah bendang.
I lah beriya suruh snap photo kat sawah bendang neh.
Ajak Kak Bo sekali bergambar.
Masa nak turun tu tak sangka lak member candid photo neh.
I memang takut sikit ngan lintah or pacat.
Macam cool pulak kan.



Neh laa hasilnya bila dah photoshoot.
Ohoi mengada jak posing.
Weks.
=p

Tuan punya contest, sila accept penyertaan photo itu ya.
Tq.
Nak tag siapa ya?
Nanti i update okayyy.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Betul Ke Cicak Gecko@Pokke@Tokek Neh?







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hey kawan-kawan.
Selamat tengah malam.
Ahaks.

Eh korang ingat tak dulu i pernah cerita pasal cicak mahal tu?
Haa neh nak habaq mai.
Petang tadi abang i berjaya tangkap seekor cicak gecko.
Katanyaaaa laaaa.
Biasa lah rumah kiri kanan hutan.
Maunye tak sesat masuk ke rumah neh.
Isk.
Nasib kau laaa.

Tapi mommy i kata cicak tu macam cicak kobeng jer.
I dunno lah sebab i bukan taw sangat rupa paras cicak gecko tu macam mana.
Orang kata yang itu, i iyekan aje.
Hahahaha.

Tapi kan kalau betul lah tu cicak yang mahal tu, o men.
Jutawan lah kitorang nanti.
Perghhh berangan tak hengat dunia.
(^___^)v

Abang i siap suruh mommy belikan bekas macam hamster tu untuk cicak tu.
Siap nak taruk kacang hijau buat die guling-guling.
Mommy kata kacang hijau tu klo buat bubur pun takpa.
Kenyang perut.

Abang kata kalau berat die lebih 300gm baru boleh jual.
Yang neh tataw lah berapa gm.
Kecik jer lagi neh.
Takpa kita bela sampai die kembang semangkuk.
Kut boleh dapat RM80,000 ke kan.
OMG OMG.
Mintak jangan mati jer laaaaa.

Hahahahahaha.
Gileee dah Drunbella Khoo sekarang neh.
Pfftt.
=___='
Okayy lah esok nak beli cengkerik untuk cicak kesayangan.
Gudnite semua.



kualiti gambar macam pundek.
pakai N96.
snap waktu malam pulak tu.


pokke pokke.
Bhahahahahahahahaha.
=p




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, September 22, 2010

Kerja Swasta Atau Kerja Kerajaan




sumber : google



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sihat?
Lepas raya neh macam-macam penyakit datang kan.
Yer lah perut mengejut apa semua.
Kan.
=)

Neh i nak buat survey sikit neh berkenaan kerja swasta dan kerja kerajaan.

Mari kita baca kedua-dua situasi di bawah.


-------------------------------------------------------------------------


Kerja Swasta

- jawatan Pelukis Pelan di Taiping, Perak
- pendapatan kurang RM1000.00 sebulan
- tinggal bersama keluarga



Kerja Kerajaan
- jawatan Juruteknik Senibina (kontrak) di Perbadanan Putrajaya
- pendapatan sekitar RM1700 termasuk elaun
- menyewa bersama teman


-------------------------------------------------------------------------


Berdasarkan keterangan kedua-dua situasi tersebut, kerja yang mana u guyz akan pilih?
Kerja Swasta?
Kerja Kerajaan?
Sila nyatakan sebab sekali yer.

Diharap kawan-kawan semua dapat memberi kerjasama.
Hihihihihi.
Sekian, terima kasih.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, September 19, 2010

Kenduri Kahwin Dan Beraya Rumah BFF







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Tadi i p kenduri rumah officemate i kat Parit Buntar.
Eh, cepat betul update.
Hahaha.
Eksaited lah katakan.
(^___^)v

Lepas tu dah alang-alang kat Parit buntar, i plan nak p rumah bff.
Kak Bo.
Tapi sebelum tu i dah pickup bff i, Regina.
Ajak die teman p kenduri.
Slumber jer kan.

Fyi, rumah Kak Bo neh kat sawah bendang.
O men.
Ngeri kut nak p rumah beliau.
Jalan kecik then kat kiri kanan jalan ada sawah bendang and tali air.
Menggigil jugak lah kan takut selisih dengan kereta lain.
Dah lah ada kenduri kat area tu sama.
Kesian Regina kena panjangkan tengkok tengok belah kiri jalan.
Takut terbabas.
=___="

Lepak rumah Kak Bo, beliau buat bihun sup.
Seprais oh.
Kak Bo dah boleh kahwin dah lepas neh.
Hahahaha.

Tapi tak boleh lepak lelama sebab Regina nak balik Kulim petang neh jugak.
Sementara lepak-lepak tu, dok pulun bergambar lah kan.
Ayah Kak Bo ushar jer sambil ketawa.
Alahai maluuuu jer.
Tapi takpa family beliau sporting habis.
I loike.

Then masa nak balik, tak lepaskan peluang bergambar kat sawah bendang pulak.
Wow hijau die mengancam.
Sangat-sangat teruja dengan suasana rumah Kak Bo.
Nanti-nanti kalau ada masa nak p sana lagi lah.
Nak bawak camera besaq tu baru best photoshoot kan.
Weee.

Okayy lah.
Layan lah serba sedikit photo yang ada.
Have a nice day peeps.
Peace.



wif Regina.
tq teman aku p kenduri.
=)


tersandar kekenyangan lepas makan bihun sup.


neh haa Kak Bo si tuan rumah.


bella : ada pacat tak neh bo?
bo : ntah lah.


posing yuk.


weeeee.


dengan regina lagi.


double peace.
i love this place.
<3




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics