Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, January 29, 2013

Trip To Melaka - Part 4

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Hye peeps.

Sambung lagi.
Maaf laa asyik cerita pasal Melaka jaa.
Bila nak habis ntah.
Okay ini entry last pasal Melaka.
Tak tipu.

Hari ke-3 di bumi Melaka.

Hari Sabtu, memandangkan my drebar si Faghish cuti, makanya dia bawak i ronda2.
Ronda2 tanpa arah tuju.
Hahahaha.
Target untuk hari Sabtu nak pekena coconut shake klebang and cuci mata kat Jonker Street.


Kenderaan yang digunakan sepanjang berada di Melaka
Pelesit Oren
Milik Abg Sani a.k.a abg long kawasan
Owsem!

Lepas dah siap2 pagi tu, p Melaka sentral dulu, cari tiket ke KL then baru laa kitorang gerak p breakfast.
Pusing merata hala okay.
Tak ingat nama tempat yang kitorang lalu.
1 jaa yang i ingat, Alor Gajah.
Tempat breakfast pon tatau kat mana.
Kitorang makan nasi campur memandangkan time tu dah nak ke tengahari.

Lepas makan, terus bergerak ke Pantai Klebang sementara nak tunggu kedai coconut shake bukak.
Ada Muzium Kapal Selam rupanya.
Tapi jalan nak ke situ nauzubillah.
Atau mungkin ada jalan yang elok, tapi Faghish tatau.
Apa pon cannot drebar i neh.
Hiks.

Sebuah kapal selam yang dijadikan muzium.
Sempoi gak laa.
Tapi saaiiiyaaaannggggg...
Masa i p tu, depa tutup.
Under construction gittew.
Hmm.
Dan laa amek gambaq sekeping dua.


Muzium Kapal Selam

Lokasi seterusnya, jenjalan lagi pusing2 tanpa arah tujuan.
Langit makin gelap.
Lepastu hujan pon turun selebat2nya.
Sabor jer laa.

Agak2 dah tengahari, kitorang gerak ke kedai coconut shake tu.
Dah laa hujan.
Makan pulak coconut shake.
Memang beku laa kepala otak seminit dua.
Tapi memang owsem laa.
Sedap!
Faghish order 3 gelas special punya.
Over kan.
Padahal perut ada 2 jaa.
Last2 dia yang habiskan.
Padan muka hg.


Coconut shake special

Setel coconut shake, kitorang pon blah.
Memandangkan hujan lebat sepanjang perjalanan, kitorang amek keputusan balik dulu.
Nak lunch, kenyang lagi.
Mata pon mengantuk.
Balik tidoq.

Malam tu lepas maghrib bersiap and kitorang p melantak.
Lapaq gila kut.
Faghish tanya mau makan apa.
I rasa macam nak makan sup sebab sejuk kan, hujan.
Then dia bawak i p makan kat food court between kedai best choice n hotel apa ntah.
Sedap okay sup kat situ.
Mine, nasi putih and sup perut.
Faghish cam biasa laa roti and sup kambing.
Asyik roti jaa mamat tu.
Hmm.

Setel makan baru gerak ke Jonker Street.
Oyeay.
Paling nak p.
Padahal bukan nak beli apa pon.
Saja nak tengok gelagat orang, kemeriahan Jonker Street tu.
Tapi sesak gila kut, punya ramai orang.
Mujur laa tak hujan.


Gerbang kat tengah2 Jonker Street
Ada banyak patung haiwan kat situ


Kad 3D
Antara yang dijual kat Jonker Street

Tak lama pon kat situ.
Masa nak balik tu tetiba drebar i kasi fridge magnet Melaka.
Bila masa ntah dia beli pon tatau.
Hihihihi tenkiu beb!


Fridge magnet Melaka

Sebelum balik lepak sat kat kedai oblong.
Bukan order oblong pon.
Minum air jaa.
Kenyang makan nasi.

Tengok jam pon dah tengah malam, kitorang bergerak pulang.
Tamatlah hari ke-3 di Melaka.
Keesokan harinya iaitu hari Ahad, i pon gerak ke KL.
Attend majlis perkahwinan bff i.

Tq sooooo much to my onggile friend, Faghish sebab spent time untuk bella sepanjang berada kat Melaka.
Kalau takda hg, lari bajet cheq.
Lalalalalala.
Tapi agak terkilan sebab tak dapat nak lepak ngan Abg Sani sefamily sebab beliau masa tu ada hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi takpa, kalau diizinkan Allah nanti bella turun sana lagi.

Macam biasa laa, Faghish sila laksanakan tanggungjawab hg nanti sebagai drebar!
Hahahaha.
Sementara tengah bujang neh.
(^^,)
Sangat enjoy!
Tak sia2 i travel jejauh.
Ahaks.

Maka tamat lah cerita pasal percutian di Melaka.
Fuuuhhh lega.
Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Langkawi With Family

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini start masuk kerja balik selepas bercuti panjang last weekend.
Panjang laa sangat kan.
Hahaha.

Jumaat lepas i balik Perlis.
Lama gila dah tak balik.
Kalini balik dengan mak, abah and family abang no 3.
Actually abang dah plan nak p Langkawi.
Dia dah siap booking bilik blablabla.
Nak bawak abah katanya.
Abah dah lama gila tak p.

Kitorang gerak ke Perlis hari Jumaat petang lepas sembahyang Jumaat.
Sampai Perlis dalam pukul 6pm lebih.
Sampai jaa kat sana, syok gila sebab angin sentiasa bertiup.
Dah macam lepak tepi pantai.

Sabtu pagi kitorang gerak ke Jeti Kuala Perlis.
Tiket feri pukul 10am.
Kemain ramai umat manusia yang nak p Langkawi haritu.
Jeti Kuala Perlis pulak tengah buat renovation.
Memang sesak habis.

Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis-Langkawi amek masa dalam 1jam.
Masa p tu, kitorang naik feri Lada 2.
Not bad!



Sampai jaa kat Jeti Pekan Kuah, terus cari kereta sewa.
Ingatkan abg dah siap booking, rupanya tak.
Memang siap duit laa.
Depa charge 2x ganda wei.
Abg amek Avanza sebab besaq sikit, nanti nak isi barang shopping lagi kan.
Heh.

Sementara tu i beratur p beli tiket feri untuk balik esok harinya.
Oh lupa, tiket feri harganya rm18.
So total p balik rm36.
Tak macam Pulau Pangkor, just beli tiket p jaa.
Balik free.

Okay dah dapat kereta sewa, kitorang pon bergerak mencari makanan.
Lapaq dah wei.
Memula cari makanan kat anak2 abg dulu.
Then baru p cari makanan hat tua2 neh.

Setel lunch terus ke hotel, untuk check in.
Kitorang stay kat Adina Drive In Motel.
Motel neh terletak di Pantai Chenang.
Tapi bukan mengadap laut.
Seberang jalan.
Abg book bilik 2 double bed.
Harga dia rm150.
Murah kan.
Bilik bersih.
Bilik air bersih.
Water heater, mini fridge, iron tersedia.
Memang puas hati.

Memandangkan tengahari tu panas terik, kitorang amek keputusan lepak bilik dulu.
Petang sikit baru jenjalan.
Memang tak tahan bahang panas kat sana.
Pheewwww.

Lepas Asar, kitorang keluaq.
Untuk hari Sabtu tu, kitorang memang spent time untuk shopping jaa.
Mula2 p kat kedai Haji Ismail Group (HIG).
Cokelat kat sini memang murah.
Recommended!
Tapi masa kitorang p tu, stok macam dah kurang.
Maybe orang dah borong sakan gamaknya.
SIL beli beg tarik yang paling besaq sebab nanti isi barang shopping dalam tu.
Harga dia rm49.
Bapak laa murah kan.

Setel beli cokelat, gerak ke Idaman Suri.
Situ memang syurga pinggan mangkuk blablabla.
SIL compare harga dengan HIG, beza dekat rm100++ okay.
Tapi cokelat, better beli kat HIG.
Kat Idaman Suri neh memang banyak pilihan untuk barang2 dapur.
Memang orang borong sakan macam tak ingat dunia.
Pekerja kat situ kata since Jumaat org dok gila shopping, sampai habis stock.
Tudiaaa!

I Just beli patung burung helang and fridge magnet jaa.
Onggile Faghish pesan.
Hihihi.
Oh, Idaman Suri tutup pukul 8pm.
Tu pun ada orang dok mai lagi.
Dasat!



Malam, tak kuaq memana sebab 2 org anak buah meragam.
Penat, mengantuk semua ada.
Otw balik ke motel tu, beli makanan siap2.
Balik makan kat bilik jaa.
Lepas makan semua pakat membuta.

Hari ahad, fokus untuk jenjalan jaa.
No more shopping.
Sebelum check out, bawak anak buah mandi pantai.
Jalan kaki jaa, sebab seberang jalan jaa kan.
Tapi air tengah surut.
So mandi sat jaa laa takut bebudak neh gatal badan lak.
Kemain seronok depa dapat main air.



Setel kemas2 barang, kitorang pon check out and start jejalan.
Sebelum keluaq simpang ke jalan besaq, singgah kedai minyak gamat.
Pastu kitoang p Beras Terbakar.
Cantik betei rumah yang sebuah kat situ.
Beras terbakar pon dah takda, tinggal sepinggan jaa.
Tu pon depa buh dalam bekas kaca.
Ntah2 depa bakaq sendiri.
Eh (?)
Setel tangkap gambaq, lepak sat pekena laksa.
Boleh laa laksa dia.



Agak lama jugak lepak kat Beras Terbakar tu.
Tengok2 jam dah pukul 1pm lebih.
Kereta sewa kena pulangkan before 2pm.
Kitorang pon terus gerak ke Jeti Pekan Kuah.
Sebelum tu singgah kat taman sat.
Nak punggah barang shopping masuk dalam beg besaq.

Memandangkan tiket feri kul 4pm, kitorang just lepak area jeti jaa.
Masa nak check kastam tu, beratur gak laa.
Tapi mujur depa tak bukak beg.
Just scan cenggitu jaa.

Masa kat tempat menunggu tu kemain ramai orang.
Rupanya ada feri yang delay.
Feri kitorang pon tak terkecuali.
Delay setengah jam.
Pergh.
Dah laa panas.

4.30pm feri sampai.
Kul 5pm lebih baru feri gerak.
Masa balik naik feri kemain besaq.
Apa bangsa ntah, lupa dah.
Silap tak beli feri Lada.
Dah laa beg berat gila, sampai tayar patah.
Nak mengangkat beg tu punya azab.
Kesian abg.
Dia dah laa ada asthma.

Pukul 6pm lebih baru sampai Jeti Kuala Perlis.
Memandangkan beg yang besaq gila tu dah takda tayar, terpaksa mintak izin untuk keluaq kat pintu khas.
Tak payah laa nak pusing jauh.
Kebetulan ada brader2 dari Jabatan Laut kat situ nak amek pegawai depa, mintak izin kat depa laa.
Tapi kena tunggu penumpang lain blah dulu.
Nanti depa hat lain nak follow gak.
Bebanyak time kasih laa kat brader Jabatan Laut tu sebab tolong.
(^^,)

Kezen dah tunggu siap2 dah kat luaq.
Setel angkat barang, kitorang gerak balik.
Sebelum tu singgah kedai Laksa Kak Su dulu nak beli bungkus tapi dah habis.
Kecewa betei.
Malam Ahad tak p memana pon.
Just lepak umah tok.
Penat sama.

Isnin tengahari gerak balik Taiping.
Tapi agak frust laa sebab banyak tempat kat Langkawi tu yang kitorang tak p.
Tak sempat.
Macam nak p lain, dengan member2.
Nak naik cable car!
Huhu.

Okay laa.
Sekian melaporkan aktiviti sepanjang cuti last weekend.
Hihihihi.

Assalamualaikum.

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, January 20, 2013

Sakit Penyembuh Dosa2 Kecil

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy weekend.

Harini hari ke-4 kena demam selsema.
Azab betei rasa.
I memang paling payah nak kena selsema and batuk.
So bila sekali kena, memang akan amek masa untuk baik.
Huhuhu.

Tapi tu laa orang kata, sakit neh penyembuh dosa2 kecil.
Kalau betul, i terima dengan redha.

Neh asyik dok makan ubat, perut pon dah kembung.
Tapi macam suka pulak makan ubat selsema.
Lepas makan kompem pengsan.
Hahahaha.
(^^,)

Okay lettew tu.
Lena sikit tidoq kan.
Kalau tak makan ubat selsema, payah gak laa nak lelapkan mata.
Hidung ketat.

Hmm sampai sini dulu untuk kalini.
Sudah masa untuk pengsan.
Nanti i update lagi ya.
Take care semua.

Assalamualaikum.



Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, January 15, 2013

Trip To Melaka - Part 3

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sambung entry semalam.
Masih lagi di hari ke-2.
Kalini versi malam, yang semalam tu versi siang.
GITTEW.

Lepas Faghish jemput i kat Dataran Pahlawan, i ajak dia p amek kek kejab.
Actually 14/11 tu birthday dia.
Dah alang2 i p sana, i tempah kek untuk dia.
Tapi tak habaq pon kat dia.
Bajet seprais laa kan.
Puuuuiii.
=___="

Order kat Kak Jue.
So kami pon mulakan perjalanan nk p amek kek tu.
Ikut alamat yang Kak Jue tu kasi.
Tapi Faghish tak dapat nak bajet kat mana.
So i pon call Kak Jue, untuk jumpa kat memana.

Macam biasa laa klo cakap ngan i ntah memana laa i bagi arahan.
Last2 suruh Faghish cakap sendiri dengan Kak Jue.
Dah laa malam, cam menggagau jugak laa.

Finally jumpa pon rumah Kak Jue.
Rupa rupanyaaaaaaa.....
Kak Jue tu biras Faghish.
Kfineeeee.

Memang riuh laa masa jumpa tu.
I pon mana laa tau kan.
I order kek tu pon melalui blog Kak Jue.
What a small world.
Jenuh kena bahan laa si Faghish.
Padan muka hg!
Hahahaha.


Bluberry Cheese Cake

Malam tu dinner kat Asam Pedas Claypot dengan Abg Sani.
I order asam pedas pari and nasi putih.
Faghish ngan Abg Sani order asam pedas and roti canai.

I dah terpinga2 dah.
1st time tengok orang makan asam pedas dengan roti canai.
Dia punya asam pedas sedap tapi pedas.
I makan tak habis pon sebab time tu perut dah masuk angin.
Tapi diam2 jaa.
Hee.

Setel makan, kitorang pon gerak ke pantai Eye On Malaysia ka apantah.
Kekonon nak p potong kek laa.
Hahahaha.

Macam apa jaa.
Nak pasang lilin, takda lighter.
Makanya potong ikut dan jaa laa.
Sedap tapi makan sikit jaa sebab dah kenyang.
Selebihnya kasi kat Abg Sani, boleh anak2 dia habiskan.


Happy Belated Birthday Faghish
May Allah bless you
Wakakakakaka
(^___^)v

Boleh tahan meriah laa malam kat situ. Ada orang lepak2, ada orang jual2.
Mat rempit pon ramai.
Bleeeergghhh.

Setel bergosip, mata pon dah mengantuk, masa untuk pulang.
Tamat hari ke-2 di bumi Melaka.


Abang Long Kawasan dan Taiko Sekolah
Leulz
Nasib ampa laa

Nanti i sambung pulak aktiviti hari ke-3 okay.
Next entry.
(^^,)

Assalamualaikum.

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Trip To Melaka - Part 2

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Okay sambung trip ke Melaka.
Ready dah?

Hari ke-2 di bumi Melaka.

Seawal 7am dah kuaq.
Breakfast dengan si Faghish and si abg Sani kat kedai mamak.
Nama kedai mamak tu dah lupa.
Harap maaf.
Menu seperti biasa, roti canai and teh tarik.


Faghish
28tahun
Bujang
(^^,)

Memandangkan haritu hari Jumaat, semua pon still bekerja, makanya tak dapat laa member nak teman jenjalan.
Si Faghish humban i kat Bandar Hilir tu dan dia pon terus ke tempat kerja.
Gila laa jenjalan sorang2.
Tapi best jugak.
Memang rasa macam tourist habis time tu.
Bermula laa aktiviti jenjalan dan cuci mata.

Dimulakan dengan Kota A Famosa.
Dari dulu sampai sekarang, cenggitu jaa laa takda pape perubahan.
Hahahaha.
Snap snap snap.
Menapak naik ke atas bukit tu.
Snap snap snap.


Kota A Famosa


Taktau nama apa bangunan neh


Menara Taming Sari
View dari atas bukit

Sepanjang naik bukit tu ada laa orang jual souvenir, lukisan, baju blablabla.
I tak beli papepon.
Cuaca waktu tu panas.
Padahal baru pukul 10am rasanya.
I dah berpeluh macam onggile dah.


Lukisan yang dijual di atas bukit tu

Turun bukit tu menuju ke bangunan merah.
Stadhuys ka ntah namanya.
Tak reti eja dan malas nak gugel tengok ejaan yg betul.
Pepaham sendiri laa.
LOL.


Sejarah
Haa tu ejaan yang betul
Hahahaha


Bangunan Stadthuys


Gereja.


Air pancut.


Menara jam.


Roundabout.

Setel kawasan situ, p pulak kat area Menara Taming Sari tu.
Tapi tak naik pon.
Tengok kemain panjang orang beratur.
Fuuuuhhhh!

Then dah penat jalan, p shopping mall sebelah Dataran Pahlawan.
Sejukkan badan, rehatkan kaki.
Memandangkan macam awal lagi, p cinema kat atas tu.
Tengok ada cite Istanbul Aku Datang.
Beli ticket, tayangan kul 12.30pm.
Sorang2 tengok wayang.
Okay slumber.
Tak ramai orang pon.


Istanbul Aku Datang

Setel tengok wayang, perut pon dah lapaq, menuju ke Mc Donalds.
Lepak kat situ lama jugak.
Nak balik pon tak boleh.
Nak tunggu si Faghish habis kerja, kul 7.30pm.
Memang mati kutu.

Setel makan, sambung aktiviti jenjalan.
P kat muzium kapal.
Tapi kena bayaq kalau nak masuk.
Tengok dari luaq jaa laa.
Hahahaha.


Muzium Kapal
Berapa ringgit ntah nak masuk
Malas nak tanya

Pastu patah balik, lepak kat taman sebelah Menara Taming Sari.
Melangut macam onggile sampai cemuih.
Dah bosan, lepak pulak kat area Menara Taming Sari.
Okay sikit sebab dok tengok gelagat orang.
Tengok pakcik beca dengan beca yang dihias cantik.
Kemain depa pasang lagu gangnam style.
Hahahahaha.


Sekitar Menara Taming Sari
Depa ready nak naik dah tu

Dah nak senja, baru gerak ke Dataran Pahlawan.
Tunggu si Faghish kat situ.
Senang dia nak amek.
Badan super duper melekit.
Satu hari kut dok berjalan.
Gila!


Ini ntah apa nama
I memang fail laa nak ingat nak tempat/bangunan
Maaf!

Time nak balik, ajak Faghish p amek kek jabs.
Ada story di sebalik kek tersebut.
Tapi nanti cerita lain.
Macam dah panjang jaa entry neh.
Next entry laa pulak.
Okay?

Assalamualaikum.

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, January 11, 2013

Trip To Melaka - Part 1



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Seperti yang dijanjikan, harini i update entry trip ke Melaka tempoh hari.
Gila laa hampir 2 bulan amek masa nak update story pon.
Hahahaha.
Sorry.

15-18 November 2012

Kemain lama lepak kat Melaka.
Cuti apa ntah haritu, so i amek kesempatan jenjalan kat sana.

Hari Pertama
Khamis pagi, i gerak dari Kamunting.
Naik bus Starmart, jam 11am.
Perjalanan amek masa lebih kurang 6jam untuk sampai ke Melaka Sentral.
Kemain lama.
Kematu bontot sepanjang perjalanan.
Ada laa 2-3kali bus benti.

Sampai kat Melaka Sentral, member datang amek.
Thanks Yalp.
Jasamu amatlah dihargai.
Oh Yalp neh seorang gadis, memiliki mini austin color kuning.
Owsem!

Lepas dia amek i, kitorang pon p makan kat kedai apa ntah.
I makan nasi ayam, lembik nasinye.
Huhuhu.

Lepas makan kitorang gerak ke Dataran Pahlawan.
Sepatutnya member i yang lagi sorang amek i, si Faghish.
Tapi malam tu dia ada bacaan yassin kat rumah dia, so dia suruh lepak dulu kat mana2.

Malam tu baru la Faghish datang join.
Hari pertama di Melaka takda apa aktiviti sangat.
Sebab i pon dah sampai lewat.
Malam tu on the way nak ke HOTEL BAJET, singgah umah abang long kawasan dulu, abg Sani.

Lepas tu baru balik HOTEL BAJET.
Wakakaka.

Hari ke-2 di Melaka i sambung next entry okay.
Panjang dah neh.
Huhuhu.

Assalamualaikum.


Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics