Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Friday, April 30, 2010

Tak Sabar Nak Tengok Amy Search. Pheeeewwwiiiiiittttt




Sabtu, 1 May 2010



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Esok i akan off blogging selama 2 hari.
A'ah kejab jer.
I nak p konsert Double Trouble yang digembar-gemburkan sebelum neh.
Teringin sangat nak tengok Search dan Wings beraksi atas 1 stage.
Mesti sangat fun kan.
O yeay.
(^___^)

So kepada sesiapa yang p konsert yang bertempat di Bukit Kiara Equestrian, jumpa di sana ya.
Hahahahaha.
:D
Macam lah kenal kan.
Esok kena dressup rockstar lah nampak gayanya.
Leather jacket tidak dilupakan.
Harus!

Pheeeeeewwwwwwiiiiiittttttttttttt.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, April 27, 2010

Piinn Piinn Ada Parcel Untuk Cik




O yeay.
(^__________^)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, April 25, 2010

Vintage Memang Stai Noohh




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, i neh memang kaki shopping online.
Begitu tegar sekali.
Kebanyakan barang-barang yang i ada, majoriti i beli online.

Bukan apa, i rasa lebih senang.
I tak berapa reti sangat nak p shopping complex then nak p pilih barang-barang yang berkenan di hati.
Memang susah nak jumpa yang berkenan.

Lagi satu, i rasa ralat bila shopping kat shopping complex.
Bila duit ada dalam tangan, rasa berat jer nak membeli.
Tapi bila shopping online, kita bayar pun secara online so aliran duit tu macam samar-samar sikit.
Tahu-tahu jer account zero sebab asik mentransfer duit.
Hahahahahaha.
^___^
Bahaya betul kan.
Kawan-kawan tidak digalakkan ikut perangai buruk i neh.

Biasanya i akan simpan rm100 dalam account khas untuk shopping online.
Habis duit tu, stop lah shopping.
Tapi biasanya sebulan sekali i akan shopping online.
*Time gaji lah tu*

Untuk bulan ni, i telah merembat sebuah beg vintage.
Vintage ke?
Alolololo macam comel jer i tengok.
Murah pun murah.
Sebelum orang sambar, baiklah i sambar dulu.
And yes, semuanya berpihak kepada i.
Tak lama lagi, beg itu menjadi hak milik i yang mutlak.
O yeay.
Suka perasaan yang macam ini.
^___^

Sebelum neh ada usha sling bag kat butik MNG kut.
Harga die dekat rm100 jugak.
Nasib baik tak beli lagi.
Hihihihi.
Design die lebih kurang macam yang i beli neh lah.
Selamaaaaattttt duit aku!



Email dari tokey blogshop.


Hak milik kekal cik Drunbella selepas ini.
Arebba arebba.
^___^




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saya Takkan Menduakan Awak Lagi Okayy




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Itu hari i ada cerita kereta comel buat hal kan.
Haaaa beliau dah p bengkel dah.
Melayang jugak lah duit i.
Eyh bukan duit i tapi duit father i.
Hahahahaha.
^___^
Father i tanya "neh siapa nak bayar neh?"
I senyum jer.

Teruuuukkkk betul lah kan anak perempuan die yang sorang neh.
Dah kerja pun masih nak suruh orang lain bayar.
Takpa abahhhhh.
Insyaallah nanti kalau owg dapat kerja yang lebih mantap, owg bayar balik segala hutang piutang yang ada.
Doakan kejayaan anakmu okayy.

Alaaaaaa dengan siapa lagi duit nak dihabiskan kalau bukan dengan anaknya sendiri kan.
Hahahaha.
Statement yang keji.

Father i kata banyak jugak problem kereta comel i neh.
Ekzos bocor.
Brek belakang pun ada masalah.
Minyak enjin kena tukar.
Gas aircond dah kurang.
Bateri dah kong.

So father i kata, die suruh pomen tukar bateri, brek belakang and minyak enjin dulu.
Nanti nak p tuning kereta.
Kalau minyak still makan kuat, baru tukar ekzos baru.

Duuuhhhhhh.
Susah jugak pakai kereta neh kan.
Susah bila rosak lah.
Banyak duit nak kena spend untuk repair.



Bersedia untuk terapung.


Sikit lagi, sikit lagi.


Pomen tu kata ekzos dah bocor tapi tak teruk sangat.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, April 24, 2010

Saya Tak Update Entry Tapi Saya Update Layout




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Harini i kerja.
Biasa lah kan sabtu minggu ke-2 dan ke-4 memang i kerja tapi half day.
Datang kerja dengan abang sebab kereta comel i problem pulak.
Agaknya beliau merajuk sebab i berkira-kira mahu merembat Volvo GL kut.
Haishhhhh.
Janganlah begitu.
I sayang you seorang sahaja.
Sumpah tak tipu.
=___=

Tak tahu lah apa yang problem.
Semalam singgah di Tesco Taiping membeli KFC untuk famili.
Tetiba nak balik enjin tak boleh hidup.
Maluuuuuuu kut.
Ahaks.

Telefon si leeeemmmbbbuuuuuu sebab beliau pakar bab-bab kereta.
Macam-macam pulak yang disuruhnya.
Usik itu usik ini.
Dah macam pomen pulak rasanya i semalam.
Hahahaha.
^___^
Tapi tak berhasil jugak.

Last-last brother i datang tengokkan kereta comel i tu.
Beliau pun mati kutu.
Tak taw lah apa yang tak kena.
Kesian kereta i terpaksa berkampung sat kat Tesco.
Malam semalam brother i ajak member beliau p bawak balik kereta i.
Tak taw diorang buat macam mana.

Harap-harap kereta i kembali sihat seperti sedia kala.
Susah lah bila takda transport.
Huhuhuhu.


Nota kaki : kata tak nak update entry tapi ada jugak kan. dah lah lari tajuk. ahaks ;p eyh okayy tak layout neh? kemas sikit i rasa. macam suci jerrrr...




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, April 23, 2010

Barulah Semangat Nak Kerja Bila Ada Kenaikan Gaji




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Biggggggg smile today.
^________^

Finally, after a year kerja dengan kompeni ini, i dah dinaikkan gaji.
Oh yeay.
Alaaaaaa apa nak heran, memang setiap tahun ada kenaikan gaji pun.
Saja dok buat seronok teruk.
Hahahahaha.

Walaupun seciput tapi i tetap bersyukur.
Murah rejeki.
Makin banyak lah i boleh menabung kat ASB.
Enjoy-enjoy jugak yer kawan-kawan tapi simpanan untuk masa depan mesti kena ada.
Ingat tuuuuuu.
Kita bukan taw pun apa akan terjadi di masa depan.
So kita kena lah prepare dari sekarang.

Bagus Drunbella!
Semangat yang macam neh yang kita mau.
Arebba arebba.


Nota kaki : berkira-kira mahu merembat Volvo GL. barulah oldskull =)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, April 21, 2010

Kalau Awak Tak Nak 55kg, Awak Pass Kat Saya




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hari ni i happy.
Happy gila vavi okayy.
Hahaha.

Setelah sebulan tidak menimbang berat, akhirnya semalam i beranikan diri utk menimbang berat.
Oh yeah.
Seperti tidak terduga.
Berat i naik lah weeeiiiiiihhhhhh.
2kg okayy.
Yes.
^___^
Alhamdulillah.
Saat yang ku tunggu-tunggu.

Fyi, spesis macam i neh sangatlah susah nak naikkan berat.
Kalau naik pun 100gm, 200gm gitu jer.
Then kalau nak turun cepat gila.
Tension.

But now im so happpyyyyyyyyy.
Sangatttttttt.
Target i nak dapatkan 55kg.
Jauh lagi neh.
Berusahalah wahai Drunbella.
Awak Boleh!!!
(^_^)


Nota kaki : thanks to sue bimmer cassandra kerana telah mengesyorkan Diane 35. Ternyata berkesan. Hoyeay.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, April 14, 2010

Awak Dok Kasi Tips Tambah Earning, Saya Kasi Tips Maintain Slim




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Papehal pun kena senyum dulu.
=)

Okayy i nak kasi tips kat korang neh.
Nak dengar tak?
Tiap-tiap hari i dok dengar orang sibuk nak kuruskan badan.
Haish kesian sungguh.
Yang i pulak tergedik-gedik nak naikkan berat.

Nak tahu rahsia berat badan i ringan?
Haaaaa sila sediakan pen dan kertas okkayyy.
Sebelum tu i pesan siap-siap.
Tips i neh tataw lah berkesan pada korang ke tak.
Try and error jer lah ea.



Makan banyak-banyak kali
I selalu makan banyak-banyak kali tapi dalam kuantiti yang sedikit. I tak boleh makan banyak sebab perut kecik. Nanti mesti tak habis. Kan dah membazir pulak kan.

Breakfast, i biasa makan telur setengah masak dan segelas susu. Agak-agak dah bosan dengan menu tersebut, i akan tukar kepada roti canai, nasi goreng or bihun goreng tapi dlm kuantiti yang seciput.

Lunch pulak, i biasa makan nasi separuh, sayur, sambal belacan dan ayam goreng. Tak pun i tukar lauk ikan goreng. And kadang-kadang i makan nasi separuh dan semangkuk tomyam bodo-bodo (tomyam yang dimasak dlm kuantiti yang banyak) or sup. Hahahahaha :D Kalau i malas nak makan nasi, i pekena bihun sup or kuetiau sup.

Balik kerja i akan tibai makan lagi. Biasanya kalau tengah hari i dah makan nasi, petang i just makan makanan berkuah mcm bihun sup, laksa or pisang goreng. Tapi kalau tengah hari i makan bihun sup or wuteva, petang memang i akan tibai nasi lah. Lapaq kutttt.

Untuk dinner, i just makan makanan yang goreng-goreng atau paling koman i makan biskut lutut cicah ngan nescafe panas. Perrrgghhhh.



Berak
Ini penting sebenarnya. Hahahahaha. Bila kita berak, tank menjadi kosong. Bila timbang, berat mesti sedikit turun. Ahaks. Okkaayy i memain jer. Tapi berak itu bagus. Every morning, i mesti akan ke tandas. Buang apa yang patut. Jangan tahan or peram yer kawan-kawan. Nanti boleh dapat sembelit. Kekadang tengah dok breakfast pun i boleh berlari ke tandas sebab tak tahan. Eeiiisssshh teruk betul lah kan. Pastu dah setel boleh pulak sambung makan balik. Yang ini tak digalakkan ikut. Wakakakaka. Sengal jugak Drunbella neh yer.



Lepas Makan Baru Minum Air
Ini memang dah jadi kebiasaan i hari-hari. Tapi sebelum makan, i akan basahkan tekak dengan seteguk air. Pastu i akan makan dengan begitu kusyuk sekali. Sambil makan sambil berangan. Kunyah banyak-banyak kali baru telan. Setengah orang suka telan terus. Gila kah? Tapi itulah kenyataannya. Haaaa bila dah habis makan, barulah minum air. Barulah perut pun tak buncit kan. Ini kejab makan, kejab minum, mananya tak gemuk.



Tidur Awal
Yang neh i jarang praktikkan. Sebab i kan nak gemuk, so kenalah kontra. Tapi pada sesiapa yg nak kurus, boleh cuba. Sebab apa? Haaaa cuba korang tidur lewat. Mesti perut lapar kan. Bila lapar mula lah nak makan. Makan tengah malam memang tak bagus bagi sesiapa yang mudah naik berat badan. So jalan yang terbaik, tidurlah awal. Kan dah boleh elak diri dari makan. Betul tak?



Kerja Di Office Yang Lebih Dari 2 Tingkat
Yang ini bagus untuk kuruskan peha. Lagi tinggi office lagi bagus. Jangan guna lif. Serius tak tipu. Sepanjang hidup i, rasanya baru sekali i kerja di office yang tak bertingkat. Yang lain-lain tu mesti memerlukan i naik turun tangga. Time belajar dulu pun sama. Sebab tu lah peha i kecil molek tanpa ada isi lebih. Tak dan lemak nak terhasil, dah terbakar sebab pulun naik turun tangga. Kesian betul.



Amacam kawan-kawan.
Agak-agak boleh berhasil ke tips yang i kasi neh?
Hahahaha.
:D
Kalau berani silalah cuba okayy.
Usaha tangga kejayaan.



kurus sekeping seperti kertas




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, April 13, 2010

Kalau Macam Neh Gaji RM2000 Pun Tak Cukup




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hari neh i nak membebel lagi.
Biasalah mood tak stabil kerja nak membebel jer lah kan.
Ahaks.

Bukan apa.
Kalau kita tengok sekarang neh, semua benda dah naik harga.
Even nak masuk tandas pun dah naik tiga kupang.
Ada yang lima kupang.
KLCC?
Jangan cakap lah, dua ringgit kut.

Itu baru kes nak masuk tandas.
Belum kes harga minyak.
Belum kes harga makanan yang melambung-lambung.
Renovate kedai sikit jer, terus harga makanan naik.
Akai ada ka?

Contoh lah kan.
Ada satu kedai kat tempat kerja i neh.
Dulu rajin p makan nasi ayam hainan kat kedai tu.
Not bad lah.
Dulu harganya RM3.60 sahaja.
Tup tup lepas tokey renovate kedai, terus harga naik RM4.00 okayy.
Eeeeeiisssshhhhh.
Tak patot betul lah naik sampai empat kupang.
Padahal bukannya pasang aircond pun.
Sabar jer lah.

Ini kira okayy lagi kut sebab taraf hidup kat tempat i masih rendah.
Cuba fikir orang-orang yang kerja di KL, Penang or JB.
Bandar-bandar besar.
Kalau gaji bawah RM1000 tataw lah macam mana kan.
Kalau dok dengan family boleh tahan kira.
Cuba yang merantau, yang dok menyewa kat sana.
Sewa rumah or bilik dah beratus.
Nak makan minum lagi.
Tambang pergi kerja lagi kan.
Gaji habis kat tol dan minyak sahaja lah.
Semak semak.
=___=

Tapi betul lah orang kata, selagi kita mencari kerja yang halal, rezeki tu sentiasa ada.
Tak putus-putus.
Kan kan kan.

I memang tak boleh hidup lah kat KL sana.
Bukan apa.
Tension dengan jammed lah apa lah.
Baiklah i dok kampung.
Tenang.
Dekat dengan family.
Saving banyaaaaaakkkkkkkkk.
^___^
Biar lah gaji sikit pun sikit lah janji tak semak kepala otak.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, April 12, 2010

Contest Specticular Specky




O men.
I masuk contest lagi walaupun tak pernah menang.
Hahahaha.
Layankan ajer lah.
Join untuk suka-suka apa salahnya.
Kan kan kan.

Jabs letak banner dulu.

Okay boleh mula sekarang.
Contest ini di anjurkan oleh Cik Paro yer kawan-kawan.
Tarikh tutup penyertaan pada 3 May 2010.
So apa tunggu lagi, moh ler kita join.
Gud luck to everyone.
Hep Hep Drunbella jugak okkaayyyy.
^___^

Taaaaaadaaaaaaaaa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1st photo

Spek neh i beli tahun 2007 kalau tak salah i.
Beli secara tidak sengaja.
Masa tu niatnya nak pergi kedai tudung tapi terlalu depan kedai cermin mata.
Dengan tiba-tiba tergerak hati nak melangkah tengok.
Kut-kut lah ada promotion.
Sekaaaaaliiiiiiii kau LEVI'S ada promotion 25%.
Mana boleh jadi neh.
Rembat terus ler.
Tudung kemana apa kemana.
Dapat-dapat terus balik.
Tak pikiaq pasal nak beli tudung dah.
Hahahaha.
Spek neh memang bapak besar.
My peberet ever.
Mwah mwah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2nd photo

Spek neh baru jer i pakai.
Pertengahan tahun lepas kut.
Yang ini pun terbeli jugak secara tak sengaja.
Ekceli nak temankan opismate jer.
Beliau nak beli sunglasses.
Sementara dok tunggu beliau membelek-belek spek yang ada, tetiba mata terpaut pada CROCODILE ini.
Ooooooo meeeennnnnn ada promotion jugak lah.
Tak boleh jadi neh.
Malam tu mula lah sesi pujuk rayu kat father i.
Mujur father i termakan pujuk rayu i.
I lebiu Pak Rahim.
Esok tu jugak i p beli ngan father i.
Nak tunggu gaji macam lambat lagi kan so guna duit Pak Rahim ler dulu.
Cukup bulan i bayar okkaayy.
^___^
Barulah boya kan kan kan.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics