Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Saturday, December 31, 2011

Hilang Kesemuanya




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy Saturday.

As u can see blog i sekarang, semua gambar tak appear kan.
Ya, i dah terdelete folder picasa yang ada dalam tab i.
I tak sangka pulak folder tu berkaitan dengan blog.

Habis semua gambar.
Ya Allah sedihnya.
(T___T)
Profile pic, header, gambar dalam entry semua hilang.

Stressnya!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, December 27, 2011

Berkat Doa Kengkawan


Comeeeeeeeeelllll kaaaaaaannnnnn.
Kahkahkah.
(^_________^)d

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, December 26, 2011

No More Rust







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy holiday.

Memandangkan harini i tak kerja dan cuaca sangat baik, i mengambil keputusan untuk membuat sedikit DIY kat Loewy.
Seperti semua sedia maklum (skemanya), Loewy ada masalah leaking.
So bila hujan lebat or basuh kereta, air akan masuk kat pintu and mana hala lagi laa tak tau.
Boleh nampak laa air bertakung kat lantai.
Bila lelama, lantai pon berkarat.
Ini sangat tidak bagus ya.

Jadinya i mengambil pendekatan untuk cat lantai Loewy.
Untuk sementara waktu.
Nak buat bodywork lambat lagi, kekurangan duit.
Apa yang termampu, DIY jer laa.
Hukhukhuk.

Mari kita tunjukkan hasilnya sebelum dan selepas DIY.
Cekidaaaaaauuuutttt.
^;^



sebelum DIY
agak kronik jugak ya
kalau dibiarkan lelama boleh berlubang lantai Loewy


selepas DIY
tadaaaaaaaaaaaa
much better than before right
no more rust
i do it by myself okay
proud of you DK!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, December 24, 2011

Penangan Hujan Lebat


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

Semalam i dapat gaji.
Macam biasa laa bila dah dapat gaji, tibalah masanya melangsaikan segala hutang piutang.
Salah satunya pinjaman Yayasan Perak.

Semalam i p laa bayar kat Bank Mualamat.
Time rehat kan lama hari Jumaat.
Dah tu pulak hujan lebat.
Memandangkan hujan lebat, i singgah laa Taiping Sentral.
Sementara tunggu hujan stop, lunch dulu.

Masa kat traffic light tengah merah, i pon dok laa mengelamun kejab.
Tetiba i terpandang cermin belakang.
I tengok orang belakang dok tunjuk2 something.
I pon buat derk jer laa.
Sekali i terpandang kat wiper loewy.
O meeeeeeeennnn mana pergi wiper loewy neh?
Rupanya dah tercabut.
(*--)

Patut laa orang belakang dok tunjuk2.
Hadoi.
Mujur yang tercabut tu belah penumpang.
Kalau belah pemandu, lingkup.
Nak turun p amek, hujan lebat time tu.
Memang pejam mata jer laa.

Neh dok pikiaq nak kena beli baru laa pulak.
Tengok spare part kat mudah.my tu.
Boleh gagah laa harga wiper arm tu.
Rm300++ okay.
Koyak poket cemnih.

I rasa loewy neh rindukan papa dia kut.
Tu yang lately asik meragam.
Dua bulan dah dia tak jumpa papa dia.
Next month memang nak kena p serah dia kat papa dia laa.
Biaq papa dia jaga pulak.
Umm.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, December 22, 2011

Nak


Iphone 4S
Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy S II
HTC Desire HD

Nak semua boleh?
(*--)

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, December 20, 2011

Better Than Yesterday

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Alhamdulillah, kulit muka i beransur pulih.
Walaupun tak sepenuhnya tapi nampak laa perubahan dia.
Tak mengelupas sangat dah.
Tak pedih sangat dah.

Semalam after i balik kerja, singgah kat The Store.
Niat nak mencari Garnier Aqua Defense.
Alhamdulillah, jumpa jugak produk tu.
Belek punya belek, terus beli.

Malam semalam lepas cuci muka, i pun start pakai gel cream neh.
1st time tempek kat muka, i rasa sangat menakjubkan.
Rasa best sangat.
Rasa fresh, tak tegang, soft jer rasa.
Betul laa cakap member i.

Pagi tadi bangun tidur, muka tak berminyak.
Kulit tak mengelupas.
Muka rasa lembap jer.

I rasa kulit i boleh terima kut gel cream neh.
Kita tengok cemana.
Kena guna sampai habis dulu.
Nak puji lelebih pun tak boleh, sebab baru sekali pakai.

selepas menggunakan Garnier Aqua Defense

sebelum menggunakan Garnier Aqua Defense

Garnier Aqua Defense (gel cream)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, December 19, 2011

Pedih Cheq Oi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Happy monday blues.

Lately kulit muka i terlalu kering.
Sampai mengakibatkan kulit jadik mengelupas.
Pedih toksah kata laa.
Rasa nak menangis.

Tapi dia mengelupas tepi hidung jaa.
Buruk hokay.
Dah laa blackhead bersepah.
Bila kita buang yang sel kulit mati tu, siap sedia laa pedih ya amat.

I ada tanya member kat fb.
Ada yang suggest pakai garnier, nivea, pakai yogurt, letak timun and so on.
I rasa i nak cuba pakai garnier aqua defense laa.
Dah baca review kat blog2, macam okay.
Nak pulak i neh kat office terdedah dengan aircond jer.
0830 - 1700.
Lama tuuuuuuuuuuuu.
Aircond plak atas kepala jer.

I dapat rasa kulit i makin kering bila lepas i cuci muka, muka sangat tegang.
Bila kering tu rasa semacam.
Kalau tak pakai cream, memang tak selesa.
(*--)

Neh nanti kalau garnier pun tak okay, tak tau laa nak kata.
Cuak plak rasa bila pikiaq pasal kulit muka neh.
Huhuhuhu.
Dulu kulit muka i memang takda masalah apa pun.
Now macam makin menjadi.

Satg nak try p carik garnier aqua defense laa.
Berharap sesuai ngan kulit muka i.
Amiinn.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, December 16, 2011

Oh Insuran Oh Roadtax

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat hari Jumaat.

Harini last day roadtax loewy hidup.
Esok dah expired.
Semalam dah start kalut nak renew 2 benda tu, insuran and roadtax.

Last year my bro yang setelkan semua benda.
Tup2 dapat jer roadtax yang baru.
Tapi tahun neh i buat sendiri.

So semalam lepas dah photostat dokumen yang berkaitan, i pon p laa pejabat pos.
Now insuran untuk kereta lama dah murah.
Tak macam dulu.

Kat pejabat pos, bila sampai turn i, kerani kaunter mintak dokumen and so on.
I pon kasi laa.
Dia kata cover note insuran yang lama takda.
Pastu tetiba dia kata fine laa takda benda tu, boleh proses jugak insuran.
Then dia check lagi, dia kata i silap photostat salinan lesen.
Patutnya kena photostat yang ada gambar tu.
So dia suruh i p photostat hat tu dulu.
Pheeww~

Dah p photostat semua, p balik pejabat pos.
Hamaaaaagaaaaddd tetiba ramai orang.
Kena amek no giliran yang lain.
Tiba giliran i.
Dapat kat kerani kaunter hat lain plak.
I kata nak buat insuran and roadtax.
Sekali dia dah check, dia mintak cover note.
I dah menyirap dah.
Tadi kata tak nak, neh nak plak.
Dia kata memang nak kena ada kalau tak, insuran tak leh nak buat.

Last2 i kata takpa laa lain kali i datang balik.
Dah laa time tu i tengah sakit kepala.
Dengan cuaca panas rembang.
Memang balik tangan kosong jer laa.
Pfftt.

Pagi tadi i call balik tempat insuran yang i buat last year.
Dia kata kalau nak cover note kena tunggu sebab depa baru request.
Kalau nak dapat harini memang tak sempat.
I pon call laa daddy i.
Dia kata cuba p kat kedai insuran yang dia selalu buat untuk kereta dia.

Tengahari tadi i p laa kedai insuran tu.
Same question kerani tu tanya kat i.
Cover note takda ke?
I kata last year pon i apply online, so manada cover note.
Dia kata takpa dia try buatkan.

Dia total harga insuran, roadtax and upah semuanya rm245.
Insuran rm220
Roadtax rm20
Upah rm5

Okay laa tu kan.
Kalau nak dibandingkan sebelum neh harga dua kali ganda.
Kereta lama kan.
Mana nak dapat murah.
Tapi lepas kerajaan umumkan insuran kereta lama dah murah, rasa lega sangat.
(^___^)v

Petang neh or hari Isnin insyaallah roadtax baru siap.
Anything kerani insuran tu akan call i.
Tak sabar nak ada roadtax yang baru.
Lulz~

Merasa laa jugak pengalaman how to renew insuran and roadtax.
Pasneh dah boleh buat sendiri.
Tak payah nak susahkan orang lagi.
Yeay.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, December 12, 2011

Alahai Loewy


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy Monday blues.
Pheeww.

Hujung minggu lepas Loewy masuk bengkel.
Radiator bocor pulak.
Patut laa dalam seminggu tu asyik kena refill air jer.
Start i boleh syak radiator bocor weekend 2 minggu lepas.
2 hari i tak drive Loewy.
Hari Isnin nak p kerja, check air.
I was like "apahal radiator kosong terus neh?"

Start haritu everyday kena refill air.
Tak leh jadi neh.
Setakat nak p kerja tu boleh gagah kira.
Kalau nak p jauh memang payah laa.
Kang overheat jugak nanti kang.

Jumaat lepas btau kat daddy, nak anto Loewy masuk bengkel.
Alang2 nak buat radiator, suruh pakcik tu repair sekali ngan lampu belakang yang suka sangat shot.
Bahaya kut.
Memalam memang tak leh bawak Loewy.

Petang semalam Loewy pun siap.
Kena rm80.
Botak kepala cemnih.
Macam biasa, guna duit daddy dulu.
Hahahaha.
Dapat gaji bayar balik.

Tapi yang bestnya, setiap kali pas anto Loewy kat pakcik tu, enjin Loewy mesti senyap jer.
Pakcik tu tolong ekjas sekali kut.
Hihihihi.
Tq laa pakcik sebab turut sama menjaga Loewy.
(^___^)v

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, December 04, 2011

Birthday ke Anniversary?







04-12-2010
I p Parit buntar bersama my-ex untuk lihat sebiji kete mini yang i dah deal kat mudah.my.
1st time tengok kete tu, i dah tertarik hati.
Tapi relax dulu.
Test drive dulu tengok okay ke tak.
Bila my-ex kata okay, baru i confirm dengan si penjual.
RM7k.

Loewy nama di beri.

Actually family i tak tau langsung plan i nak beli kete mini.
Memang i ada cakap nak beli, tapi depa dok ingat i memain jer.
I suruh my-ex bawak balik Kedah dulu.
Sambil2 tu i slow talk dengan my daddy, my bro.

Masa cakap tu depa punya melenting kat i.
I cakap kat depa, tengok dulu kete tu.
Depa dok kata kete lama payah nak jaga, spare part payah nak cari and so on.
Seminggu kut i sorok Loewy.
Then lepas tu, my-ex pun anto Loewy ke rumah i.

Memula tu depa macam marah lagi, tapi bila depa dah belek bebetul depa pun dah okay.
Abang check no enjin and no chasis semua takda masalah.
1 jer masalah, proses pertukaran nama.
Owner lama dah meninggal dunia.
Mujur ada surat dari Amanah Raya pasal pembahagian harta semua tu.
And borang JPJ pun, anak owner tu dah sign semua.

Tapi tu pun still ada masalah.
Masa masuk Puspakom tu alhamdulillah lulus.
Tapi yang masalahnya, nak kena tukar nama dua kali.
Tapi sijil Puspakom ada 1 jer.
Huhuhuhu.

Masa tu i memang dah give up dah.
I tak pernah berurusan dengan hal macam neh.
Pergi cari pesuruhjaya sumpah laa.
Nak dijadikan cerita, masa nak balik dari pesuruhjaya sumpah tu Loewy tetiba mati tengah jalan.
Kat jalan paling bz kat Taiping.
O men.
:'(
Terpaksa call abang suruh tengokkan.

Mujur bab pertukaran nama tu setel jugak atas pertolongan abang i.
Dia buat cemana tak tau laa.
Rasanya dia p jumpa bos JPJ tu laa kut, setel atas budi bicara bos JPJ tu.
Lega 1 part.

Start2 Loewy mati tengah jalan tu, terus sentiasa ada problem.
Itu rosak, ini rosak.
Selalu laa masuk bengkel.
Tukar here and there.
Banyak kali dah Loewy mati tengah jalan.
Atas flyover laa apa laa.
Tapi nasib laa orang paham, kete lama kan.

Setengah tahun i pakai Loewy, i pun buat bodywork.
Ini lagi celaka.
Memang i f**k laa bengkel yang buat bodywork neh.
Kerja depa macam haram J.
Kerja cincai.
I tak kisah kalau kena bayar mahal but at least biar laa kita puas hati kan.
Ini tak.
Memang kecewa sangat.

Masa i memula beli dulu kete neh color gold.
But now dah color putih.
Tu pun undercoat jer laa.
I cadang tahun kalau ada rejeki dapat bonus, nak terus buat cat.
Member2 kete kata undercoat tak boleh lelama.
Neh pun i dah risau, sebab dah nampak cam karat2 and gelembung kat body dia.
:'(

Sepanjang pakai Loewy, i memang puas hati laa walaupun kekadang dia buat masalah.
Syok drive dia.
P memana pun, orang pandang jer.
Hihihihi.
Ada laa dua tiga kali p event.

Dulu masa still dengan my-ex, dia laa banyak tolong i cemana nak handle Loewy.
Dia jugak yang banyak repair2 sebab dia budak automotif.
Kekadang Loewy p Kedah kat papa dia.
Kekadang i pakai.
Kami gilir2 laa pakai.

Tapi sekarang terpaksa laa jaga sengsorang.
Umm.
Takpe laa Loewy, nanti saya carikan papa baru untuk awak.
=_='

HAPPY BIRTHDAY / ANNIVERSARY YANG PERTAMA LOEWY.
LOVE YOU SO MUCH!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, November 27, 2011

Aktiviti Menghabiskan Cuti Tahunan







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Salam Maal Hijrah.
Semoga hari hari kita yang mendatang akan diberkati-Nya.

Kemana jer cecuti neh?
I tak p memana pun.
Plan nak p KL, tak jadi.
Plan nak p ke Penang pun tak jadi.
Last2 dok rumah jer laa.

Actually nak story pasal cuti i last week.
4 hari bercuti di Perlis.
Plan yang nak p ke Langkawi tak menjadi tu laa.
Sedih betei.
Tapi takpa, bila tak jadi nak p sana abang bawak laa kitorang p tempat lain.
I menumpang jer, konon jadik photographer diorang laa.
Hikiks.

Antara tempat2 yang dilawati;

Kuala Perlis
Taman Ular dan Reptilia
Muzium Kota Kayang












Kuala Perlis sekarang dah banyak perubahan.
I like.
Depa buat tempat lepak2 kat tepi2 pantai tu.
Boleh laa nak photoshoot segala.
Masa i p haritu pun ada 2 pasangan pengantin tengah photoshoot untuk outdoor.








Taman ular pulak tak banyak perubahan pun since dulu.
I rasa macam sama jaa.
Tapi nak masuk kena bayar laa.
Rasanya dewasa RM4 and kanak2 RM1.
Tak banyak ular pun.
1 Bangunan tu ada ular yang depa letakkan dalam akuarium gitu.
Kat luar tu ada laa beberapa sangkar ular.
Then ada spesis beruk sikit, buaya, burung unta dll.








Muzium Kota Kayang best sikit kut.
Ada 3 galeri.
Barang2 dalam tu pun banyak.
Actually banyak jer gambar yang i amek kat galeri neh.
Tapi tak taruk laa kat sini.
apa motif ntah dok snap gambar barang2 kat sini.
Hahahaha.

Dah macam ikut lawatan sambil belajar sekolah plak.
Apa boleh buat, anak buah kecik2 lagi.
Depa suka laa p tempat2 cemnih.

Walaupun tak dapat p Langkawi, tapi dapat balik tengok tok pun dah memadai.
Sebelum kitorang balik kampung, maklong call dok kata tok tak sihat.
Elok kami sampai jaa, terus dia sihat walafiat.
Rindu kat kitorang lettew.
Happy sokmo.
(^___^)v

Nanti kami balik lagi nah.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, November 21, 2011

Holiday Tak Jadi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Syoknya cuti harini.
Sesapa yang kerja harini, selamat menjalankan tugas okay.
Hikiks.

Actually tujuan i bercuti neh sebab nak p holiday.
Malangnya terpaksa cancel atas faktor cuaca.
Huhuhuhu.
Plan nak p Langkawi harini.
Memandangkan laut bergelora, terpaksa laa memendam rasa.
:'(

Last i p Langkawi masa tahun 2005.
Lama dah wei.
Suka sangat p Langkawi.
Dulu masa p sana, stay kat Pantai Cenang.
Sebelah jer dengan Under Water World tu.
Jalan kaki jer nak p.
Tapi tak masuk pun.
Time tu p rombongan dengan bebudak kelas PUO.

Paling best masa p tempat yang naik cable car tu.
Pergh.
Kagum sapa yang cipta menatang tu.
Dah sampai atas, rasa sejuk jer walaupun tengahari rembang.

Pastu p kilang buat minyak gamat laa apa laa.
Rupanya minyak gamat yang menggelegak dalam kawah, bila dicelup tangan, takda laa panas pun.
Pelik tapi benar.

Another place yang i ingat, i p melawat kat Galeri Mahathir.
Ingat lagi ada gambar 3D tun.
Bila kita dok kat kiri, mata dia toleh ke kiri.
Bila kita dok kat kanan, mata dia toleh ke kanan pulak.
So nice.

Tu laa serba sedikit pengalaman dulu.
Neh dah tak jadi p, dok plan nak p 4hb pulak.
Member i kawen.
Rumah family dia kat sana.
Hope laa jadi.
Teringin sangat neh.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, November 19, 2011

6 Tahun Cinta Gila


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

Sebenarnya story neh dah lapuk.
Tapi nak story jugak.
Nanti kan anak cucu nak baca.
Hahahaha.

16-11-2011
Genap laa 6 tahun percintaan i ngan en. Squidward.
Tapi macam biasa laa tak celebrate apa pun.
Memasing jauh.
I kat Perak, dia plak kat Kedah.
Wish jer laa.
Itu pun bukan tepat 12.00am.
Hikiks.
Pagi tu baru call.

Bila dah lelama bercinta neh pepaham jer laa.
Semua benda kita tau pasal pasangan kita.
Kalau depa ada prob, kita boleh tau dari segi percakapan apa semua.
Hat tu en. Squidward lebih alert laa.

I sangat jarang nak berkongsi masalah dengan family.
Mommy pun i jarang share prob.
Selalunya i akan share ngan en. Squidward.
Walaupun dia bukan pendengar yang baik, i tetap nak story kat dia.
Pastu i kena sindir ngan dia.
PungkoQ betei.

6 tahun dok kawan ngan dia, i selalu kena marah ngan dia.
Dia sangat garang.
I pulak jenis yang degil.
Orang pesan jangan, yang jangan tu laa yang nak buat.

Tapi dalam garang2 tu, dalam hati ada taman jugak.
Hahahaha.
Suka bila dia buat lawak.
Macam bodo.
I pun macam bodo jugak gelak terkukik2.

Dia neh minat muzik.
Hidup dia ngan muzik jaa.
Kalau dia call, ada jer lagu yang dia tujukan kat i.
Kekadang dia nyanyi.
Kekadang dia suruh i cari dalam youtube.
Style paksa pulak tu.
Sukati dia jer kan.
Kalau p rumah dia, dia suka laa main gitar buruk dia tu.

Abot,
Aku tau aku tak sempurna macam pempuan2 lain kat luar sana tu.
Tapi aku akan cuba untuk buat hg bahagia, happy dengan aku.
Aku nak jiwang2 pun aku tak reti.
Aku harap hg boleh terima aku seadanya.

Abot,
Walaupun kulit aku hitam, tapi hati aku putih bersih.
Walaupun rambut aku kasaQ, tapi hati aku lembut.
Walaupun aku kurus cedekiang, tapi kasih sayang aku segemuk2 alam.
Walaupun aku bantut, tapi cinta aku tinggi sampai langit ke-7.

Hahahahaha.
Dah cukup melalut.

HAPPY 6TH YEAR ANNIVERSARY DK & ABOT

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, November 17, 2011

Untung Laa Bebudak Sekarang


Itu laa anak buah i.
Baru 2 tahun.
Tapi dah dapat Galaxy Tab 10"

Maksu dia pun ada tab 7" jaa tau.
How lucky she is.
Ayah dia belikan semata2 untuk main game.

Haritu kan i p rumah dia.
Dia syok laa dok main angry bird kat tab i.
Bila i dah balik, dia dok mintak burung.
Esoknya ayah dia belikan.
Pergh.
Jeles hokay.
=.=

Published with Blogger-droid v2.0.1

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

No Internet Connection

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Waa lama betei tak update blog.
Sim broadband i mengalami masalah teknikal.
Seminggu jugak laa probnya.
Neh pun tak boleh pakai lagi tau.
Hmm.

Banyak kali dah call center.
Depa kata memang ada gangguan pun.
Last2 sekali depa kata number i yang ada problem.
Simbol 3g tak mau nak naik.
Dah laa topup rm18 untuk subscribe weekly broadband.
Tapi haram tak boleh guna.
Pastu depa kata kalau tak boleh pakai jugak nanti depa refund balik.
Harap2 cemtu laa.

Neh i pakai sim line broadband.
Serius banyak benda terlepas sejak takda internet.
Jawatan kosong punya belambak dah tarikh tutup.
Huhuhuhu.
Gossip dengan rerakan pun banyak terlepas.
Kihkihkih.

Lepasneh tak risau dah sebab dah ada internet balik dah.
Serius rasa macam ketinggalan zaman kut bila takda internet neh.
Mati kutu sama.
Hari2 tido awal tau sekarang.
Lol.
(^___^)v
Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, November 05, 2011

Gary Dah Jadi Kuih




Kini Spongebob hidup sendirian kerana haiwan peliharaannya telah menjadi kuih.
Semoga kau tenang di sana, Gary.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, November 04, 2011

Tag : Permintaan Anda Dimakbulkan




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Entri kalini adalah untuk menyahut seruan 2 si cantik manis yang dah tag i.

Tapi sebelum tu kena habaq dulu laa dia punya rules.
Copy paste dari diorang jer laa.
Malas nak taip pepanjang.
hikiks.

The Rules:
  • tak boleh tag semula orang yang sama.
  • letakkan semua peraturan ini (rules) di dalam entri.
  • tag 11 orang dan linkkan di dalam entri.
  • pastikan mereka tahu mereka telah ditag.
  • ceritakan 11 perkara mengenai diri di dalam entri.
  • jawab semua soalan yang telah diberi oleh orang yang tag anda, kemudian buat 11 soalan khas untuk mereka yang kena tag pulak.
Okay mari kita mulakan ya adik-adik sekalian.



orang taruk gambaq, cheq pun pulun jugak
=.=

----------------------------------------------------

11 Perkara Tentang DK

1. Lahir di Batu Kurau and now menetap di Kamunting, Perak
2. Seorang yang underweight, 38kg jer berat.
3. Imma left-handed person. yeay.
4. Student architecture suatu ketika dulu tapi tak suka kerja dalam bidang architecture. gedik kan!
5. Merupakan pemilik kereta klasik yang comel macam tuan dia. Loewy the Mini Clubman.
6. Sekali dah menyampah, sampai bebila pun akan menyampah.
7. Seorang yang sangat ego dan kekadang bermulut puaka. LOL.
8. Peminat tegar laksa.
9. Sehari tak online, rasa macam esok tiada lagi. Tudia ayat.
10. Kalau suka kat satu2 barang tu, akan usaha habis-habisan untuk dapatkannya.
11. Dah ada boipren dah. 16/11/2011 neh genap 6 tahun couple. Hahahaha. gigih nak habaq jugak tu.

----------------------------------------------------

Okay now masa untuk menjawab soklan-soklan dari si cantik manis 2 orang ini.
Kita mulakan dengan Ain dulu eh.

----------------------------------------------------

Kenapa anda berblog?
Sebab malas nak tulis dalam diari, so tulis laa dalam blog. Nanti kang boleh tunjuk kat anak cucu memori terindah and suka duka sewaktu remaja. Ekekeke.

Blog pertama yang menarik perhatian anda?
Apa eh? Tak ingat dah laa tapi yang pasti sangat sukakan blog Kak Di sebab story dia semua tak boleh blah. Hahahaha. Sempoi nak arwah orang kata.

Siapa idola anda?
Takda kut. I neh bukan laa jenis yang fanatik sangat dengan orang. Kalau suka ke minat ke, gitu2 jer. But i love Justin Timberlake and Pitbull. Jom dating. Eh tetiba!

Ciri-ciri yang anda suka tentang seseorang?
I suka orang yang kelakar, yang pandai main alat muzik, banyak ilmu tentang semua perkara.

Ciri-ciri yang anda tidak suka tentang seseorang?
Panas baran. Pastu bila ada problem, lepas geram kat kita pulak. Gila ka apa?

Buah kegemaran anda?
Semua buah pun suka. Buah-buahan tempatan laa paling suka. Support hasil bumi Malaysia. Ekekeke.

Negara yang ingin anda lawati?
Belanda sebab ada ladang tulip. Suka saaaangaaaaattt. Teringin!

Negara yang pernah anda lawati?
Thailand. Tu yang paling dekat and murah. Hahaha.

Suka makan diluar atau dirumah?
Di rumah laa sebab lebih selesa. Kalau makan kat luar cepat mengantuk. Dunno why.

Pendapat tentang blog Ain SSB?
Best sebab ada baby comel dalam tu. Ahaks. Then, boleh tau serba sedikit keadaan kat negara orang. Suka tengok orang yang stay kat luar negara. Dia pun pandai berfesyen. DK likes her style ;)

Pendapat tentang Barack Obama?
Okay sikit dari Bush kut. Entah.

----------------------------------------------------

Pergh.
Selesai part Ain.
Mencabar minda betei.
Hihihi.
Seterusnya soklan dari Fyna pulak.

----------------------------------------------------

apa yang korang suka tentang blog fyna?
Macam2 ada. Ada tips kecantikan, tutorial, resepi pun ada okay. Best.

tahun berapa close myspace =P?
Tak pernah close pun cuma jarang gila kut nak login dah. Hahahaha.

artis pertama yang menjadi pujaan?
Err tak ingat tapi dulu minat NYNSC sebab lagu2 depa mengusik (tiru ayat nana)

1st barang makeup yang dibeli?
Eyeliner kut. Tu pun hat murah gila, Takda brand pun. Lol.

dengan siapa last cakap di telefon?
Mencabar betul soklannye pun. Ofcoz laa dengan boipren. Lalalala.

pernah datang baling?
Tak pernah tapi nak p jugak laa nanti, kalau tuan punya soklan neh jemput p kenduri kawen dia nanti. Boleh macam tu? Teeeetttt ;p

boleh cakap kedah tak?
Awat tak boleh pulak. Hahaha. Memang selama neh pun dok cakap Kedah. Ahaks.

close dengan mak or ayah?
Kalau bab duit, close ngan abah. Kalau bab nak mintak tolong kerja2 rumah, close ngan mak. Kalau nak share problem, close dengan boipren. Eh?

your 1st love? when?
Puppy love jer semuanya. Tu pun zaman kekanak ribena.

1st time pakai heels?
Masa belajar kat poli dulu kut. Tu pun sebab ada dinner ke apa ntah.

mandi sekali berapa kali? haaaaa
Ada ralat si soalan itu ya, makanya tak perlu jawab. Hahahahaha lariiiik!

----------------------------------------------------

Yeay.
Setel!
Berpeluh nak menjawabnye puuuunn.
Eh soklan dari DK belum bagi lagi laa.
Nah amek neh.

----------------------------------------------------

1. Dah ada lesen kereta ke belum?
2. Student ke pekerja? Kalau student, course apa? Kalau pekerja, kerja sebagai apa?
3. Pengguna Maxis ke Celcom ke Digi?
4. Single? In a relationship? Married?
5. Western food kegemaran awak?
6. Subjek apa dapat result paling teruk masa SPM?
7. 1st time dating kat mana?
8. Nama yang 1st dalam phone list awak?
9. Permainan yang paling awak minat masa zaman kekanak?
10. Suka baby boy ke baby girl?
11. Isikan tempat kosong neh : DK sangat ________

----------------------------------------------------

Tibalah masa untuk meng-tag rerakan yang lain.
Hat neh masalah sikit.
Nak tag sapa eh?
Hadoyai.
=.=


Hat tu jer laa yang mampu tag pun.
No idea dah nak tag sapa.
Sesapa nak join pun dipersilakan.
Okay peeps.
Have a nice day.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, October 31, 2011

Berweekend Di Hulu Langat

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.


Sihat ke semorang?
I dok rasa nak demam jaa neh.
Badan panas.
Tekak sakit.
Dugaan!


Weekend haritu i and mommy turun Kualala Lumpur.
Err, Shah Alam and Hulu Langat yang pastinya.
My cousin kawen kat Shah Alam.
Sampai Hentian Duta, abang no 3 datang amek.
Ameera pun ada sekali.
Punya laa syok gedik bila dia nampak kitorang.
Hahahaha.


Setel kenduri kat Shah Alam, terus balik Hulu Langat.
Abang dok kat sana.
Memang xp memana pun.
Lepak kat rumah jaa.
Main dengan Ameera jaa.


Budak kecik tu makin lama makin bijak.
Makin petah bercakap.
Kelakar laa dia.
Tak larat nak gelak, tengok karenah dia.
Sikit-sikit panggil maksu.
Comel!


Malam tu memula plan nak p kedai member.
Nak pekena char kuetiau tapi tetiba tak jadi sebab abang bawak p makan western food.
Sedap laa oi grill chicken chop dia.
Sos black pepper dia terbaik.


Balik rumah, sambung main dengan Ameera sambil tengok bola.
Terengganu vs Negeri Sembilan.
I sokong Terengganu.
Tapi frust laa bila depa kalah.
Geram kat goal keeper Terengganu tu.
Eee.
>_<


Hari Ahad petang baru balik Taiping.
Abang hantar p Hentian Duta kul 3pm.
Dapat tiket kul 6.30pm.
Memang masak laa nak menunggu kat sana.
Dah laa ruang menunggu takda aircond.
Pergh!


Sampai Taiping dalam kul 10.30pm.
Gila penat.
Tapi syok sebab dapat main dengan Ameera walaupun sat jaa.




Ameera dan motornya

Ameera dengan toknya

Ameera dan sengihannya

Ameera dan maksunya



Published with Blogger-droid v2.0

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, October 25, 2011

Happy Newly Wed


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Lamanya tak update blog.
Bz mengalahkan bigmama pulak.
Bhahaha.
2-3minggu neh bz dengan ISO.
Yesterday, auditor dari SIRIM datang nak audit kompeni kitorang.
Mujur laa dia tak tanya part i.
Lega okay!

Btw, nak story pasal kenduri adik boipren.
Last Saturday, 22-10-2011 adik boipren, si Shipa dah selamat menjadi wife orang.
I p sana Jumaat malam.
P bantu apa yang patut.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Ramai tetamu yang datang.
Lebih kurang 900 tetamu jugak laa.
Lauk semua cukup.
Lebih 1 periuk kecik jer.
Okay lettew kan.

Masa akad nikah tu, i and adik2 boipren jer yang p masjid.
Boipren and his mommy stay kat rumah sebab nak handle majlis tahlil.
Rasa macam kawen tipu2 jer.
Hihihihi.
Pengantin lelaki si Shah pun relax jer akad nikah.
Sekali lafaz.

Oh, i jadik photographer tak tauliah time kenduri haritu.
Boipren dah bz dengan kenduri.
I laa take over job neh.
Ekekeke.
Tapi terlupa plak nak copy gambar2.
Pendrive takda sama.
Hampeh.

So Shipa and Shah, selamat mengharungi kehidupan sebagai husband and wife dengan sebaiknya.
Sentiasa give and take.
Kalau gaduh tu jangan lelama.
Kakna doakan yang terbaik untuk korang okay.

SELAMAT PENGANTIN BARU
(^___^)v

Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, October 17, 2011

Baju Kurung Sempena Aidiladha


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Tadi teman mommy p beli kain untuk buat baju kurung.
Nak pakai time raya Aidiladha nanti.
Agak murah jugak laa.
Ada yang rm5/meter, rm6/meter, rm7/meter pun ada.

Mommy beli 2 pasang.
I pun kalut mencarik.
Nanti time bayar boleh tumpang sekaki.
Hahaha.
^;^

I amek 2 pasang jugak.
1 cotton, 1 kain biasa.
Memula tu amek kain biasa jaa.
Then abah p tanya cashier samada boleh guna debit kad or tak.
Cashier tu kata kena beli rm50 ke atas.
Hahaha.
Sendiri mau ingat laa.
I amek laa kain cotton pulak.
Nak cukupkan harga minimum tu.

Neh nanti mommy nak p anto kedai, i menyelit laa sekali.
Time bayar, macam biasa laa kan.
Lalalala~

**abah kata kain yang i beli macam orang tua (T_T)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, October 10, 2011

Pre Audit ISO Setel


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Siang tadi i ada pre-audit ISO.
Pergh serabut perut.
Start pukul 10am.
Habis kul 5pm.
Hangat bontot dok dalam bilik meeting tu.
Tapi sebelum audit, p site visit dulu.
Audit kontraktor buat keje.
Balik dari site visit, baru audit juruteknik kontrak and kawalan.

Pukul 1pm stop sat, p lunch.
Bos bawak p makan kat Kuala Sepetang.
Kalau dah p sana, kompem laa makan mee udang.
Tadi bos bawak p kat Mee Udang Mak Jah.
Terbaikk laa.
Udang bersepah.
Heehaa.
^;^

Balik dari lunch sambung balik audit.
My turn.
Ada jer yang kantoi.
Padahal dah check bebanyak kali dah.
Ada jugak yang salah.
Dapat laa ncr seketul sebab tak kepilkan drawing.
Binawei sungguh!

17hb neh ada meeting kat Ipoh.
Meeting pasal neh laa.
Yang mana ada kesalahan, kena buat pembetulan then bawak p Ipoh.

Audit bersama orang ISO on 24, 25 Oktober 2011.
Tak lama dah oi.
Kena prepare bebetul laa.
STRESS!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, October 09, 2011

ISO Datang Lagi


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat bercuti.

Harini 1 hari i kat office.
Semuanya gara2 ISO yang akan diaudit tak lama lagi.
Argh stress.
Esok baru pre-audit.
Blom audit yang bebetul lagi.

Cuak dia mengalahkan nak interview mintak kerja.
Eeee.
Bencinya!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, October 08, 2011

Happy Birthday Abah


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

06-10-2011
Merupakan hari kelahiran abah yang ke 57.
Tapi tak celebrate pun.
I just beli kek.
Tu pun yang murah2 jer.
Bukan secret recipe segala bagai.

Ikutkan nak beli kek pun tak mampu sebab i ada rm10 jer.
Tu pun duit yang abah bagi.
Nasib baik petang tu sebelum balik kerja, i dapat duit claim milage opis.
Lega betul.
Duit i memang abes terus sebab bayar pinjaman Yayasan Perak.
Salah i jugak.
Dok tangguh nak bayar, last2 dapat surat lawyer.
Hmmm.

So abah, Selamat Hari Lahir yang ke-57.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki.
Walaupun org selalu sakitkan hati abah, buat perangai, bebai segala but deep down in my heart, I LOVE U SO MUCH.

Nanti sponsor cat Loewy nah.
Eh (?)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, October 03, 2011

Al-fatihah Buat Allahyarham Pak Lang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Tengahari tadi i dapat panggilan dari mommy.
Mommy kata pak lang dah meninggal dunia.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam 8am macam tu.
Semalam jer p melawat kat hospital.
(T___T)

I pun tak sure sakit sebenar.
Tapi melibatkan jantung n kegagalan buah pinggang.
Tapi tadi tengok dalam salinan sijil kematian, disebabkan jangkitan kuman dalam darah.

I takda laa rapat sangat dengan arwah.
Tapi selalu laa jugak p rumah arwah sebab dekat jer dengan rumah i.

Semoga arwah pak lang ditempatkan di kalangan orang beriman.
AL-FATIHAH
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, October 02, 2011

Get Well Soon

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Petang tadi i melawat pakcik i kat Hospital Taiping.
Pakcik i ada masalah jantung.
Buah pinggang dah tak function.
Tekanan darah tinggi.
Kencing manis.

Baru baru neh dia masuk wad ICU sebab keadaannya sangat kritikal.
2minggu jugak laa kut dia koma.
Sekarang dah masuk wad biasa.
Tapi dia dah tak leh cakap.
Hanya mampu terbaring.

Doakan kesihatan pakcik i ya.
Umm.
:(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, September 29, 2011

Loewy In The Blog

Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics