Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Sunday, November 03, 2013

Vietnam Day 1






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Alhamdulillah telah selamat menjejakkan kaki di bumi Vietnam.
Lokasi yang lebih tepat ialah Ho Chi Minh.
Kota yang sesak dengan motor.
Hahahaha.
Dari airport ke hotel, kitorang naik bus jaa.
Tiket bus berharga VND5000.
Kalau korang bercadang nak naik bus, better tukaq duit kecik2.
Sebab nanti dalam bus, dia akan kasi balance syiling.
Masalahnya syiling kat sini macam tak laku.
Pergi memana pon bila nak bayaq pakai syiling depa tak mau.
Heran!

Sepanjang berada di sini, kitorang stay di Song Anh Hotel.
Bilik dah book siap2 guna Agoda.
Murah sikit dari walk in.
Pastu lokasi dia dekat jaa dengan Benh Tanh Market.
Dalam 3-4minit jalan kaki.
Oh by the way, selama 3H2M disini kitorang takda amek pakej tourist.
Redah jalan kaki jaa berpandukan maps yang kitorang amek kat hotel.
Tempat2 menarik untu dilawati pon tak jauh mana antara satu sama lain.
Jadi dah jimat kos untuk pengangkutan.

Lepas check in bilik, kitorang mulakan aktiviti meredah kota HCM.
1st place yang kitorang visit Benh Tanh Market tapi tak leh blah environment dia.
Panas, sesak, semua ada.
Masuk sat jaa terus keluaq.
Pastu kitorang terus menuju ke kedai aiskrim yang femes kat HCM.


Kom Bach Dang Ice Cream

Coconut Ice Cream
VND85,000
Not bad laa rasanya.


Then kitorang teruskan perjalanan ke Revolutionary Museum.
Tiket berharga VND150,000.
Tapi macam tak menarik sangat pon.
Kitorang masuk sat jaa pastu blah.
Hahahaha.


Waktu neh ada pasangan pengantin tengah buat outdoor photoshoot.
Pengantin perempuan tu kurus.
(^^,)

Kereta lama yang terdapat di luar muzium.
Macam kereta dalam filem Labu Labi rasanya laa.


Seterusnya kitorang bergerak ke Independence Palace.
Entrance fee berharga VND40,000 termasuk electric car.
Kalau nak jalan kaki pusing2 dalam sana, harga tiket VND10,000 saja kut.
Tapi yang pasti entrance fee and tiket electric car adalah sebanyak yang disebut tadi.


Dalam bangunan tu ada laa bilik persidangan bagai.
Kawasan sekitar dia luas.
Ada cafe, tempat riadah blablabla.


Seterusnya kitorang menapak ke Cathedral Notre Dame.
Klo dah namanya cenggitu harus laa gereja.
Senibina lama yang masih utuh dan masih digunakan untuk upacara keagamaan dan sebagainya.


Pandangan hadapan Notre Dame.

Pandangan sisi Notre Dame.
Harus laa posing sekeping dua gambaq.
Hahahaha.
Waktu neh dah petang so memang ramai tourist yang datang amek gambaq bagai.
Gambaq posing neh amek masa last day kat Vietnam.


Sebelah Notre Dame adalah Saigon Central Post Office.
Kat sini bukan setakat pejabat pos tapi juga ada tempat menjual souvenir, money changer, kaunter tiket untuk Water Puppet Show dan lain2.
Kalau nak hantaq poskad pon boleh.



Interior.


Elok jaa keluaq dari pejabat pos, hujan pon turun.
Ingatkan hujan renyai2 jaa, kitorang pon lintas jalan ke Notre Dame nak balik ke hotel.
Sekali kauuuu hujan lebat.
Terkandas kat tepi Notre Dame.
Basah lenjun dah kitorang.
Mujur gadjet tak kena air.
Kalau tak....... Menangis cheq!
Lama gak laa terkandas kat situ.
Dalam 15min jugak laa then bila hujan dah benti sikit kitorang pon meneruskan perjalanan pulang.

Balik bilik dalam keadaan basah.
Sabor jer laa.
Rehat kat bilik kejab, mandi then baru keluaq balik untuk ronda2 sekitar night market dan dinner.
Makanan halal kat sini boleh tahan mahal.
Pheeewww.


Pho.
Makanan Vietnam yang sedap.
Dia macam kuetiau halus dan sup daging.
Then ada sayur2 lain untuk dimakan bersama.
Sedap!
Ini harganya VND95,000.


Setel dinner baru laa sambung jenjalan kat night market.
Sebelah Benh Tanh market jaa.
Harga kat night market lebih kurang dengan Benh Tanh Market.
Lebih selesa sebab tak panas.
Hahaha.
Dalam Benh Tanh tu, dah laa panas.
Sempit lak tu.
Memang banyak kedai tapi macam berserabut.

Hari pertama setel untuk segala aktiviti seperti dirancang.
Nanti i update hari ke-2 pulak yer.
Assalamualaikum.

P/s: gambaq semua disnap menggunakan iphone. Yang dalam dslr belum ditransfer lagi. Nanti i dah balik Malaysia, i update terus!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, October 31, 2013

Pengembaraan Bermula






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

I kat LCCT dah neh.
Amek kau 7 jam perjalanan dari Tepeng ke sini.
Tadi gerak jam 2pm.
Pastu bus punya laa menyiput.
Pastu hujan lebat kat area Tanjung Malim.
Ada dua keta terbabas.
Kesian.

Sampai Pudu jam 6.30pm then terus menapak ke Pasar Seni.
Jalan sepantas kilat sebab takut gelap nanti bahaya laa pulak kan.
Dah laa i sorang jaa.
Dari Pasar Seni turun kat KL Sentral pulak.
Dah sampai KL Sentral terus cari skybus.
Mujur dah beli tiket online.
Bas penuh tadi.

Neh tengah tunggu partner dari Kedah.
Dia naik flight jaa.
Dalam jam 11pm laa kut dia sampai.
Mati kutu woi.
Neh dok lepak mekdi, kebuloq sangat makan tengahari tadi jaa.
Malam neh membuta kat airport jaa laa.
Esok flight jam 9.10am.

Okay laa, nanti update lagi.
Assalamualaikum.

-----PENAT-----




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, October 30, 2013

Im Ready




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini hari last i kerja.
Pasni nak cuti panjaaaaannnggg.
Panjang laa sangat, 10 hari jaa pon.
Eh (?)

Seperti yang sudah sedia maklum, awal bulan 11 nanti i akan ke Vietnam and Cambodia.
Jenjalan cuci mata, mana tau kut2 bertemu jodoh ka kan.
Hahahaha.
Macam tak percaya jaa.
Sat sungguh masa berlalu.

Kalau rajin, memalam sebelum tidoq i akan update day by day.
Kalau tak, tunggu i balik Malaysia nanti laa.
So harini buat online check in siap2.
Takda laa kalut nanti.

Esok tengahari insyaAllah i akan bergerak ke Kolumpo.
Ikutkan flight 1hb November tapi i kan dok Tepeng.
Flight plak pagi.
Nak tak nak kena laa lepak kat LCCT esok malam.
Tapi bukan sorang2 laa, sekali ngan partner trip.


Hikiks.
Tak sabaaaaaaaqqq!


Semoga trip kalini berjalan lancar.
Aamiin.
Okay nanti sambung lagi.
Assalamualaikum.





Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha









Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, October 13, 2013

Birthday Abah dan Abang






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy weekend.

06-10-2013
Merupakan hari lahir abah dan abang no 3.
Ya, depa berkongsi tarikh lahir yang sama.
Kebetulan abang sefamily balik mai sini, sebab raya depa tak leh balik so kitorang pon buat laa makan2 sikit.
Siang tu p beli kek kat Secret Recipe dengan kak ipar.
Pastu cari present untuk abah.

Malam tu kak ipar call Mc Donalds delivery.
Family abang no 1 pon ada datang.
Abang no 1 dok area2 sini jaa.
Dekat.
Anak2 buah laa yang suka pon.
Makan kek blablabla.
Siang tu i ada buat bihun sup tulang tapi habis awal lak.
Laku sebab sedap kuuutt.
Eh (?)

Tahun neh abah genap 59 tahun, manakala abang genap 34 tahun.
Semoga abah dan abang panjang umur, dimurahkan rejeki dan sihat selalu.

HAPPY BIRTHDAY!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, October 11, 2013

Sweet Charity @ HRC Melaka





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Last two weeks selepas i p kenduri classmate i, petang tu i gerak ke Melaka.
Semuanya gara2 nak tengok papa rock.
Hahahahaha.

Sweet Charity Live at Hard Rock Cafe Melaka.

I gerak dari Sri Kembangan jam 5pm rasanya dengan family abg Hamdan.
Perjalanan dari Sri Kembangan ke Melaka mengambil masa 2 jam kalau jalan tak sesak.
Sampai di Melaka, member i, si Faris dah siap tunggu kat Tesco Cheng.
Sebabnya sebelum nak ke HRC, nak isi perut dulu.
Plan nak makan asam pedas claypot tapi tak tau jalan.
Mujur ada si Faris neh haa, penunjuk jalan.
(^___^)

Sampai kat restoran asam pedas tu, parking keta, cari meja.
Pakat2 laa order makanan sebab dah kebulur.
Hahahahaha.


Amaciam, mouth watering tak?
Hahahahaha.


Setel makan, terus gerak ke HRC.
Tapi dua kali pusing gak laa sebab terlepas simpang.
Kitorang parking berdekatan balai polis.
Menapak sikit laa pastu.

Sampai depan HRC cun2 start.
Ramai gila baq hang!
Pakat2 beratoq nak beli tiket.
Harga tiket rm80, free soft drink rasanya.
I masuk free jaa, mengorat bodyguard yang jaga pintu tu.
Okay tipu.
Hahahahahaha.

Mula2 dok kat belakang.
Pastu menyelit sikit2 ke depan.
Mujur laa kurus kheeenn.
Abg Hamdan steady lepak kat belakang.
Kasi can kat orang muda kut.
Hihihi.

Keadaan kat dalam tu punya hangat sebab aircond tak berapa nak okay.
Kitorang dah mandi peluh.
Tapi lepastu baru terasa sejuk sikit.

I tak tahan panas, blah tinggalkan si Faris sorang2.
Pastu menyelit balik.
2-3 kali jugak laa buat cemtu.
Hahahaha.
Lantak laa, daripada i pengsan kat tengah2 tu baik blah dok belakang.

Show selama 2 jam.
Banyak lagu2 yang femes didendangkan antaranya;

Batu.
Zakiah.
Teratai.
Jangan Tunggu Lama2.
Kamelia.





Antara photo yang berjaya disnap menggunakan dslr and iphone.
Banyak zoom jaa.


Setel semua tu, sempat lagi si Faris singgah Rock Shop.
Ada jaa yang nak dibelinya.
Kononnya nak beli jacket.
Sekali tengok pricetag, mmmmkay....
Last2 dia rembat bangle.
Ikut kau laa nak, jangan nangis sudah!

Setel shopping, kitorang pon balik.
Si Faris takpa laa dekat, memang dok Melaka.
Kitorang neh nak kena balik Sri Kembangan.

Hari Isnin, i amek cuti.
Mana sempat nak balik hari Ahad tu.
I p Kolumpo naik bus jaa pon.
Tu pon balik Tepeng dengan wife abg Hamdan.
Kebetulan kak Ima memang nak ke Penang malam tu.
I sampai rumah dalam kul 1am.
Kak Ima teruskan perjalanan ke Penang.

Hari minggu yang penuh dengan aktiviti.
Cheq suka!
(^___^)

Okay laa.
Sampai sini dulu.
Nanti i update lagi cite2 yang menarik.
Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, October 03, 2013

Classmate's Wedding







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Ahad lepas i turun kolumpo.
Attend majlis perkahwinan classmate i masa kat PUO dulu.
Majlis berlangsung di Bandar Tun Razak.

Memandangkan classmate dah buat kenduri kawen, boleh laa gathering dengan yang lain2.
I payah nak jumpa dengan depa neh sebab i kan dok jauh.
Time kenduri jaa laa boleh lepak sekali.
Tapi tak semua yang dapat turun.
Ada yang bz.
Ada yang anak tak berapa sihat.
Blablabla.


Ely. Kiah. Pdot. Bella


Si penulis biasa laa, sikit2 peace.
Hahahaha.


Lepas neh kenduri siapa laa pulak.
Kheeeennnn.
(^^,)
Papepon congrats Ahzuan dan pasangan.
Semoga bahagia sampai syurga.
Aamiin.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, September 24, 2013

Counting Days






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Ambooouuiii tajuk entry tak boleh blah.
Hahahaha.
Serupa menghitung hari bersejarah pulak.
Padahal dok menghitung hari nak p trip jaa.

Tak lama dah cheq ooooiiii.
Sebulan lebih jaa lagi.
Persiapan?
Takda apa sangat pon.
Cuma sekarang tengah plan aktiviti sepanjang berada di Vietnam and Cambodia nanti.
Agak lama jugak laa.
1hb-7hb November 2013.
Tu pon tak tau sempat ka dak nak cover sume tempat.
Ada lagi yang belum masukkan dalam list.
Teeeeeettttt.

Trip kalini i banyak google info, blablabla memandangkan my partner now dah busy.
Dia dah sambung blajaq balik.
Jadi sebab tak mau bebankan dia, i tolong dia susun aktiviti.
Tapi sentiasa update ngan dia laa.

Perancangan awal seperti berikut;

2 malam di Ho Chi Minh
malam di Phnom Penh
2 malam di Siem Reap

Perbelanjaan sepanjang kat sana, kitorang bajet dalam rm100/day.
Harap2 tak terlebih.
Kurang takpa.
Hahahahahaha.
Macam biasa laa kalau p trip, i memang payah sikit nak shopping bagai.
Sekadar beli souvenir sikit2 jaa.
Melainkan kalau niat tu memang untuk shopping semata, then baru laa menggila serupa orang hilang pedoman.
(^^,)

Harap2 trip kalini dapat kumpul pengalaman yang menarik sepanjang berada di negara orang.
Semoga takda kejadian yang buruk berlaku.
Aamiin.

I ingat nanti setiap malam i akan terus update blog supaya takda story yang tertinggal.
Tak nak jadi macam yang lepas2.
Dah lama2 baru nak update, cerita pon dah banyak lupa.
Huhuhu.

Okay laa, cukup takat neh dulu.
Nanti sambung lagi.
Assalamualaikum.





Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, September 22, 2013

Cumi Rica Rica







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini mak suruh masak lauk sotong untuk lunch.
Tetiba teringat lauk cumi rica rica masa makan kat Bandung last year.
Sedap okay.
Kemain pedas tapi layannnn.
So tadi google laa resepi.

Ada beberapa version yang i jumpa tapi i salin yang paling simple dan tak banyak bahan.
Actually cumi tu bermaksud sotong.
Rica rica tu nama masakan laa kut.
Bahasa Indonesia kan.
Hihihihi.

Bahan yang diperlukan seperti;
Sotong
Bawang merah*
Bawang putih*
Cili besar (merah)*
Halia*
Tomato*
Sedikit gula and garam

Itu sahaja.

Blendkan semua bahan (*) tersebut dan tumis sehingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam and gula.
Lepas tu masukkan sotong.
Agak2 dah masak, tutup api dan hidangkan.
Siap!

Sebenaqnya bahan2 dan cara masak tu lebih kurang jaa macam masak sambal sotong.
Gittew.
Ada rasa pedas, manis dari gula, masam dari tomato, and masin.
Perfect combination.
(^^,)

Selamat mencuba!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, September 21, 2013

Aktiviti Sihat Di Bukit Larut




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy weekend.

Hujung bulan lepas i p Bukit Larut, nak hiking laa kononnya.
Tapi takda laa ikut jalan hutan.
I ikut trek jeep jaa.
Lagipon i p sorang, so macam bahaya sikit laa klo ikut jalan hutan kan.

I sampai kat kaki Bukit Larut tu lebih kurang jam 9.30am.
Ramai jugak laa pelancong and penduduk tempatan datang.
Ada yang jogging, ada yang tunggu turn nak naik jeep ke puncak Bukit Larut.

Tapi ramai jugak yang dah gerak turun.
I pon menapak laa sambil menikmati keindahan alam.
Dah laa sorang2 kan.
Masa i naik tu takda orang pon naik sekali.
Cuak gak.
Hanya ayat kursi yang menemani i.
Gittew.

Niat di hati nak menapak sampai ke puncak tapi tak kesampaian.
Pagi tu cuaca so-so jaa.
Mendung sikit.
Kebetulan ramai betul warga asing kat atas sana.
=___="

Sampai jaa kat Tea Garden, ada 1 group dok rehat kat situ.
I pon dengan muka tak malu p tanya salah sorang ahli group tu, samada masih ramai ka kat atas puncak sana.
Dia cakap ramai warga asing.
Dan dia terkejut bila tengok i gerak sorang jaa.
Memandangkan i sorang jaa and bahaya dengan keselamatan i, dia ajak join group dia.
I pon on kan jaa laa.

Rupanya group tu student and guru praktikal dari SMK Darul Ridzuan.
Kitorang pon rehat sat then terus menapak turun balik.
Masa nak turun tu, hujan renyai2.
Alhamdulillah selamat sampai kaki bukit jam 1.30pm.

Lepastu i terus ke open house rakan office.
Asal boleh jaa kan.
Dah laa pakai track suit jaa.
Dengan peluhnya.
Nasib baik tuan rumah cakap takpa, datang jaa.
Hihihihi.

Esok tu bermula laa episod sakit kaki.
Dah serupa penguin berjalan.
Seminggu gak laa baru nak pulih sepenuhnya.
Telinga neh tahan jaa dengan leteran mak abah.
Yer laa depa bukan bagi sangat p, sebab dah tau nanti kompem sakit kaki.
P office pon jenuh nak panjat tangga.
Malam2 pulak kena sapu minyak panas kat kaki.

Tapi takpa laa, i enjoy kuuttt dapat buat aktiviti di hujung minggu.
Takda laa bosan sangat terperap kat rumah.
At least haritu dapat keluaq peluh.
Kaaaaannnn.

Okay jom cuci mata tengok gambaq yang tak seberapa neh.




Kalau ikut jalan trak, jarak dia lebih kurang 9km.
Kalau ikut jalan hutan, tak tau laa nak kira berapa ketinggian dari paras laut.


Jalan yang curam dan bengkang bengkok memang memerlukan kepakaran dan kecekapan driver jeep untuk kawal kenderaan.
Salute.

Pokok tumbang menghalang jalan jeep.
Tapi hat neh depa dah alihkan dah.

Air bukit.
Fresh.
Nak minum ka, nak basuh muka ka up to you.

Neh salah 1 cara untuk berjimat.
Tak payah bayaq bil woi.
Hahahaha.

View pekan Taiping.
Ini belum separuh perjalanan.
Tenang kan pemandangannya.

Hai si penulis KITA ADA MISI ;)

Ada pondok rehat di sini.

Tea Garden.
Agaknya dulu depa tanam pokok teh kut tapi kurang menjadi.
Maaf laa i tak baca sejarah sangat.
Huhuhu.

Group yang i join masa menapak turun.
Sporting!

With them.
Student and guru praktikal SMK Darul Ridzuan.
Thank you guys!

Itu jaa laa yang dapat i story untuk aktiviti sihat di Bukit Larut neh.
Siapa yang belum pernah jejakkan kaki di sini, sila lah datang.
Okay bye.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, September 20, 2013

IOS7 Updated




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Semalam negara kita kecoh pasal Apple dah launch ios terbaru iaitu IOS7.
Makanya ramai laa pengguna iphone, ipad, ipod yang mengupdate.
Tapi bukan semua iphone available.
Iphone4 dan ke atas jaa.
I pon tak terkecuali mengupdate jugak.
Hihihihi.

Pendapat i pasal ios terbaru neh, ada yang best ada yang kurang best.
I kurang gemar tengok icon dia yang simple sangat.
Macam tak ikhlas jaa depa nak design icon lelawa.
Lalalalalalala~

Lain2 tu okay laa, so far puas hati.
Camera.
Header yang atas tu.
And yang paling i suka, boleh off auto rotation.
Yeay.
(^___^)


Downloading........
Lama jugak nak menunggu.
Kalau internet laju, cepat laa setel.


Neh printscreen hat lama sebelum update.


Neh printscreen selepas update.
Buat folder sebab nak sorok icon yang tak sedap mata memandang.
Hahahaha.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, September 19, 2013

Well Said








Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, September 17, 2013

Trip To Bali, Indonesia



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sementara tengah rajin neh, update terus laa pasal Bali.
Tapi tak banyak gambaq pon.
Masa p sana haritu, musim hujan rasanya.
Tak dapat nak melawat banyak tempat.
Sedih.
Sempat shopping souvenir kat Krishna and melawat Tanah Lot jaa.
Oh ada lagi 1 pantai, apa nama ntah.

Kitorang gerak dari Lombok naik fast boat.
Sampai Bali dah jam 5pm cemtu.
Pastu dengan jammed lagi.
Malam jugak laa sampai area Kuta Beach.

Di Bali kitorang stay di Kedin's Inn.
Very nice place.
Dari luaq nampak macam menyeramkan jaa.
Tapi bila dah masuk, wow melopong.
Ada swimming pool bagai.
Harga bilik rp350k rasanya untuk 2 malam.

Okay laa, moh layan beberapa gambaq di Tanah Lot.



Waktu neh air laut pasang.
Seram tengok ombak besaq tu.
Pheeewww~









Itu jaa laa gambaq yang ada kat Bali.
Tak banyak pon.
Sebab kitorang transit jaa.
Lagipun musim hujan.
Takda apa yang boleh dibuat sangat.

Maka tamatlah cerita pasal Lombok dan Bali.
Hahahahaha.

Assalamualaikum.


Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics