Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Thursday, November 26, 2009

Beliau Dah 4 Bulan Lah.





Dhia Nur Batrisyia.
Da membesar anak sedara i neh.
Kiut di mata i.
Tak tahu lah di mata you semua.
hihihi.
;)
Beliau sudah mahu terikut-ikut seperti maksu beliau.

Berambut mohawk.
Tak percaya?
Mari kita lihat sejauh mana kebenarannya.
Tink ^^













Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, November 23, 2009

Dua Cerita.




CERITA PERTAMA - Trip Ke Hatyai, Thailand.

Ya i sudah ke 'overseas' okay.
Bahahaha.
:D
Nice place.
Cuma silap time.
Hujung tahun memang musim hujan disana.
Frust.
Hanya meringkuk di dalam hotel.
Berjalan di sekitar hotel sahaja.
Mujur hotel di tengah-tengah town.
Dan frust buat kali ke-dua.
Tak dapat merasa naik tut-tut.
Haih.



Figure 1 :
Inilah dinamakan tut-tut. Kiut kan ;)





CERITA KEDUA - Intebiu PPPT di Putrajaya.

Sudah jatuh ditimpa tangga.
Baiklah tiada kena mengena dengan peribahasa tersebut.
I dapat panggilan temuduga sebagai PPPT gred DH29.
(Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi)
Nak lebih senang, pensyarah lah namanya.
Gila kan, diploma boleh jadi pensyarah.
Tapi itulah kenyataannya.
Pensyarah untuk pelajar sijil di kolej komuniti.
Hari Ahad bertolak dari Hatyai untuk pulang ke kampung halaman.
Dan Isnin petang bergegas pula ke Kuala Lumpur.
Berjalan sungguh kata mak.
Hari Selasa seawal jam 6:00am telah bergerak ke Putrajaya.
Memang i tak prepare apa-apa pun.
Main redah sahaja.
Dan juga redha.
Ya i kena demam selsema selepas pulang dari Hatyai.
But dont worry.
I bebas influenza H1N1.
Bukan i kata tapi dokte yang kata.
Hikiks.
;)
Pergi intebiu umpama tak ada apa-apa yang berlaku.
Muka maintain konfiden.
Tak pernah lekang dari senyuman.
ASET.
Sewaktu intebiu seperti biasa lah, perkenalkan diri seringkas yang mungkin.
Kemudian membicarakan topik berkenaan KPT.
Skop kerja pensyarah dll.
Seterusnya Dasar Pandang ke Timur.
Tapi i belum sempat jawab, panel sudah jawab dahulu.
Baik tak payah tanya kan.

"Saya yang tanya awak, tapi saya yang jawab"

Tahu pun.
Kasi lah chan i sama untuk jawab.
Hahaha.
:D
Dan tiba-tiba di tanya mengenai Dasar Perindustrian Negara pula.
Lokasi kilang besi di Malaysia.
Contoh industri berat.
Erk...
Apakah semua ini?
Ada kena-mengena ke dengan jawatan yang i mohon?



Figure 2 :
Surat Panggilan Intebiu ;)





Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, November 16, 2009

Eyh Dah 4 Tahun Lah.




Happy 4th Year Anniversary Drunbella dan Arebought.
Gila ah.
Kan kan kan.
^_^

Walaupun macam-macam dah jadi.
Tapi masih bersama.
Yer sebab i yang setia dan sabar.
Dengan karenah you.
You patot berbangga dapat gf macam i.
Bahahaha.
:D

Kalau orang lain couple dengan you mesti tak sampai sebulan.
Lalalalala~

Semoga kita akan kekal sampai bila-bila.
Okay!
You jangan nak ngengada lagi dah pasneh.
Kita ada misi.
Macam dalam cerita ROCK.

Ya cerita di masa 1st time kita berdetim.
Gila ah.
Dah lah esoknya i kena submit model.
Orang lain bz buat kerja, kita bz berjalan-jalan di Penang.

Tapi tak apa.
Semua thu da setel da pun.
I pun da dapat sijil.
Da dapat diploma.

Tak lama lagi nak jadi lecturer pulak.
Doakan kejayaan i okay.
Mestilah.
Demi masa depan kita.
Apalah.

Okay okay.
Stop kart sini dulu.
Kita baru berchenta jer pun.
Bukan kahwin lagi.
Tak boleh cakap banyak-banyak.
Satgi kita dituduh pula begitu dan begini.

"Menggelabah ah die neh. Anniversary pun nak heboh 1 dunia"




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, November 12, 2009

Tuhan Itu Maha Kaya.




Betul tak kawan-kawan?
I memang da lama terfikir pasal neh.
I tahu kenapa fizikal i macam neh.

Kurus kering.
Hitam.
Rambut keras macam berus dawai.
Siku dan lutut buruk.
Dan lain-lain lagi.

Sebab......

Tuhan itu maha kaya.
Maha segala-galanya.
Okay biar i terang satu persatu kenapa Tuhan ciptakan i macam neh.


1. Kurus kering
Kalau i badan sedap, mantap segala, mesti i da pakai baju yang seksi-seksi.
Yang ketat-ketat.
Pakai skinny jeans yang melekat.

2. Hitam
Kalau i putih melepak, mesti i akan membangga diri.
Kalau i make-up sikit pun mesti sudah bisa menggiurkan kaum adam.
Silap haribulan mesti i selalu bertukar ganti kekasih.

3. Rambut keras macam berus dawai
Kalau rambut i halus, lurus mesti i da free hair kart luar.
Mesti tudung da terlucut.
Sedangkan rambut i macam neh pun, i sudah tunjukkan pada orang walaupun hanya di dalam gambar.

4. Siku dan lutut buruk
Kalau siku dan lutut i bersih, putih mesti i da pakai baby tee, sleeveless dan seluar pendek.
Mesti punya lah.


Kadang-kadang bila kita merungut itu dan ini bermakna kita tak bersyukur.
Tak bersyukur dengan ciptaan-NYA.
Ya i selalu merungut.

"kenapa lah aku neh kurus sangat"

Tapi sebenarnya jauh di sudut hati i, bila i terfikir akan hal-hal tersebut automatik i jadi tak kisah bila i ;

- kurus -
- hitam -
- tak lawa -

Mungkin jugak untuk memujuk diri sendiri.

I sedar iman i senipis kulit bawang.
Mungkin lebih nipis daripada itu.
I akui tidak tahan dengan godaan syaitan nirrajim.

Maka bila i berfikiran seperti di atas secara tidak langsung i terhindar dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Alhamdulillah kerana ciptaan-NYA i masih lagi menjaga semua itu walaupun sedikit tercalar.


Nota kaki : Thanks Kamarulzaman kerna bisa menerima i seadanya =)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, November 07, 2009

Bermimpi.




Okay.
Hari ini i nak cerita pasal mimpi semalam.

Lokasi kejadian mimpi :
Tidak dikenalpasti



Dalam mimpi tersebut hujan turun renyai-renyai.
Saat itu i sedang bergayut telefon dgn seseorang.
Tapi i tidak kenal orang itu.
Beliau pun takda pulak sebut nama.
Sekadar saya dan awak.
Skema kan.
Macam sweet jugak kekadang.
=)
Dan tiba-tiba sedang bercakap telefon, air naik dengan pantas.
Oh terlupa.
Waktu itu juga saya sedang mengayuh basikal.
Hmm.
I berkata kepada beliau.



"Awak, air da naik tinggi lah. Banjir."

"Awak pergilah ke tempat tinggi cepat."

"Saya tak boleh lawan arus neh."
Sambil menolak basikal.

"Takpa awak cuba lah. Mesti boleh. Pergi panjat pokok ke panjat bumbung ke?"

"Saya takut."



Perbualan tamat disitu.
Air makin lama makin naik.
Makin dalam.
I tak tahu hendak buat apa.
I nampak bumbung rumah tapi i tidak berani panjat.
Sedang i melawan arus air yang deras, i ternampak bukit.
Bukit tinggi dan menegak.
(Curam boleh diguna pakai ke?)
I sedaya upaya panjat bukit itu sampai ke puncak.
Dan ya i berjaya.

Dari atas bukit, i lihat seluruh kawasan telah ditenggelami air.
Umpama tasik yang sangat luas dan bergelora.
I berdoa kepada Tuhan minta disurutkan cepat air banjir.
Kemudian muncul seekor ikan yang besar di tengah-tengah banjir itu.
Sekejab dia timbul, sekejab die tenggelam.
Sekejab die berenang-renang.

Tidak lama selepas itu, air mulai surut.
Sedikit demi sedikit.
Ikan besar tadi pun makin lama makin mengikut arah air yang menyurut.
Dan terus hilang dari pandangan i.
Tuhan memakbulkan doa i.
Alhamdulillah.
I menuruni bukit itu perlahan-lahan.
I selamat.

Selepas itu i terus terjaga dari tidur.
Hmm.
I berfikir apakah maknanya mimpi i tadi.
Sekadar mainan tidur atau apa?




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, November 03, 2009

Love Bite.




Hmm.
Title ini sekadar di pinggiran.
Ceritanya begini.

I sebenarnya i tak paham dengan sesetengah guy or gal yang da berkahwin tapi masih mahu menggatal.
Kenapa lah agaknya.

You.
Kalau you baca blog i, hope you paham.
(Tapi i tahu you takkan tahu yang i ada blog sendiri)
Bukan niat i nak perlekehkan you.
Tak.
I cuma tak paham kenapa you curang.

I tahu you hensem.
Okay kira kategori hensem lah jugak walaupun you agak buncit.
No memang buncit.

You ada wife yang cantik.
Yang lebih tinggi dari you i guess.
Sebab i blom pernah bersua muka dengan wife you.
Sekadar gambar yang terselit di dalam folder.
Uhhh.

Orang kata kalau husband lagi rendah dari wife, hidup mereka akan bahagia, murah rezeki dan sebagainya.
Murah rezeki itu mungkin kerana you berpangkat besar.
Gaji ribuan ringgit.
Begitu juga wife you.
Betul tak?

Tapi bahagia?
I tak pasti.
I tak rasa wife you akan bahagia kalau dia tahu you sudah bermain belakang dengan perempuan lain.

Tapi kenapa?
Sebab you jauh dengan wife you?
Come on lah.
Dugaan sekecil itu pun you tak boleh nak hadapi.
Bukan jauh mana pun.
Di dalam Malaysia jugak kan.
Bukannya wife you di seberang laut.

Yer i masih tak faham.
Kenapa you masih mahu curang?
Sebab wife you tak reti melayan karenah dan nafsu you?
Kalau tak pandai melayan itu semua, mana mungkin you ada seorang anak.
Atau itu semua masih tidak mencukupi?
Oh men.
Habis cara yang bagaimana baru you tahu puas?

You.
I juga pernah dicurangi.
Dan i juga pernah mencurangi.
So i tahu perasaan bila terjadi perkara sebegini.
Tapi i tidak apa.
I masih belum berkahwin.
Tapi you...
You sudah ada tanggungjawab yang besar.
You sudah terikat dengan wife you.

You sudah lupa janji-janji you kepada family si dia?
Janji untuk menjaga anak kesayangan mereka sebaik mungkin.
Tapi sekarang di mana janji-janji itu?
You mungkir janji kan.

Sudah-sudah lah menjadi jahat sewaktu bujang.
Takkan sudah di alam perkahwinan pun masih mahu menjadi jahat?
Perbetulkan niat you dulu.

Itu jer yang i boleh cakap.
I bukan siapa-siapa pada you jadi i tak boleh cakap banyak.
Cukup sekadar meluahkan perasaan yang i rasa wife you pun akan cakap seperti yang i cakapkan.



Nota kaki : I mewakili suara hati seorang isteri yang telah dicurangi.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics