Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Thursday, June 24, 2010

Darah Awak Tak Kotor Lagi




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Lama dah tak update.
Aiceh.
:)

Petang tadi i pergi workshop.
Kereta i dah cukup time untuk tukar minyak enjin.
Alang-alang dah dapat gaji sama kan.
Tukar teruuusss.
Takda lah mahal mana pun kan.
Minyak enjin RM40.
Filter RM7.
Upah pomen tukar minyak enjin RM5.
So total, kira sendiri.
Hee.

Siap amek gambar okayy.
Tak menahan.
Wakakaka.
Jom layannn.
Zaaaazzz.
^___^



bersedia.


abg pomen mula beraksi.


pomen bang jangan tak pomen.


keluarkan filter.


new filter baby.


dah bukak pasang ler balik.


yeay minyak enjin baru.


tudia hitamnya minyak.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, June 19, 2010

Siapa Peminat LOMO, Sila Ambil Perhatian




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hari ini i nak umumkan sesuatu.
Eh betul ke penggunaan ayat i neh?
Hantammmm saja lah.
Kali neh i nak promote business one of my member dalam facebook.
Beliau yang bernama Shakila Zaki.
Business yang beliau jalankan ialah;
Jeng jeng jeng.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

camera LOMO okayy.
hihihihi.
:)

Ini antara spesifikasi bagi camera LOMO yang dijual.
I copy paste jer lah.
Malas nak menaip.
Heeee.

Description : 35mm underwater film camera without flash
Material : Plastic
Product Size : 120 x 80mm (4.7" x 3.1")
Color / pattern : choose from the pics, and i will tell whether its available or not :p
Max Depth : 10 feet (3 meters)
Best distance : 4 feet
Packing : Each camera is packed with an original paper box packing
Gross Weight : Approx. 185g (6.5 oz)
Focus : Free
View Finder : Eye level finder
Film to be used : 35mm format color or black/white film of ASA 100/ISO 21 (outdoor) or ASA 400/ISO 27 (under water)
Shutter : Leaf shutter
Lens : 28mm, f/9
Battery : No battery needed
Include : Original paper packing box, English and Chinese user manual, wrist strap, detachable waterproof casing

Harga bagi sebuah camera LOMO yang comel ini ialah;

RM49.90 sahaja.

So far menurut beliau, ada tiga warna iaitu;

BIRU
MERAH
KUNING

So kepada peminat-peminat camera LOMO, bolehlah dapatkannya sebelum kehabisan stok.
Rugiiiii kut kalau tak beli.
Murah neh.
Kat bawah tu antara contoh gambar yang ditangkap menggunakan camera LOMO.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

Facebook



sangat cool kan.
siap boleh snap dalam air gitu.
auuuuwwww.
^___^




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, June 18, 2010

Interview VS Cupcake







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sihat?
Semalam i cuti sebab p intebiu di Ipoh.
Haa yang i story telling uols itu hari.
Ahaks.

I gerak dari Taiping seawal jam 6.45am.
Tetiba masa dah nak masuk highway, i tergerak hati nak tengok surat tawaran tu.
Sekali kauuuuuu, i terlupa bawa salinan ic mak abah i.
Terpaksa lah patah balik.
Dah satu hal pulak, ada salinan ic abah jer.
Mak punya takda.
Bebaiiii suda i masa tu.
Jam dah menunjukkan jam 7.15am.
Nak intebiunye jam 8.00am.
Memang redha jer lah masa tu dan dalam kepala otak dok pikiaq masa depanku bakal hancus.

Sampai Ipoh dalam pukul 8.15am.
Terus pergi daftarkan diri.
Urusetia tu check segala salinan sijil yang ada.
Rupa-rupanya diorang tak nak pun salinan ic mak abah.
Ceeehhhhhh.
Kita neh punya lah menggelabah tadi.
Last-last tak guna pun.
Huuuu.
T___T

Jam 9.00am intebiu pun bermula.
I candidate numbe 2.
Tudia.
Style awal nak mampoih.
Tapi takda lah cuak sangat kan sebab dah biasa intebiu.

Masuk jer dalam bilik intebiu, dah kena usik ngan penemuduga tu.
"awak neh yang penyanyi tu ke?"
Hihihihihihihi.
Malu ai.

"sila kenalkan diri anda"

I pun semangat lah dok cerita pasal diri i.
Setel jer i perkenalkan diri, penemuduga tu kata;

"awak neh dah over qualified neh. kenapa nak apply jawatan neh sedangkan kerja awak sekarang dah bagus sangat dah. awak stay jer ngan keje awak sekarang neh."

I was like @#$%^&
*boleh pulak macam tu kan*
I cakap lah kalau boleh i nak keje under gomen sebab kehidupan terjamin nanti.
Then beliau berkata dengan panjang lebar;

"awak tahu tak syarikat awak sekarang neh under kerajaan. walaupun still swasta tapi kerajaan dah lantik syarikat awak untuk buat maintenance di negeri Perak neh. awak xyah risau sebab syarikat awak takkan tutup. selagi orang guna air, selagi tu lah syarikat awak akan beroperasi. sampai kiamat lah orang guna air"

"basic awak dah tinggi, awak dah stay dengan famili, makan, tempat tinggal semuanya dah save kat situ. kalau awak keje kat tempat lain, awak nak kena sewa rumah lagi, kejab-kejab kena transfer ke mana-mana ntah."

"kalau syarikat awak yang sekarang neh, awak dah xyah risau. memang takkan ditukarkan ke mana-mana kan. syarikat awak bukan macam syarikat swasta yang lain. syarikat awak neh kukuh. director pun ada dari LAP kan."

*apahal beliau neh boleh taw semua pasal syarikat aku neh. siap tahu cawangan yang ada kat Perak neh. beliau neh member ngan director syarikat i kut*

"takpa lah kali neh kita sembang-sembang jer lah. tak payah intebiu okayy"

**segala perbualan diselang-selikan dengan gelak ketawa. yup kami kerja ketawa jer. boleh lah pulak macam tu kan.

Itulah antara perbualan kami semasa ditemuduga.
Takda pun tanya pasal deskripsi kerja.
Takda pun tanya pasal isu semasa.
Sekadar perkenalkan diri.
Lepas tu terus melalut ke mana-mana ntah.
Hahahahaha.
Siap boleh ajak i bersembang sebab nak cukup syarat intebiu.
Oh ho.

Time nak keluar pun beliau boleh nak ajak i bersembang lagi.
Dah berdiri dah neh, dah amek folder sijil dah neh.
Ucapan terima kasih dari mulut i neh ada lah dekat 5-6x.
Bajet memang nak keluar bilik dah lah, tapi dok ajak nyembang lagi.
Adoiiiiii.

Keluar jer dari bilik temuduga tu, i tersenyum riang.
Bukan apa, saja nak bagi candidate yang lain cuak tengok i.
Dalam hati depa mesti kata, budak neh mesti dapat neh.
Wakakakakaka.
Padahal awal-awal lagi dah kena reject.
Aheh.
^_______^

Eh lupa nak cakap, semalam i buat cup cake.
1st time buat.
Not bad.
Nice try drunbella.
Hikiks.



tadaaaa.
perisa vanilla sebab terlupa beli serbuk koko.
yang hitam tu chocolate chips.


guna icing, tapi chomot.
1st time kan.
2 color jer sebab bajet kureng.
aheh.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, June 14, 2010

Papa Yokies Dan Mama Yokies Kahwin Lagi




lukis sendiri neh :B
macam apa jak.
layaaaannnzzzzzzzzzzz.
^___^




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, June 12, 2010

Interview Lagi Dan Lagi




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Wah saat saya menaip entry neh, jam menunjukkan 8.19am okayy.
Awal pulak i bangun tidur hujung-hujung minggu neh.
Takda, satg nak p kenduri kat Ipoh.
Nak check kereta apa semua.

Okay okay dah lari tajuk.
Actually nak cakap i dapat interview lagi.
Kali neh under SPA pulak.
Aheh.
Interview under kerajaan Perak itu hari pun belum pergi lagi, dah dapat panggilan yang lain pula.
Alhamdulillah sudah rezeki i gamaknya.
^___^

Jawatan yang perlu ditemuduga ialah Juruteknik Senibina.
Yup course yang i belajar.
Tapi arem bukannya ingat sangat apa yang lecturer ajar.
Adoiii.
Studi pun semata-mata nak dapatkan sijil dan diploma.
Teruk kan pemikiran macam i neh.
Kawan-kawan jangan sesekali memasang niat macam i neh,
Lingkup masa depan.
Hahahaha.

Sekarang orang dok menghitung hari diijabkabulkan, i pulak menghitung hari nak p temuduga.
Agagagagaga.
Perasaan yang sangat tak best.
Surat belum dapat lagi.
Minggu dalam minggu depan depa akan pos.

Actually i tak tahu menahu pun pasal panggilan temuduga neh.
Kawan i merangkap adik ler yang kasi tahu.
I pun tak sure samada i pernah mintak jawatan neh ke tak.
And memang malas nak tengok website SPA pun.
But beliau yang tergedik-gedik suruh i check.
Rupa-rupanya beliau dah tahu awal-awal lagi dah.
Saja nak kasi suprise kat i.
Aheh.

Perasaan masa tengok result tu?
O meeeeeennnn.
Syiiokkk.
And yes menggigil dengan tiba-tiba.
Macam apa jak hang neh Drunbella uiiii.
Tu pun nak menggigil.

So macam biasalah kan kawan-kawan tolong doakan kejayaan i naaaa.
HIHIHI.



tadaaaaaa.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, June 08, 2010

Asik Dapat Interview Jer. Kerja Bila Nak Dapat?




sumber : google image


Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia.
Hai kawan-kawan.
Tadi masa kat masjid (eleh kau) mommy call.
Beliau kata i dapat panggilan interview lagi.
Oh ho.
Syiiiiokkkkkk.

Tanya mommy, jawatan apa?
Mommy kata Kerani N17 untuk kerajaan negeri Perak punya.
I was like "sejak bila pulak aku apply jawatan kerani neh?"
Rasanya sebelum neh ada apply jawatan pelukis pelan jer.
Ummmmm maybe jawatan kerani tu nak pakai ramai orang kut.
Gasak lah Drunbella uiii, dapat panggil interview tu pun dah cukup rahmat.
Betul tak?

Setengah orang apply bergundi-gundi tapi 1 pun tak melekat.
Tapi i bertuah sebab kebanyakan jawatan yang i apply, dipanggil untuk interview.
Setakat interview jer lah.
Hahahaha.
:B

Nak kena prepare apa untuk interview kali neh?
Hmmmmm.
I sebenarnya cukup menyampah nak p interview.
Leceh kut.
Nak kena mengadap orang-orang besar.
Kang jadi macam dulu.
Diorang tanya, diorang yang jawab.
Heeee.
Tanya benda yang kita tak expect langsung, memang tataw lah jawabnya.
Ahaks.

So kawan-kawan, doakan kejayaan i yeah.
Wish me luck.
Ecewah.
^___^




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, June 07, 2010

Takkan Hantu Kut Dok Main Pintu







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Harini i nak cerita pasal kisah seram.
Ummm takda lah seram sangat.
Suam-suam kuku jak.
Tapi bisa meng'ketaq'kan kepala lutut i jugak lah.
Haih.
=___='

Okayy macam neh.
Pagi tadi kat office, kerani office i cuti.
So yang tinggal kat office just me and my boss.
Technician semua dah keluar pergi site.
Tapi harini boss dok office sat jak.

Sebelum tu, 1 of my technician masuk.
Sembang sat dengan beliau.
Entry yang sebelum-sebelum neh i ada story pasal beliau.
Nak tahu?

Klik sini okayy.

Beliau tanya i ;

"Seorang jer ke harini?"
"A'ah seorang jaa"
"Hati-hati sikit satgi ada benda mengusik"
"Choi choi choi"
"Betul. Sabtu lepas saya standby nampak kat belakang tu"
(sambil tunjuk kat belakang port i)
"Nampak neh"
(sambil tunjuk penumbuk)

So perbualan habis di situ.
I pun malas nak amek serius sangat.
So layan lah buat kerja.
Key-in segala data yang ada.
Time neh bos dah keluar dah p site barangkali.

Tiba-tiba...
Pintu office i terbuka.
Ousshhhh.
(dalam hati dok kata dia mula dah)
Pastu dok sat pintu terkatup balik.
I buat derk jak lah.
Jeling sikit-sikit.
Sambil tangan dok buat kerja dan mulut dok menyanyi lagu Monsoon by Tokio Hotel.
Ecewah.

Tiba-tiba...
Pintu office i terbuka lagi.
Adoyai.
=___='
Apo kone ea jang.
Hati dah dup dap dah tapi buat macam takda apa-apa.
Pastu dok sat pintu terkatup balik.
Jam time tu dalam kul 11 lebih.
I still buat derk sampai lah jam 1pm time rest.
Lelaju keluar.

Then kul 2pm masuk keje balik macam biasa.
Sambung balik buat kerja.
Layan radio.
Layan lagu kat pc.

Tiba-tiba...
Pintu office i terbuka lagi buat kali ke 3, ke 4, dan ke 5.
Punya lah banyak kali kan.
Hampeh betul.
Time petang makin rancak lah pulak.
Bunyi benda jatuh jangan cakap lah kan walaupun sekali, meremang terus bulu roma.
Hoih.
T___T
Rasa macam nak nangis.
Radio pulak tiba-tiba ada siaran tiba-tiba takda siaran.
Lagi lah buat i rasa cuak.

Nak telefon orang, handphone takda bateri.
Lupa nak bawa charger.
Tapi yang i herannya tak terdetik pulak hati neh nak baca ayat kursi ke apa.
Aheh.
Boleh pulak macam tu kan.

Sampai lah nak dekat kul 5 baru boss i balik.
Time tu tangan dah sejuk dah.
Tuhan jak yang taw.
Huhuhuhu.

Sengal betul lah harini.
Serius cuak gila.
Officemate i lah neh.
Gatal nak bukak-bukak cerita.
Cehh.
Kalau nak diikutkan i takda lah penakut sangat.
(cakap besar nampak)

Pasneh tak nak dah stay sorang-sorang.
Tapi kalau i keluar, siapa pulak nak jaga office?
Biar benda tu jer yang jaga.
Choi choi choi.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics