Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, September 24, 2013

Counting Days






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Ambooouuiii tajuk entry tak boleh blah.
Hahahaha.
Serupa menghitung hari bersejarah pulak.
Padahal dok menghitung hari nak p trip jaa.

Tak lama dah cheq ooooiiii.
Sebulan lebih jaa lagi.
Persiapan?
Takda apa sangat pon.
Cuma sekarang tengah plan aktiviti sepanjang berada di Vietnam and Cambodia nanti.
Agak lama jugak laa.
1hb-7hb November 2013.
Tu pon tak tau sempat ka dak nak cover sume tempat.
Ada lagi yang belum masukkan dalam list.
Teeeeeettttt.

Trip kalini i banyak google info, blablabla memandangkan my partner now dah busy.
Dia dah sambung blajaq balik.
Jadi sebab tak mau bebankan dia, i tolong dia susun aktiviti.
Tapi sentiasa update ngan dia laa.

Perancangan awal seperti berikut;

2 malam di Ho Chi Minh
malam di Phnom Penh
2 malam di Siem Reap

Perbelanjaan sepanjang kat sana, kitorang bajet dalam rm100/day.
Harap2 tak terlebih.
Kurang takpa.
Hahahahahaha.
Macam biasa laa kalau p trip, i memang payah sikit nak shopping bagai.
Sekadar beli souvenir sikit2 jaa.
Melainkan kalau niat tu memang untuk shopping semata, then baru laa menggila serupa orang hilang pedoman.
(^^,)

Harap2 trip kalini dapat kumpul pengalaman yang menarik sepanjang berada di negara orang.
Semoga takda kejadian yang buruk berlaku.
Aamiin.

I ingat nanti setiap malam i akan terus update blog supaya takda story yang tertinggal.
Tak nak jadi macam yang lepas2.
Dah lama2 baru nak update, cerita pon dah banyak lupa.
Huhuhu.

Okay laa, cukup takat neh dulu.
Nanti sambung lagi.
Assalamualaikum.





Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, September 22, 2013

Cumi Rica Rica







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini mak suruh masak lauk sotong untuk lunch.
Tetiba teringat lauk cumi rica rica masa makan kat Bandung last year.
Sedap okay.
Kemain pedas tapi layannnn.
So tadi google laa resepi.

Ada beberapa version yang i jumpa tapi i salin yang paling simple dan tak banyak bahan.
Actually cumi tu bermaksud sotong.
Rica rica tu nama masakan laa kut.
Bahasa Indonesia kan.
Hihihihi.

Bahan yang diperlukan seperti;
Sotong
Bawang merah*
Bawang putih*
Cili besar (merah)*
Halia*
Tomato*
Sedikit gula and garam

Itu sahaja.

Blendkan semua bahan (*) tersebut dan tumis sehingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam and gula.
Lepas tu masukkan sotong.
Agak2 dah masak, tutup api dan hidangkan.
Siap!

Sebenaqnya bahan2 dan cara masak tu lebih kurang jaa macam masak sambal sotong.
Gittew.
Ada rasa pedas, manis dari gula, masam dari tomato, and masin.
Perfect combination.
(^^,)

Selamat mencuba!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, September 21, 2013

Aktiviti Sihat Di Bukit Larut




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy weekend.

Hujung bulan lepas i p Bukit Larut, nak hiking laa kononnya.
Tapi takda laa ikut jalan hutan.
I ikut trek jeep jaa.
Lagipon i p sorang, so macam bahaya sikit laa klo ikut jalan hutan kan.

I sampai kat kaki Bukit Larut tu lebih kurang jam 9.30am.
Ramai jugak laa pelancong and penduduk tempatan datang.
Ada yang jogging, ada yang tunggu turn nak naik jeep ke puncak Bukit Larut.

Tapi ramai jugak yang dah gerak turun.
I pon menapak laa sambil menikmati keindahan alam.
Dah laa sorang2 kan.
Masa i naik tu takda orang pon naik sekali.
Cuak gak.
Hanya ayat kursi yang menemani i.
Gittew.

Niat di hati nak menapak sampai ke puncak tapi tak kesampaian.
Pagi tu cuaca so-so jaa.
Mendung sikit.
Kebetulan ramai betul warga asing kat atas sana.
=___="

Sampai jaa kat Tea Garden, ada 1 group dok rehat kat situ.
I pon dengan muka tak malu p tanya salah sorang ahli group tu, samada masih ramai ka kat atas puncak sana.
Dia cakap ramai warga asing.
Dan dia terkejut bila tengok i gerak sorang jaa.
Memandangkan i sorang jaa and bahaya dengan keselamatan i, dia ajak join group dia.
I pon on kan jaa laa.

Rupanya group tu student and guru praktikal dari SMK Darul Ridzuan.
Kitorang pon rehat sat then terus menapak turun balik.
Masa nak turun tu, hujan renyai2.
Alhamdulillah selamat sampai kaki bukit jam 1.30pm.

Lepastu i terus ke open house rakan office.
Asal boleh jaa kan.
Dah laa pakai track suit jaa.
Dengan peluhnya.
Nasib baik tuan rumah cakap takpa, datang jaa.
Hihihihi.

Esok tu bermula laa episod sakit kaki.
Dah serupa penguin berjalan.
Seminggu gak laa baru nak pulih sepenuhnya.
Telinga neh tahan jaa dengan leteran mak abah.
Yer laa depa bukan bagi sangat p, sebab dah tau nanti kompem sakit kaki.
P office pon jenuh nak panjat tangga.
Malam2 pulak kena sapu minyak panas kat kaki.

Tapi takpa laa, i enjoy kuuttt dapat buat aktiviti di hujung minggu.
Takda laa bosan sangat terperap kat rumah.
At least haritu dapat keluaq peluh.
Kaaaaannnn.

Okay jom cuci mata tengok gambaq yang tak seberapa neh.




Kalau ikut jalan trak, jarak dia lebih kurang 9km.
Kalau ikut jalan hutan, tak tau laa nak kira berapa ketinggian dari paras laut.


Jalan yang curam dan bengkang bengkok memang memerlukan kepakaran dan kecekapan driver jeep untuk kawal kenderaan.
Salute.

Pokok tumbang menghalang jalan jeep.
Tapi hat neh depa dah alihkan dah.

Air bukit.
Fresh.
Nak minum ka, nak basuh muka ka up to you.

Neh salah 1 cara untuk berjimat.
Tak payah bayaq bil woi.
Hahahaha.

View pekan Taiping.
Ini belum separuh perjalanan.
Tenang kan pemandangannya.

Hai si penulis KITA ADA MISI ;)

Ada pondok rehat di sini.

Tea Garden.
Agaknya dulu depa tanam pokok teh kut tapi kurang menjadi.
Maaf laa i tak baca sejarah sangat.
Huhuhu.

Group yang i join masa menapak turun.
Sporting!

With them.
Student and guru praktikal SMK Darul Ridzuan.
Thank you guys!

Itu jaa laa yang dapat i story untuk aktiviti sihat di Bukit Larut neh.
Siapa yang belum pernah jejakkan kaki di sini, sila lah datang.
Okay bye.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, September 20, 2013

IOS7 Updated




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Semalam negara kita kecoh pasal Apple dah launch ios terbaru iaitu IOS7.
Makanya ramai laa pengguna iphone, ipad, ipod yang mengupdate.
Tapi bukan semua iphone available.
Iphone4 dan ke atas jaa.
I pon tak terkecuali mengupdate jugak.
Hihihihi.

Pendapat i pasal ios terbaru neh, ada yang best ada yang kurang best.
I kurang gemar tengok icon dia yang simple sangat.
Macam tak ikhlas jaa depa nak design icon lelawa.
Lalalalalalala~

Lain2 tu okay laa, so far puas hati.
Camera.
Header yang atas tu.
And yang paling i suka, boleh off auto rotation.
Yeay.
(^___^)


Downloading........
Lama jugak nak menunggu.
Kalau internet laju, cepat laa setel.


Neh printscreen hat lama sebelum update.


Neh printscreen selepas update.
Buat folder sebab nak sorok icon yang tak sedap mata memandang.
Hahahaha.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, September 19, 2013

Well Said








Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, September 17, 2013

Trip To Bali, Indonesia



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sementara tengah rajin neh, update terus laa pasal Bali.
Tapi tak banyak gambaq pon.
Masa p sana haritu, musim hujan rasanya.
Tak dapat nak melawat banyak tempat.
Sedih.
Sempat shopping souvenir kat Krishna and melawat Tanah Lot jaa.
Oh ada lagi 1 pantai, apa nama ntah.

Kitorang gerak dari Lombok naik fast boat.
Sampai Bali dah jam 5pm cemtu.
Pastu dengan jammed lagi.
Malam jugak laa sampai area Kuta Beach.

Di Bali kitorang stay di Kedin's Inn.
Very nice place.
Dari luaq nampak macam menyeramkan jaa.
Tapi bila dah masuk, wow melopong.
Ada swimming pool bagai.
Harga bilik rp350k rasanya untuk 2 malam.

Okay laa, moh layan beberapa gambaq di Tanah Lot.



Waktu neh air laut pasang.
Seram tengok ombak besaq tu.
Pheeewww~









Itu jaa laa gambaq yang ada kat Bali.
Tak banyak pon.
Sebab kitorang transit jaa.
Lagipun musim hujan.
Takda apa yang boleh dibuat sangat.

Maka tamatlah cerita pasal Lombok dan Bali.
Hahahahaha.

Assalamualaikum.


Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Berdebu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Adui lama gila tak update blog.
Kesian KITA ADA MISI semakin hari semakin terbiar.
Kalau kawasan rumah neh, dah semak samun dah.
Entry pasal Bali pon tak update2 lagi.

Kehidupan sekarang neh macam biasa jaa.
Tak laa bagus sangat tapi much better than before.
Masih kerja di tempat lama.
Masih single and available.
Hahahaha.

Bulan 9 takda apa yang menarik sangat pon.
Cuma ahad lepas i p majlis tunang schoolmate masa kat Penang dulu.
Kapten Rohayu dah selamat bertunang dengan pasangannya.
Maybe nak kawen awal tahun depan kut (?)
Congratulation Ayu, hg sangat gojes okay masa majlis haritu :)

Hujung bulan nanti maybe i turun kl kut.
Classmate masa blajaq kat PUO nak menikah.
Congratulation in advance Wan.
Klo takda papehal cheq p.

Sambil2 tu dok counting days untuk next trip.
Vietnam-Cambodia-Melaka
Hahahaha.
Hat Melaka tu saja2 laa sebab balik dari trip hari Khamis, alang2 dah cuti terus gerak Melaka.
Lepak sehari dua kat sana sebelum pulang ke Taiping.
Eee tak sabaq nak tunggu awal bulan 11.
(^^,)

Okay laa.
Tu jaa laa kut story untuk kali neh.
Ada masa nanti i update lagi.
Assalamualaikum.

p/s: Member2 semua pakat nak tunang, dah tunang, nak kawen, dah kawen, dah ada anak, tengah mengandung. DK bila lagi? Hmm =.="


Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics