Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Monday, April 21, 2014

Vung Tau, Vietnam Day 2




Assalamualaikum dan 1 Malaysia.
Hye peeps.

Setelah berbulan bulan tak update blog, harini tetiba sedikit rajin.
Hahahaha.
Dasar pemalas hg neh bella.
Last entry pasal day 1 Vietnam kalau tak silap i.
(^___^)

I sambung sikit sikit laa pasal trip Vietnam itu hari.
Dah banyak lupa pon.

Day 2 di bumi Vietnam, kitorang merancang untuk ke Vung Tau.
Ada dua cara untuk ke sana.
1- kenderaan darat
2- hydrofoil boat

Kitorang memilih untuk naik hydrofoil boat ke Vung Tau.
Apa yang ada kat sana?
Cekidaaaauuuuuutttttt gambaq!



Tiket hydrofoil boat.
Tapi dapat info dari seorang member, katanya hydrofoil boat dah tak beroperasi dah.
Sebab ada kes boat terbakar.
So depa dah stop operasi.
Kalau nak ke Vung Tau, kena guna jalan darat.
Nasib baik laa i sempat merasa.
Hikiks.


Beratoq nak naik boat.
Gittew.


Macam feri nak ke Langkawi jaa lebih kurang.
Hihihihi.


Tugu atau signboard untuk ke puncak yang ada patung Jesus Christ.


Pemandangan dari bukit apa ntah.
Cantik dan tenang jaa.


For your information, Vung Tau neh lebih kurang macam Rio De Janeiro sebab patung Jesus Christ tu laa.
Patung neh besaq.
Terletak di atas puncak bukit.




Nampak tak tu?
Patung Jesus Christ di atas puncak bukit.
Time neh dah tengahari.
Punya panas and terik tapi sebab dah jenjalan, tak pikiaq apa dah.
Stanby air mineral jaa sebab dahaga.
Hahahaha.


Di sini terdapat 1 theme park.
Macam macam ada kat sini.
Untuk ke theme park neh, kena naik cable car.
Best.


Pemandangan semasa dalam perjalanan nak ke theme park naik cable car.


Rumah mewah di lereng lereng bukit.
Awesome!


Kitorang berpandukan maps neh laa sepanjang berada di Vung Tau.
Beli kat makcik jual maps.
$1 kut rasanya.
Oh sepanjang kat Vung Tau, kitorang sewa motor.


Penah naik roller coaster yang dipandu manual?
Haa kalau nak merasa naik, datang sini.
Kita sendiri yang control kelajuan roller coaster tu.
Nak laju, nak slow, control sendiri.


Neh laa kaunter tiket and tempat nak naik cable car untuk ke theme park.


Sang penulis dan aktiviti lompat berpisah tiada.
Hahahaha.


Pemandangan di atas puncak theme park.
Nampak padat kan dengan bangunan bangunan kat bawah tu.
Tapi hairan sebab kenderaan di atas jalan raya boleh dikira dengan jari.
Lengang.
Tak tau laa plak kalau weekend depa memang melepak kat dalam rumah jaa.
Hihihihi.


Water park pon ada.
Kitorang tak tau ada water park kat sini, so takda laa bawak baju spare.
Kalau tak boleh berendam.


Boleh naik kuda.
Free jaa, nak naik berapa kali pon takpa sebab dah termasuk dalam entrance fee.
Puas hati.


Nak acah acah macam cinderella pomboley.
Hahahaha.


Selain gambaq tersebut, ada macam macam lagi aktiviti yang boleh dilakukan.
Nak tonton 5D filem pon ada.
Pendek kata, berbaloi laa p kat theme park neh.
Semua ada.
Jyeah.

Lepas seharian di theme park, kitorang pon balik ke Ho Chi Minh.
Mujur laa sempat kejar boat.
Elok kitorang naik boat, boat pon bergerak.
Pheeewwww.

Oh masa kitorang kat Vung Tau, pusing pusing town dia, kitorang tersesat.
Pasalnya kitorang nak lari dari polis jaa pon.
Last last terpusing 1 pulau.
Hahahaha.
Dah laa tersilap masuk lorong.
Sana kan jalan dia terbalik.
Kitorang pon dah terkonfius kejab.

Berkenaan harga tiket, maaf laa i memang dah terlupa.
Atau korang boleh google info.
Ada rasanya pasal harga tiket theme park tu.

Okay tamat cerita pasal Vung Tau.
Maaf kalau kualiti gambaq kurang memuaskan.
Copy dari facebook jaa neh.

Sehingga bertemu lagi di entry akan datang.
Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics