Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Monday, January 31, 2011

Loewy's Project : New Wiring




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Tengahari tadi i hantar Loewy masuk bengkel.
I nak buat wiring lain.
Wiring lama dah problem i guess.
Sebab aircond sukati mati tiba-tiba laa apa laa.

Pomen kata esok petang siap.
Anggaran kos untuk wiring lebih kurang rm120++
Tak termasuk fuse box.
Hope tak sampai rm150 laa kan.
Hihihihi.
Tak sabar nak tengok cemana gaya wiring yang baru tu.
Pomen kata nanti dia bagi cantik balik wiring tu.
No more serabut-serabut.
Eksaited.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tumpang Facebook Orang




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Apa khabar semua?
Sihat?
Chinese New Year dah dekat.
Selalunya pekerja-pekerja swasta akan tunggu saat-saat neh.
Sebab apa?
Haa sebab kebanyakannya akan dapat angpow dari bos.
Betul tak?
And ada setengah kompeni, depa akan kasi bonus kat pekerja.
Betul-betul-holiao
(^___^)v

Macam ada member i sorang dapat bonus dekat rm5k okayy.
Tapi tu termasuk dengan gaji dia laa.
Tu laa salah 1 kelebihan orang yang bekerja di sektor swasta and kompeni cina.
Boleh jadi orang kaya baru.

This year i tataw dapat bonus ke tak.
Hope dapat laa.
Dapat 3 bulan bonus sedap jugak kan.
Apa nak buat?
Apa nak buat?
Apa nak buat?
Hahaha.
Belum dapat dah tak tentu arah.
Sila berjimat DK.
Ingat, kita ada misi untuk tahun neh.
=___="

Oh btw, memandangkan i dah takda fb jadi i telah menggunakan fb boipren i.
Mencapap kat situ untuk sementara waktu.
Lagipun dia takda plak kata pape.
Agak dah malas sangat nak reactivate, i kongsi account dia jaa.
Member-member kitorang pun sama jaa.
Tak payah nak jaga banyak-banyak account kan.
Hihihihi.



**kelmarin lepas baik demam, i buat cornflakes madu. gigih betul. 1st time buat. memang senang gila nak buat dia. nanti boleh buat lagi :)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, January 27, 2011

4 Hari Yang Mengerikan







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

How are u semua?
Hope sihat laa eh.
I neh jer haa yang tak sihat.
Sebab tudah lama tak update blog and blogwalking.
I kena demam panas.
Dah 4 hari.
T_T

I start ada simptom-simptom nak demam tu hari ahad.
Tekak rasa gatal-gatal and sakit kepala.
Tapi dah makan ubat.
So Isnin i p keje macam biasa.
Tapi batuk makin menjadi-jadi pulak.
Dok berlawan batuk dengan bos.
Tengahari tu bos p meeting kat Ipoh.
Badan i pulak dah makin teruk.
I call daddy mintak tolong dia amek i balik keje petang tu sebab dah tak larat sangat.
Sementara bos takda, i tido jer kat depan pc.
O men sadis betul.
=_='

Balik jer rumah badan dah totally jammed.
Badan panas.
Tekak sakit apa semua.
Jadi bermulalah layanan istimewa dari mommy and daddy.
Ekekeke.
Semua mommy and daddy tolong buatkan.
Tengah-tengah malam mintak air masak laa apa laa.
Tq mommy and daddy sebab jaga owg.
Love love love.

Hari Selasa merupakan hari paling nightmare.
Demam menjadi sangat teruk.
I terpaksa makan ubat 6jam sekali.
Kalau tak sebelum neh, makan ubat sebiji jer dah sembuh.
Tapi kali neh tak.
Bila makan ubat, demam kebah.
Badan berpeluh macam baru lepas jogging.
Tapi bila masuk jam ke-5, badan start panas balik.
Macam tu laa sampai hari Rabu.
Dah baik-demam balik-dah baik-demam balik
Mommy suruh p hospital tapi i takmau sebab malas nak tunggu lama.
Nakp klinik panel pun ramai orang.
Last-last i p klinik homopathy.
Bayar lebih sikit laa janji tak payah menunggu.

Hari neh i dah rasa okayy sikit.
Tu yang boleh online tu.
Cuma tak boleh berdiri lama sebab pening.
Perut pun tak berapa nak sihat sebab penuh dengan ubat jer kan.
Makan pun tak lalu sebab mulut pahit.
Teringin laksa, bila makan tak habis pun.
Teringin tomyam, bila makan semangkuk kecik jer.
Makan buah jambu jer laa.
Hat tu jer laa yang boleh telan pun.

I rasa esok dah boleh start p keje kut.
Lama sangat dah cuti neh.
Keje ada lagi yang tak siap.
Huhuhu.



**ntah-ntah i rindukan fb Drunbella Khoo kut. nanti-nanti laa i reactivate balik. umm.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, January 24, 2011

Kecik-Kecik Dah Pandai




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Semalam family abang yang sulung datang lunch kat rumah.
Err, everyday pun depa datang sebab anak-anak dia semua sekolah dekat ngan rumah neh.
Semalam jer laa teringin nak makan masakan mommy.
Hihihi.

Lepas dah habis makan, i lepak dalam bilik tengok anak buah i main game.
Dasat betul laa depa neh.
Tak payah ajar apa, reti jer bukak folder tu folder neh.
Masa format dulu i tataw plak cina tu install macam-macam jenis game dalam tu.
Depa laa yang jumpa.

Game online pun depa pandai bukak dah.
Hat umur 4tahun lebih tu pun sama naik.
Siap ajar kita nak klik yang mana.
Taip jer laa dia tak berapa nak reti.
Dia suruh kita tolong taipkan.

Yang sulung tu, si kak yong lagi tak boleh blah.
Semalam kak ipar story laa.
Kak yong tu siap bukak fb umi dia semata-mata nak main game.
Taw-taw member umi dia kata rajin betul main game.
Hahahaha.
Anak punya pasal, umi dapat nama.
(^___^)v
Tapi kak yong dah besar sikit laa.
Dah darjah 3.

Haih budak-budak sekarang.
Advance sungguh.
Nanti anak-anak tahun 2020 tataw laa cemana pulak.
Ntah sempat ntah tak.
=___="




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, January 23, 2011

Deactivate FB Account




HARAP MAKLUM




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, January 22, 2011

Loewy Please Jangan Macam-Macam




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Amacam hari-hari minggu neh?
Bercuti ke mana?
Or dok rumah lepak-lepak jer?
Harini i keje tapi halfday.

----------------------------------------------------------------------------------

o men. kenapa lah time-time panas terik, jalan jammed hg nak mati loewy oi. menangis aku macam neh T___T [via Celcom SMS]
- Drunbella Khoo -

----------------------------------------------------------------------------------

Harini merupakan hari malang buat i.
Loewy.
Dia buat hal lagi.
Kali neh bateri pulak yang bermasalah.
2x dia mati tengah jalan.
O men.

1st masa i on the way balik rumah lepas habis keje.
Nasib baik sempat belok ke bahu jalan.
Lepas tu ada lori petronas pun tengah rosak kat situ.
Lepas tu datang pakcik petronas tu tengokkan Loewy.
Dia kata ada angin dalam tangki minyak.
I pun iye kan jer laa.
Dia buat cemana pun tak taw last-last boleh hidup.
I thought minyak dah habis.
So bila dah boleh start tu cepat-cepat pergi petrol pump.

2nd, Loewy mati masa i dah on the way nak balik ke rumah lepas isi minyak.
Kalini betul-betul haru.
Jalan tengah jammed, dengan panas terik.
I pulak tak pasang aircond sebab takut enjin mati lagi.
Tapi Loewy mati jugak.
Memang tak sempat nak belok ke bahu jalan.
Loewy mati betul-betul kat tengah jalan.
Kete kat belakang dah berderet-deret okayy.
I dah menggelabah gila.
Mujur depa tak hon.
Mungkin depa pun paham kut sebab tengok kete lama kan.
I tataw nak buat apa.
Start-start tak mau nak hidup.
Baju dah lenjun dengan peluh.
Lepas tu i nampak ada brader cina tu dok intai dari jauh.
I pun lambai-lambai tangan kat dia.
Dia pun panggil geng tolong tolakkan Loewy ke tepi.
Lepas tu i terus call abang i.
Yang i peliknya elok abang i datang, dia start enjin terus hidup.
T___T
I suruh dia hantar i p bengkel.
Kete dia, member dia tolong bawakkan.

Sampai jer bengkel, i suruh pakcik bengkel tu check apa yang problem.
Dia kata bateri dah nazak sangat.
Memang patot tukar dah.
Sebab tu naik lampu color oren.
Actually sebelum neh memang dah dok naik dah lampu tu tapi i jer yang buat dunno.
Bajet takda laa pape.
Sekali kauuuuuuuuu hambek, mati tengah jalan.

Sampai-sampai rumah jer menggelataq kepala lutut sebab terlampau lapar.
Hahahahaha.
Pulun makan lepas tu tidur.
Penat gila.
Penat melayan karenah Loewy.

Boipren i marah, bila Loewy kat tangan i jer mesti ada jer yang tak kena.
Time Loewy ngan dia, takda apa masalah pun.
I rasa Loewy memang tak selesa dengan i laa kut eh.
Alaa sedihnya.
I sayang Loewy sangat-sangat.
Tapi kalau dah terdesak, terpaksa laa i kasi Loewy kat boipren.
I ambek balik kancil i tu.
Sebab i pun every month kena travel p Parit Buntar and Bagan serai.
Perjalanan agak jauh ya.
Kalau tetiba Loewy buat hal masa i dok travel tu, tak ke naya kan.
Hmm nak kena bincang ngan mommy and daddy dulu.




loewy kat depan office.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, January 21, 2011

Kekasihku Menyertai Kumpulan Ghazal







"setelah hampa dengan BLACK METAL, abot kini telah menceburi sebuah kumpulan GHAZAL, dan kini abot juga telah menukar instrumentnya, daripada guitar/bass, kini abot amat mahir dan handal bermain accordion.."



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

See my boipren.
Terer kan dia main accordion.
Dia frust sebab band black metal dia dah berpecah.
So dia merajuk, membawa diri dan terus join kumpulan ghazal.
Wakakakaka.
(^___^)v



**credit to DJ Jay Okada for this photo




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, January 20, 2011

Bosan Pulak Cuti




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat bercuti kepada rakan-rakan yang cuti.

Apa plan harini haa?
Family abang i p Teluk Senangin, memancing agaknya.
Rajin betul.
I pulak lepak kat rumah jer.
Pagi tadi cuci akuarium ikan kelisa tu.
Lepas tu tataw dah nak buat apa.

So pikir-punya-pikir satgi nak buat kuih siput laa.
Dah lama tak buat.
Tepung apa semua dok ada lagi lebihan buat tart telur rithu.
Nanti i update okayy.
Macam biasa, resepi akan disertakan sekali.
Ekekeke.
(^___^)v

Okayy laa.
Nak landing-landing dulu.
Satgi nak menyiput mesti penat.
Kumpul tenaga siap-siap.
--XOXO--




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, January 18, 2011

Hati Batu Hati Tisu




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Merujuk kepada tajuk di atas, anda tergolong dalam golongan yang mana 1?
Hati batu kah?
Hati tisu kah?

Macam i, dua-dua pun ada.
Kadang-kadang i boleh jadi macam hati tisu.
Kadang-kadang i boleh jadi hati batu.
Lebih keras daripada batu pun boleh okayy.

Selalunya kalau hati batu neh kalau i tak suka dengan sesuatu perkara tu.
Pujuk lah cemana pun, i buat derk jer.
Nampak kejam disitu ya.
Tapi itulah kenyataannya.

Contoh terdekat bila i gaduh dengan boipren laa.
Kalau gaduh, i banyak diam.
Lepas tu agak dah geram sangat i terus letak phone.
Call banyak kali pun i tak angkat.
Sms memang tak reply.
Lepas tu sampai ke sudah i tak contact.
Hahaha.
=D

Bila saat-saat yang macam neh, i lebih suka melarikan diri dari masalah.
Teruk kan.
I selesa macam tu daripada nak bertekak sampai berjam-jam.
Tak kuasa aih.
Kejam gila kan i neh.

Tapi bila cakap pasal hati tisu plak, i akan jadi macam tu kalau i ada prob ke i sakit ke.
Time tu, orang kata sikit pun i dah touching gila.
Mula laa nak bebai.
Mula laa nak sumpah seranah.
Walaupun hal tu sekecil zarah jer pun.
Hahaha.
Macam budak-budak pun ada.

Tapi kan kekadang i neh pendendam jugak.
Bila berdendam neh yang boleh jadik hati batu neh.
Lepastu kalau i betul-betul marah, memang i akan amek masa yang sangat lama untuk cool.
Sampai 1 tahap memang sampai kesudah i takkan maafkan orang.
Keji gila perangai macam neh.
Mungkin azam 2011 i kena buang segala yang buruk-buruk neh kut.
Hmm.
=___="




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, January 16, 2011

Satu Hari Di Kualala Lumpur







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Semalam 1 hari i tak online.
Actually i turun Kualala Lumpur.
Jumpa kekasih laa sebab dia nak pinjam dslr i.
Next week dia dapat job tangkap gambar kawen sapa dia ntah.
Good job encik squidward.
Eh.
Hihihihi.

I pergi pagi balik malam.
Dia punya penat, tataw nak habaq cemana.
Mujur naik bas.
Kalau drive gamaknya kena stop kat rnr then tidur.
Ekekeke.

Semalam takda laa apa sangat aktivitinya.
Keje makan jer.
Lepak OU makan.
Lepak Kelana Jaya makan.
Lepak Amcorp Mall makan lagi.
Kan i dah kata, kalau jumpa kekasih nafsu makan i jadik melampau-lampau.
But DK likes this.
(^___^)v

Jumaat malam tu i gigih buat tart telur, nak kasi sikit kat kekasih.
Tapi tu laa terlebih tepung plak.
So pastry tu jadi keras sikit.
Tapi sedap jer.
Tunggu dia masuk angin sikit mesti sedap.
Hahahaha.
Tak kelakar okayy.
Tu pun housemate dia balun habis jugak.
Takpa nanti i buat hat lain pulak.
Brownies ka muffin ka.
Syiok.

Haa semalam masa p OU, then nak balik tu lalu depan Sri Pentas.
Punya laa ramai orang beratur-beratur.
(sila rujuk gambar di atas sekali)
Encik squidward kata tu semua nak audition Mentor.
Semalam mentor Afdlin Shauki.
Hmm ramai betul yang nak jadi artis kan.
Masa i lalu tu dah pukul 3pm.
Pukul berapa laa agaknya habis tu kan.
Gigih betul.

Sebelum balik i p Amcorp Mall jabs.
Kekasih saja nak p tengok barang-barang antik.
Tapi banyak dah tutup sebab dah petang.
Jadi lepak restoran thai jer laa.
Not bad jugak.
Tomyam dia terangkat okayy.
Nom nom nom.
(^___^)v

On the way nak ke sana nampak kete mewah.
Nissan apa ntah.
Nampak macam fairlady tapi macam bukan.
(sila rujuk kepada gambar di bawah)
Rasanya owner dia chinese guy.
Tapi tak pasti laa sebab cermin dia tinted.
Gigih kekasih follow belakang kete neh.
Padahal kami naik kancil jer pun.
Hikiks.
Bila laa nak merasa naik kete neh kan.
Umm.







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, January 14, 2011

Loewy Jejaka Idaman




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Morning peeps.
Selamat hari Jumaat.

Saja jer nak upload photo kat bawah neh.
Actually photo neh last week kut.
Tak pun last two weeks.
I rasa comel sangat photo kat bawah neh.
Tengok tu Loewy di apit oleh kereta-kereta mewah.
Terserlah kehenseman Loewy kan.
Ekekeke.
(^___^)v

Bukan Loewy yang cari depa.
Depa yang mai parking dekat Loewy okayy.
Jejaka hensem kena laa kontrol macho.
Test market sikit.
Menjadi buruan gadis-gadis berkasta tinggi.
Hahaha.



i love you Loewy
lepas neh kita parking sebelah fairlady or ferrari pulak okayy
lalalalala




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, January 13, 2011

Tayar Baru Untuk Loewy




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Finally, petang tadi i berjaya mengorat mommy untuk tukar tayar belakang Loewy.
O yeay.
(^___^)v
Bukan dapat free, kena bayar balik laa dapat gaji nanti.
Itu pun i terpaksa tambah lagi rm60.
Mommy kasi pinjam rm200 jer.
Okayy laa tu janji Loewy dapat tayar baru.
Hat lama tu botak sangat dah.
Sangat bahaya laa lelagi time hujan kan.
Dah laa Taiping semedang jer hujan.
Umm.

Memandangkan tayar depan elok lagi, jadi tayar tu pindah p belakang.
Hat baru tu buh kat depan.
Sebab depan kan lebih banyak digunakan berbanding belakang.
Kini Loewy semakin galak di atas jalan raya.
Eh.
Hahahahaha.

Lepas neh apa pulak perancangan untuk Loewy haa?
Maybe nak buat wiring baru.
Sebab hat lama neh dah berserabut gila.
Takut nanti kang wayar cepat panas sebab bergantung kepada 2 fius sahaja.
Sangat tak bagus untuk Loewy.
Neh pun meter minyak dah tak function.
Tetiba pulak.
Masa p Bagan Serai hari Selasa kelmarin elok lagi.
Lepas tu terus dia tak function.

Mula-mula memang macam neh laa kan.
Banyak pakai duit.
Perbetui mana yang kurang.
Lepas dah settle semua, lega laa sikit.
Just maintain jer.
Loewy punya pasal, i sanggup okayy.
Love love love.



tadaa
ramai betul yang tolong tukarkan tayar Loewy
4-5orang rasanya


have a sweet dream Loewy




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, January 12, 2011

Kondisi Perut Yang Jahanam




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini i mc sebab dah 2 hari mengalami sakit perut macam gastrik.
Semalam lepas breakfast i muntah.
Macam takda makna jaa i makan pagi tu.
Maybe sebab angin or gastrik kut.
Isnin malam tu i tak dinner.
Penat sangat sampai tertidur terus.

So harini i tak p kerja sebab kondisi perut masih tak elok-elok.
Tadi i p klinik panel.
Nasib baik takda orang.
Tak payah nak tunggu lama-lama.

Bila dokter tanya sakit apa, i just jawab gastrik kut or perut masuk angin sebab tak makan.
So dokter kata nak check perut.
Dia kata perut i sakit bukan disebabkan gastrik atau kembung perut.
Tapi sebab operation apendix 10 tahun yang lalu.
Parut yang ada dalam perut tu yang membuatkan perut i jadik meragam tak kira masa.
Dia kacau usus apa semua.
Or mungkin jugak disebabkan sakit senggugut yang i selalu alami.
(itu apa yang i paham masa dokter tu cakap laa)
Dokter siap suruh buat urine test.
I dah cuak dah.
Dok bajet perut masuk angin jaa pun.

But syukur alhamdulillah, result takda apa yang membimbangkan.
Buah pinggang, usus semuanya normal.
Puncanya hanya parut apendix yang dalam perut tu jaa yang bermasalah.
Hmm.

Patut laa selama neh i dok sakit perut macam perut masuk angin tu.
I makan ke tak makan ke tetap sakit.
Rupa-rupanya ada benda lain.
T___T

10 tahun okayy i dok melayan sakit perut yang macam neh.
Mujur dokter kata tak serius.
Neh esok tataw laa boleh p kerja ke tak.
Takkan nak mc lagi.
Kena gigih makan ubat laa macam neh.
Hmm.
=_='



**nanti period, dokter suruh buat ultrasound sebab senggugut i agak kronik. takut ada masalah kat bahagian peranakan pulak. erkk =_='




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, January 11, 2011

Family Day At Swiss Garden Damai Laut


































Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, January 10, 2011

Im Home




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Morning peeps.

I baru jer lepas bercuti kat Swiss Garden Golf Resort and Spa, Lumut.
Eh betul ke nama macam tu?
Malas pulak i nak check kat google.
Ekekeke.
(okayy dah refer photo kat bawah tu)

Nanti i upload photo okayy.
Semalam sampai rumah pukul 4pm kut.
Gayut sebentar bersama encik squidward lepas tu tertidur.
Sedar-sedar dah pukul 9.10pm.
"Tertidur" laa sangat.
Itu pun tersedar sebab i terdengar ada orang ketuk tingkap and kepala katil i.
Seram disitu ya.
Dah laa tingkap terbuka luas.
=_='

Bangun jer tidur terus tutup tingkap.
Lepas tu call encik squidward lagi.
Lepas tu terus cari makanan sebab lapar and terus tengok AJL25.
Lepas tu dah tak boleh tidur.
Lepas tu on pc, transfer photo yang dah disnap oleh Nikon and Olympus.
Semangat.
Lepas tu tu edit photo sikit-sikit.
Lepas tu tiba-tiba pc shutdown dengan sendiri.
Lepas tu bebai.
Lepas tu call encik squidward lagi.
Lepas tu mengantuk balik.
Lepas tu i pun tidur.

Hahahahaha.
(^___^)v
Bapak laa banyak betul lepas tu.
Okayy laa balik kang i buat entry pasal family day.
Kaki dah sakit, badan dah sakit.
Umm.



mobile upload




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, January 07, 2011

Damai Laut, Here I Come




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Morning peeps.

Hey i nak btaw uols neh.
Esok i stop blogwalking sat sebab ada family day kat Damai Laut, Lumut.
Hari Ahad i balik laa.
I tataw laa syok ke tak family day neh nanti.

Yang tensionnya bila kena attend motivasi pulak pagi ahad tu.
Macam pelik kut.
Family day buat ceramah motivasi.
Kita nak happy ka nak dengar ceramah neh?
Pfftt.
Layan jer laa asalkan tahun neh ada kenaikan gaji and bonus.

Nanti i upload photo banyak-banyak okayy.
Itu pun kalau sempat snap laa.
Sebab jadual aktiviti padat.
And yang pasti gambar i paling sikit laa nanti or maybe takda langsung.
Pfftt lagi.
=_='









sumber : Google




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, January 06, 2011

Dapat Dah Dividen ASB




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye semua.

Hey hey, dah p check duit dividen ke?
Ekekeke.
Tadi i p update buku.
Yeah dapat laa jugak sikit walaupun tak banyak.
Tapi tak bawak keluar lagi pun.

Plan nak beli seat baru or buat interior kat Loewy.
Tapi i terpaksa pending dulu sebab prob minyak enjin leaking.
Sebab tengok minyak enjin asyik kurang jer.
Bahaya laa pulak.
So, esok i ingat i nak bawak Loewy masuk bengkel.
Setelkan prob neh dulu.
Nanti dapat duit lain, baru pikir pasal seat baru or interior.
Dok buat macam duit nak turun dari langit.
Hahahaha.
(^___^)v

Merujuk kepada sahabat i yang memang pakar mini, ada beberapa kemungkinan di sini;

- flywheel oilseal
- nut ikat tempat buang minyak enjin
- gear rod oilseal (timing cover oilseal dah out of list)
- driveshaft boot dah tertanggal

Berdasarkan point-point di atas, satu apa pun i tataw.
Hebat DK hebat.
Reti pakai kereta tapi tak reti jaga kereta.
Uhuks.
=_='



nampak tak kat paper tu apadia?


neh close-up dia.
berlemoih kan.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Makin Lama Rasa Makin Kampung




I laa bukan uols.
Pemikiran pun makin lama makin menyempit, makin keterbelakang.
Hmm.
Takpa laa nak buat cemana kan.
I kampung, i okayy.
Janji i tak kacau hidup orang sudah.
Sigh.
--XOXO--



sumber : Google




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, January 05, 2011

I Lost My Confidence




Hmm.
Betul laa tu.
=_='




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics