Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri




MAAF ZAHIR DAN BATIN
v(^___^)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, August 28, 2011

Biskut Cornflakes Untuk Raya







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

Harini i nekad mau buat biskut raya.
Bajet nak buat malam tapi lepas berbuka jer tidur sampai laa nak sahur nanti.
Tu pun mujur daddy kejut.
Kalau tak, melepas laa nak bersahur.

So pagi tadi lepas sahur, terus berhempas pulas sediakan bahan-bahan untuk buat biskut neh.
Actually neh biskut peberet.
Every year i buat.
Hihihi.
Tahun neh jimat sikit sebab cornflakes dapat free.
^;^

Nak resepi?
Google jer laa, malas plak nak menaip.
Rasanya majoriti sama jer semua bahan nak buat biskut cornflakes.
Lalalalala.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, August 25, 2011

Meriahnya Puasa Di Kompeni Ini







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Dah tak lama nak raya neh.
Eksaited.
Korang cemana pulak?

Semalam sub-con kompeni i belanja bukak puasa kat restoran thai.
Mabeles.
Lauk dia semua sesedap belaka.
Tapi tuu laa tempat laa sempit sikit.
Kiotang dah booking 4 buah meja but diorang reserved 3 saja.
Memang berhimpit laa.
Meja i tu sumbat sekali 8 orang.
Pheeww.

I rasa meja i paling banyak order.
Siakap 2 set.
Tomyam campur 2 set.
Sayur campur 2 set.
Telur bungkus 2 set.
Kailan ikan masin 1 set (hat neh tak sempat nak makan)
Memacam lagi laa.

Tu pun tak cukup.
8-8 orang pun semuanya perut tong.
Tengok meja sebelah macam tak berusik lauk.
Rugi betul.
Hmm.

Memang every year pun sub-con tu akan belanja kitorang bukak puasa kat luar.
Murah rejeki beliau.
Neh dah nak dekat raya, kitorang dapat laa goodie bags segala bagai.
Ada sub-con yang kasi hamper.
Duit raya takde laa.

Bukan takat raya puasa, raya cina pun dapat.
Kalau raya cina, biasanya dapat limau seorang sekotak.
So nice.

Sebab tu laa i malas nak tukar kerja.
Sini dah cukup best.
Ada bonus, ada kenaikan gaji, ada family day.
Memacam laa.
^;^




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, August 23, 2011

Ayam Goreng Crispy and Berempah




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Lama tak jumpa kan.
Hihihi.
Lately jarang update blog.
Mood nak berblog macam turut berpuasa.
Alolololo.

Btw, petang tadi i buat ayam goreng crispy.
And berempah jugak.
1st time buat.

Balik kerja tadi p Dindings, cari peha ayam kecik yang cecomel tu.
Tak tau laa apa nama saintifik dia.
Hat tu sedap sikit.
Then, beli rempah-rempah sikit.

Okay mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan masakan neh.
Cekidauuuuuuttttt.
^;^

--------------------------------------------------------------

Bahan-bahan

peha ayam cecomel (10 ketul)
3/4 tepung gandum
1/4 tepung kanji atau lebih dikenali dengan tepung ubi kayu
2 sk lada hitam
1 sk jintan putih
1 sk jintan manis
2 sk serbuk cili (nak lebih pedas, tambah laa lagi)
garam
1 biji telur



Cara Penyediaan

~ cuci peha ayam cecomel
~ gaul peha ayam cecomel dengan sedikit garam
~ mesin kering lada hitam, jintan putih dan jintan manis.
~ campurkan tepung gandum, tepung kanji, garam, bahan yang di blend kering, dan serbuk cili ke dalam 1 bekas
~ celupkan peha ayam cecomel ke dalam telur
~ kemudian godek-godekkan peha ayam cecomel tu ke dalam adunan tepung, make sure tersalut semua tepung tu
~ goreng peha ayam cecomel dalam minyak yang penuh. kalau rasa macam rugi pakai banyak minyak, agak-agak jer laa minyak tu
~ goreng laa sampai masak, pastikan api sederhana saja okay

--------------------------------------------------------------

Amacam?
Simple jer kan nak buat dia.
Rasa dia sama jaa macam kita dok beli ayam kat pasar malam tu.
Kalau nak lagi sedap, boleh gunakan tepung kentucky.
Perghhh.

Nak lagi resipi, boleh search kat website myresipi hokay.
Selamat mencuba peeps!



peha ayam cecomel siap tersalut tepung
bersedia untuk digoreng


peha ayam cecomel sedang digoreng
minyak sedang-sedang jer sebab takut rugi
mommy laa neh


peha ayam cecomel sudah siap.
ngap ngap ngap
^;^




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, August 20, 2011

Saya Tolong Member Jual Kerepek Raya




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Lama tak update blog.
Kesian KITA ADA MISI disisihkan buat sementara waktu.
Takda story best laa.

Tapi neh dah ada story best dah.
Baru baru neh kawan i, Mommy Ziera mintak tolong i promote bisnes dia.
Dia jual kerepek kerepek untuk raya.
I pun berbesar hati laa nak tolong dia kan.
Promote jer kan.
Hihihihi.

Ada banyak jenis jugak makanan kudap kudap yang dia jual.
Harga pun berpatutan.
I pun tak ketinggalan amek tempahan dari dia.
Punya malas nak p cari.
Shopping online sudeh.
B0leh bantu dia tingkatkan ekonomi jugak kan.
(^___^)v

Tak nak laa cakap bebanyak.
Meh nak promote apa yang dia jual.



KEREPEK UBI PEDAS (KERING)
RM15 / KG


KEREPEK PISANG ABU
RM9 / 0.5KG


KEREPEK PISANG TANDUK
RM10 / 0.5KG


KEROPOK BAWANG
RM15 / KG


SAMBAL KENTANG
RM10 (1 BEKAS)


BISKUT MAZOLLA
RM15 (65PCS)


JEJARI UDANG
RM15 / KG


JEJARI UBI
RM12 / KG


KACANG SHUNTONG CRISPY
RM10 / 0.5KG


KEREPEK UBI MASIN
RM12 / KG


CAKAR AYAM
RM15 (33PCS)


1 BALANG - RM6
3 BALANG - RM15
KEREPEK BOLEH PILIH

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi;

ZIERA - 0194000804
KHALIL - 0194000704

Delivery Area;
PETRONAS PANDAN INDAH
SHELL DAMANSARA DAMAI
PETRONAS (DEPAN UITM SHAH ALAM)
STESEN BAS KAMUNTING, PERAK
PETRONAS BANDAR SUNWAY, SEBERANG PRAI
PETRONAS BANDAR PERDA, PENANG




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, August 18, 2011

Sampai Hati Depa Buat Loewy Macam Tu




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Semalam Nuzul Quran.
I terlupa nak wish kat semua orang.
Huhuhuhu.

Memandangkan semalam Perak public holiday, jadi i amek keputusan untuk pergi ke Sungai Petani.
Nak p tengok apa dah jadi dengan Loewy.
Yup, Loewy dah keluar bengkel Selasa haritu.
Tapi ianya sangat mendukacitakan.
Sangat tidak memuaskan hati.

So semalam pepagi i gerak p sana naik bus.
Tak larat nak drive.
Masalah kewangan sama.
Hee.

Sampai jer rumah boipren, i tengok Loewy.
Ya Allah, kesiannya depa buat dia sampai macam tu sekali.
Serupa takda buat bodywork sangat pun.
Kerja cincai, halai balai.
Eeeee geramnya.

Bayar memahal tapi ini yang i dapat.
Ini yang Loewy dapat.
Eeeee geramnya.

Dah laa tu, tukar pintu tapi tak kasi kunci.
Signal tak nyala.
Masa i anto p bengkel haritu semuanya berkeadaan baik.
Tapi bila dapat, hmm.

So semalam i p balik bengkel tu.
I tanya laa diorang kenapa buat kerja tak kemas apa semua.
Welding tak macam welding.
Simen tak rata.
Hangat ati laa kan.

I dok kat bengkel tu dari pukul 2pm sampai 6pm.
Tapi apa yang i dapat?
Pintu bukan makin elok tapi makin jahanam.
Signal boleh function tapi shot sekali dengan lampu brek.
I dengan boipren memang bebai kut.

Bayar memahal tapi hasil dia macam haaaaraaaaaaammm.
Memang tu laa 1st and last i anto Loewy kat situ.
Nama jaa specialist.
Specialist tang mana pun tak tau.
Specialist menjahanamkan kereta orang mungkin kut.
Eeeee geramnya.

Dah laa janji macam pundek.
Kata nak buat oilseal, tapi tak buat pun.
Kalau nak buat, kena charge lain.
Lepastu pipe host kat radiator tu boleh bocor.
Masa anto haritu takda pun problem kat situ.
Dah dapat, hat tu pulak rosak.
Eeeee geramnya.

Kesian Loewy.
Takpa laa, saya janji saya akan buat balik awak elok-elok tau.
Tunggu saya ada duit, kita p cat body nah.
Everything i do, i do it for u.

I miss my golden Loewy!
(T_______T)










Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, August 14, 2011

Debby Meraikan Bulan Kemerdekaan







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

Jumaat lepas i pergi ke Giant sebab nak cari baju raya untuk mommy.
Mujur terjumpa jugak baju untuk mommy.
I belikan jubah color dark blue.
Murah jer tapi design and kualiti dia berpuas hati laa.
Hihihihi.
Tahun neh kami beraya dengan color biru laa.
Baju untuk daddy pun i dah dapat.
(^___^)v

Tengah dok round-round dalam Giant tu ternampak bendera yang lekat kat kereta tu.
Memang dok lama dah cari.
I neh memang semangat jugak bab-bab macam neh.
Memang dah pasang niat nak pasang bendera kat Debby.
So i terus beli bendera tu.

Balik tu terus pasang.
Hahaha.
Semangat sungguh!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, August 12, 2011

Update Mengenai Loewy Saya (II)




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat hari Jumaat.

Semalam i buat OT.
Macam biasa laa kalau buat OT, mesti tidur awal.
Tak sempat nak tengok cerita kat tv3 tu.
Ramadhan Terakhir ke apa ntah.

Haa neh i nak update pasal kemelut Loewy dengan tokey bengkel.
Semalam i dah call tokey tu.
Hadoi.
Manyak pinin kipala oh.
Lain i suruh buat, lain pulak yang dia buat.

Ada ke patut, benda yang i tak suruh buat, dia p buat.
Semata-mata nak suruh i bayar jugak 1.5k
Pfftt.
Semalam dia kata dia dah pasangkan wheel arch a.k.a makgad kat Loewy.
Padahal i tak suruh pun.
Lepastu dia nak pasangkan rear lamp cover.
I cakap, hat tu i dah ada spare part dah.

Lepastu i tanya kat dia, harga wheel arch tu berapa.
Dia kata dalam 200++ gitu.
I kata kat dia, daripada dia pasang wheel arch baik dia tukar oilseal.
Enjin Loewy kan dah leaking.
Agaknya tokey tu pun dah bebai sebab i asyik call dia.
Terus dia kata;

"OKAY LAA OKAY LAA I BIKIN OILSEAL KASI U"

Puas hati i.
Itu laa lain kali sebelum nak buat apa, patut tanya i dulu.
Neh buat keputusan sendiri semata-mata nak suruh kita bayar macam yang dia cakap.
Mesti lepas neh dia dah phobia nak berurusan orang yang cerewet macam i.
Hahahaha.
Baru dia tau makna peribahasa omputih tu.

"CUSTOMER ALWAYS RIGHT"

Bab-bab duit neh jangan memain yer adik2.
Kita penat cari duit so kena laa gunakan sebaik mungkin.
Nasib baik esok bukan i yang nak p amek Loewy.
Boipren yang akan p amek.
Hahahaha.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, August 11, 2011

Update Mengenai Loewy Saya




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini hari ke-11 kita berpuasa.
Wah tak lama dah nak raya.

Hari Isnin lepas i dah call tokey bengkel yang buat bodywork Loewy.
Dia kata Loewy dah siap.
Dah buat ketuk2, welding2, undercoat and so on.
I pun dah yeay yeay dah.
Lebih meng "yeay yeay" bila dia kata balance nak kena bayar lagi 1k jaa.
I dah tergedik-gedik syok.

TIBA TIBA

Semalam kerani bengkel tu call i.
Dia tanya i "itu pintu and boot u mau sama color dengan body atau u mau color lain-lain?"

I was like HAH?

I pun mula laa musykil.

-------------------------------------------------

DK : eh, last monday u punya tokey kata dah buat undercoat semua siap. dia suruh i mai amek hari sabtu neh. kenapa harini u tanya i pasal pintu and boot pulak?

Kerani : mana ada maa. tak buat undercoat lagi maa. u mau undercoat kah?

DK : haritu i sudah deal dengan tokey, suruh buat undercoat siap whole body. dia kata undercoat color putih.

Kerani : oh ya ka? takpa takpa sekejap aa **sokseksoksek** okay, kita buat undercoat sama u. tapi itu putih bukan shining aa. so nanti balance u lagi 1.5k laa

DK : eh, itu hari tokey u kata balance lagi 1k. harini u kata lagi 1.5k pulak. mana 1 nak pecaya neh?

Kerani : tokey cakap itu macam kah? tapi dalam ini resit lagi 1.5k maa. itu tokey sudah lupa kut.

DK : habistu macam mana neh? sekejap kata 1k sekejap kata 1.5k

Kerani : lagi 1.5k laa, ikut resit.

DK : okay laa okay laa so bila boleh siap mini i? i nak p amek weekend neh.

Kerani : okay kita buat undercoat dulu. nanti hari sabtu u datang amek okay.

-------------------------------------------------

Depa neh macam nak perkotak-katikkan i jaa neh.
I call boipren, habaq kat dia.
Dia suruh i call tokey tu, deal balik ngan tokey tu.

Petang semalam lepas i balik kerja, i call tokey tu.
Dia pun macam terkejut kerani tu kata balance lagi 1.5k sedangkan dia sendiri cakap kat i balance lagi 1k jaa.
I cakap laa kat dia, haritu deal 2.5k tu anggaran kos tapi dia sendiri cakap tak sampai 2.5k pun.
Maybe dalam 2k jaa untuk bodywork.

Lepastu tokey tu kata dia akan call i harini.
Dia nak bincang ngan kerani dia dulu.
I rasa kerani dia neh tatau kut harga dalam resit tu bukan harga tetap.
Itu anggaran kos.
Mampoih laa nak bayar sampai 2.5k untuk bodywork saja.
Tak logik akal kut kan.

Tak sabar nak dengar apa depa nak kata pulak lepas neh.
Hmm.
Sabar jer laa.
Nasib baik i tak puasa harini.
EH?




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, August 07, 2011

Berhabis Duit Kat Loewy, Adalah 1 Kepuasan




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Wah tak sangka dah 7 hari kita berpuasa.
Sat jaa masa berlalu.
Tup tup dah nak raya.
Yeay.

Dalam kita dok kalut membuat persiapan raya, Loewy jugak tak terkecuali untuk kelihatan segak bergaya di hari raya.
3 minggu lepas i dah hantar Loewy masuk bengkel untuk buat major bodywork.
100% makeover.
Niat di hati nak terus buat cat, tapi kena tangguh dulu sebab tak cukup duit.

Disamping membuat major bodywork, i jugak telah membeli beberapa aksesori baru untuk beliau.
Seat depan belakang.
Bumper depan belakang.
Cover lampu belakang pun beli jugak sebab yang sebelum neh dah hancur kena sabotaj.

Tak sabar rasanya nak tengok perubahan ketara selepas extreme makeover neh.
Biarpun habis banyak duit kat beliau, i tetap berpuas hati.
At least i tak gunakan duit untuk something yang sia-sia.
Nampak depan mata.
Kan.

Nanti Loewy dah keluar bengkel, i lelaju up photo nah.
Rasanya macam tak sempat nak melaram masa raya nanti.
Tak kisah laa janji Loewy dapat beraksi dengan gayanya lepas siap nanti.
Jyeah.
(^___^)v



tadaaa.
semuanya 2nd hand tapi see the quality.
terbaik kan.
macam baru jer haa.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, August 06, 2011

Malas Nak Tunggu Wordless Wednesday








Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics