Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Thursday, November 29, 2012

Audit Selesai







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Have a nice day.

Harini 28 November 2012 kompeni i ada audit ISO dengan SIRIM.
Berdebar-debar rasanya.
Dah macam nak p interview kerja jaa rasanya.
Padahal ini bukan tahun pertama.
Dah tahun ke-3 dah dok mengadap audit neh.

Setelah beberapa lama dok prepare pasal audit neh, harinya tiba jugak.
Ekceli takda laa kalut sangat prepare, sebab i sentiasa berupdate segala pelan, borang semua tu.
So bila dah dedekat nak audit, takda laa cam kalut sangat.

Tahun neh bos ajak i follow depa p site visit untuk audit kerja2 pembaikan.
Lokasi yang depa pilih di Kampung Bechah, Batu Kurau.
Boleh tahan pening laa perjalanan kat sana.
Hahahaha.

Site yang depa pilih neh memang agak mencabar.
Dalam hutan.
I dah laa pakai sandal jaa.

Jalan nak menuju kat tempat pembaikan tu kena tempuh lecak, kerengga segala bagai.
Elok dah sampai kat tempat pembaikan tu, ada laa 2 ekor lembu.
Nak dijadikan cerita, salah seekor lembu tu macam kejutan budaya sebab tetiba ramai orang kat situ.
Geng i nyaris2 dikejar lembu.
Ini serius.
Memang cuak gila.
Mujur laa lembu tu ditambat.
Tapi walaupun ditambat, memang lagi sikit nak kena kitorang.
Tali dia panjang kuuuttt.



Ini laa laluan nak ke tempat pembaikan tu.
Mencabar betei.
Biawak ada.
Ulaq ada.
(=___=)



Tu dia paip bocor yang perlu dibaiki.
Agak besar jugak laa tahap kebocoran dia.
Salute cemana depa boleh jumpa kebocoran dalam hutan cenggini.
Huhuhu.



Time neh lembu dah kembali tenang.
Hahaha.
Tu yang berani tangkap gambaq tu.
Tapi boleh nampak laa muka lembu tu tak puas hati.
*member kata baju kompeni macam baju plkn*



Ini dia sampingan.
Hahaha.
Kenduri durian lepas setel tengok lokasi pembaikan.
Puas makan.
Depa order banyak kuuuttttt.



 
Setel semuanya kat Kg Bechah tu, kami menuju ke site ke-2.
Hat neh dekat jaa dengan office.
Projek pembaikan link-up.
Hihihihi.


Setel site visit, kitorang pon balik office.
Audit kat dalam bilik meeting pulak untuk check segala borang, pelan yang ada.
Tapi majoriti unit kontrak laa yang kena.
Untuk part pelan, auditor tu tak tengok pon.
Dia just tengok pelan yang ada dalam fail unit kontrak jaa.
Serius lega sangat hati neh.
(^___^)



Habis jaa audit, kitorang terus gerak ke Kuala Sepetang.
Auditor nak makan mee udang.
So, open table laa.
Semua pon order hat special gittew.
Sekali sekala, apa salahnya.
Audit pon cemerlang.
Takda NCR.

Amacam berbulu tak tengok mee udang Mak Jah neh?
Famous oh kedai neh.
Sesapa yang datang Tepeng, mai laa cuba.
Puas hati!

Alhamdulillah setel jugak audit untuk tahun 2012.
Dah boleh menarik nafas lega.
Tak gaduh nak pikiaq apa dah.
Pasneh kalau ada pindaan ka, projek baru ka terus jaa prepare segala borang.
Senang.
Tak kalut nak pening kepala.

Okay laa.
Tu jaa laa kut untuk kali neh.
Nanti i update lagi okay.
*entry tertangguh, Melaka tak buat lagi*

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, November 28, 2012

Today Is The Day



Dear ISO, please be nice!


Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, November 20, 2012

Melaka, Im In Love

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Long time no see.
Hahaha.
Acane cuti panjang haritu?
Well, i macam biasa laa.
Amek peluang p jenjalan tengok tempat orang.

Kalini lokasinya di Melaka.
Nanti i update full story pasal percutian neh k.
Tapi apa yang pasti, Melaka sangaaaaaaatttttt OWSEM!
Jatuh hati terus!

Okay laa, sampai di sini dulu.
Tunggu next entry.
Cekidaauutt!

Assalamualaikum.



Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, November 08, 2012

Im Coming

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Haa dah rajin sikit dah update blog.
Hahaha.
Takda laa bersawang sangat KITA ADA MISI neh.

Sabtu neh i nak turun KL.
Classmate kawen.
Congrats Arm.
Dah nak jadik suami orang dah.
Nanti nak amek berkat.
Leulz.

Pastu minggu depan 15/11 turun Melaka plak.
Hat neh saja jenjalan.
Nak jumpa member geng mini.
Tak sabaq aih.
Faghish, abg Sani and Yalp tunggu nanti Bella sampai.
Kita joli katak sampai subuh.
Eh (?)

Pastu 18/11 gerak p KL sebab bff plak kawen.
Neh kalau tak p kenduri dia, kompem hingaq sampai ke tua.
Hohoho.
Makin hari makin ramai yang mendirikan rumahtangga.

Bila pulak giliran penulis?
Neeeeeexxxttt.

Assalamualaikum.



Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, November 02, 2012

Hello November

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Whoaaa dok tak dok dah masuk bulan November.
Cepat betei masa berlalu.
Rasanya macam baru jaa new year.
I pon hampir setahun dah laa hidup sebagai seorang pembujang.
Gittew.

Alhamdulillah, semakin hari life semakin baik.
Lupakan apa yang dah berlaku sebelum neh.
Takda nak marah dah, takda nak berdendam apa dah.
100% move on.
Congratulation kepada diri sendiri.
=)

November jugak, 2 orang sahabat bakal mendirikan rumahtangga.
Nampak gaya everyweek laa turun KL.
Ini kang kalau i kawen, depa tak mai memang siap laa.
Bebai sampai tua.
Hahaha.

Bulan neh jugak, i bakal busy sebab dengar cerita akan ada audit ISO hujung bulan nanti.
I tak pernah suka dengan ISO.
Benci tahap manusia.
Tapi apa boleh buat, dah tanggungjawab.
Terima jaa laa.

Okay laa, cukup takat neh dulu.
Kang kalau ada masa i akan update lagi.
Take care semua.
Till then.

Assalamualaikum.


Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, September 27, 2012

Long Time No See




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Whoooaaa lama gila tak update blog.
Kesian betei blog i neh.

Now memang dah jarang sesangat nak bukak blog ke mende.
Busy.
Takda masa.
Takda mood.
Malas.

Banyak jaa cerita nak distorykan tapi entah kenapa punya malas nak menaip dalam blog neh.
Takda sesapa seru kuuttt.
Lagi pulak now dah jarang online kat netbook/tab.
Banyak online kat henpon jaa.
Tu yang macam leceh tu.

Tapi takpa, i akan cuba curik sikit masa untuk update lepas neh.
Jyeaaahhh.
Okay, cukup takat neh dulu.

Assalamualaikum :)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Whooooaaa lama betei tak update blog.
Maaf sesangat sebab biarkan blog i neh berhabuk.
Kasihaaaannn.

Sedar tak sedar, kejab jaa dah nak masuk bulan Syawal.
Berat hati sebenarnya nak meninggalkan bulan Ramadhan neh.
Jujurnya i masih belum bersedia.
Bagi i, bulan Ramadhan adalah bulan ketenangan.
Bulan untuk melipat gandakan amal ibadat.

Di kesempatan ini, i ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai terkasar bahasa atau menyentuh hati, menyakitkan hati kalian samada secara sengaja atau tidak sengaja.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kepada yang dalam perjalanan pulang ke kampung, berhati2 di jalanraya.
Pandu dengan selamat ya.

Tahun neh i akan beraya di Perlis.
Kalau nak jumpa tu, boleh laa hello2 i nanti.
Hihihihi.
(^^,)

Sehingga bertemu lagi.
Assalamualaikum.



Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, July 21, 2012

Trip to Bandung - Kawah Putih




13 Julai 2012
Ini hanya entry bergambar.
Penulis adalah malas untuk menceritakan pengalaman sepanjang berada di Kota Bandung.
Harap maklum.
(^___^)












Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, July 20, 2012

Trip To Bandung - Tangkuban Perahu




13 Julai 2012
Ini hanya entry bergambar.
Penulis adalah malas untuk menceritakan pengalaman sepanjang berada di Kota Bandung.
Harap maklum.
(^___^)











Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, June 27, 2012

BBQ With Officemates at Lata Sempeneh







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sebenarnya cerita yang i nak habaq neh dah basi.
Biasa laa mood nak update blog ke laut.
Now dah jarang online kat netbook.
Dok online kat tab jaa.
Senang.

Tapi harini i ada sedikit rajin, makanya terhasillah entry neh.
Hihihihi.

16 Jun 2012
Kompeni i buat family day.
Memandangkan dah lama kompeni i tak buat family day, jadi i pon plan untuk buat bbq.
Last aktiviti with officemates tahun 2009.
Time tu buat kat sungai area Ladang Alaga, Trong.

Kalini kami memilih untuk buat bbq+family day di Lata Sempeneh, Batu Kurau.
Perancangan dah dibuat 2 minggu sebelumnya.
Walaupun last2 minit tetiba nak ubah tempat laa apa laa, tapi kami decide jugak buat kat situ.
Bukan apa, i pikiaq jugak anak2 staff pon join skali.
So nak kena laa cari sungai yang tak berapa dalam so that bebudak neh pon boleh mandi sama.
Yer dak?

Antara menu yang ada masa bbq tu antaranya ayam, ikan siakap, udang, nasi putih, ayaq asam, puding bla bla bla.
Tak lupa jugak, kek.
I siap tempah kuuuutttttt.
Ahaks.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.
Part bakaq2 yang paling happening.
Pastu berendam 2-3 round.
I dengan tak bawak baju spare, tuala pon terjun jugak laa.
Tapi sebelum balik, berjemur tengah panas laa sekejab nak kasi kering.

Hope officemates berpuashati laa dengan aktiviti yang dijalankan.
Kalau ada terlebih terkurang tu mintak halal jer laa eh.
Hihihihihi.
Tapi 1 jaa, tempat tu macam kurang diselia.
Sampah dah bertimbun, takdak sapa nak p buang.
Hmm.

Next destination?
Cekidaaaaauuuuuuuuuuutttttt!
(^^,)

Jom layan gambaq yang seciput neh.
Malas nak upload bebanyak.



setting tempat bakaq.


jyeah.
ikan, ayam dan udang!


sungai dia not bad laa.
tak dalam sangat so bebudak boleh mandi dengan riang.


besssstttt kaaaaannnn.


sesi bergambaq.
i takdak sebab i yang tangkap gambaq neh.
sadis!
tu laa kek yang i tempah tu.
harus laa color biru, baru laa ikut theme kompeni.
lulz~




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, June 16, 2012

26 Tahun


15 Jun 2012
Happy Birthday To Me.
Terima kasih di atas segala ucapan dan doa dari kalian.
(^^,)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, June 10, 2012

Trip To Cameron Highlands




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.
(^^,)

Last week i ada kenduri kat Teluk Intan.
Kawan i kawen.
Nak kenduri kat Telun Intan balik hari macam penat.
Memandangkan dah p sana, i pon plan nak p Cameron Highlands.
Dah lama tak p sana.

So, i pon plan ngan kawan i.
Kami bergerak 2 orang jaa pon.
Hihihi.
2 minggu sebelum p, i gigih cari hotel area Cameron.
Pergh, payah bebenor.
Majoriti bilik semua dah fully booked.
Cuti sekolah kan, weekend plak tu.
Yang ada pon tinggal yang harga macam pistol.
Search kat internet apa semua, last2 dapat jugak.
I dapat bilik kat Sri Juliana Chalet.
Tu pon tinggal quad room.
Maksudnya 2 katil queen size.
rm160.

Sabtu pagi 2hb Jun 2012 kami pon gerak ke Cameron.
Highway tak jammed pon.
Smooth jer.
Agak lega disitu.

Kami gerak dalam pukul 10am++
Sampai exit Simpang pulai dalam 11am++
Pendakian pon bermula.
Kereta pon tak banyak masa mendaki tu.

Kami sampai atas tu dalam kul 12-1pm kut.
Elok sampai kat Bharat Tea, jalan dah start jammed.
Time neh dah stress dah.
Kami ingatkan kejab jer jammed nya.
Sekali kau, berjam2 tersangkut.
Bayangkan 1km perjalanan amek masa 30min.
Bayangkan jugak kami sampai kat pekan Brinchang tu pukul 4pm++
So kira laa sendiri, berapa lama tersangkut kat atas jalan.

Memang hari Sabtu tu, masa kami banyak terbuang kat atas jalan.
Frust betul.
Tapi apa boleh buat.
Redah jer laa.

Sampai jer kat pekan Brinchang, kami stop untuk lunch.
Lunch pukul 4pm.
Gilaaaa, perut dah masuk angin.
Kami makan kat medan selera kat situ.
Not bad jugak makanan dia.
Kami makan tomyam, sotong goreng tepung, and kailan ikan masin.
Yang terkejutnya sayur kailan dia macam 3 orang makan.
Banyak betul.
Tau laa sana tempat sayur2 kan.
Hahahaha.

Setel makan, kami gerak ke Tea Boh Plantation.
Niat di hati nak cari yang Boh Centre tu.
Tapi tak jumpa.
Yang kami p tu kat Habu rasanya.
Perjalanan nak sampai ke Tea Boh Plantation tu boleh tahan adventure.
Sampai2 jer kat situ, Subhanallah cantik sangat pemandangan dia.
Dengan cuaca yang sejuk.
(^^,)

Setel tangkap gambar semua, kami pon gerak ke pasar malam Brinchang.
Yer laa time tu pon dah pukul 7pm++
Dengan nak menghadap jammed lagi, pukul 8pm++ jugak laa baru sampai kat tapak pasar malam tu.
Punya laa ramai orang.
Barang2 kat situ pon agak murah jugak.

Setel semua tu kami pon p check in bilik.
Check in kul 12am++
Hahahaha.
Slumber jer kaaaannn.

Keesokan harinya baru laa kami pergi melawat tempat2 yang ada kat Cameron.
Tu pon p kejab2 jer sebab nak kejar masa kan.
Dengan jammed lagi.
Kami gerak turun pukul 12pm++
Nak turun tu takda laa jammed sangat.
Kami sampai Teluk Intan pukul 4pm++
Orang pon dah takda dah takda dah.
Mujur laa dah siap pesan kat member, simpan lauk sikit.
Hihihihi.

Kami bergerak balik kul 7pm.
Highway ke Utara okay jer takda masalah.
Yang nak menghala ke Selatan yang teruk tu.
Jammed start kami masuk tol Tapah tu, sampai i exit tol Kamunting.
Sabor jer laa.

Papepun percutian ke Cameron highlands quite okay cuma serik dah.
Tak nak p time cuti sekolah.
Stress nak menghadap jammed.
Pasneh kalau nak p, p hari lain laa.

Okay, jom layan gambar.
(^^,)











Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, May 31, 2012

Saya Bebas Denggi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sihat ka semua?
I baru jaa baik dari demam neh.
2minggu yang memenatkan.
Minggu yang pertama, asyik demam malam jaa.
Mujur laa siang okay, boleh p keje.

Masuk minggu ke-2, asyik sakit kepala pulak.
Makan ubat pon tak nak hilang.
Pergi klinik chek mata, dokter kata mata kiri i makin teruk.
Dokter suruh tukar cermin.
Pastu dokter suruh tanda kat kalendar setiap kali sakit kepala.
Sebab i memang kerap sakit kepala.
Dokter nak pantau sampai hujung tahun neh.

Setel sakit kepala, kena pulak demam.
Nak p keje pon tak larat.
Pergi klinik kesihatan, siap kena buat blood test.
Memandangkan kawasan rumah i zon denggi and last month mommy pon kena denggi, dokter kata better buat blood test.
3 hari i tak p kerja sebab asyik kena amek darah jaa.

Tapi alhamdulillah, i bebas denggi.
Lega sangat.
Tak payah masuk wad.
Kalau kena tahan, pening kepala jugak laa kan.
Leceh.

Now i dah sihat sepenuhnya.
Cuma tu laa, sakit kepala jaa tak mau nak hilang terus.
Esok baru ingat nak p kedai spek.
Nak p check mata lain.
Hope mata neh takda laa rosak teruk sangat.
I dok rasa macam power makin okay.
Kalau tak pakai spek pon, boleh lagi dok relax.
Tengok laa esok cemana.
Hmm.

Okay laa, takat neh dulu untuk kalini.
Nanti i update lagi nah.
Assalamualaikum.
(^^,)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, May 22, 2012

Yes KJ Tersingkir

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sekarang neh makin malas nak update blog.
Tak bagus betul.
Takpa laa, i akan cuba untuk update sekerap yang boleh.
Huhuhu.

Seperti biasa setiap ahad i tengok rancangan Mentor.
Minggu lepas adalah minggu penentuan untuk ke separuh akhir.
Jujur i memang tak suka kat KJ tu.
Dia nyanyi tak best.
Suara dia pon macam sengau jaa time menyanyi.

I lebih suka Caroline and Zatul masuk separuh akhir.
Makanya i dengan baik hati telah vote Zatul.
Hahahahaha.
1st time laa dalam sejarah, i vote sms program cemnih.
Punya tak mau KJ p separuh akhir kan.
(^^,)

Mujur laa Zatul dapat p separuh akhir.
High mark lagi.
Tak sia2 i vote dia okay.
Hikiks.
Zatul memang berhak untuk masuk separuh akhir.
Suara dia sedap compare to KJ tu.

So kepada Zatul, all the best!.
Jyeah!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, May 13, 2012

Bukan Diriku

Setelah kupahami 
Ku bukan yang terbaik 
Yang ada di hatimu 
Tak dapat kusangsikan 
Ternyata dirinyalah 
Yang mengerti kamu 
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku 
Bila ku menjadi bisu 
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam 
Hanya hatiku berbatas 
Tuk mengerti kamu 
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu 
Kuharus meninggalkanmu 
Kuharus melupakanmu 
Meski hatiku menyayangimu 
Nurani membutuhkanmu 
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu 
Yang mampu memahamiku 
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah 
Yang sanggup menyanjungmu 
Yang lama menyentuhmu 
Bukanlah diriku

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, May 05, 2012

3hari 2malam Di Pulau Redang




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy weekend.

Maaf laa dah lama tak update blog.
Terbiar sudah.
Tapi takpa, neh haa i nak update cerita.

Last week i bersama 7 orang sahabat dah bercuti di Pulau Redang.
Kitorang dah plan since bulan 1 rasanya.
Siap booking chalet apa semua.
Tu pon masa booking, bilik tinggal lagi 5.
Nasib baik sempat booking.

Sepanjang berada di Pulau Redang, kitorang memilih untuk stay di Redang Lagoon.
Kitorang amek yang pakej punya.
RM350 termasuk speed boat pergi balik dari Jeti Merang, chalet, makan minum, snorkling, sewa peralatan snorkling bla bla bla.
Sangat berbaloi i rasa.
Tak payah pikiaq apa dah kan.

Aktiviti kitorang kat sana asyik snorkling, makan, snorkling, makan.
Hahahaha.
Dalam pakej tu ada laa 3x snorkling.
Diorang bawak ke 3 tempat.
Salah satunya Marine Park.
Tapi sayang, banyak coral yang dah mati.

Beach boy kata coral neh sangat sensitif.
Mungkin efek daripada pelancong yang datang snorkling yang pakai sunblock apa semua.
Betul laa jugak tu.
Then bila dah ramai orang snorkling, suhu air pon turut berubah.
Coral kan kena air yang sejuk.

Tapi kalau tak nak follow pakej snorkling yang diorang aturkan tu pon boleh.
Kat pantai depan chalet kitorang tu pon boleh snorkling.
Ikan banyak, coral pon cantik.
Just sewa life jacket and alat untuk bernafas tu jaa.

Okay laa, malas nak cerita banyak.
Layan gambar jer laa.
Tu pun i upload sikit jaa.
Nak tengok lebih banyak gambar, boleh tengok kat fb i.
Hihihihi.

Papepun kitorang sangat berpuas hati dengan trip neh.
Rindu Redaaaannnnggggg!
:(













Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, April 15, 2012

Discharge and Sup Ketam



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah mommy dah discharge petang semalam.
Tapi doc pesan kalau mommy tetiba pening kepala, kena lelaju p spital.
Darah mommy naik tinggi, platelet masih rendah.
Takut kalau mommy terjatuh, risiko darah beku dalam badan adalah tinggi.
Doc pesan jangan buat kerja langsung dalam seminggu neh.
Kena rehat secukupnya.

Esok pagi mommy kena p Klinik Kesihatan yang terdekat untuk buat rawatan susulan and ambil darah.
Nampak gaya esok kena cuti lagi.
Dak pun masuk kerja tengahari.
Harap bos memahami situasi i sekarang.
Mujur semalam nurse kasi surat pengesahan kemasukan ke wad.
Ada laa bukti nak tunjuk kat bos.

Semalam balik dari hospital, i p pasar malam cari ketam.
Ketam sekarang boleh tahan mahal.
Rm22 sekilo.
I beli 2 ekor jaa.
Tu pun rm9.
Tapi demi mommy, mahal pun tak kisah.
Janji mommy sihat sepenuhnya.

Tadi i menjalankan misi buat sup ketam untuk mommy.
1st time buat sup ketam.
Nak siang ketam pun tak pernah tau.
Siap google cara nak siang ketam.
Hahahaha.
=D

Nasib baik mommy kata sedap.
Mommy i cerewet sikit.
Kalau tak sedap, bau hanyir ke apa memang dia payah nak telan.
Esok buat lagi sup ketam.
Biar platelet mommy naik sampai bebetul stabil.

Okay laa, cukup takat neh dulu.
Nanti i update lagi.
Take care uols.
Assalamualaikum.
(^^,)



Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, April 13, 2012

Demam Denggi



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Dah lama tak taip entry panjang2.
Al-maklum laa jiwa lara.
Hihihi.

Banyak benda berlaku dalam hidup i lately.
Lepas satu-satu ujian Allah kasi kat i.
Putus cinta.
Suspek penyakit tb.
And the latest one is mommy kena demam denggi.
Now pun i sedang bersiaran di Hospital Taiping.
Kena jaga mommy.

Mommy start demam Jumaat lepas.
Dah laa petang tu i p KL sebab nak attend wedding member.
Hati tu berat jugak tapi sebab tengok kondisi mommy macam okay and tiket bus dah beli, i pun tawakal jer laa.

Hari Ahad, i balik rumah, demam mommy still tak okay.
Pulak tu sakit pinggang.
P klinik swasta, doc kasi ubat demam macam biasa.
Hari Isnin, kondisi mommy makin teruk.
Mommy tak boleh jalan.
Muntah.

Hari Selasa i terpaksa amek emergency leave.
Takda sapa nak jaga mommy kat rumah.
Mommy tak boleh tinggal sengsorang.
Dia dah tak boleh berjalan, kena baring jaa.

Selasa malam, family abang dari KL balik sini.
Dia risau laa sebab mommy tak pernah sakit teruk macam tu.
Rabu pagi, abang bawak mommy p buat medical checkup kat Columbia Asia Hospital.
Doc kat sana kata mommy kena denggi.
Air dalam badan dah nak habis sebab tu mommy takda tenaga langsung.
Darah pulak terlalu pekat.

Doc suruh admit kat situ tapi mommy tak mau.
Mahal sangat.
So mommy suruh doc refer kat Hospital Taiping.
Nak kata teruk, tak tau laa plak.
Tapi platelet tu tinggal 12.
Memang kena kawalan rapi laa kan.

Setiap 6 jam doc akan amek sample darah.
Lengan mommy pon dah lebam2.
Harini masuk hari ke-3 mommy stay kat wad.
I kena teman mommy kat wad.
Mommy tak dibenarkan turun dari katil sebab darah mommy terlalu pekat.
Takut kang kalau jatuh, jadik darah beku.
So kalau mommy nak buang air ke apa, atas katil jer laa.

I terpaksa amek unpaid leave untuk beberapa hari untuk jaga mommy.
I sorang jaa anak perempuan.
Bila lagi nak membalas budi and pengorbanan mommy dulu, yer dak?

Neh dah masuk hari ke-3, nampak laa perubahan.
Mommy dah banyak baik.
Dah boleh bangun and makan walaupun tak banyak.
Tapi platelet mommy lambat naik.
Dah hari-3 pon baru naik dari 12 ke 24.
Doc kata at least kena naik sampai 50, baru boleh discharge.

Semalam abang bawakkan sup ketam.
Tapi lepas makan, and check bp naik mencanak plak.
Sekarang pon darah dok naik lagi.
Tapi doc kata boleh jaa makan sup ketam tu untuk cepatkan platelet tu naik.

Harap2 platelet mommy cepat naik and cepat discharge.
Kesian tengok mommy.
Badan dia pon dah susut, boleh rasa tulang kat bahu.
Huhuhuhu.

Okay laa.
Cukup untuk kali neh.
Nanti i update lagi.
Assalamualaikum.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, April 10, 2012

Asia Water Exhibition 2012



Tarikh
28 Mac 2012

Lokasi
Kuala Lumpur Convention Centre





















Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics