Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, June 28, 2011

Tahun Neh Bonus Berapa Bulan Pulak, 4 Bulan Gaji?







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

I tengah gundah gulana mengenangkan bonus neh.
Hadoi.
Mula-mula kata bulan 4.
Lepas tu tak jadi, dapat bulan 5.
Lepas tu pending lagi ke bulan 6 pulak.
Neh dah nak masuk bulan 7 haram takda apa perkembangan.

Bila tanya, kata sangkut kat situ laa kat sini laa.
Macam tahun sebelum neh antara bulan 4 or bulan 5 dah dapat dah bonus.
This year?
Pergh.

Tahun lepas dapat 3 bulan gaji.
Tahun neh dapat lebih lagi kut pasal lambat sangat prosesnya.
Kesian kat Loewy.
I tak sampai hati tengok keadaan dia.
Project makeover terpaksa ditangguhkan gara-gara bonus tatau apa cerita.
Huhuhuhu.
(T_T)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, June 27, 2011

Netbook Still Panas Walaupun Dah Lama Shutdown




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

I ada masalah dengan netbook i.
Tatau laa kenapa.
I dah shutdown but after 30min, netbook still panas.
Kekadang dah berjam-jam shutdown pun dok panas jugak kat bontot dia.

I dah charge bateri sampai full.
Lepastu bila on, bateri dah berkurangan.
Pelik kan.
Agaknya bila dia panas, dia makan bateri sama kut.

Tapi bila i cabut bateri, panas tu hilang selepas beberapa ketika.
Apa masalah sebenarnya haa?
Masalah bateri kah?
Masalah litar pintas dalam netbook kah?
OMG.
I baru beli netbook tu.
Sebulan pun tak sampai lagi.

Member i suggest suruh p hantar balik kat kedai yang i beli tu.
Dia kata biasanya warranty setahun.
Suruh dia repair ataupun ganti yang baru.
Sedih betul laa.
(T___T)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, June 25, 2011

Lebih Jimat Dengan Barangan Bundle







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

Harini i kerja half day.
Tapi tak buat kerja pun.
Online jer.
Bos pulak takda, p Ipoh.

Balik kerja, sampai rumah pukul 1.20pm.
Masuk bilik yang macam sauna tu.
Niat hati nak golek-golek jer.
Tup tup tidur sampai pukul 5.30pm.
Boipren call pun macam mamai jer, dengar suara macam suara abang.
Tengok no takda save pun.
Nasib baik adik dia berjaya kantoikan dia.
Takda laa i nak termalu.
Hikhiks.

Bangun-bangun terus p dapur, makan nasi.
Lapaaar weih.
Tengahari tak makan sebab terus tidur kan.

Tadi pukul 8lebih macam tu i p pasar malam.
Niat hati nak beli jagung and laksa jer.
On the way nak balik, terlalu depan tempat orang jual kasut bundle.
Sebelum neh i dah beli kasut Adidas kat pakcik tu.
Tadi i lalu, ternampak kasut Converse.
Tapi buat tak tau jer laa.
Elok dah jalan depan sikit, macam nak p tengok.
Sebab i memang dok cari kasut Converse pun.
Nak beli yang baru mau beratus kan.
So, patah laa balik.

Ada 2 jenis kasut Converse yang sangat elok conditionnya.
1 tu all black then ada logo Converse color gold.
Another one yang i beli, yang dalam gambar kat atas tu.
Yang all black tu smart jugak tapi besar sikit.
Yang i beli neh just nice.
I love it.
Leather lagi tuu.

Harga dia pun tak mahal sangat.
RM45 tapi mintak kurang dapat RM40 jer.
Okayy laa tu kan.
Nak beli baru tak mampu.
Beli bundle jer laa.
Jimat pun jimat.

Sekarang neh duit i dah shot.
Adoi.
Pejam mata jer laa.
Nanti pikiaq cemana nak cover balik duit tu.
=___="




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, June 24, 2011

He's Fine, Alhamdulillah







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

I baru balik dari Hospital Ampang.
Alhamdulillah my brother dah semakin pulih.
Dah boleh tersengih-sengih dan buat lawak bodoh.
We're so happy tengok keadaan dia yang semakin sembuh.
Hope dia dapat keluar dari wad secepat mungkin.

Lepas neh beringat laa.
Berhenti laa merokok tu.
Jangan dok pulun sangat minum ais.
Pantang sikit.
Neh tak, pantang tengok.
Pheeww.

Okayy laa nak tidur dah.
Letih dan mengantuk sudah.
~_~

Oh sebelum terlupa, tq kepada sesapa yang tolong mendoakan abang i.
Jasamu dikenang.
XOXO




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, June 23, 2011

Doakan Kesihatan Abang Saya




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

I dalam perjalanan ke Kuala Lumpur neh.
Tengahari tadi dapat panggilan dari SIL, dia kata abang masuk wad sebab lelah.
Since semalam.
Tapi lepastu SIL kata kena masuk ICU sebab paru-paru abang dah dijangkiti kuman.

Abang i yang sorang tu memang ada masalah lelah sejak dia kecik lagi.
Tapi penyakit lelah dia tu makin lama makin teruk.
Dah tu pulak inhaler dia tu suka letak merata.
Mommy kata maybe paru-paru dijangkiti kuman sebab inhaler dia tu kan letak merata.
Dah tak bersih laa kut, dia plak dok sedut menatang tu.
Tu salah 1 sebab kut.

Baru kejap tadi SIL call kata abang dah sedar.
Dah boleh cakap sikit.
So SIL kasi dia cakap dengan abah kejab.
Baru laa hati kitorang lega.
Tapi dia still kena guna alat bantuan pernafasan laa.
Paru-paru dia masih lemah.

Neh belum sampai Kuala Lumpur lagi.
Dok ada kat Rawang.
Takpa laa nanti i update lain ya.
Doakan kesihatan abang i.
Semoga dia cepat sembuh.
(T___T)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, June 22, 2011

Harini Kawe Jadi Oghe Klate




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Gila laa lama tak update blog.
Takda idea nak tulis apa.
Tapi harini dah ada idea dah.
Hahaha.

Lately teringin sangat nak makan budu.
Yup, i suka makan budu.
Walaupun tak laa sehantu makan laksa kan.
Nak beli budu kat Taiping neh tak tau kat mana.
Jadinya petang tadi i p pasar malam.
Cari nasi kerabu.

Nasi kerabu kat sini ada 1 jer.
Memang femes laa nasi kerabu makcik neh.
Dia memang orang Kelantan.
Nasi dia banyak.
Sebungkus pun dah kenyang tau.

Selalu kalau nak beli nasi kerabu kat dia, memang kena beratur laa.
Tapi memandangkan i neh kurus jer, boleh laa menyelit.
Hahahaha.
Gunakan kelebihan yang ada, kan.



jeng jeng jeng
suspen sikit


tadaa
sedap dan mantap




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, June 16, 2011

FB Versi Blueberry Guna Bahasa Kelantan




serius comel :)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, June 15, 2011

Hadiah Terhebat Sempena Hari Lahir







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Finally i dah dapat birthday present yang paling hebat untuk tahun neh.
Bukan kereta, bukan rumah, bukan cincin.
Bukan apa-apa pun.
Hanya video.
Ya.

Siang tadi i chat dengan boipren.
Dia kat Kedah sekarang.
Tetiba dia kasi link youtube suruh i dengar.
Baca printscreen kat atas tu.
Hihihi.

I tak perlukan hadiah yang mahal-mahal.
I tak perlukan kek secret recipe ke apa.
I tak perlukan bunga ros bagai.
Benda-benda macam neh pun dah cukup buat i rasa terharu.
Alolololo.

Nak tau lagu apa yang dia kasi tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

here i am by air supply







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Happy Birthday Drunbella Khoo







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

HAPPY BIRTHDAY TO DRUNBELLA KHOO

Alololo.
Wish untuk diri sendiri pulak.
Ahaks.
Genap laa umur i 25 tahun harini.
Tapi dok rasa macam baru habis SPM.
(^___^)v

Takda apa yang menarik pun.
Dengan migrain menyerang kepala otak since semalam.
So harini sama macam hari-hari biasa.
Tak dapat hadiah pun.
Tapi mommy kata netbook tu hadiah birthday laa tu.
Kalau gitu tak payah laa bayar balik.
Yes yes yes.

Semoga i dipanjangkan umur, kesihatan yang baik dan dimurahkan rejeki.
I nak kumpul harta.
Rasa macam dah tua tapi masih belum terlambat nak kumpul harta kut.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, June 14, 2011

Saya Perlukan Monitor Yang Baru, Bos







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Waaaaa, i tengah tension neh.
Monitor komputer kat office neh problem pulak.
Asik dok keluar user mode tu.
Dah laa muncul 2-3 saat sekali pulak tu.
Nak buat kerja pun susah.

Neh i dok menaip entry pun dia sukati jer keluar.
Grrr.
Haritu dah cakap kat bos.
Sebab masa dia datang tempat i, nak suruh i update drawing, menatang haram neh dok keluar.
Bos tanya kenapa monitor jadi macam tu.
I jawab laa monitor neh gila.

Lepastu i cakap kat bos, beli flatscreen laa bos.
Hihihihi.
Mengambil kesempatan di atas kerosakan yang dialami.
Bos kata buat sementara waktu, tukar dulu dengan monitor sesapa.
Nanti dia try mintak kat HQ.
Alolololo.
Mintak-mintak laa diluluskan.

Bos pun kata sekarang neh mana nak pakai sangat dah monitor gabak macam neh.
Semua dah pakai flatscreen jer.
Kan, i meman sokong sangat apa yang bos kata tu.
(kena laa sokong sebab nak monitor baru)
Lalalala~




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, June 12, 2011

Kesian Loewy Kena Sabotaj




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Maaf laa 2-3hari neh i tak update blog, tak blogwalking.
I dalam proses berkabung.
Sedihnyaaaa.

Benda yang i paling sayang disabotaj.
LOEWY
Habis body dia kena katok.
Hancur hatiku melihat keadaan dirimu.
(T___T)

Sampai-sampai jer tengok Loewy, terus i menangis.
Tuhan jer yang tau perasaan i masa tu.
Dah laa sparepart mahal.
Nasib baik i memang dah plan nak cat dia.
Nanti suruh orang bengkel ketuk balik laa mana yang kemek tu.
Jenuh duit.
Tobat nak kena spend beribu.
Aiyoyo.







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, June 09, 2011

Kungfu Panda 3D Sangat Mengejutkan







Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Selasa lepas i, Milimilo and Kimomoto plan nak p tengok Kungfu Panda 3D.
So bincang punya bincang, kitorang decide p malam Selasa tu.
Ticket pukul 8.45pm.
Tapi ada laa orang tu kan tersilap beli ticket.
P beli pukul 10.30pm punya.
Wuuhuu.
Mau tengah malam nak habis kalau macam tu.
Tapi nasib baik boleh tukar.
Itu pun boleh tukar 2 ticket jer.

Sebelum masuk dalam kotak wayang tu, beli laa makanan apa yang patut.
Overall movie neh sangat laa best.
Lawak tak ingat dunia.
I asik dok ketawa jer tengok movie neh.
Po si panda tu kelakar dan suka buat muka comel.
Hahahaha.
(^___^)v

Paling tak boleh blah bila i asik terkejut jer.
Bukan sebab takut, tapi sebab efek 3D tu yang macam nak kena muka laa apa laa.
1st time tengok 3D, jakun laa sikit kan.
Ehem ehem.

Tapi bila part mommy Po terpaksa tinggalkan dia dalam bakul tu memang sangat sedih.
Adoi.
Tatau laa samada mommy Po tu dah dibunuh ke belum.
Maybe ada sambungan nanti kut.
Sebab akhir cerita tu daddy Po tu muncul.
Tak sabar nak tunggu Kungfu Panda 3 pulak.
Lalalala.

Lepas habis cite tu, kitorang lepak kat kedai makan.
Minum-minum jer.
Lepastu ada laa tangkap gambar sikit.
Gambar yang kat atas tu dari camera Milimilo.
Nasib baik muka i nampak separuh jer.
Dah laa hitaaaaammm.
Hahaha.

Eh, tq korang sebab belanja ticket wayang, makanan and minuman.
Nanti belanja lagi eh.
Ekekeke.
Ada masa kita lepak lagi okayy.
Panjat Bukit Larut jom.
Wee~




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, June 08, 2011

Kan Saya Dah Kata Semalam. See, Percaya Tak?







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Nampak tak tu?
Semalam i post entry dapat buffered earning ke-3, harini dia muncul lagi.
Buffered earning yang ke-4 pulak.
Ekekeke.

Betul-betul murah rejeki neh.
Oh maybe jugak bulan neh bulan meraikan suku abad kelahiran i kut.
Nuffnang kasi buffered earning as birthday present.
Alolololo so sweet.
Thanks Nuffnang and Digi.
(^___^)v
BIG WOW!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, June 07, 2011

Once Dah Start Dapat Buffered Earning, Berkali-Kali Dia Muncul Lagi







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini entry cewi sikit.
Hihihi.
Pagi tadi bukak account Nuffnang tengok dapat lagi 1 buffered earning.
Yeay.
Buffered earning yang ke-3 untuk tahun 2011.
Yang ke-2 tu dok running lagi.

Amount kena laa blurkan.
Malu ai.
Amount tak mencanak macam Cik Epal pun.
Dia punya income pun sama dengan 3x ganda gaji i.
Pheeww.

Terima kasih laa sebab bagi kepercayaan kat blog KITA ADA MISI neh.
Blog i neh bukannya blog informasi ke apa.
Story pasal personal life.
Story pasal hobi masak-masak.
Story pasal Loewy my lovely mini clubman.
Story pasal lagu-lagu favourite.
Story pasal buffered earning yang Nuffnang kasi.
Takda gosip-gosip di sini yer.
Hihihi.
Tu jer laa.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, June 05, 2011

Taman Tasik Taiping Diserbu Pengantin Baru







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat Hujung Minggu.

Terlupa pulak semalam ada jer tangkap gambar.
Tapi bukan gambar i dengan Cik Milimilo.
Tapi gambar pengantin-pengantin yang datang ke sana untuk outdoor photoshoot.
Bersepah-sepah okayy.
Boleh kata lebih dari 10 pasangan.
Sorry laa kualiti gambar kurang memuaskan.
2.0mp jer, tu pun blueberry.
Hiks.

Ada yang pakai baju pengantin color hot pink.
Ada pakai putih suci.
Merah ang-ang pun ada jugak.
Haih banyak laa.

Lepastu tengok laa depa dok posing sakan.
Ekekekeke.
Kalau i laa, segan sikit kut.
Dah laa ramai orang semalam.
I nanti nak photoshoot awal pagi laa kut.
Tak laa ramai orang sangat.
Tudia dok berangan bagai dah DK neh.
Alololo.
(^___^)v

Papepun i nak ucapkan selamat pengantin baru kepada uols yang baru mendirikan rumahtangga.
Dah kahwin, buat cara kahwin.
Jangan dok meghela pulak.
Behave okay.
--XOXO--




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, June 04, 2011

Budak Rongak Berjogging Bersama Milimilo







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Lambat sikit update blog.
Siang tadi panas sangat, jadinya otak tersangkut tak dapat berfikir dengan baik.
Hahaha.
Petang pulak keluar jogging kat Taman Tasik Taiping dengan Cik Milimilo.
Yup kitorang berjiran.
Tu pun baru tau.
Nampak sangat selama neh tak bermasyarakat.
LOL.

Tapi tak amek gambar pulak dengan dia tadi.
Semangat jogging laa katakan.
Tapi dia kiut laa.
Kecik jer orangnya.
Takat telinga i jer kut.
(^___^)v
Nanti ada masa nak lepak lagi dengan beliau.
She's very nice person.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, June 03, 2011

Netbook Toshiba NB520 Kini Milik DK




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Pagi tadi i ada post pasal netbook apa yang bagus kan.
Kebanyakan kata TOSHIBA lagi bagus.
Jadinya i dengan suka hatinya telah membeli jenama TOSHIBA okayy.
Ekekeke.
Petang tadi lepas balik kerja, lelaju p kedai komputer.
Daddy dah siap-siap tunggu kat sana.

Harga dia rm1349 nett.
Habis duit daddy, i kerjakan.
Tapi bukan free tau.
Every month i kena bayar balik kat daddy.
Kiranya macam i buat loan laa.
(^___^)v



TOSHIBA NB520
tadaa.
i choose blue.
nice one.
nak tau specs, search jer laa kat website.
gift pun dapat banyak.
macam-macam ada.


zoom in.
cool.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Netbook Apa Yang Bagus?




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat Hari Jumaat.

Sorry laa tak dapat nak blogwalking ke blog korang.
PC kat rumah tu makin melampau pulak.
On tak dan 5 minit dah shutdown.
Memang nak kena neh.
Huh.

I dah nekad nak beli netbook.
Tapi tatau brand apa yang bagus.
I bukannya tau sangat pasal netbook, notebook segala benda neh.
I tak kisah sangat dengan design.
Janji laju and berkualiti.
Yang paling penting boleh main games yang i donlod and games kat fb.
LOL.
Tapi i serius neh.

Tadi daddy dah suruh i p survey harga netbook.
Ada 5 calon yang tersenarai dalam list i.

TOSHIBA
DELL
LENOVO
ASUS
ACER

Yang mana korang rasa paling bagus?
Ramai member i suggest TOSHIBA sebab tahan lasak and berkualiti.
Tapi harga dia mahal sikit laa.
I berkenan DELL sebab dia kecil dan comel tapi ada orang kata dia cepat overheat.
Tapi masih ada yang recommended DELL.
LENOVO?
Tengok specs dia macam okayy.
Tapi member i yang technician komputer sekolah tak galakkan beli sebab banyak problem nanti.
ASUS pun ada orang suggest sebab ramai member kampus dia pakai brand neh.
ACER?
Takda sapa suggest pun.
Tak okayy ke?

Waa buntu neh.
Abang i suruh beli TOSHIBA sebab angin panas keluar kat tepi which is good katanya.
DELL keluar angin kat bawah so kalau nak guna atas katil, kena pasang cooler fan.
LENOVO pun keluar angin kat tepi.
ASUS and ACER tatau pulak.

HELP ME PLEASE!



TOSHIBA kah pilihan anda?


atau DELL pilihan anda?



how about LENOVO?


adakah ASUS menepati citarasa anda?


Macam mana dengan ACER?




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics