Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Wednesday, March 30, 2011

Fuel Pump Untuk Loewy







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Macam yang korang taw, baru-baru neh Loewy masuk bengkel.
Seminggu okayy.
Semuanya gara-gara insiden semput yang berlaku sejak akhir-akhir neh.
Huhuhuhu.

Setelah dikenalpasti, minyak dalam carb terlebih-lebih.
Pelampung minyak kelemasan.
Lepastu setelah diperiksa dengan lebih detail, didapati fuel pump yang lama (tak lama sangat laa. baru tukar hujung bulan 12 tahun lepas) telah bocor.
Oh patut laa bau petrol kuat sangat dalam kereta.
Dia punya bocor tak boleh blah.
Laju kut menitik tu.
Patot laa minyak cepat habis.
Memang agak parak laa minyak masa tu.
=___="

Sekarang Loewy dah sihat, insyaallah.
Fuel pump pun dah tukar yang lain.
Pelampung minyak dalam carb tu pun dah adjust lain.
Hope takda laa problem lepas neh.
Amiiinnn.







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Penangan Ketam Masak Lemak Cili Padi




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Btw, nak bagi taw Loewy dah keluar bengkel.
Seminggu dia lepak kat sana.
Kesian dia kena penyakit berjangkit.
Isk isk isk.
Hope dia tak sakit lagi sepanjang perjalanan i nak ke Kedah Jumaat neh.
Orang-orang Utara dijemput datang memeriahkan Karnival Kelab Kereta Lama 2 (KKKL2) di;

Perkarangan Stadium Alor Setar
Sabtu
02-04-2011

Okayy, berbalik kita pada tajuk entry.
Semalam mommy masak ketam.
Masak lemak cili padi.
Pergh memang terangkat bontot.
Tapi sayang, i alergic dengan ketam.
Sebelum nak makan tu kena pikiaq banyak kali nak makan ke tak.
Tapi teringin punya pasal, hentam jer laa.

Tengah-tengah dok makan tu lidah dah terasa gatal.
Macam makan nenas.
Lepastu berjangkit pulak ke telinga and tekak.
Dia punya gatal, tak boleh blah.
Lepas dah makan, dah basuh tangan terus naik gatal-gatal sampai bengkak.
T___T

Mommy dah marah kat i.
Dah taw alergic p pulun makan jugak.
Tu pun makan sebelah jer.
Kalau seekor-dua, hmm tataw laa apa jadi.
Pengsan kut.
Call boipren sambil dok batuk sebab nak hilangkan gatal.
Kena tarbiah free dengan dia.
=___="

Dulu tak macam neh.
Nak makan apa pun takda masalah.
Sejak meningkat dewasa neh pulak tak boleh makan ketam.
Udang pun sama cuma gatal dia biasa-biasa jer laa.
Sotong takpa.
Makan banyak mana pun tak jadi apa.



lazaaaaaattt kan
gambar neh i amek kat sini yer







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, March 28, 2011

Fav Song - Always by Bon Jovi







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Bertemu lagi dalam rancangan lagu kegemaran.
Hahaha.
Kali neh i nak share fav song i.

Boipren i suka nyanyi lagu neh kalau kami karaoke.
Err bukan kami, dia laa.
Dia kalau karaoke, orang lain takleh kacau dah.
Mic tu dia pulun sorang.
Pfftt.
Tapi serius i suka bila dia nyanyi lagu neh.
So sweet.
Boipren i memang sweet walaupun kekadang perangai dia tu boleh buat i jadik gila.
(^___^)v


Okayy dah-dah mari kita layan lagu neh.
ARE YOU READY?






Always by Bon Jovi

This romeo is bleeding
But you can't see his blood
It's nothing but some feelings
That this old dog kicked up

It's been raining since you left me
Now I'm drowning in the flood
You see I've always been a fighter
But without you I give up

Now I can't sing a love song
Like the way it's meant to be
Well, I guess I'm not that good anymore
But baby, that's just me

And I will love you, baby - Always
And I'll be there forever and a day - Always
I'll be there till the stars don't shine
Till the heavens burst and
The words don't rhyme
And I know when I die, you'll be on my mind
And I'll love you - Always

Now your pictures that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh, some that made us cry
One that made you have to say goodbye
What I'd give to run my fingers through your hair
To touch your lips, to hold you near
When you say your prayers try to understand
I've made mistakes, I'm just a man

When he holds you close, when he pulls you near
When he says the words you've been needing to hear
I'll wish I was him 'cause those words are mine
To say to you till the end of time

Yeah, I will love you baby - Always
And I'll be there forever and a day - Always

If you told me to cry for you
I could
If you told me to die for you
I would
Take a look at my face
There's no price I won't pay
To say these words to you

Well, there ain't no luck
In these loaded dice
But baby if you give me just one more try
We can pack up our old dreams
And our old lives
We'll find a place where the sun still shines

And I will love you, baby - Always
And I'll be there forever and a day - Always
I'll be there till the stars don't shine
Till the heavens burst and
The words don't rhyme
And I know when I die, you'll be on my mind
And I'll love you - Always







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, March 25, 2011

Marble Cake Resepi Mommy




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

I baru lepas buat kek.
Harini belajar dengan mommy cemana nak buat kek jadi sedap, lembut and moist.
Akhirnya berjaya.
Ekekeke.
(^___^)v
Tak payah pakai mixer.
Kacau pakai kekuatan tangan jer.
Lenguh jugak tapi berbaloi.

Mau resepi kah?
Mari sini kita kongsi bersama-sama.
Sharing is caring.



Bahan-Bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
240gm marjerin (nak pakai butter pun okayy)
1 cawan gula dimesin halus (boleh adjust nak manis or kurang manis)
1 sb baking powder
5 biji telur ayam gred A
2 sudu besar serbuk koko
2 sk esen vanilla



Cara Penyediaan

- Ayak tepung bersama baking powder.
- Pukul marjerin dan gula sehingga warnanya kuning keputihan atau sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung sedikit semi sedikit dan kacau sehingga sebati.
- Adunan tadi dibahagi kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian dicampur serbuk koko.
- Masukkan adunan ke dalam acuan berselang seli antara adunan koko dan adunan biasa.
- Bakar 180 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven korang)


**panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit.
**sapu sedikit marjerin pada acuan supaya tidak melekat, i guna A4 paper jer jadi tak payah sapu marjerin.
**berkenaan sukatan cawan tu, i gunakan bekas marjerin 240gm.



tadaa
dah siap dah
hihihi


haa i guna bekas marjerin untuk sukat bahan
1 cawan = 1 bekas marjerin







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Awas Taktik Samseng Merompak Menggunakan Telur Di Jalanraya




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat hari Jumaat.

Sekarang neh semua tempat pun dah bahaya.
Perompak ada di mana-mana.
Di rumah, di kedai, di pasaraya, di bank.
Di jalanraya juga tak terkecuali.

Kat sini i nak berkongsi pengalaman kawan kepada kawan i yang telah dirompak di atas jalanraya.
Agak menakutkan laa.
Tapi member i ada kasi tips juga bila berhadapan dengan situasi macam neh.



Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam. Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi? Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara. 3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya?

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi. Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan – lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan;

1. Jangan sesekali tarik spray wiper.

2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan. Pandulah dengan selamat, wallahu a’lam.



P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.



gambar neh i amek kat sini







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, March 24, 2011

Tutorial Blockquote




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Tujuan entry ini dibuat kerana i baru dapat ilmu how to make blockquote.
Jadi supaya i tak lupa coding, maka i wujudkan entry neh.
Hihihihi.

Credit to Miss Ceera

Tadaa.. I dah berjaya buat blockquote.. Ekekeke..

Hahahaha.
Bangga bangga bila dah boleh buat.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Nak Story Pasal Pulau Tioman Ke Pewangi Hormon?




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

I baru lepas check email.
Tetiba ada sapa ntah anto email neh kat i.
Nak baca jugak ke?
Okayy i copy paste kat sini eh.



Hai saya Kassim, kawan-kawan pangil Abg Long.
Saya baru pulang dari Pulau Tioman, Pahang.


Seperti yang diberitahu oleh National Geographic,
Pulau Tioman adalah antara 10 pulau yang tercantik di dunia.
Saya setuju, Pulau Tioman memang cantik.


Saya pergi bersama anak dan isteri.
Tujuan untuk melihat sendiri keindahan alam semulajadi.


Saya ingin kongsi pengalaman,
sewaktu di sana akibat suasana terlalu romantik,
saya membuat keputusan untuk honeymoon sekali lagi. ehem ehemm
"Senyum"



Malam Jumaat kami memang begitu mengasyikkan.
Cuma isteri saya komplen dan merungut,
bau badan saya hapak.
Mungkin sebab cuaca tepi pantai.


Jadi untuk hilangkan rungutan isteri,
saya bercadang ingin mendapatkan pewangi,
supaya bau badan saya 'menyelerakan'
Saya google perkataan "minyak wangi pemikat isteri"


Sekali keluar result "Phero-X"
pewangi berhormon untuk memikat wanita.
Rupa-rupanya minyak wangi pun dah ada hormon pemikat,
yang dikenali sebagai pheromone.
Macam-macam dah ada sekarang ni rupanya.
Mungkin zaman dah berubah, dunia dah moden.




Jadi untuk tidak mengecewakan isteri saya,
agar dia juga berbau romantik dan mengasyikkan...
Saya search "hormon pemikat lelaki"
saya jumpa Mystique Swiss buatan Switzerland.
(Baunya memang SEK.si sekali) dan menggoda.


Akhir kata,
untuk anda yang bersiap sedia ke katil untuk aksi dewasa,
bersedialah, mandi dulu, gosok gigi,
lepastu pakai wangian yang paling menggoda.


Sebab kalau bau mulut busuk,
bau badan hapak dan masam,
ini memang potong stim. Betul tak?

:D




Satu lagi,
Kalau anda ingikan "malam jumaat" anda,
lebih tahan lama dari 10 Minit...
Sila gunakan produk "Libido Gel"
Uuuuuuhhh... Best!


Sekian.





PS; emel ini saya DAPAT dari rakan-rakan,
dan saya forward-kan pada anda,
silalah forward pada rakan-rakan anda pula. TQ
Mungkin CERITA ini memberi inspirasi
untuk mereka kalau mereka nak gi HONEYMOON.. huhu


PSS; Pheromone adalah hormon untuk
memikat dan menggoda seseorang,
gunakan untuk memikat kekasih anda.


PSSS: Libido Gel adalah herba dalam bentuk gel
agar "Malam Jumaat" anda lebih lama dan UMPPPHHH


Google.Com
Always Gempak!




Cakap jer laa hg nak promote pewangi hormon apekejadah semua tu.
Hahahaha.
=D
Internet tanpa sempadan sungguh!



**haa neh dah forward kat blog. kahkahkah =D




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, March 23, 2011

Saya Nak Kerja Part Time




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini i dapat gaji.
(apa motif cerita pasal gaji neh?)
Tapi kan, bila dah catu sana catu sini, tolak sana tolak sini balance jadik RM0.00 okayy.
Mati laa macam neh.

Nak tunggu next gaji lagi sebulan.
Lately, Loewy pulak buat hal.
Dah repair yang tu, yang neh pulak rosak.
Penyakit berjangkit sungguh.

Sebelum neh wiper stuck.
Dah repair, carburator pulak buat hal.
Minyak dalam carb tu terlebih-lebih pulak.
Patot laa Loewy asik semput jer.
Dah repair carb, fuel pump pulak buat hal.
Bocor tahap manusia.
Patot laa bau minyak kuat sangat.
Nasib baik pomen tu perasan kata fuel pump dah bocor.
Bahaya okayy.

Padahal fuel pump tu baru jer tukar.
Dah laa mahal.
Adei.
=_=
Nasib baik mommy and daddy memahami.
Kalau tak, jenuh laa kena beletiaq.

Neh dok pikir cemana nak join KKKL2 nanti neh.
Duit tak berapa nak ada.
Condition Loewy pulak tak berapa nak sihat.
Yuran pendaftaran dah bayar.
Adoi tekanan.

Teringin sangat nak cari kerja part time.
Tapi confirm mommy tak kasi.
Apa patut i buat?



photo neh i amek kat sini yer







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, March 20, 2011

Kepok Lekor Ganu






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Buat apa jer weekend neh?
I dok rumah jer.
Pagi neh bangun awal.
Lepastu p pasar Ahad sebab nak beli ikan buat laksa.
Ye ye i buat sendiri.
(^___^)v

Meriah betul pasar Ahad.
Punya laa ramai orang sampai nak cari parking pun susah.
Nasib baik Loewy kecik.
Menyelit jer laa.
I rasa setahun sekali kut i p pasar Ahad tu.
Selalu asik dok terlajak tidur jer.
Ekekeke.

Tengah hari tadi abang i datang rumah.
Dia bawak mai kepok lekor dari Terengganu.
O men.
Sedap sungguh.
Tak macam yang kita beli kat pasar malam tu.
Rasa tepung jer.
Tapi yang neh betul-betul rasa isi ikang.
Hihihi.

Abang kata kalau nak makang kepok leko sedap, kaweng laa dengang orang ganu.
Hahahaha.
Jahat benar mulut abang i tu.
Lepastu mommy pun menyampuk.
Neh kawan dengan orang Kedah, makan belacan jer laa.
Makan jagung cawan laa mommy.
Guaq Chempedak terkenal dengan jagung cawan yang sedap.

Tak sabar nak p sana awal bulan neh.
Nak beli jagung cawan banyak-banyak sampai kembung perut.
Eh.







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, March 19, 2011

Bahulu Moden DK




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.

I baru lepas siapkan bahulu moden i neh.
Hahahaha.
2-3 hari neh dok google resepi sponge cake laa apa laa.
Last-last jumpa resepi bahulu.
Serius simple gila bahan dia.

Meh sini kita share resepi.
Sharing is caring.
(^___^)v

---------------------------------------------------------

Bahan-bahan

4 biji telur gred A ( i guna 6 biji telur ayam kampung)
1 1/2 cawan gula pasir (terlalu manis neh. 1 cawan gula pun dah cukup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/3 sk baking powder
sedikit esen vanilla



Cara Penyediaan

- ayak tepung gandum dengan baking powder
- pukul telur dan gula hingga kembang
- masukkan esen vanilla
- masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan gula, kacau rata
- pastikan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat
- panaskan oven terlebih dahulu yer.
- tuang bancuhan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak supaya tak melekat
- bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 25-30 minit atau sehingga kekuningan

---------------------------------------------------------

See, senang jer kan penyediaannya.
Pejam mata pun boleh buat.
Ekekeke.
Selamat mencuba.

Now mari lihat bahulu moden versi Drunbella Khoo.
ARE YOU READY???



tada
comel tak?


pakai acuan kuih tart
acuan kuih bahulu takda
tu yang jadik bahulu moden tu
ekekeke


cantik jer dia dalam acuan kan
DK likes this







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, March 18, 2011

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

1st time join giveaway.
Dianjurkan oleh Cik Stormz and Sweet Cottage.
Nak taw lebih lanjut sila ke blog diorang.
(rasanya orang yang sama)
Hihihihi.

Kat sini i nak tag 2 orang.








Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Mini Cooper Klasik Untuk Dijual




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat Hari Jumaat.

Ada sesiapa yang berminat nak memiliki mini cooper klasik?
Kalau ada, ini peluang anda.
One of my friend bercadang untuk menjual "minimonster" milik beliau.
Condition sangat tiptop.
Owner neh memang pakar kereta mini.
Tak rugi beli okayy.

-------------------------------------------------

Engine Spec:
- 1300cc
- big valve stage 3 ported & polished cylinder head
- 3 angle valve job
- kent Cam MD286 camshaft
- adj.cam pulley
- strenghtened rocker
- S.U HIF44 carb on alloy metro intake manifold
- Janspeed LCB,RC40 backbox
- 3.75 final drive
- close ratio
- KAD Quickshift



Exterior Spec:
- MK2 body
- 10" mercury rims
- 7.5" Cooper S disc brake
- Cooper S rear hub
- converted from wet to dry suspension
- tartan red(new paint) with black roof
- no rust at all



Interior Spec:
- full width walnut dashboard
- 200mph centre metre (magnolia dial pack consist of speedo, water temp, oil pressure, RPM & clock)
- Cobra Full bucket

-------------------------------------------------

Oh harga yang ditawarkan ialah RM25,000.
Boleh nego lagi neh.
Lagi 1, kereta neh pernah masuk magazine Myrides keluaran Januari 2011.
Jika berminat boleh hubungi ownernya di talian;
017-3151581
(Amm)

Okayy mari kita lihat mini cooper yang beliau nak jual tu.
ARE YOU READY???












Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, March 17, 2011

Kepulangan Mommy Yang Dinanti




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Isnin lepas my mommy balik kampung sebab ada kenduri kat sana.
Yer Perlis.
Kenduri hari Selasa.
Pelik gilaa i rasa.
Jarang laa orang buat hari bekerja.
Selalunya weekend.
Nevermind laa.

So semalam mommy dah balik rumah balik dah.
Baru laa tak sunyi dah.
Kalau tak, rasa macam lemau jer.

(Ya Allah, Kau panjangkan lah umur ibubapaku dan Kau berikan lah kesihatan yang baik untuk mereka. Amin)

Okayy, lepastu mommy bawak balik makanan peberet i.
Pelam sala muda
Jeruk maman

Jeruk maman neh peberet i kalau makan nasi.
Macam budu jugak laa.
Hihihi.
Sedara i kat Perlis tu yang kirimkan jeruk maman kat i, sebab dia taw i memang suka makan.
(^___^)v

Lupa nak cakap.
Abang i yang sulung pun baru balik dari Thailand.
Kampung SIL kat Narathiwat.
Diorang p sebab ada kenduri kat sana.
Err, SIL orang Malaysia.
Nenek dia orang Thai.

Jadi, depa pun bawak balik jugak makanan and buah-buahan dari sana.
Buah gemia@setaq@kundang
Tapi hat neh versi manis punya.
SIL kata dia beli kat Thailand rm15/kg.
Mahal jugak eh.
Tapi sedap.



SIL kasi 4 biji jer
boleh laa daripada takda langsung


neh laa rupa jeruk maman
yang putih tu nasi
fungsi dia untuk memasamkan jeruk neh
err yer kut
i pun tak pasti
ekekeke
gambar neh i amek kat sini yer







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, March 16, 2011

Kelebihan Kereta comel Macam Loewy






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Tengok i parking Loewy macam mana.
Ikut dan jer kan.
Hihihihi.

Alaa janji tak ganggu parking orang lain and lalu lintas.
I memang fail parking undur-undur neh.
Mujur Loewy comel jer.
(^___^)v







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, March 14, 2011

Alien Dari Planet Marikh?







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Jumaat lepas i dikejutkan dengan penemuan pelik dalam blog i.
Lokasi tidak dapat dikenal pasti.
Jadi i pun tertanya-tanya adakah alien telah memblogwalking blog i?
OMG.

Alien boleh blogwalking?
Hahahaha.
(^___^)v
Kelakar laa pulak kan.

Macam mana laa agaknya rupa alien tu.
Mesti macam pelik kan.
Err, tak dapat bayangkan laa rupa dia.
Takot.

Agak-agak alien dari planet mana haa?
I rasa macam Marikh.
Sebab planet tu kan lebih kurang macam bumi.
Ada oksigen, air apa semua.
Err, kalau salah mintak maaf laa sebab i dah tak ingat subjek Sains yang dok belajar dulu.
=___="

Apa hg dok merepek neh DK oi?
I tak merepek laa.
Kalau tak percaya apa yang i citekan neh, tengok gambarajah kat bawah tu.



klik untuk tumbesaran
see, hat lain semuanya bagi taw negara mana-mana
sekali ada "UNKOWN" pulak
tak ke pelik kan



**gambar alien kat atas tu amek kat sini yer**







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, March 13, 2011

Kahwin Dah Jiran Saya




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Neh haa i update gambar kenduri kahwin jiranmate i.
Tak banyak pun gambar.
Segan nak amek sebab dok usung camera besaq.
Hihihi.

Tapi sebelum tu, lauk pauk kat situ pergh terbaik.
Ada gulai daging, daging masak itam, sambal belacan and ulam-ulam.
Memang masakan kampung betul.
I makan sepinggan buoQ tu pun tak puas.
Rasa macam nak tambah lagi.
Tapi takkan kut.
Maluuuu.
Ekeke.

Okayy semua gambar kat bawah neh i pakai mode "auto" jer.
Tak kuasa i nak adjust setting segala.
Speedlite pun tak guna.
Hahahaha.
Baik hg pakai digital camera jer DK oi.
=___="



pelamin
simple but nice


i sampai jer depa dah makan-makan
kahwin dengan orang Johor


i jadik robot
muka i time neh macam hantu kak limah
merosakkan gambar betul
btw, tu semua bukan i kenal pun
saja nak bagi ramai
hahaha


she's beautiful kan


maroon tu mommy i
biru mommy si pengantin
mommy i neh salam macam terima hadiah pulak


mommy and daddy
<3


**soklan cepu mas setiap kali kawan-kawan mommy and daddy nampak muka i. bila nak kawen? macam biasa laa, i sengih jaa. nak cepat, sponsor laa**







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Akad Nikah Cancel Last Minute







Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Hmm tajuk nak gempak jer kan.
Tapi memang betul pun.
Semalam i kata i nak p majlis akad nikah jiranmate i kan.
Last minute terpaksa cancel.
Loewy buat hal masa on the way nak balik dari keje.
O men.
T___T

Tetiba laa pulak dia mampoih time jalan tengah jammed gila vavi.
Atas flyover pulak tu.
Dengan matahari terpacak atas kepala.
Haih.

Nasib baik pomen kat bawah flyover tu jer.
Yang lebih hareeeeeemmmmm tu, bila mamat-mamat lori boleh gelakkan i.
Cilakap betul.
Bukannya nak tolong.
Kang i sumpah depa eksiden jatuh flyover baru depa taw.
Pfftt.

Abang pomen tu kata apabenda ntah panas, tu yang enjin mati.
Tapi temperature semalam tu normal jer.
Ke meter temperature tu dah problem haa?

Kalini i betul-betul bebai.
Mulai bulan depan, boipren i akan amek alih jaga Loewy.
I nak pakai kancil i balik.

Loewy pun i tak p amek lagi kat bengkel.
Petang semalam dah siap dah.
Tapi hujan lebat sampai ke malam.
Tak taw berapa plak nak kena bayar nanti haa.

Satg dalam pukul 11.30am i nak p kenduri jiranmate i tu.
Maybe naik kete daddy.
Mommy ajak naik Loewy p Batu Kurau.
I tak mau sebab kalau jadi pape kang lagi payah.
Perjalanan ke sana dah laa ladang kepala sawit jer.
Hmm.
=___='



**gambar kat atas tu i amek kat sini yer**







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, March 12, 2011

Jadi Drebar Pengantin Okay







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini i ada 2 jemputan kahwin.
1 - kenduri schoolmate
2 - akad nikah jiranmate

Ekekeke.
Tapi i just p akad nikah jiranmate jer laa.
Sebab dia nak akad nikah lepas Asar.
Kenduri schoolmate tak dapek den nak poei sebab den kojo half day neh haa.
So sorry babe.

Okayy sambung balik.
Memandangkan satg jiranmate i nak akad nikah, jadi i kena jadik drebar dia laa.
Bukan naik Loewy, tapi naik kete dia laa.
Loewy tak berapa nak sihat.
Entah kenapa lately dia macam semput-semput.
Bawak p bengkel, takda plak rosak apa.

Satg dalam pukul 2pm, i akan jumpa jiranmate kat butik pengantin.
Dia nak p mekap-mekap apa semua.
Lepas tu i drive kete dia balik Batu Kurau.
Kesian dia, jadik pengantin berdikari.
Nak p mekap pun dia kena drive kete sorang diri.
Tu laa pasal dia mintak i teman.
Dia kata dia segan nak drive dengan muka tempek-tempek, dengan crown lagi.
Hahahaha.
Itu macam pun boleh kah?
(^___^)v

And and and...
I jugak akan jadik backup photographer dia.
Hat neh i sukarela jer.
Nanti boleh tempek gambar kat sini.
Kan kan kan.

Okayy laa nanti malam i update gambar akad nikah jiranmate ya.
Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua sahabat i.

NOR HIDAYAH BT ZAINAL ABIDIN
NOR SYAFIZA BT ANUAR



**gambar atas tu i amek kat sini ya**







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics