Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Sunday, March 15, 2015

Trip To Cambodia - Tonle Sap







Assalamualaikum.
Hai peeps.

Okay ini sambungan dari entry Cambodia.
Kalau sebelum neh i story pasal Phnom Penh, kalini i sambung story pasal Tonle Sap.
Takda apa sangat yang nak diceritakan pon sebab banyak yang dah lupa.
Haha :D


Kitorang check in bilik kat Check Inn Siem Reap lebih awal sebab kitorang sampai Siem Reap awal pagi.


Lepas kitorang check in and letak barang, kitorang pon naik basikal ronda ronda sekitar Pekan Siem Reap.
Menarik jugak walaupun panas terik dan berdebu.
Keadaan trafik kat sini takda laa sibuk macam kat Phnom Penh or Ho Chi Minh.
Kat sini lebih relax.


Penulis mengayuh basikal.
(^^,)


Old Market Siem Reap.
Harga boleh tahan murah.
Kalau kita pandai tawar menawar memang puas hati.
I beli cambodian pant USD4 jaa.
Murah!


Penulis tengah lock basikal.
Kena laa lock, kang hilang jenuh nak kena ganti pulak.
Huhu.


Setel ronda ronda sekitar pekan Siem Reap, kitorang pon balik bilik.
Rehat and makan bubur ayam Knorr yang kitorang bawak dari Malaysia.
Nak jimat punya pasal.
Haha :D

Lepas dah rehat sejam dua, kitorang pon keluaq untuk trip ke Tonle Sap.
Sepanjang kat Siem Reap, kitorang naik tuktuk untuk perjalanan jauh and basikal untuk perjalanan dekat.
Perjalanan ke Tonle Sap agak jauh jugak.
Tak ingat laa berapa jauh.


Sampai kat Tonle Sap, kitorang beli tiket boat.
Masa kitorang naik boat tu, takda pelancong lain pon yang join.
Kami bertiga jaa sekali dengan pemandu boat tu.
Best jugak.


Pemandu boat.


Tasik Tonle Sap tu luas gila, dah macam kat laut pon yer jugak.
Kebetulan masa kitorang p adalah musim hujan, so memang keluasan tasik tu jadi berganda.

Kat atas tasik tu ada laa perkampungan atas air.
Ada sekolah anak yatim.
Ada kolam buaya dan lain lain lagi.


Penulis bergambar bersama bendera cambodia.
(^^,)


Selepas selesai kitorang cover Tonle Sap, kitorang pon gerak balik.
On the way balik tu, hujan turun dengan lebat.
Sabor jer laa.
Mujur tuktuk yang kitorang naik tu ada penutup hujan.
Takda laa tempias sangat.

Memandangkan hari dah petang and kitorang pon tak lunch lagi, pemandu tuktuk bawak kitorang p makan kat restoran muslim.
Berdekatan dengan masjid katanya.
Tapi macam tak nampak pon masjid area tu.
Huhu.
Terlepas pandang kut.

Aktiviti malam kitorang lepak dalam bilik jaa kut sebab hujan kalau tak silap.
Lagipun lepas selesai late lunch tu pon dah gelap.
Balik bilik, rehat and tidoq awal.
Esoknya ada trip ke Angkor Wat so kena bangun seawal 5am sebab nak tengok sunrise.
Hihihi.

Okay tamat cerita Tonle Sap.
Nanti i sambung pasal trip Angkor Wat di next entry.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, March 10, 2015

Roadtrip To Songkhla







Assalamualaikum.
Hai peeps.
Long time no see haa.
(^^,)

Last Friday i p roadtrip ke Songkhla, p balik hari jaa.
Naik keta kawan i.
Kami p bertiga, share duit minyak.
So Jumaat pagi i gerak dari Kamunting naik bas, turun Butterworth.
Then naik bas ke Alor Setar plak.
Sampai sana, kawan i jemput.

Then kitorang pon terus gerak ke Dannok, masuk kat situ laa dekat sikit.
Sebelum meneruskan perjalanan ke Songkhla, kitorang makan puluit ayam dulu kat area Dannok.
Sedap cheq oi.
Ayam goreng panas panas, rangup!

Selesai makan, terus ke Songkhla untuk tujuan asal.
Perjalanan dia tak laa rumit sangat.
Jalan straight jaa and ikut signboard.
Tapi kawan ada jugak on gps sebab takut sesat kan.
Hihihihi.

Sampai jaa Songkhla, kitorang lepak kat Samila Beach.
Alaa yang ada patung mermaid tu.
Sebelum gerak, dah pesan kat kawan bawakkan tikar lipat.
Senang nak picnic tepi pantai.




Makanan semua beli kat sana jaa, ada makcik makcik meniaga kat tepi tu.
So bentang tikar tepi pantai, kawan p beli makanan.
Kawan belikan aiskrim puluit, kerabu kaki ayam, kerabu seafood.
Ya Allah...... Kemain sedap!




Sambil lepak, sambil makan, sambil tangkap gambaq.
Indahnya dunia.
Angin pantai sangat menenangkan.
Gittew.
(^^,)




Agak agak dah nak pukul 6pm waktu siam, kitorang pon gerak balik.
Sebelum balik, singgah dulu kat Hatyai Floating Market.
Neh kira 2nd time i p floating market.
Dah banyak berubah.
Kawasan lebih bersih dan selesa.
Tapi sampan yang meniaga malam tu tak banyak macam sebelum neh.
Mungkin sebab hari Jumaat kut (?)

Floating Market beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad.
Petang sampai malam.
Rata rata makanan dan minuman yang dijual di situ below rm5.
Murah, sedap dan berbaloi.




Setel makan, kitorang pon gerak balik.
Terus p Dannok nak cop passport.
Kiranya trip ke Songkhla neh lebih kepada jalan jalan cari makan.
Hihihihihi.
I tukaq 500baht, dok ada balance lagi 220baht.
Jimat sebab makanan murah.

Malam tu i tidoq umah kawan kat Jitra.
Esok tu dia hantaq i p Kangar sebab mak abah i dah tunggu kat sana.
Sebelum tu singgah Kuala Perlis dulu.
Pekena laksa Kak Su.

Setel makan, kitorang pon gerak.
Sebab kawan ada kelas jam 2pm kat UUM.
So macam kalut laa sikit.

Papepun trip kalini memang best.
Bukan plan sangat pon.
Redah jaa.
(^^,)

Okay laa, cukup takat neh dulu.
Jumpa lagi next entry.
Assalamualaikum.

**semua gambaq ditangkap menggunakan SJ4000WIFI**




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics