Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Dari DK di Rantauan




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Tajuk entry tak boleh blah kan.
Padahal dok Taiping jer.
Hahahaha.

I nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh rakan taulan yang beragama Islam di Malaysia mahupun di luar negara.
Semoga Ramadhan kalini memberi keberkatan kepada kita semua.
Semoga Ramadhan kali neh kita beroleh pahala berlipat kali ganda.
Elakkan dari membuat kemungkaran.
No gossip gossip please.
(^___^)v



supriseeeeeeeee
baju raya kite tahun neh hokkay




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, July 24, 2011

Lasagna Terbalik, Jadi Roti Bakar Super Special




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Semalam i buat lasagna.
Actually tak pernah makan pun sebelum neh.
1st time buat.
So i tatau cemana rasa lasagna sebetulnya.

Lepas balik kerja, dalam pukul 3pm gitu i pun p laa Tesco.
Cari laa bahan-bahan nak buat lasagna.
Eksaited kemain.

Boleh tahan jugak kos nak buat makanan neh.
Mozarella cheese tu paling mahal.
Lepastu i beli bekas nak buat lasagna sekali.
Hahahaha.

Balik tu, mommy bisik ngan daddy.
I dengar jer apa diorang bisik.

"tu nak buat apa laa pulak tu"

So, mulakan aktiviti bersilat kat dapur.
Potong bawang segala bagai.
Baru kupas kulit, dah berair mata neh.
^;^
Agak lama jugak penyediaannya.
I start dalam pukul 4 lebih, dekat pukul 7 baru siap sepenuhnya.

Nak dijadikan cerita, masa dah keluar dari oven tu, i ingat nak pindahkan lasagna tu masuk dalam bekas lain.
Sekali kaaaaaaaaaaaaauuuuuu, bekas terbalik.
(T________T)
Berterabur atas meja.
Nasib baik 1/4 jer yang jatuh tu.
Tapi sedih kut.
Dah buat penat penat, jadi macam tu pulak.
Terus lasagna i yang cantik dan sedap tu jadi hodoh.

Pagi tadi, i dok pikiaq laa jugak nak buat cemana laa lasagna tu.
Tak makan, rugi pulak.
Dah laa kos nak buat tu mahal kan.
Bangun tidur tadi dok pikiaq.
Mula mula ingat nak beli kulit popia tapi macam malas pulak nak menggoreng.
So, i suruh daddy beli roti gardenia ke apa.

I pun buat laa roti bakar.
Buh laa inti lasagna yang i buat tu semalam.
Memang tawakal jer laa kan cemana rasa dia nanti.

Bila dah masak, wow sedap jugak.
Macam roti bakar super special sebab pakai inti lasagna.
Hahahaha.
Terus hati macam dah tak down macam semalam.



lasagna sebelum masuk oven
penuh mozarella cheese i tabur kat atas dia
nyum nyum


neh masa dia dah masak
tapi sebelum dia terbalik laa kan
photo tak clear sangat sebab pakai camera blueberry


neh masa dah jadik roti bakar
hahahaha
nak tunjuk inti dia tu tapi macam biasa laa camera murah, kualiti hampeh
sedap oh roti bakar neh
yummeh




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, July 20, 2011

Yeay Bos Kasi Monitor Flat Screen




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Rasanya dulu i pernah cerita berkenaan monitor i yang dah jadik gila bahabi.
Yang suka muncul user mode tetiba.
Sampai nak buat kerja pun payah.
Lepastu i habaq kat bos, alang alang suruh bos tukar monitor flat screen.

And kelmarin, permintaan i tu dimakbulkan bos.
Lalalalala.
Isnin haritu kut bos p Ipoh.
Balik dari sana, dia bawak balik kotak besar punye.
I usha jer dari jauh.
Lepastu dia letak kat atas sofa.
Bila dia dah blah, i p laa tengok apa benda.
Tetengok monitor flat screen.
Dalam hati dok kata, macam nak kasi kat i jaa neh.
Tapi bos tak kata apa apa pun.
Hmm.

Tadi our kerani habaq kat i, monitor tu untuk i.
Yes Yes Yes Yes.
Sengih sampai ke telinga laa harini.
Tak sangka pulak bos p order bebetul monitor tu.
Tapi i memang maksudkan pun masa cakap dengan bos haritu tapi takda laa sampai menaruh harapan.

Lepas neh bolah laa buat kerja dengan riang.
Monitor besar punyeee.
Nak online pun puas.
Err, teeeeetttt.
^;^



tadaaa
18.5" gituuuw


neh laa masalah yang i kata tu
user mode suka muncul tetiba, dah tekan button menu pun dia dok ada jugak




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, July 19, 2011

Bersauna di Pejabat, eh Stor




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

I ada cerita tak lagi, buat sementara waktu neh i kena kerja dalam stor?
Huhuhuhu.
Belum eh.

Fyi, maybe dalam seminggu neh i kena buat kerja dalam stor sementara office i nak baiki kerosakan selepas kebakaran last Friday.
Tak laa banyak sangat kerosakan.
Cuma bumbung kat area tempat i tu dah dimakan api.
Aircond kat tempat i pun dah rosak.
Lepastu terdapat keretakan pada dinding, paling ketara di bilik mesyuarat.

Pagi tadi ada wireman mai check wiring.
So far takda masalah cuma aircond kat tempat i jer laa yang tak boleh guna sebab wire dia dah kena makan dek api.
Kalau pasang jugak, mau meletop agaknya.

So start semalam bos decide bawak turun 2 biji pc ke dalam stor.
Stor barang kitorang kat tingkat bawah.
Stor jer tak terjejas.
Gila weih buat kerja dalam stor.
Dia punya panas, dah macam bersauna tau dak.
Tu pun nasib baik ada kipas.
1 kipas meja, 1 lagi kipas besar macam kat restaurant tu.

Sekali pandang dah macam cc pulak.
Hahahaha.
Memang sedih betul laa bekerja dalam suasana macam tu.
Tapi apa boleh buat, terima jer laa.
Dah arahan dari big bos kan.

Dalam dok bersauna tu, sempat lagi dok menyicah buah jambu apa semua.
Kelakar betul.
Budak praktikal yang bawak.
Tadi tengahari tak keluar rest pun sebab kenyang melantak jambu.
Beli maggi jer.
^;^

Lepastu terkantoi dengan bos.
Dah laa meja dok menyicah tu sebelah i jaa.
Adei.

Harap-harap tak lama lagi, kitorang dah boleh masuk office.
Tak tahan laa nak buat kerja panas-panas.
Macam bahaya pun yer jugak.
Sebab pintu jenis tolak ke atas tu.
So kalau orang nak masuk, senang-senang jer.
Huhuhu.



our technician tengah setting tempat komputer


macam cc kan
hahaha


neh kerosakan pada siling kat tempat i
bomba yang pecahkan sebab diorang nak padamkan api kat atas tu




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, July 18, 2011

Bodywork Saja Dah RM2500




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sabtu lepas i p Kedah sebab nak hantar Loewy masuk bengkel.
I gerak ke sana pukul 10am.
Naik bus jer.
Nak naik kereta macam mahal jer kos.
Minyak laa tol laa.

Sampai sana dalam pukul 1pm lebih then boipren amek i kat Dataran Gurun.
Sampai rumah dia, lepak sat, sembang-sembang ngan mak dia dulu.
Dalam pukul 2pm lebih, gerak ke Sungai Petani.
Boipren bawak Loewy, i bawak kancil mak dia.

Sampai bengkel, jumpa tokey.
Dia pun tengok laa apa yang patut dibuat.
Belek punya belek.
Cempua punya cempua.

"Ini kereta aa, kalau mau bikin wa tarak untung woo. tapi takpa laa wa buat untuk u semua 100% bodywork macam original balik. itu semua sekali RM2500. tarak masuk cat. itu cat kalau u mau, tambah lagi rm3000 sebab kita sini pakai cat mahal macam ini kereta (dia tunjuk mini kat sebelah, memang cantik sungguh mini tu)"

I pun macam "WHAT"
Boipren dengar pun ternganga mulut.
Bincang punya bincang dengan boipren, kitorang deal untuk buat bodywork jer dulu.
So kena laa bayar deposit rm1000.
Menggigil jugak laa masa nak keluarkan duit kat ATM.
Pergh.

Ada yang kata mahal.
Ada yang kata berbaloi buat kat situ sebab bengkel tu specialist mini.
Ramai jugak yang suggest buat kat situ.
I setuju buat pun sebab dia buat banyak benda untuk Loewy.
Tukar pintu kiri kanan, bonet belakang, battery box, panel depan belakang, ketuk-ketuk and welding.

Tak sabar nak tengok hasil nanti.
Mintak-mintak laa berpuas hati dengan hasil kerja depa.
Huhuhuhu.
Tokey tu kata lagi 2-3minggu Loewy siap laa.

Dok ikhtiar mana nak cari lagi RM1500.
=___="




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, July 15, 2011

Allah Telah Selamatkanku Dari Kebakaran




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat Hari Jumaat.

Harini merupakan hari paling bersejarah dalam hidup i.
Pengalaman pahit kut.
Okayy mari sini i nak cerita.

Harini bos cuti.
Nevermind laa kan.
Macam biasa pukul 10lebih, i akan breakfast kali ke-2.
I akan turun bawah, p kedai sebelah sebab nak beli air ke apa-apa ke kan.
So takpe laa.

Masa nak naik masuk ofis, i tengok mat-mat bangla kat sebelah ofis neh ramai dok berkumpul kat bawah.
Tengok depa macam gelabah semacam.
Oh, sebelah ofis i neh, tempat mat-mat bangla dok menyewa.
Lepastu i nampak salah sorang dari depa tu macam nak cabut fius elektrik kat luar.
Lepastu i nampak macam asap kat bahagian atas tempat menyewa depa.

I naik, masuk ofis lelaju.
I habaq kat ofismate i, i kata rasanya rumah bangla neh macam terbakar.
Budak ofis i pun kata patut laa macam bunyi letup-letup kat sebelah, rasa panas.
I pun apa lagi, suruh depa amek barang yang penting-penting, turun bawah.

Masa kami turun tu, tengok asap dah makin banyak.
Mat-mat bangla tu pun dah kelam kabut lari.
Dah laa i parking kereta kat depan tempat menyewa depa tu.
Kelam kabut alihkan kereta tau.
Badan neh dah menggigil.

Masa tu dah haru biru dah keadaan.
Motor staff and budak praktikal, semua dalam stor.
Lepastu ada pakcik-pakcik kat area situ willing nak selamatkan motor semua tu.
Nasib baik sempat.
Sementara tu, uncle kedai runcit call bomba.

Tapi bomba agak lambat jugak laa sampai.
Sebelum bomba sampai, api dah marak dah kat bumbung rumah kebakaran tu.
Kereta yang i alihkan tadi, terpaksa alihkan lagi ke tempat lebih jauh sebab tengok api makin besar kan.
Gambar api tengah marak pun tak sempat nak snap, pikiaq diri and kereta dulu.
Huhuhu.

Lepastu bomba sampai.
Dah laa area situ takda hidrant.
Terpaksa guna air dari trak bomba and punca air kat mana ntah.
Tekanan air pun tak berapa kuat.

Orang ramai dah penuh dah sekitar tempat kejadian tu.
Masing-masing pakat tangkap gambar, record video.
Lama jugak laa bomba nak kawal api.

I pun tak tau punca kebakaran.
Rasanya depa masak kut then terlupa.
Or maybe dari ubat nyamuk.
Or maybe jugak putung rokok terjatuh kat kain.

Maklumat tambahan, ada sorang mat bangla tu baru keluarkan rm10k dari bank semalam.
Hangus gitu jer laa duit tu.
Tadi dia tunjuk kat kitorang duit yang hangus tu.
Tu pun lepas ahli bomba tu bawak dia naik kat tempat kebakaran tu.
Geleng kepala jer laa dia.
Apa lagi nak kata.

Huhuhuhu.

Neh i masih dok trauma lagi pasal kejadian tadi.
Mujur laa i turun tadi beli air.
Kalau i tak turun tadi, i pun tak tau apa akan terjadi kat kami 4 orang.
Dah laa takda sapa jerit suruh turun.

Alhamdulillah, kami selamat!











Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, July 13, 2011

Finally Loewy Akan Berubah Wajah




Assalamualaikum.
Hye peeps.

Pagi tadi lepas i balik dari p amek data kat Bagan Serai, i terima good news.

"BONUS DAH NAK MASUK WOI, 2 BULAN GAJI"

Jyeah.
Maybe duit akan masuk dalam hari Jumaat, tak pun hari Isnin.
Harap harap masuk hari Jumaat.
Boleh i p anto Loewy masuk bengkel weekend neh.
Tak sabarnya nak tengok Loewy makeover.

So peeps, nantikan kemunculan Loewy dengan color yang baru, aksesori yang baru.
Hope menepati citarasa.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, July 11, 2011

Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Last entry 7hb.
Harini dah 11hb maknanya agak lama jugak laa tak update blog.
Banyak benda nak story tapi malas.
Last last lupa macam tu jer.

Bulan 7 neh bulan untuk i mengganti puasa.
Baru terhegeh-hegeh kan.
Ada lagi 3 hari lagi nak kena ganti.
Sempat punya.

Kerja semakin hari semakin bertambah.
Dengan nak submit plan, dengan nak key-in data, dengan nak p LAP amek data.
Tapi bagus jugak sebab boleh claim mileage and OT.
Bulan depan kan nak raya.

Cakap bab raya, baju raya tak beli lagi.
Rasanya tahun neh nak beli baju kurung yang dah siap jahit jer laa.
Kalau beli kain pasang, ada lagi ke orang nak amek?
Teringin nak p Jalan TAR.
Depa kata kat sana syurga membeli belah.
I rasa dah penah p dulu.
Memang banyak gila pilihan sampai tak tau nak pilih yang mana.
Last last balik gitu jer.
Hahaha.

Hmm, sampai saat neh i masih lagi dok menunggu bonus.
Dah bulan 7 neh.
Tak pernah pernah dapat lambat sampai macam neh.
Maybe kompeni nak kasi before raya kut.
Hmm tak tau laa nak kata.
Jangan tak bagi sudah.

Bulan neh sebenarnya banyak jugak pakai duit.
Neh minyak itam Debby nak kena tukar.
Dah terlebih kilometer sebenarnya.
Tayar depan pun dah makin botak.
Botak kepala tuannya kalau macam neh.

Dah laa lately rambut banyak gila yang gugur.
Semalam bawak mommy and daddy p beli barang dapur.
I pun amek kesempatan menyelit barang-barang i.
Tapi diorang laa yang bayar.
I beli syampoo Dove.

1st time pakai tadi, sangat mengejutkan.
Kurang rambut gugur.
Kalau tak, dah macam orang kena leukimia tau dak.
Kita tengok seminggu dua neh.
Kalau okay, i stay dengan Dove jer laa.

Hmm, apa lagi nak cerita?
Itu jer laa kut.
Nanti ada masa i merepek meraban kat sini lagi ya.
Take care peeps.


**takziah buat Allahyarham Baharuddin Ahmad. al-fatihah**




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, July 07, 2011

Jawatan Kosong Di Guar Chempedak, Kedah







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Lamanya tak update blog.
Banyak nak story tapi malas nak menaip.
Kat office pun pulun menaip.
Stress betul.

Haa sesapa yang nak cari kerja boleh laa apply kerja kat C & L Mesra Enterprise tu.
Hihihihi.
Actually tu kompeni ayah boipren i.
Haritu i p sana, lalu depan banner neh terus laa amek gambar.
(^___^)v

I tatau laa dah berapa lama banner neh dok tergantung kat situ.
Kalau sapa yang berminat boleh laa call.
Mana tau kut masih ada kekosongan ke kan.
Lalalala.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, July 04, 2011

Tengok Bola Sambil Makan Laksa Boleh Mengundang Padah




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berpuasa kepada yang berpuasa.

Semalam boleh kata tak online dari pagi sampai malam.
Dalam pukul 11pm macam tu baru online.
Kepala otak berdenyut.
Nak mengadap netbook pun tak stim.
Tak banyak buat aktiviti.

Alih-alih kena repair kepala paip.
Dah dok kata kepala paip tu dah rosak, dah loose.
Boleh lagi dok p bukak.
Menyirap jer rasa.
Abang i laa.

Btw, semalam i buat laksa.
Yummeh.
(^___^)v
Pagi-pagi bangun tidur, tengok mommy tengah bersiap nak p market.
I pesan kat mommy suruh beli ikan and bahan-bahan nak buat laksa.
Lepas mommy balik, i pun bersilat kat dapur.
Sebelum neh mommy yang dok siang ikan but kalini i buat everything.
Mommy jeling-jeling jer.
Alololo.

Nak resepi?
Rasanya penyediaan membuat laksa sama jer kut.
Tapi i blend bunga kantan sikit dengan cili padi.
Baru laa kuah lebih wangi.
Nanti laa i up resepi rahsia mommy.
Kononnye laa rahsia.
Hahaha.

Tengahari i tak makan nasi pun.
Dok berulang makan laksa jaa sementara nak tunggu bola.
Separuh periuk, i seorang saja.
Yup, i memang hantu laksa.
Laksa dan DK tidak dapat dipisahkan.
Lalalala~

Time bola Malaysia vs Taiwan pun i dok pelahap laksa lagi.
Nasib baik tak tersedak.
Actually i neh bukan laa minat bola sepak sangat.
Tapi sebab Malaysia yang lawan, semangat tu jadik berkobar-kobar.
Sakit jantung tengok bola semalam.
Taiwan tu boleh menang sebab penalti jer pun.
Tahniah buat skuad Harimau Malaya sebab berjaya ke pusingan seterusnya.

MALAYSIA BOLEH!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, July 02, 2011

His Family Datang Taiping




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Semalam adik boipren i p sambung studi kat Kojef Hafiz, Klang.
Dia amek Diploma Tafsir Al-Quran kut.
Alhamdulillah.
Walaupun sekarang neh kita tengok ramai budak dok hoohaa dengan duniawi but masih ada yang nak mengejar ilmu akhirat.

Kak na doakan yang terbaik buat Apan okayy.
Studi rerajin.
Jaga diri bebaik kat tempat orang.
Jadi pelajar cemerlang, insyallah nanti boleh p Universiti Al-Azhar, Mesir pulak.

Boipren p dengan mommy and lagi seorang adik perempuan dia.
Lepas hantar Apan, diorang pun terus gerak balik.
Masa dalam perjalanan balik tu tanya laa depa nak singgah Taiping ke tak.
Kalau singgah, mommy i nak buat makan-makan.

Pukul 9pm macam tu diorang datang rumah i.
Mommy i buat bihun goreng jer sebab tak plan awal-awal pun kan.
Kalau tau, boleh masak banyak jenis.

Sejam jugak laa diorang melepak kat rumah i.
Boipren i sampai merah mata, mengantuk laa tu kan.
Mommy i suruh diorang tidur sini jer.
Tapi disebabkan mommy boipren ada acara 1Sukan 1Murid 1Malaysia kat sekolah harini, diorang balik laa jugak.

Nanti-nanti datang laa lagi.
Hihihihi.



tu laa mommy boipren and adik dia, Dinie
depa tengah dok melayan homemade chocolate i
alolololo
^;^




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, July 01, 2011

Perbezaan Harga Kedai Makan Melayu dan Kedai Mamak







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat Hari Jumaat.

Harini rehat agak lama.
2 jam macam tu.
Jadi i mengambil kesempatan p rehat kat Taiping Sentral.
P pekena Nasi Kandaq, Pelita.

Menu macam biasa laa.
Nasi putih+ayam masak merah+telur masin+sayur kobis goreng+teh ais.
Total untuk lunch i harini ialah rm7.60

Berbanding semalam, i lunch di kedai Paksu.
Menu lebih kurang sama.
Nasi putih+rebung masak lemak cili padi+sambal belacan+ayam goreng+teh o ais limau.
Total untuk lunch semalam ialah rm3.80

DUA KALI GANDA WOI!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics