Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Friday, August 27, 2010

Takda Internet Pun Boleh Facebook Juga






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran.
Selamat bercuti kepada negeri-negeri yang bercuti macam tempat i neh.
Perak cuti okayy.
Hihihihi.

Hmm sekarang neh sangat famous dengan Facebook.
Memana jer pun dok bercakap pasal tu.
Yang muda, yang remaja, yang dewasa dan warga emas pun tak terkecuali.
Bayangkan anak sedara i yang baru darjah 2 pun tahu apa itu Facebook.

"maksu, budak-budak boleh bukak facebook tak?"

I was like, gilaaaaa betul budak-budak sekarang neh.
Darjah 2 kut weih.
I dulu masa darjah 2 tataw apa-apa.
Time tu i just taw main lompat getah, batu seremban, main sorok-sorok dll.
Budak zaman sekarang dasat betul kan.
Adiknya yang berumur baru 4 tahun tu lagi lah, dah pandai bukak youtube sebab nak tengok Upin dan Ipin.
Isk.
Jangan tengok benda lain dah ler Firas oi.
Kang Maksu pelangkung sedaih.

Okayy masuk point ke-2.
Eh tetiba.
Sekarang neh Celcom, Digi dan Maxis pun dah kasi kemudahan kepada sesiapa yang takda internet but still boleh post wall kat Facebook.
I pakai Celcom, korang?
I rasa berbaloi lah jugak kan bayar RM1 untuk seminggu, unlimited.
Lagipun i pakai Celcom Postpaid, so apa ada hal setakat RM1.
Sebulan baru RM4.
Wakakakaka.
Riak sungguh bunyinya.
Tapi betulkan.

I malas nak register internet kat handphone neh sebab i dah ada Celcom Broadband.
Nak wifi kat sini pun, nak kena p tempat-tempat yang agak hi-class baru boleh dapat.
So, register Facebook SMS sudah mencukupi.
Kat mana-mana pun boleh post wall kan.
Dalam bilik, dalam toilet.
Isk.

Okayy point ke-3 pulak.
Nampak gayanya Celcom sedang gigih mempromosikan Facebook SMS mereka kat blog.
Tak percaya?
Sesiapa yang ada pasang iklan nuffnang mesti dapat iklan tu.
Macam yang terjadi kat blog i neh.
Bagus lah jugak kan.
Sebab sekarang i pasti masih ada yang taktaw macam mana nak register untk Facebook SMS.
Klik jer iklan Celcom tu dan otomatik anda akan dibawa ke website Celcom.
Kat situ nanti akan diajar macam mana nak register.
Bukan susah mana pun.

Lepas neh makin meriah lah Facebook dengan wall-wall yang ada [via Celcom SMS] nanti.
Hahahahaha.
Selamat mencuba ya kawan-kawan.
XOXO.



**motif sebenar entry neh just nak btaw kata i dapat buffered Celcom tu pulak. wakakakakaka. lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikk**




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics