Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, August 17, 2010

Neh Haa Resepi Brownies




homemade brownies.


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Tujuan entry ini ditulis adalah kerana atas permintaan beberapa rakan blogger i yang nakkan resepi brownies yang i buat baru-baru neh.
Entry mana?
Sila rujuk [sini] okayy.

Jadi apa tunggu lagi, sila sediakan pen dan kertas.
Tak pun printscreen jer.
Hahahaha.


Bahan-bahan

12 oz coklat masakan hitam (lebih kurang 1 bar)
8 oz mentega (lebih kurang 220gm)
1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur (i pakai 3 biji telur gred A)
1/2 cawan gula
1 cawan hazel nut or apa-apa jer lah
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla



Cara penyediaan

- cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boiler. satu periuk yang besar untuk isi air, dan 1 lagi periuk yang lebih kecil untuk cairkan coklat dan mentega. time neh kena guna api yang sederhana.

- kacau perlahan-lahan hingga coklat dan mentega cair. jangan cairkan coklat terlalu lama sebab takut nanti boleh merosakkan coklat, nanti jadik berketul-ketul pulak.

- bila coklat dan mentega dah cair, angkat periuk tu keluar dan sambung kacau.

- untuk adunan brownies, campurkan tepung gandum bersama serbuk penaik. ayak dulu ya kedua-dua bahan neh.

- masukkan gula ke dalam adunan coklat cair dan kacau sehingga gula hancur.

- masukkan telur dan esen vanilla. kacau sehingga adunan menjadi sebati okayy.

- masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis.

-masukkan hazel nut dan kacau sehingga sebati.

- sediakan loyang yang telah disapu sedikit minyak supaya nanti brownies tak melekat pada loyang.

- tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 220 darjah celcius selama 40 minit. sebelum tu panaskan dulu oven dalam 10 minit macam tu okayy.


So, amacam?
Mudah jer kan penyediaannya.
Boleh lah buat lepas neh, untuk raya nanti.
Hihihihi.
Selamat mencuba.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics