Seperti yang kita semua sedia maklum, Din Beramboi kini sedang bertarung nyawa akibat jangkitan virus oleh kencing tikus.
(lebih kurang macam tu lah)
Beliau kini amat memerlukan darah jenis O.
Untuk pengetahuan semua, i rasa i neh berdarah O.
Niat di hati memang teringin sangat nak menderma darah sebelum-sebelum ini.
Tapi apakan daya.
Tekanan darah i sangat rendah.
Dokte kata kalau tekanan darah rendah tak boleh menderma.
Tambahan pula berat badan i memang tak cukup.
So di sini i merayu kepada sesiapa yang mempunyai darah jenis O dan berkemampuan untuk menderma, silalah ke Hospital Selayang bagi menghulurkan bantuan kepada Din Beramboi.
Beliau amat memerlukannya.
Sesungguhnya menyelamatkan nyawa hamba Allah itu sangatlah mulia.
Di sini juga i berdoa agar Din Beramboi kembali pulih seperti biasa.
Aminnnnnnnn.
=___=