Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Thursday, March 18, 2010

Kadang-Kadang Lari Dari Masalah Itu Bagus




Betul.
Sebab ada sesetengah benda kita terpaksa tolak ketepi sekejab.
Yer lah kan.
Bila perasaan amarah menguasai diri, dah tentu lah kita tak dapat berfikir dengan waras.
Mesti nak buat keputusan terburu-buru kan.
So jalan yang terbaik buat derk sekejab.

Memang lah orang kata jangan lari dari masalah sebaliknya cuba hadapi dan selesaikan.
Tapi kena tengok jugak pada masalah tersebut.
Keadaan mungkin memaksa kita tolak ketepi buat sementara waktu.
Lari dari masalah tak bermakna kita neh nak lepas tangan terus atau apa.
Setiap apa yang kita lakukan bersebab.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Orang boleh cakap apa sahaja bila kita ambil keputusan untuk berdiam diri.
Macam-macam spekulasi boleh dibuat oleh orang lain tanpa usul periksa.
Kan.
Yer lah bukan semua benda kita boleh bercerita.
Bak kata seorang pensyarah;

"Jangan cerita semuanya kepada orang. Tinggallah sedikit untuk diri kita sendiri"

Ada sebab kenapa kita ambil keputusan berdiam diri dari berkongsi masalah dengan orang lain.
Mungkin akan mengaibkan pihak tersebut.
Atau mungkin jugak mengaibkan diri kita sendiri.

"Apa guna kawan-kawan kalau tak boleh berkongsi suka dan duka"

Mesti ada yang akan bercakap sedemikian rupa.
Yup tak dinafikan.
Kawan adalah tempat terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.
Tapi bukan semua orang suka bercerita masalah peribadi kepada orang lain walaupun kawan sendiri.

Apa-apa pun semuanya bergantung kepada seseorang individu itu sendiri.
Lain orang lain caranya.
Sekian terima kasih.
=___=




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics