Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Friday, April 13, 2012

Demam Denggi



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Dah lama tak taip entry panjang2.
Al-maklum laa jiwa lara.
Hihihi.

Banyak benda berlaku dalam hidup i lately.
Lepas satu-satu ujian Allah kasi kat i.
Putus cinta.
Suspek penyakit tb.
And the latest one is mommy kena demam denggi.
Now pun i sedang bersiaran di Hospital Taiping.
Kena jaga mommy.

Mommy start demam Jumaat lepas.
Dah laa petang tu i p KL sebab nak attend wedding member.
Hati tu berat jugak tapi sebab tengok kondisi mommy macam okay and tiket bus dah beli, i pun tawakal jer laa.

Hari Ahad, i balik rumah, demam mommy still tak okay.
Pulak tu sakit pinggang.
P klinik swasta, doc kasi ubat demam macam biasa.
Hari Isnin, kondisi mommy makin teruk.
Mommy tak boleh jalan.
Muntah.

Hari Selasa i terpaksa amek emergency leave.
Takda sapa nak jaga mommy kat rumah.
Mommy tak boleh tinggal sengsorang.
Dia dah tak boleh berjalan, kena baring jaa.

Selasa malam, family abang dari KL balik sini.
Dia risau laa sebab mommy tak pernah sakit teruk macam tu.
Rabu pagi, abang bawak mommy p buat medical checkup kat Columbia Asia Hospital.
Doc kat sana kata mommy kena denggi.
Air dalam badan dah nak habis sebab tu mommy takda tenaga langsung.
Darah pulak terlalu pekat.

Doc suruh admit kat situ tapi mommy tak mau.
Mahal sangat.
So mommy suruh doc refer kat Hospital Taiping.
Nak kata teruk, tak tau laa plak.
Tapi platelet tu tinggal 12.
Memang kena kawalan rapi laa kan.

Setiap 6 jam doc akan amek sample darah.
Lengan mommy pon dah lebam2.
Harini masuk hari ke-3 mommy stay kat wad.
I kena teman mommy kat wad.
Mommy tak dibenarkan turun dari katil sebab darah mommy terlalu pekat.
Takut kang kalau jatuh, jadik darah beku.
So kalau mommy nak buang air ke apa, atas katil jer laa.

I terpaksa amek unpaid leave untuk beberapa hari untuk jaga mommy.
I sorang jaa anak perempuan.
Bila lagi nak membalas budi and pengorbanan mommy dulu, yer dak?

Neh dah masuk hari ke-3, nampak laa perubahan.
Mommy dah banyak baik.
Dah boleh bangun and makan walaupun tak banyak.
Tapi platelet mommy lambat naik.
Dah hari-3 pon baru naik dari 12 ke 24.
Doc kata at least kena naik sampai 50, baru boleh discharge.

Semalam abang bawakkan sup ketam.
Tapi lepas makan, and check bp naik mencanak plak.
Sekarang pon darah dok naik lagi.
Tapi doc kata boleh jaa makan sup ketam tu untuk cepatkan platelet tu naik.

Harap2 platelet mommy cepat naik and cepat discharge.
Kesian tengok mommy.
Badan dia pon dah susut, boleh rasa tulang kat bahu.
Huhuhuhu.

Okay laa.
Cukup untuk kali neh.
Nanti i update lagi.
Assalamualaikum.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics