Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hari neh i nak membebel lagi.
Biasalah mood tak stabil kerja nak membebel jer lah kan.
Ahaks.
Bukan apa.
Kalau kita tengok sekarang neh, semua benda dah naik harga.
Even nak masuk tandas pun dah naik tiga kupang.
Ada yang lima kupang.
KLCC?
Jangan cakap lah, dua ringgit kut.
Itu baru kes nak masuk tandas.
Belum kes harga minyak.
Belum kes harga makanan yang melambung-lambung.
Renovate kedai sikit jer, terus harga makanan naik.
Akai ada ka?
Contoh lah kan.
Ada satu kedai kat tempat kerja i neh.
Dulu rajin p makan nasi ayam hainan kat kedai tu.
Not bad lah.
Dulu harganya RM3.60 sahaja.
Tup tup lepas tokey renovate kedai, terus harga naik RM4.00 okayy.
Eeeeeiisssshhhhh.
Tak patot betul lah naik sampai empat kupang.
Padahal bukannya pasang aircond pun.
Sabar jer lah.
Ini kira okayy lagi kut sebab taraf hidup kat tempat i masih rendah.
Cuba fikir orang-orang yang kerja di KL, Penang or JB.
Bandar-bandar besar.
Kalau gaji bawah RM1000 tataw lah macam mana kan.
Kalau dok dengan family boleh tahan kira.
Cuba yang merantau, yang dok menyewa kat sana.
Sewa rumah or bilik dah beratus.
Nak makan minum lagi.
Tambang pergi kerja lagi kan.
Gaji habis kat tol dan minyak sahaja lah.
Semak semak.
=___=
Tapi betul lah orang kata, selagi kita mencari kerja yang halal, rezeki tu sentiasa ada.
Tak putus-putus.
Kan kan kan.
I memang tak boleh hidup lah kat KL sana.
Bukan apa.
Tension dengan jammed lah apa lah.
Baiklah i dok kampung.
Tenang.
Dekat dengan family.
Saving banyaaaaaakkkkkkkkk.
^___^
Biar lah gaji sikit pun sikit lah janji tak semak kepala otak.