Hmm.
Title ini sekadar di pinggiran.
Ceritanya begini.
I sebenarnya i tak paham dengan sesetengah guy or gal yang da berkahwin tapi masih mahu menggatal.
Kenapa lah agaknya.
You.
Kalau you baca blog i, hope you paham.
(Tapi i tahu you takkan tahu yang i ada blog sendiri)
Bukan niat i nak perlekehkan you.
Tak.
I cuma tak paham kenapa you curang.
I tahu you hensem.
Okay kira kategori hensem lah jugak walaupun you agak buncit.
No memang buncit.
You ada wife yang cantik.
Yang lebih tinggi dari you i guess.
Sebab i blom pernah bersua muka dengan wife you.
Sekadar gambar yang terselit di dalam folder.
Uhhh.
Orang kata kalau husband lagi rendah dari wife, hidup mereka akan bahagia, murah rezeki dan sebagainya.
Murah rezeki itu mungkin kerana you berpangkat besar.
Gaji ribuan ringgit.
Begitu juga wife you.
Betul tak?
Tapi bahagia?
I tak pasti.
I tak rasa wife you akan bahagia kalau dia tahu you sudah bermain belakang dengan perempuan lain.
Tapi kenapa?
Sebab you jauh dengan wife you?
Come on lah.
Dugaan sekecil itu pun you tak boleh nak hadapi.
Bukan jauh mana pun.
Di dalam Malaysia jugak kan.
Bukannya wife you di seberang laut.
Yer i masih tak faham.
Kenapa you masih mahu curang?
Sebab wife you tak reti melayan karenah dan nafsu you?
Kalau tak pandai melayan itu semua, mana mungkin you ada seorang anak.
Atau itu semua masih tidak mencukupi?
Oh men.
Habis cara yang bagaimana baru you tahu puas?
You.
I juga pernah dicurangi.
Dan i juga pernah mencurangi.
So i tahu perasaan bila terjadi perkara sebegini.
Tapi i tidak apa.
I masih belum berkahwin.
Tapi you...
You sudah ada tanggungjawab yang besar.
You sudah terikat dengan wife you.
You sudah lupa janji-janji you kepada family si dia?
Janji untuk menjaga anak kesayangan mereka sebaik mungkin.
Tapi sekarang di mana janji-janji itu?
You mungkir janji kan.
Sudah-sudah lah menjadi jahat sewaktu bujang.
Takkan sudah di alam perkahwinan pun masih mahu menjadi jahat?
Perbetulkan niat you dulu.
Itu jer yang i boleh cakap.
I bukan siapa-siapa pada you jadi i tak boleh cakap banyak.
Cukup sekadar meluahkan perasaan yang i rasa wife you pun akan cakap seperti yang i cakapkan.
Nota kaki : I mewakili suara hati seorang isteri yang telah dicurangi.