Okay.
Hari ini i nak cerita pasal mimpi semalam.
Lokasi kejadian mimpi :
Tidak dikenalpasti
Dalam mimpi tersebut hujan turun renyai-renyai.
Saat itu i sedang bergayut telefon dgn seseorang.
Tapi i tidak kenal orang itu.
Beliau pun takda pulak sebut nama.
Sekadar saya dan awak.
Skema kan.
Macam sweet jugak kekadang.
=)
Dan tiba-tiba sedang bercakap telefon, air naik dengan pantas.
Oh terlupa.
Waktu itu juga saya sedang mengayuh basikal.
Hmm.
I berkata kepada beliau.
"Awak, air da naik tinggi lah. Banjir."
"Awak pergilah ke tempat tinggi cepat."
"Saya tak boleh lawan arus neh."
Sambil menolak basikal.
"Takpa awak cuba lah. Mesti boleh. Pergi panjat pokok ke panjat bumbung ke?"
"Saya takut."
Perbualan tamat disitu.
Air makin lama makin naik.
Makin dalam.
I tak tahu hendak buat apa.
I nampak bumbung rumah tapi i tidak berani panjat.
Sedang i melawan arus air yang deras, i ternampak bukit.
Bukit tinggi dan menegak.
(Curam boleh diguna pakai ke?)
I sedaya upaya panjat bukit itu sampai ke puncak.
Dan ya i berjaya.
Dari atas bukit, i lihat seluruh kawasan telah ditenggelami air.
Umpama tasik yang sangat luas dan bergelora.
I berdoa kepada Tuhan minta disurutkan cepat air banjir.
Kemudian muncul seekor ikan yang besar di tengah-tengah banjir itu.
Sekejab dia timbul, sekejab die tenggelam.
Sekejab die berenang-renang.
Tidak lama selepas itu, air mulai surut.
Sedikit demi sedikit.
Ikan besar tadi pun makin lama makin mengikut arah air yang menyurut.
Dan terus hilang dari pandangan i.
Tuhan memakbulkan doa i.
Alhamdulillah.
I menuruni bukit itu perlahan-lahan.
I selamat.
Selepas itu i terus terjaga dari tidur.
Hmm.
I berfikir apakah maknanya mimpi i tadi.
Sekadar mainan tidur atau apa?