Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Friday, November 13, 2015

Trip To Sydney Part 2







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Okay sambung dari entry lepas.
Boleh klik SINI untuk baca entry part 1.

11/10/2015
Lepas keluaq dari perut kapal terbang, kitorang terus ke imigresen untuk cop passport.
Jangan lupa serahkan sekali declaration form yang kita isi atas flight tu.
Pegawai imigresen yang check passport i tu nampak macam nice person jaa.
Takda laa nampak sirius.
Lepas selesai cop passport, pegawai tu pon ucap selamat kat kita.

Setel imigresen, beratur pulak kat kastam.
Sesapa yang ada bawak stok makanan, get ready laa untuk digeledah.
Hahahaha macam cuak jaa kan.
Sikit laa :'D
Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Takda stok makanan yang sangkut.

Setel kastam, kitorang terus ke kaunter Optus sebab nak beli simcard untuk internet.
Kena beratur panjang jugak sebab ramai customer.
Simcard tu free jaa tapi kena beli pakej data internet.
Kitorang beli yang 500mb/day.
So total yang kitorang bayaq untuk simcard tu AUD20.
Beli 1 simcard jaa, pastu buat laa tethering.
Jimat!

Sebelum kitorang menuju ke train station, kitorang singgah Mc Donalds dalam airport tu kejap.
Sebab i da sakit kepala.
Kena makan ubat.
Kitorang pon beli laa Chocolate Smoothie untuk basahkan tekak dan rehatkan kaki sebab tadi dah beratur lama kat kaunter Optus tu kan.

Lepas habiskan smoothie, kitorang pon terus ke International Airport Train Station.
Follow jaa signboard.
Tak payah risau sesat okay.
Airport gate pass berharga AUD17 one way.


Train kat sana 2 tingkat.
Cool!

Penulis tengah tunggu train ke Central Station.
Hikiks.


Dari International Airport Train Station, kitorang turun kat Central Station.
Hostel yang kitorang booking tu berdekatan dengan Central Station jaa, senang nak bergerak ke mana2 nanti.
Sampai jaa kat Central Station, kitorang pon menapak dalam 3-5 minit untuk ke hostel.
Dekat kan.


Yeay dah sampai Central Station.


Sepanjang 8D7N kat sana, kitorang stay kat 790 on George Backpackers.
Kitorang book dorm 6 katil, perempuan sahaja.
Bilik air kat luaq.
AUD30/night.

Banyak faktor kenapa i pilih hostel neh.
- dekat dengan Central Station
- paling murah yang ada dorm untuk perempuan sahaja
- ada kitchen
- banyak review yang positif dari website booking.com
- dan paling best sebab free booking and cancellation, waktu nak check in baru bayaq :'D


Recommended hostel.
Murah, bersih, dekat dengan Central Station and Paddy Market.
Restoran makanan halal pon banyak.
Sebelah hostel neh pon ada kedai kebab halal.
Sedap!


Selesai check in, kitorang pon rehat laa sejam dua untuk hilangkan penat.
Petang tu kitorang pon just jenjalan sekitar George St.
Pastu beli Opal card kat 7E and topup AUD50.
Opal card neh macam touch n go.
Boleh guna untuk semua jenis public transport di Sydney okay.
Lepas 8x perjalanan dalam masa seminggu, ianya akan jadi free (kalau nak lebih kepastian, boleh refer website depa or tanya kat cashier 7E sana)
Plan asal nak beli Multi3 yang berharga AUD65, tapi lepas cashier 7E tu explain, ternyata Opal card lebih berbaloi.
Cuaca petang tu mendung dan hujan bila dah nak malam.
Dia punya sejuk jangan cakap laa.
Hahahaha.


Street photography laa kononnya.
Hikiks.

Antara bangunan yang i sempat snap petang and malam tu.
Tak banyak sangat pon amek gambaq.
Banyak layan view, dengan udara sejuknya.
Seronok!


Malam tu kitorang takda buat aktiviti sangat pon.
Kitorang just dinner kat kitchen jaa.
Prepare makanan yang kitorang bawak dari Malaysia.
Jimat sikit.
Kat Sydney, makanan agak mahal.
Kitorang just makan kat luaq time lunch jaa.
Breakfast and dinner kat hostel.
Setel dinner kitorang pon masuk bilik and tidoq.
Sebab esok tu nak ke Blue Mountains.

Okay setel hari pertama di Sydney.
Next entry, i update trip Blue Mountains pulak ya.
Cekidaaauuuutttt!

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics