Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Sunday, March 15, 2015

Trip To Cambodia - Tonle Sap







Assalamualaikum.
Hai peeps.

Okay ini sambungan dari entry Cambodia.
Kalau sebelum neh i story pasal Phnom Penh, kalini i sambung story pasal Tonle Sap.
Takda apa sangat yang nak diceritakan pon sebab banyak yang dah lupa.
Haha :D


Kitorang check in bilik kat Check Inn Siem Reap lebih awal sebab kitorang sampai Siem Reap awal pagi.


Lepas kitorang check in and letak barang, kitorang pon naik basikal ronda ronda sekitar Pekan Siem Reap.
Menarik jugak walaupun panas terik dan berdebu.
Keadaan trafik kat sini takda laa sibuk macam kat Phnom Penh or Ho Chi Minh.
Kat sini lebih relax.


Penulis mengayuh basikal.
(^^,)


Old Market Siem Reap.
Harga boleh tahan murah.
Kalau kita pandai tawar menawar memang puas hati.
I beli cambodian pant USD4 jaa.
Murah!


Penulis tengah lock basikal.
Kena laa lock, kang hilang jenuh nak kena ganti pulak.
Huhu.


Setel ronda ronda sekitar pekan Siem Reap, kitorang pon balik bilik.
Rehat and makan bubur ayam Knorr yang kitorang bawak dari Malaysia.
Nak jimat punya pasal.
Haha :D

Lepas dah rehat sejam dua, kitorang pon keluaq untuk trip ke Tonle Sap.
Sepanjang kat Siem Reap, kitorang naik tuktuk untuk perjalanan jauh and basikal untuk perjalanan dekat.
Perjalanan ke Tonle Sap agak jauh jugak.
Tak ingat laa berapa jauh.


Sampai kat Tonle Sap, kitorang beli tiket boat.
Masa kitorang naik boat tu, takda pelancong lain pon yang join.
Kami bertiga jaa sekali dengan pemandu boat tu.
Best jugak.


Pemandu boat.


Tasik Tonle Sap tu luas gila, dah macam kat laut pon yer jugak.
Kebetulan masa kitorang p adalah musim hujan, so memang keluasan tasik tu jadi berganda.

Kat atas tasik tu ada laa perkampungan atas air.
Ada sekolah anak yatim.
Ada kolam buaya dan lain lain lagi.


Penulis bergambar bersama bendera cambodia.
(^^,)


Selepas selesai kitorang cover Tonle Sap, kitorang pon gerak balik.
On the way balik tu, hujan turun dengan lebat.
Sabor jer laa.
Mujur tuktuk yang kitorang naik tu ada penutup hujan.
Takda laa tempias sangat.

Memandangkan hari dah petang and kitorang pon tak lunch lagi, pemandu tuktuk bawak kitorang p makan kat restoran muslim.
Berdekatan dengan masjid katanya.
Tapi macam tak nampak pon masjid area tu.
Huhu.
Terlepas pandang kut.

Aktiviti malam kitorang lepak dalam bilik jaa kut sebab hujan kalau tak silap.
Lagipun lepas selesai late lunch tu pon dah gelap.
Balik bilik, rehat and tidoq awal.
Esoknya ada trip ke Angkor Wat so kena bangun seawal 5am sebab nak tengok sunrise.
Hihihi.

Okay tamat cerita Tonle Sap.
Nanti i sambung pasal trip Angkor Wat di next entry.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics