Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Friday, October 31, 2014

Weekend Activities - Penang






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Weekend lepas i p Penang dengan family i.
Last minute punya plan.
Dah depa yang nak p sangat, i ikut jaa laa.
Sebab depa tatau sangat jalan area sana so depa harapkan i laa.
Dulu i sekolah kat sana 2yrs.
So tau laa jugak jalan sekitar sana, tapi dok refer gps jugak laa.
Hihihihi.

So sebelum nak gerak, lelaju cari bilik untuk stay kat sana 1 malam.
Disebabkan 3 keluarga yang nak p, jadik kena laa cari apartment.
Lebih jimat kan.
Cari punya cari dapat laa jugak, tapi mahal macam pistol.
Booking kat agoda, charge itu ini so total rm500.
=___="


Hihihihihi mak abah posing atas feri.
Bawak depa jenjalan pulak.
Kekonon celebrate birthday abah sekali laa, awal bulan 10 haritu.
Asyik anak dia jaa yang jenjalan merata kan.
(^___^)




Neh laa view di sekitar Eden Seaview Condominium.
3 bilik tidur, 2 bilik air.
Ada kitchen, tv semua laa.
Cuma tuala tak disediakan.
Mahal sebenaqnya kalau nak diikutkan, maybe sebab lokasi dia sama kut.
Swimming pool tu pulak tak boleh sembarangan terjun.
Kena pakai swimming suit baru boleh terjun.
Pastu kena letak deposit plak rm300.
=___="

Setel check in, rehat kejab then petang tu keluaq cari makanan.
Dinner terus memandangkan dah lewat petang.
Kitorang makan kat restoran cina muslim yang dikatakan femes, siap masuk tv tu.
Apa ntah nama kedainya.
Lupa nak snap gambaq.
Tapi lokasi dia di tepi pantai laa.


Memandangkan time tu dah senja, sempat laa tangkap gambaq sunset.
Cantik sunset haritu.

So setel makan, kitorang pon balik condo.
Plan asal nak jenjalan dulu kat night market Batu Feringgi tu tapi sebab 1 keta dah gerak balik, so yang lain pon ikut balik.
Hmm.
I pulak time tu tetiba sakit kepala.
Balik condo, telan ubat and rest.
Aktiviti malam takda apa sangat, kitorang just lepak kat condo sambil tengok separuh akhir perlawanan bola sepak.


Night view dari condo yang kitorang stay.
Menarik betul.
Suka laa suasana cenggini, aman dan damai.
Hahahahaha.

The next day, lepas checkout kitorang gerak ke Nasi Kandar Line Clear sebab abg teringin nak rasa.
I pon tak pernah rasa walaupun dah berjuta kali p Penang.
Hahahaha.
Mujur laa masa kitorang sampai tu, parking banyak.
Takda masalah nak pusing2 cari parking,
Ambooouuuiiiii kemain ramai orang beratoq semata2 nak makan nasi kandaq depa.
Tapi i rasa macam biasa jaa lauk pauk dia.
Yer laa, lain orang lain seleranya kan.

Selesai lunch kat Nasi Kandar Line Clear, 1 keta nak gerak ke tempat lain.
So yang mana ada neh, kitorang terus ke tempat seterusnya.


Bukit Bendera.
I dah banyak kali dah p sini tapi tak penah cemuih pon.
I suka!


Fyi, harga tiket berbeza okay.
Kalau kita warganegara Malaysia, harga murah sikit.
Pastu 1 tiket kena sertakan 1 mycard/mykid.
Baru laa boleh dapat harga murah.
Pastu ada pulak family package.
Jimat sikit.




I pon tak tau sejak bila ada tempat mangga neh.
Tahun lepas kut.
Tapi dah penuh dah mangga kat situ.
Kerusi yang senget tu pon ada.
Dah nak turun baru perasan kewujudan kerusi senget tu.
Menarik gak laa.
Depa buat macam kat Korea, Paris dll.
Mujur laa masa naik atas, cuaca sangat baik.
Cuma nampak macam berjerebu sikit.
Btw, ada construction kat atas Bukit Bendera tu.
Entah bila nak setel, tak pasti.

Lepas dah habis pusing2, kitorang pon bergerak turun.
Dan terus balik ke Taiping.
Tapi sebelum balik, sempat singgah kat kedai Jeruk Pak Ali.
Kedai dia terletak di tepi highway kat Seberang Jaya kut.
Gaya macam kedai baru bukak.
Sebab dulu takda pon kedai tu.

Kitorang sampai Taiping dalam pukul 6 lebih.
Tak banyak sangat berjalan tempat2 menarik sebab anak buah i demam.
Berjalan dengan cool fever kat dahi.
Hahahaha.
Kesian dia tapi dah alang2 tu, bagi dia makan ubat demam nampak macam okay sikit pastu.

Tamat laa sudah cerita aktiviti hujung minggu i.
Sekarang neh hujung minggu i lebih bermakna sebab start awal bulan 10, kitorang dah tak payah keja hari Sabtu.
Yeay!
(^___^)

Okay cukup takat neh dulu.
See you neh entry.
Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics