Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, January 29, 2013

Langkawi With Family

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini start masuk kerja balik selepas bercuti panjang last weekend.
Panjang laa sangat kan.
Hahaha.

Jumaat lepas i balik Perlis.
Lama gila dah tak balik.
Kalini balik dengan mak, abah and family abang no 3.
Actually abang dah plan nak p Langkawi.
Dia dah siap booking bilik blablabla.
Nak bawak abah katanya.
Abah dah lama gila tak p.

Kitorang gerak ke Perlis hari Jumaat petang lepas sembahyang Jumaat.
Sampai Perlis dalam pukul 6pm lebih.
Sampai jaa kat sana, syok gila sebab angin sentiasa bertiup.
Dah macam lepak tepi pantai.

Sabtu pagi kitorang gerak ke Jeti Kuala Perlis.
Tiket feri pukul 10am.
Kemain ramai umat manusia yang nak p Langkawi haritu.
Jeti Kuala Perlis pulak tengah buat renovation.
Memang sesak habis.

Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis-Langkawi amek masa dalam 1jam.
Masa p tu, kitorang naik feri Lada 2.
Not bad!



Sampai jaa kat Jeti Pekan Kuah, terus cari kereta sewa.
Ingatkan abg dah siap booking, rupanya tak.
Memang siap duit laa.
Depa charge 2x ganda wei.
Abg amek Avanza sebab besaq sikit, nanti nak isi barang shopping lagi kan.
Heh.

Sementara tu i beratur p beli tiket feri untuk balik esok harinya.
Oh lupa, tiket feri harganya rm18.
So total p balik rm36.
Tak macam Pulau Pangkor, just beli tiket p jaa.
Balik free.

Okay dah dapat kereta sewa, kitorang pon bergerak mencari makanan.
Lapaq dah wei.
Memula cari makanan kat anak2 abg dulu.
Then baru p cari makanan hat tua2 neh.

Setel lunch terus ke hotel, untuk check in.
Kitorang stay kat Adina Drive In Motel.
Motel neh terletak di Pantai Chenang.
Tapi bukan mengadap laut.
Seberang jalan.
Abg book bilik 2 double bed.
Harga dia rm150.
Murah kan.
Bilik bersih.
Bilik air bersih.
Water heater, mini fridge, iron tersedia.
Memang puas hati.

Memandangkan tengahari tu panas terik, kitorang amek keputusan lepak bilik dulu.
Petang sikit baru jenjalan.
Memang tak tahan bahang panas kat sana.
Pheewwww.

Lepas Asar, kitorang keluaq.
Untuk hari Sabtu tu, kitorang memang spent time untuk shopping jaa.
Mula2 p kat kedai Haji Ismail Group (HIG).
Cokelat kat sini memang murah.
Recommended!
Tapi masa kitorang p tu, stok macam dah kurang.
Maybe orang dah borong sakan gamaknya.
SIL beli beg tarik yang paling besaq sebab nanti isi barang shopping dalam tu.
Harga dia rm49.
Bapak laa murah kan.

Setel beli cokelat, gerak ke Idaman Suri.
Situ memang syurga pinggan mangkuk blablabla.
SIL compare harga dengan HIG, beza dekat rm100++ okay.
Tapi cokelat, better beli kat HIG.
Kat Idaman Suri neh memang banyak pilihan untuk barang2 dapur.
Memang orang borong sakan macam tak ingat dunia.
Pekerja kat situ kata since Jumaat org dok gila shopping, sampai habis stock.
Tudiaaa!

I Just beli patung burung helang and fridge magnet jaa.
Onggile Faghish pesan.
Hihihi.
Oh, Idaman Suri tutup pukul 8pm.
Tu pun ada orang dok mai lagi.
Dasat!



Malam, tak kuaq memana sebab 2 org anak buah meragam.
Penat, mengantuk semua ada.
Otw balik ke motel tu, beli makanan siap2.
Balik makan kat bilik jaa.
Lepas makan semua pakat membuta.

Hari ahad, fokus untuk jenjalan jaa.
No more shopping.
Sebelum check out, bawak anak buah mandi pantai.
Jalan kaki jaa, sebab seberang jalan jaa kan.
Tapi air tengah surut.
So mandi sat jaa laa takut bebudak neh gatal badan lak.
Kemain seronok depa dapat main air.



Setel kemas2 barang, kitorang pon check out and start jejalan.
Sebelum keluaq simpang ke jalan besaq, singgah kedai minyak gamat.
Pastu kitoang p Beras Terbakar.
Cantik betei rumah yang sebuah kat situ.
Beras terbakar pon dah takda, tinggal sepinggan jaa.
Tu pon depa buh dalam bekas kaca.
Ntah2 depa bakaq sendiri.
Eh (?)
Setel tangkap gambaq, lepak sat pekena laksa.
Boleh laa laksa dia.



Agak lama jugak lepak kat Beras Terbakar tu.
Tengok2 jam dah pukul 1pm lebih.
Kereta sewa kena pulangkan before 2pm.
Kitorang pon terus gerak ke Jeti Pekan Kuah.
Sebelum tu singgah kat taman sat.
Nak punggah barang shopping masuk dalam beg besaq.

Memandangkan tiket feri kul 4pm, kitorang just lepak area jeti jaa.
Masa nak check kastam tu, beratur gak laa.
Tapi mujur depa tak bukak beg.
Just scan cenggitu jaa.

Masa kat tempat menunggu tu kemain ramai orang.
Rupanya ada feri yang delay.
Feri kitorang pon tak terkecuali.
Delay setengah jam.
Pergh.
Dah laa panas.

4.30pm feri sampai.
Kul 5pm lebih baru feri gerak.
Masa balik naik feri kemain besaq.
Apa bangsa ntah, lupa dah.
Silap tak beli feri Lada.
Dah laa beg berat gila, sampai tayar patah.
Nak mengangkat beg tu punya azab.
Kesian abg.
Dia dah laa ada asthma.

Pukul 6pm lebih baru sampai Jeti Kuala Perlis.
Memandangkan beg yang besaq gila tu dah takda tayar, terpaksa mintak izin untuk keluaq kat pintu khas.
Tak payah laa nak pusing jauh.
Kebetulan ada brader2 dari Jabatan Laut kat situ nak amek pegawai depa, mintak izin kat depa laa.
Tapi kena tunggu penumpang lain blah dulu.
Nanti depa hat lain nak follow gak.
Bebanyak time kasih laa kat brader Jabatan Laut tu sebab tolong.
(^^,)

Kezen dah tunggu siap2 dah kat luaq.
Setel angkat barang, kitorang gerak balik.
Sebelum tu singgah kedai Laksa Kak Su dulu nak beli bungkus tapi dah habis.
Kecewa betei.
Malam Ahad tak p memana pon.
Just lepak umah tok.
Penat sama.

Isnin tengahari gerak balik Taiping.
Tapi agak frust laa sebab banyak tempat kat Langkawi tu yang kitorang tak p.
Tak sempat.
Macam nak p lain, dengan member2.
Nak naik cable car!
Huhu.

Okay laa.
Sekian melaporkan aktiviti sepanjang cuti last weekend.
Hihihihi.

Assalamualaikum.

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics