Pengunjung Tegar
Kata-Kata Semangat
Perhatian
Saturday, December 31, 2011
Hilang Kesemuanya
Tuesday, December 27, 2011
Berkat Doa Kengkawan
Comeeeeeeeeelllll kaaaaaaannnnnn.
Kahkahkah.
(^_________^)d
Monday, December 26, 2011
No More Rust



Saturday, December 24, 2011
Penangan Hujan Lebat
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.
Semalam i dapat gaji.
Macam biasa laa bila dah dapat gaji, tibalah masanya melangsaikan segala hutang piutang.
Salah satunya pinjaman Yayasan Perak.
Semalam i p laa bayar kat Bank Mualamat.
Time rehat kan lama hari Jumaat.
Dah tu pulak hujan lebat.
Memandangkan hujan lebat, i singgah laa Taiping Sentral.
Sementara tunggu hujan stop, lunch dulu.
Masa kat traffic light tengah merah, i pon dok laa mengelamun kejab.
Tetiba i terpandang cermin belakang.
I tengok orang belakang dok tunjuk2 something.
I pon buat derk jer laa.
Sekali i terpandang kat wiper loewy.
O meeeeeeeennnn mana pergi wiper loewy neh?
Rupanya dah tercabut.
(*--)
Patut laa orang belakang dok tunjuk2.
Hadoi.
Mujur yang tercabut tu belah penumpang.
Kalau belah pemandu, lingkup.
Nak turun p amek, hujan lebat time tu.
Memang pejam mata jer laa.
Neh dok pikiaq nak kena beli baru laa pulak.
Tengok spare part kat mudah.my tu.
Boleh gagah laa harga wiper arm tu.
Rm300++ okay.
Koyak poket cemnih.
I rasa loewy neh rindukan papa dia kut.
Tu yang lately asik meragam.
Dua bulan dah dia tak jumpa papa dia.
Next month memang nak kena p serah dia kat papa dia laa.
Biaq papa dia jaga pulak.
Umm.
Thursday, December 22, 2011
Nak
Iphone 4S
Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy S II
HTC Desire HD
Nak semua boleh?
(*--)
Tuesday, December 20, 2011
Better Than Yesterday
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Alhamdulillah, kulit muka i beransur pulih.
Walaupun tak sepenuhnya tapi nampak laa perubahan dia.
Tak mengelupas sangat dah.
Tak pedih sangat dah.
Semalam after i balik kerja, singgah kat The Store.
Niat nak mencari Garnier Aqua Defense.
Alhamdulillah, jumpa jugak produk tu.
Belek punya belek, terus beli.
Malam semalam lepas cuci muka, i pun start pakai gel cream neh.
1st time tempek kat muka, i rasa sangat menakjubkan.
Rasa best sangat.
Rasa fresh, tak tegang, soft jer rasa.
Betul laa cakap member i.
Pagi tadi bangun tidur, muka tak berminyak.
Kulit tak mengelupas.
Muka rasa lembap jer.
I rasa kulit i boleh terima kut gel cream neh.
Kita tengok cemana.
Kena guna sampai habis dulu.
Nak puji lelebih pun tak boleh, sebab baru sekali pakai.
Monday, December 19, 2011
Pedih Cheq Oi
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Happy monday blues.
Lately kulit muka i terlalu kering.
Sampai mengakibatkan kulit jadik mengelupas.
Pedih toksah kata laa.
Rasa nak menangis.
Tapi dia mengelupas tepi hidung jaa.
Buruk hokay.
Dah laa blackhead bersepah.
Bila kita buang yang sel kulit mati tu, siap sedia laa pedih ya amat.
I ada tanya member kat fb.
Ada yang suggest pakai garnier, nivea, pakai yogurt, letak timun and so on.
I rasa i nak cuba pakai garnier aqua defense laa.
Dah baca review kat blog2, macam okay.
Nak pulak i neh kat office terdedah dengan aircond jer.
0830 - 1700.
Lama tuuuuuuuuuuuu.
Aircond plak atas kepala jer.
I dapat rasa kulit i makin kering bila lepas i cuci muka, muka sangat tegang.
Bila kering tu rasa semacam.
Kalau tak pakai cream, memang tak selesa.
(*--)
Neh nanti kalau garnier pun tak okay, tak tau laa nak kata.
Cuak plak rasa bila pikiaq pasal kulit muka neh.
Huhuhuhu.
Dulu kulit muka i memang takda masalah apa pun.
Now macam makin menjadi.
Satg nak try p carik garnier aqua defense laa.
Berharap sesuai ngan kulit muka i.
Amiinn.
Friday, December 16, 2011
Oh Insuran Oh Roadtax
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat hari Jumaat.
Harini last day roadtax loewy hidup.
Esok dah expired.
Semalam dah start kalut nak renew 2 benda tu, insuran and roadtax.
Last year my bro yang setelkan semua benda.
Tup2 dapat jer roadtax yang baru.
Tapi tahun neh i buat sendiri.
So semalam lepas dah photostat dokumen yang berkaitan, i pon p laa pejabat pos.
Now insuran untuk kereta lama dah murah.
Tak macam dulu.
Kat pejabat pos, bila sampai turn i, kerani kaunter mintak dokumen and so on.
I pon kasi laa.
Dia kata cover note insuran yang lama takda.
Pastu tetiba dia kata fine laa takda benda tu, boleh proses jugak insuran.
Then dia check lagi, dia kata i silap photostat salinan lesen.
Patutnya kena photostat yang ada gambar tu.
So dia suruh i p photostat hat tu dulu.
Pheeww~
Dah p photostat semua, p balik pejabat pos.
Hamaaaaagaaaaddd tetiba ramai orang.
Kena amek no giliran yang lain.
Tiba giliran i.
Dapat kat kerani kaunter hat lain plak.
I kata nak buat insuran and roadtax.
Sekali dia dah check, dia mintak cover note.
I dah menyirap dah.
Tadi kata tak nak, neh nak plak.
Dia kata memang nak kena ada kalau tak, insuran tak leh nak buat.
Last2 i kata takpa laa lain kali i datang balik.
Dah laa time tu i tengah sakit kepala.
Dengan cuaca panas rembang.
Memang balik tangan kosong jer laa.
Pfftt.
Pagi tadi i call balik tempat insuran yang i buat last year.
Dia kata kalau nak cover note kena tunggu sebab depa baru request.
Kalau nak dapat harini memang tak sempat.
I pon call laa daddy i.
Dia kata cuba p kat kedai insuran yang dia selalu buat untuk kereta dia.
Tengahari tadi i p laa kedai insuran tu.
Same question kerani tu tanya kat i.
Cover note takda ke?
I kata last year pon i apply online, so manada cover note.
Dia kata takpa dia try buatkan.
Dia total harga insuran, roadtax and upah semuanya rm245.
Insuran rm220
Roadtax rm20
Upah rm5
Okay laa tu kan.
Kalau nak dibandingkan sebelum neh harga dua kali ganda.
Kereta lama kan.
Mana nak dapat murah.
Tapi lepas kerajaan umumkan insuran kereta lama dah murah, rasa lega sangat.
(^___^)v
Petang neh or hari Isnin insyaallah roadtax baru siap.
Anything kerani insuran tu akan call i.
Tak sabar nak ada roadtax yang baru.
Lulz~
Merasa laa jugak pengalaman how to renew insuran and roadtax.
Pasneh dah boleh buat sendiri.
Tak payah nak susahkan orang lagi.
Yeay.
Monday, December 12, 2011
Alahai Loewy
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy Monday blues.
Pheeww.
Hujung minggu lepas Loewy masuk bengkel.
Radiator bocor pulak.
Patut laa dalam seminggu tu asyik kena refill air jer.
Start i boleh syak radiator bocor weekend 2 minggu lepas.
2 hari i tak drive Loewy.
Hari Isnin nak p kerja, check air.
I was like "apahal radiator kosong terus neh?"
Start haritu everyday kena refill air.
Tak leh jadi neh.
Setakat nak p kerja tu boleh gagah kira.
Kalau nak p jauh memang payah laa.
Kang overheat jugak nanti kang.
Jumaat lepas btau kat daddy, nak anto Loewy masuk bengkel.
Alang2 nak buat radiator, suruh pakcik tu repair sekali ngan lampu belakang yang suka sangat shot.
Bahaya kut.
Memalam memang tak leh bawak Loewy.
Petang semalam Loewy pun siap.
Kena rm80.
Botak kepala cemnih.
Macam biasa, guna duit daddy dulu.
Hahahaha.
Dapat gaji bayar balik.
Tapi yang bestnya, setiap kali pas anto Loewy kat pakcik tu, enjin Loewy mesti senyap jer.
Pakcik tu tolong ekjas sekali kut.
Hihihihi.
Tq laa pakcik sebab turut sama menjaga Loewy.
(^___^)v
Sunday, December 04, 2011
Birthday ke Anniversary?

Sunday, November 27, 2011
Aktiviti Menghabiskan Cuti Tahunan














Monday, November 21, 2011
Holiday Tak Jadi
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Syoknya cuti harini.
Sesapa yang kerja harini, selamat menjalankan tugas okay.
Hikiks.
Actually tujuan i bercuti neh sebab nak p holiday.
Malangnya terpaksa cancel atas faktor cuaca.
Huhuhuhu.
Plan nak p Langkawi harini.
Memandangkan laut bergelora, terpaksa laa memendam rasa.
:'(
Last i p Langkawi masa tahun 2005.
Lama dah wei.
Suka sangat p Langkawi.
Dulu masa p sana, stay kat Pantai Cenang.
Sebelah jer dengan Under Water World tu.
Jalan kaki jer nak p.
Tapi tak masuk pun.
Time tu p rombongan dengan bebudak kelas PUO.
Paling best masa p tempat yang naik cable car tu.
Pergh.
Kagum sapa yang cipta menatang tu.
Dah sampai atas, rasa sejuk jer walaupun tengahari rembang.
Pastu p kilang buat minyak gamat laa apa laa.
Rupanya minyak gamat yang menggelegak dalam kawah, bila dicelup tangan, takda laa panas pun.
Pelik tapi benar.
Another place yang i ingat, i p melawat kat Galeri Mahathir.
Ingat lagi ada gambar 3D tun.
Bila kita dok kat kiri, mata dia toleh ke kiri.
Bila kita dok kat kanan, mata dia toleh ke kanan pulak.
So nice.
Tu laa serba sedikit pengalaman dulu.
Neh dah tak jadi p, dok plan nak p 4hb pulak.
Member i kawen.
Rumah family dia kat sana.
Hope laa jadi.
Teringin sangat neh.
Saturday, November 19, 2011
6 Tahun Cinta Gila
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.
Sebenarnya story neh dah lapuk.
Tapi nak story jugak.
Nanti kan anak cucu nak baca.
Hahahaha.
16-11-2011
Genap laa 6 tahun percintaan i ngan en. Squidward.
Tapi macam biasa laa tak celebrate apa pun.
Memasing jauh.
I kat Perak, dia plak kat Kedah.
Wish jer laa.
Itu pun bukan tepat 12.00am.
Hikiks.
Pagi tu baru call.
Bila dah lelama bercinta neh pepaham jer laa.
Semua benda kita tau pasal pasangan kita.
Kalau depa ada prob, kita boleh tau dari segi percakapan apa semua.
Hat tu en. Squidward lebih alert laa.
I sangat jarang nak berkongsi masalah dengan family.
Mommy pun i jarang share prob.
Selalunya i akan share ngan en. Squidward.
Walaupun dia bukan pendengar yang baik, i tetap nak story kat dia.
Pastu i kena sindir ngan dia.
PungkoQ betei.
6 tahun dok kawan ngan dia, i selalu kena marah ngan dia.
Dia sangat garang.
I pulak jenis yang degil.
Orang pesan jangan, yang jangan tu laa yang nak buat.
Tapi dalam garang2 tu, dalam hati ada taman jugak.
Hahahaha.
Suka bila dia buat lawak.
Macam bodo.
I pun macam bodo jugak gelak terkukik2.
Dia neh minat muzik.
Hidup dia ngan muzik jaa.
Kalau dia call, ada jer lagu yang dia tujukan kat i.
Kekadang dia nyanyi.
Kekadang dia suruh i cari dalam youtube.
Style paksa pulak tu.
Sukati dia jer kan.
Kalau p rumah dia, dia suka laa main gitar buruk dia tu.
Abot,
Aku tau aku tak sempurna macam pempuan2 lain kat luar sana tu.
Tapi aku akan cuba untuk buat hg bahagia, happy dengan aku.
Aku nak jiwang2 pun aku tak reti.
Aku harap hg boleh terima aku seadanya.
Abot,
Walaupun kulit aku hitam, tapi hati aku putih bersih.
Walaupun rambut aku kasaQ, tapi hati aku lembut.
Walaupun aku kurus cedekiang, tapi kasih sayang aku segemuk2 alam.
Walaupun aku bantut, tapi cinta aku tinggi sampai langit ke-7.
Hahahahaha.
Dah cukup melalut.
HAPPY 6TH YEAR ANNIVERSARY DK & ABOT
Thursday, November 17, 2011
Untung Laa Bebudak Sekarang
Itu laa anak buah i.
Baru 2 tahun.
Tapi dah dapat Galaxy Tab 10"
Maksu dia pun ada tab 7" jaa tau.
How lucky she is.
Ayah dia belikan semata2 untuk main game.
Haritu kan i p rumah dia.
Dia syok laa dok main angry bird kat tab i.
Bila i dah balik, dia dok mintak burung.
Esoknya ayah dia belikan.
Pergh.
Jeles hokay.
=.=
No Internet Connection
Hye peeps.
Waa lama betei tak update blog.
Sim broadband i mengalami masalah teknikal.
Seminggu jugak laa probnya.
Neh pun tak boleh pakai lagi tau.
Hmm.
Banyak kali dah call center.
Depa kata memang ada gangguan pun.
Last2 sekali depa kata number i yang ada problem.
Simbol 3g tak mau nak naik.
Dah laa topup rm18 untuk subscribe weekly broadband.
Tapi haram tak boleh guna.
Pastu depa kata kalau tak boleh pakai jugak nanti depa refund balik.
Harap2 cemtu laa.
Neh i pakai sim line broadband.
Serius banyak benda terlepas sejak takda internet.
Jawatan kosong punya belambak dah tarikh tutup.
Huhuhuhu.
Gossip dengan rerakan pun banyak terlepas.
Kihkihkih.
Lepasneh tak risau dah sebab dah ada internet balik dah.
Serius rasa macam ketinggalan zaman kut bila takda internet neh.
Mati kutu sama.
Hari2 tido awal tau sekarang.
Lol.
(^___^)v
Saturday, November 05, 2011
Gary Dah Jadi Kuih

Friday, November 04, 2011
Tag : Permintaan Anda Dimakbulkan
- tak boleh tag semula orang yang sama.
- letakkan semua peraturan ini (rules) di dalam entri.
- tag 11 orang dan linkkan di dalam entri.
- pastikan mereka tahu mereka telah ditag.
- ceritakan 11 perkara mengenai diri di dalam entri.
- jawab semua soalan yang telah diberi oleh orang yang tag anda, kemudian buat 11 soalan khas untuk mereka yang kena tag pulak.

Monday, October 31, 2011
Berweekend Di Hulu Langat
Hye peeps.
Sihat ke semorang?
I dok rasa nak demam jaa neh.
Badan panas.
Tekak sakit.
Dugaan!
Weekend haritu i and mommy turun Kualala Lumpur.
Err, Shah Alam and Hulu Langat yang pastinya.
My cousin kawen kat Shah Alam.
Sampai Hentian Duta, abang no 3 datang amek.
Ameera pun ada sekali.
Punya laa syok gedik bila dia nampak kitorang.
Hahahaha.
Setel kenduri kat Shah Alam, terus balik Hulu Langat.
Abang dok kat sana.
Memang xp memana pun.
Lepak kat rumah jaa.
Main dengan Ameera jaa.
Budak kecik tu makin lama makin bijak.
Makin petah bercakap.
Kelakar laa dia.
Tak larat nak gelak, tengok karenah dia.
Sikit-sikit panggil maksu.
Comel!
Malam tu memula plan nak p kedai member.
Nak pekena char kuetiau tapi tetiba tak jadi sebab abang bawak p makan western food.
Sedap laa oi grill chicken chop dia.
Sos black pepper dia terbaik.
Balik rumah, sambung main dengan Ameera sambil tengok bola.
Terengganu vs Negeri Sembilan.
I sokong Terengganu.
Tapi frust laa bila depa kalah.
Geram kat goal keeper Terengganu tu.
Eee.
>_<
Hari Ahad petang baru balik Taiping.
Abang hantar p Hentian Duta kul 3pm.
Dapat tiket kul 6.30pm.
Memang masak laa nak menunggu kat sana.
Dah laa ruang menunggu takda aircond.
Pergh!
Sampai Taiping dalam kul 10.30pm.
Gila penat.
Tapi syok sebab dapat main dengan Ameera walaupun sat jaa.
Ameera dan motornya
Ameera dengan toknya
Ameera dan sengihannya
Ameera dan maksunya
Tuesday, October 25, 2011
Happy Newly Wed
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Lamanya tak update blog.
Bz mengalahkan bigmama pulak.
Bhahaha.
2-3minggu neh bz dengan ISO.
Yesterday, auditor dari SIRIM datang nak audit kompeni kitorang.
Mujur laa dia tak tanya part i.
Lega okay!
Btw, nak story pasal kenduri adik boipren.
Last Saturday, 22-10-2011 adik boipren, si Shipa dah selamat menjadi wife orang.
I p sana Jumaat malam.
P bantu apa yang patut.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Ramai tetamu yang datang.
Lebih kurang 900 tetamu jugak laa.
Lauk semua cukup.
Lebih 1 periuk kecik jer.
Okay lettew kan.
Masa akad nikah tu, i and adik2 boipren jer yang p masjid.
Boipren and his mommy stay kat rumah sebab nak handle majlis tahlil.
Rasa macam kawen tipu2 jer.
Hihihihi.
Pengantin lelaki si Shah pun relax jer akad nikah.
Sekali lafaz.
Oh, i jadik photographer tak tauliah time kenduri haritu.
Boipren dah bz dengan kenduri.
I laa take over job neh.
Ekekeke.
Tapi terlupa plak nak copy gambar2.
Pendrive takda sama.
Hampeh.
So Shipa and Shah, selamat mengharungi kehidupan sebagai husband and wife dengan sebaiknya.
Sentiasa give and take.
Kalau gaduh tu jangan lelama.
Kakna doakan yang terbaik untuk korang okay.
SELAMAT PENGANTIN BARU
(^___^)v
Monday, October 17, 2011
Baju Kurung Sempena Aidiladha
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Tadi teman mommy p beli kain untuk buat baju kurung.
Nak pakai time raya Aidiladha nanti.
Agak murah jugak laa.
Ada yang rm5/meter, rm6/meter, rm7/meter pun ada.
Mommy beli 2 pasang.
I pun kalut mencarik.
Nanti time bayar boleh tumpang sekaki.
Hahaha.
^;^
I amek 2 pasang jugak.
1 cotton, 1 kain biasa.
Memula tu amek kain biasa jaa.
Then abah p tanya cashier samada boleh guna debit kad or tak.
Cashier tu kata kena beli rm50 ke atas.
Hahaha.
Sendiri mau ingat laa.
I amek laa kain cotton pulak.
Nak cukupkan harga minimum tu.
Neh nanti mommy nak p anto kedai, i menyelit laa sekali.
Time bayar, macam biasa laa kan.
Lalalala~
**abah kata kain yang i beli macam orang tua (T_T)
Monday, October 10, 2011
Pre Audit ISO Setel
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Siang tadi i ada pre-audit ISO.
Pergh serabut perut.
Start pukul 10am.
Habis kul 5pm.
Hangat bontot dok dalam bilik meeting tu.
Tapi sebelum audit, p site visit dulu.
Audit kontraktor buat keje.
Balik dari site visit, baru audit juruteknik kontrak and kawalan.
Pukul 1pm stop sat, p lunch.
Bos bawak p makan kat Kuala Sepetang.
Kalau dah p sana, kompem laa makan mee udang.
Tadi bos bawak p kat Mee Udang Mak Jah.
Terbaikk laa.
Udang bersepah.
Heehaa.
^;^
Balik dari lunch sambung balik audit.
My turn.
Ada jer yang kantoi.
Padahal dah check bebanyak kali dah.
Ada jugak yang salah.
Dapat laa ncr seketul sebab tak kepilkan drawing.
Binawei sungguh!
17hb neh ada meeting kat Ipoh.
Meeting pasal neh laa.
Yang mana ada kesalahan, kena buat pembetulan then bawak p Ipoh.
Audit bersama orang ISO on 24, 25 Oktober 2011.
Tak lama dah oi.
Kena prepare bebetul laa.
STRESS!
Sunday, October 09, 2011
ISO Datang Lagi
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat bercuti.
Harini 1 hari i kat office.
Semuanya gara2 ISO yang akan diaudit tak lama lagi.
Argh stress.
Esok baru pre-audit.
Blom audit yang bebetul lagi.
Cuak dia mengalahkan nak interview mintak kerja.
Eeee.
Bencinya!
Saturday, October 08, 2011
Happy Birthday Abah
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.
06-10-2011
Merupakan hari kelahiran abah yang ke 57.
Tapi tak celebrate pun.
I just beli kek.
Tu pun yang murah2 jer.
Bukan secret recipe segala bagai.
Ikutkan nak beli kek pun tak mampu sebab i ada rm10 jer.
Tu pun duit yang abah bagi.
Nasib baik petang tu sebelum balik kerja, i dapat duit claim milage opis.
Lega betul.
Duit i memang abes terus sebab bayar pinjaman Yayasan Perak.
Salah i jugak.
Dok tangguh nak bayar, last2 dapat surat lawyer.
Hmmm.
So abah, Selamat Hari Lahir yang ke-57.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki.
Walaupun org selalu sakitkan hati abah, buat perangai, bebai segala but deep down in my heart, I LOVE U SO MUCH.
Nanti sponsor cat Loewy nah.
Eh (?)
Monday, October 03, 2011
Al-fatihah Buat Allahyarham Pak Lang
Tengahari tadi i dapat panggilan dari mommy.
Mommy kata pak lang dah meninggal dunia.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam 8am macam tu.
Semalam jer p melawat kat hospital.
(T___T)
I pun tak sure sakit sebenar.
Tapi melibatkan jantung n kegagalan buah pinggang.
Tapi tadi tengok dalam salinan sijil kematian, disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
I takda laa rapat sangat dengan arwah.
Tapi selalu laa jugak p rumah arwah sebab dekat jer dengan rumah i.
Semoga arwah pak lang ditempatkan di kalangan orang beriman.
AL-FATIHAH
Sunday, October 02, 2011
Get Well Soon
Hye peeps.
Petang tadi i melawat pakcik i kat Hospital Taiping.
Pakcik i ada masalah jantung.
Buah pinggang dah tak function.
Tekanan darah tinggi.
Kencing manis.
Baru baru neh dia masuk wad ICU sebab keadaannya sangat kritikal.
2minggu jugak laa kut dia koma.
Sekarang dah masuk wad biasa.
Tapi dia dah tak leh cakap.
Hanya mampu terbaring.
Doakan kesihatan pakcik i ya.
Umm.
:(