Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Semalam tak lekat kat blog sebab ada majlis berbuka puasa kat luar.
Tu yang senyap tanpa berita tu.
Harap maklum.
Semalam buka puasa kat Legend Inn Taiping.
Makanan not bad lah sedap.
Daging black pepper tu sedaaaap sangat tapi liat.
Sayang kan.
Tapi sedap punya pasal, gigih jugak lah potong dengan berhati-hati.
Gambar tak banyak pun sebab i tak pandai nak setting untuk mode malam.
Kalau tak sebelum neh lagi lah, zero.
Sampai kena maki lah dengan ex-bf itu hari.
Beli camera tapi simpan dalam almari.
So terpaksa lah gigih godek-godek setting segala benda.
Isk.
Time study archi dulu pun tak segigih neh okayy.
Neh siap tertidur masa baca buku manual tu.
Haru sungguh drunbella neh.
Kat sini adalah tempek sikit gambar masa dok testing-testing snap.
Banyak sangat kelemahan.
Tapi tidak mengapa, i akan usaha sampai berjaya.
Ecewah.
Hep hep drunbella.
(^___^)v
Sila jangan gelak tengok photo-photo yang i tempek neh.
Komen lah apa yang patut.
Kalau ada tips yang nak dikongsikan bersama, sangat dialu-alukan.
Btw, i pakai Nikon D3000.
Ada sesapa yang pakai sama macam i?
Ajar i apa yang patot, please!
figure 1
figure 2
figure 3
figure 4