Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Friday, June 18, 2010

Interview VS Cupcake







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sihat?
Semalam i cuti sebab p intebiu di Ipoh.
Haa yang i story telling uols itu hari.
Ahaks.

I gerak dari Taiping seawal jam 6.45am.
Tetiba masa dah nak masuk highway, i tergerak hati nak tengok surat tawaran tu.
Sekali kauuuuuu, i terlupa bawa salinan ic mak abah i.
Terpaksa lah patah balik.
Dah satu hal pulak, ada salinan ic abah jer.
Mak punya takda.
Bebaiiii suda i masa tu.
Jam dah menunjukkan jam 7.15am.
Nak intebiunye jam 8.00am.
Memang redha jer lah masa tu dan dalam kepala otak dok pikiaq masa depanku bakal hancus.

Sampai Ipoh dalam pukul 8.15am.
Terus pergi daftarkan diri.
Urusetia tu check segala salinan sijil yang ada.
Rupa-rupanya diorang tak nak pun salinan ic mak abah.
Ceeehhhhhh.
Kita neh punya lah menggelabah tadi.
Last-last tak guna pun.
Huuuu.
T___T

Jam 9.00am intebiu pun bermula.
I candidate numbe 2.
Tudia.
Style awal nak mampoih.
Tapi takda lah cuak sangat kan sebab dah biasa intebiu.

Masuk jer dalam bilik intebiu, dah kena usik ngan penemuduga tu.
"awak neh yang penyanyi tu ke?"
Hihihihihihihi.
Malu ai.

"sila kenalkan diri anda"

I pun semangat lah dok cerita pasal diri i.
Setel jer i perkenalkan diri, penemuduga tu kata;

"awak neh dah over qualified neh. kenapa nak apply jawatan neh sedangkan kerja awak sekarang dah bagus sangat dah. awak stay jer ngan keje awak sekarang neh."

I was like @#$%^&
*boleh pulak macam tu kan*
I cakap lah kalau boleh i nak keje under gomen sebab kehidupan terjamin nanti.
Then beliau berkata dengan panjang lebar;

"awak tahu tak syarikat awak sekarang neh under kerajaan. walaupun still swasta tapi kerajaan dah lantik syarikat awak untuk buat maintenance di negeri Perak neh. awak xyah risau sebab syarikat awak takkan tutup. selagi orang guna air, selagi tu lah syarikat awak akan beroperasi. sampai kiamat lah orang guna air"

"basic awak dah tinggi, awak dah stay dengan famili, makan, tempat tinggal semuanya dah save kat situ. kalau awak keje kat tempat lain, awak nak kena sewa rumah lagi, kejab-kejab kena transfer ke mana-mana ntah."

"kalau syarikat awak yang sekarang neh, awak dah xyah risau. memang takkan ditukarkan ke mana-mana kan. syarikat awak bukan macam syarikat swasta yang lain. syarikat awak neh kukuh. director pun ada dari LAP kan."

*apahal beliau neh boleh taw semua pasal syarikat aku neh. siap tahu cawangan yang ada kat Perak neh. beliau neh member ngan director syarikat i kut*

"takpa lah kali neh kita sembang-sembang jer lah. tak payah intebiu okayy"

**segala perbualan diselang-selikan dengan gelak ketawa. yup kami kerja ketawa jer. boleh lah pulak macam tu kan.

Itulah antara perbualan kami semasa ditemuduga.
Takda pun tanya pasal deskripsi kerja.
Takda pun tanya pasal isu semasa.
Sekadar perkenalkan diri.
Lepas tu terus melalut ke mana-mana ntah.
Hahahahaha.
Siap boleh ajak i bersembang sebab nak cukup syarat intebiu.
Oh ho.

Time nak keluar pun beliau boleh nak ajak i bersembang lagi.
Dah berdiri dah neh, dah amek folder sijil dah neh.
Ucapan terima kasih dari mulut i neh ada lah dekat 5-6x.
Bajet memang nak keluar bilik dah lah, tapi dok ajak nyembang lagi.
Adoiiiiii.

Keluar jer dari bilik temuduga tu, i tersenyum riang.
Bukan apa, saja nak bagi candidate yang lain cuak tengok i.
Dalam hati depa mesti kata, budak neh mesti dapat neh.
Wakakakakaka.
Padahal awal-awal lagi dah kena reject.
Aheh.
^_______^

Eh lupa nak cakap, semalam i buat cup cake.
1st time buat.
Not bad.
Nice try drunbella.
Hikiks.



tadaaaa.
perisa vanilla sebab terlupa beli serbuk koko.
yang hitam tu chocolate chips.


guna icing, tapi chomot.
1st time kan.
2 color jer sebab bajet kureng.
aheh.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics