Petang tadi opismate i bawak i turun site.
Die nak hantar barang untuk kerja-kerja pembaikan paip.
Mujur die ajak.
Kalau tak mati kutu lah i kart opis.
A'ah i buat OT hari neh.
Cari duit lebih lol.
=)
Then die bawak i pergi kolam ikan arowana.
Alaaa ikan kelisa.
Takkan itu pun tak tahu.
Haih.
Sumpah i teruja okay.
1St die bawak i ke show room.
Banyak gila ikan-ikan yang berkasta tinggi neh.
I jadi jakun sekejab.
Cantik, menarik, tertarik, kau memang da bomb.
Hahahahaha.
^___^
Then pas da snap beberapa pic kart sana, die bawak i ke kolam ternakan ikan berkasta tinggi neh.
Sekali lagi i jadi jakun.
Memang banyak gila ah kolam-kolam kart sana.
Fyi, kolam-kolam ikan kart sana semuanya da ada owner.
Owner yang membuat pelaburan ratusan ribu ringgit.
Termasuk opismate i.
Fuhhhh.
I nak cari rm20 pun terketaq perut.
Inikan pulak ratusan ribu ringgit.
Opismate i beli 1 kolam ikan.
Dalam kolam ikan thu ada 20 ekor induk ikan arowana gold.
Setiap seekor thu berharga rm15,000.
cuba darab dengan 20.
Haaaa.
Terbeliak biji mata kan kan.
Tunggu lah bila induk-induk thu lahirkan anak ikan.
Perghhhh.
Untuk pasaran sekarang, seekor anak ikan arowana gold berharga rm1,500.
Seekor induk boleh hasilkan paling minimum 20ekor.
Cuba darabkan rm1,500 x 20.
Omaigod.
+___+
Itu baru seekor induk yang hasilkan anak ikan minimum 20 ekor.
Belum lagi induk yang 19 ekor thu.
*Blink Blink*
Seekor induk akan hasilkan anak ikan lebih kurang 2bulan sekali.
Ini bermaksud kalau induk begitu subur, dalam setahun seekor induk boleh hasilkan anak ikan sebanyak 6x.
Cuba darab lagi.
Cukup setahun memang boleh kuar skyline sebijik cash kut.
Omaigod.
+___+
Yang paling besh, hanya kuarkan modal tanpa perlu buat apa-apa.
Yang jaga ikan, bagi ikan makan and jual anak-anak ikan semuanya pihak kolam yang akan uruskan.
Contoh kalau ikan mati sebelum kuarkan hasil;
pihak kolam akan bertanggungjawab 100%.
Contoh kalau ikan mati selepas dapat hasil;
pihak kolam and pengeluar modal akan bertanggungjawab separuh-separuh.
Tapi perlu diingatkan.
Once kita dapat hasil, kita da pulang modal+untung.
So kita tak payah fikir apa-apa.
Omaigod.
+___+
I pun sekarang tengah cari modal untuk beli seekor induk ikan arowana gold sebagai permulaan.
Doakan i sukses okay.
I pun nak berjaya macam opismate i jugak.
Tapi macam mana nak dapatkan rm15,000 huh?
Wuuuuuu.
+___+
Layan jer lah gambar-gambar kart bawah neh.
I nak berfikir sekejab.
Ummmm.
Figure 1.
Figure 2.
Figure 3.
Figure 4.
Figure 5.