Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Monday, October 26, 2009

Dugaan ouh Dugaan.



Jumaat lepas i dikejutkan dengan panggilan telefon oleh abang i.


"Mak ada call hg tak?"

"Takda pun. Awat?"

"Abang Li eksiden teruk. Masuk hospital"


Ya tuhanku.
Dugaan apakah ini?

Untuk dapatkan kepastian, i called my mom.
Abang numbe 4 yang angkat fon.


"Abang Li koma. Balik cepat kita p Putrajaya sekarang."


Seawal jam 4pm i telah bergegas pulang ke rumah.
Keadaan masih terkawal.
Mak, abah masih dapat mengawal emosi.

Jam 5.30pm kami bergegas ke Putrajaya.
Abang memecut kereta tanpa perasaan yang apa-apa.
Tidak lagi memikirkan speed trap.
Yang penting harus sampai ke Putrajaya seawal yang mungkin.

Jam menunjukkan jam 9.00pm.
Traffic jammed.
Setibanya di Hospital Putrajaya, kami sekeluarga terus ke wad ICU utk melihat keadaan abang i.
Ternyata keadaan beliau agak parah.
Luka di sana sini.
Berbalut di sana sini.
Namun kami sekeluarga masih kuat.
Kuat menerima dugaan dan ujian sebesar ini.

Mak dan abah menahan air mata seberapa boleh.
I juga tidak terkecuali.
Kental.

Keesokan harinya, abang telah sedar dari koma.
alhamdulillah.
Sudah bisa mengenali mak dan abah.

Hanya kesakitan yang terpaksa beliau harungi.
Doktor terpaksa memberi ubat tidur untuk menghilangkan kesakitan beliau.
Itulah sebaiknya.
Doktor lebih arif tentang hal-hal sebegini.

Dahi dan pipi berjahit.
Tulang pipi patah.
Tangan dan jari disimen.
Patah.
Tulang bahu sedikit terjatuh akibat patah.
Kata doktor tulang rusuk juga bekemungkinan patah.

Hari ini, 26/10/09.
Mak kata abang akan melalui pembedahan untuk memasukkan besi bagi menggantikan tulang pipi yang patah.
Doktor awal-awal lagi sudah berpesan.
Pembedahan yang agak berisiko.
Peluang hanya 50-50.

Mak menangis tidak dapat menahan kesedihan dan kerisauan yang melampau.
I hanya dapat berdoa agar semuanya akan berjalan lancar.
Harap selamat.


Nota Kaki : Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mendoakan abang i.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics