Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, January 24, 2012

Percutian Bajet Pulau Pangkor Part 2




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Sambungan dari percutian bajet ke Pulau Pangkor.
Lepas kami dah siap pasang khemah, lepak2 kat tepi pantai, kami pon amek keputusan untuk ronda2 kat pulau and nak beli makanan untuk malam nanti.
Tapi kenderaan takda.
Jadinya kami tumpang owner Pangkor Rimba Kem untuk pergi ke jeti Pangkor.
Kebetulan dia memang nak p pekan.

Sampai pekan, owner Rimba Kem tu tolong kami carikan kete sewa.
Kebanyakan kete dah dibooking sesiap.
Pastu i teringat member i ada kasi contact no untuk sewa kenderaan.
Abang Jai namanya.
Try laa call mana tau kut2 ada kenderaan yang blom disewa.

Kami bernasib baik.
Ada 2 kete yang masih blom disewa.
Harga kete sewa, Abang Jai tu charge rm100/24hrs.
Tapi masa tu Abang Jai takda kat tempat kete tu.
Dia kata pilih jer nak kete mana 1.
Kunci ada dalam kete.
Nanti nak pulangkan, baru bayar.
Best gila deal macam tu.

Nak dijadikan cerita, Abang Jai just kata kete dia wira aeroback color hijau and color merah.
Yes, memang ada dua kete tu.
Memula kami pilih untuk sewa kete color merah.
Masuk dalam kete, start enjin.
Tetiba ada pakcik datang ketuk cermin.
Macam kami ada buat salah.

Pakcik tu kata better jangan naik kete tu.
Kami pelik laa and tanya kenapa.
Rupa2nya roadtax kete tu dah tamat tempoh.
Ceeettt.
Pastu pakcik tu tanya sewa dengan sapa.
Rupa2nya tu bukan kete Abang Jai.
Kami ikut dan jer naik kete orang.
Hahahaha.

Setel bab kete, kami pon mulakan perjalanan kami.
1st destination is Kota Belanda.
Berbekalkan peta yang tak lengkap, kami pon gerak.
Tetiba masa dalam perjalanan tu, ada sekatan jalan dari abe2 polis.
Uiii mujur tak naik kete yang takda roadtax tu.
Kalau tak, buta2 jer kena saman.

Tetiba polis tu mintak ic and lesen member.
Lagi sekali, kami pelik.
Sedangkan lesen member lambat lagi expired.
Pastu ada sorang lagi polis datang kat i.
Dia tanya dari mana apa semua.
Hensem okay.
Rupa2nya polis tu just nak amek statement sebab kami kan orang luar.
Fuh lega, risau takut kena saman jer.

Setel bab polis, kami teruskan perjalanan.
Pusing punya pusing, tak jumpa pon Kota Belanda tu.
Habis 1 pulau kami pusing kut.
Hahaha.
Rupanya silap jalan.
Dah alang2 sesat, kami teruskan jer laa.
Perjalanan dia agak mencabar jugak.
Jalan bukit bukau, bengkang bengkok.
Dah laa takda hon.

Cukup 1 pusingan pulau baru laa jugak signboard Kota Belanda.
Rupanya dekat jer dengan jeti Pangkor tu.
Dia masuk ikut jalan kampung.
Pheeww.




Tadaa.
Neh laa dia Kota Belanda.
Kecik jer tempatnya.
Tapi ramai orang.
P situ setakat tangkap2 gambar jer laa.

Sebelah Kota Belanda tu ada Batu Bersurat.
Tapi macam takda menda pon.
Memang laa batu bersurat, tapi bukannya bersurat mana pon.
Vandalisme banyak laa kat batu tu.
Sayang betei, tak dijaga.
Umm.
Layan sikit gambar kami kat situ.











Setel tangkap2 gambar kat situ, kami pon gerak.
Kononnya nak carik temple apa ntah tapi tak jumpa pon.
Last2 kami amek keputusan, nak lepak kat Pantai Teluk Nipah jer.
Nak pekena laksa.
Tapi laksa dia super pedas.
Seriously.
Bau tengit umpama dia guna air rebusan cili kering tu.
Hadoi.
Tapi habis jugak laa.
Ayu sampai bengkak bibir.
Hahahaha lawak.






Lokasi gerai tu bebetul tepi pantai.
Best.
Sambil makan sambil menikmati keindahan alam.
(",)
Lepas makan kami pon balik ke khemah.





Saat yang dinanti2kan.
Matahari terbenam.
Tapi time tu hujan renyai2.
But still ada yang mandi kat pantai and so on.
Subhanallah, cantik sungguh pemandangan matahari terbenam neh.
Untung betei khemah mengadap pantai.






Neh antara shot yang i sempat amek laa.
Cantik kan.
Hahahahahaha.
Puji hasil kerja sendiri.





Malam tu hujan jer.
Nak lepak kat luar pon tak boleh.
Tapi memandangkan gadjet dah kehabisan bateri, terpaksa laa keluar sat p charge.
Tempat tu kat sebelah pejabat pengurusan.
Nasib baik ada kemudahan untuk charge bateri.
Sampai tertidur2 laa nak tunggu.
Last2 dapat charge tak sampai separuh sebab mengantuk sangat.

Okay laa stop kat sini dulu.
Next entry i story pengalaman yang sangat mendebarkan.
Cekidaaaauuuutttt!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics