Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy Chinese New Year.
Happy holiday.
Lamanya tak update blog.
Sebenarnya nak tunggu nak update pasal percutian bajet i dengan bff.
Hihihihihi.
21 Januari 2012
I, Ayu and Dayat gerak ke Pulau Pangkor.
Nak release tension laa kononnya.
Memang plan last minute.
Tak sangka plak menjadik.
Tu laa orang kata selalunya plan last minute lagi senang daripada plan bebulan tapi haraaaamm takda hasil.
Pagi Sabtu.
Dayat bertolak dari Bukit Mertajam dalam 0700.
I and Ayu, tunggu kat exit Tol Kamunting.
Dalam 0830 kami pun bergerak ke Lumut.
Kami ikut jalan lama jer.
Ikut jalan Pantai Remis.
Actually, bukan tau sangat pun.
Redah jer.
Tu pun berpandukan GPS sikit2.
Perjalanan ke Lumut kurang dua jam.
Kira dekat laa jugak.
Kereta, kami parking kat bangunan bertingkat area Lumut tu.
Harga dia charge ikut hari rasanya.
Kami parking untuk 1 malam jer.
Harga dalam rm12++ camtu.
Tapi masa balik baru bayar.
Sampai kat Terminal Jeti, terus amek tiket ke Pulau Pangkor.
Harga tiket rm10 pergi-balik.
So jangan buang tiket tu, sebab before balik depa nak check tiket.
Kalau hilang, kena jadik nelayan laa kat sana.
Okay tipu.
Kena denda laa kut.
Hihihihi.
Tiket feri tu tak tetapkan masa pun.
Siapa awal, dia naik dulu.
Ada banyak feri jugak.
Yang i nampak, ada laa dalam 4-5 biji feri.
Rasanya setengah jam sekali kut.
Neh salah satu contoh feri yang disediakan.
Ada dua kategori.
Yang dok dalam feri saja or yang boleh lepak kat luar.
Masa kami p, kami naik yang boleh lepak kat luar tu.
Syiok oh.
Time neh dah nak masuk feri dah.
Kemain depa, eksaited.
Orang tak pernah p Pangkor, memang cemtu.
Hahahaha.
Yang baju putih tu namanya Ayu.
Yang baju pink tu namanya Dayat, nak panggil Ieda pomboley.
Kemain 3 orang neh pakai sunglasses.
Panas kut dok lepak kat luar feri tu.
Gaya kena ada.
(^^,)
I pon gigih p cari sunglasses kat pasar malam.
Eh.
Yang kat atas neh jeti untuk para nelayan punggah ikan.
Majoriti kaum cina laa yang jalankan aktiviti neh.
Yeay.
dah sampai Pulau Pangkor.
Perjalanan dalam 30-45minit kut.
Tak tengok jam laa plak.
Sampai jeti Pulau Pangkor, kami amek teksi van untuk ke tempat penginapan.
See the color, pink gittew.
Hahahaha.
Comel okay.
Penginapan kami kat Teluk Nipah, so dia charge rm15 untuk 1 teksi.
Perjalanan nak ke Teluk Nipah tu sangat adventure.
Jalan bukit, bengkang bengkok.
Driver teksi neh plak bawak laju gila.
Dah macam naik roller coaster.
Pangkor Rimba Kem.
Kat sini laa penginapan kami.
Kami sewa khemah jer.
Chalet, bilik semua fully booked.
Kalau ada pon hat mahal2 jaa.
Kami kan percutian bajet, so khemah sudeeehhh.
Harga khemah rm60/malam.
Tapak khemah kami betul2 mengadap laut.
Memang best gila laa.
Bukak pintu khemah tu terus nampak laut.
Syiok.
Ayu and Dayat gigih memasang khemah.
Sorang-sorang takda pengalaman pasang khemah.
Main hentam jer.
Dah laa angin kuat.
Asyik nak terbang jer khemah tu.
Dah laa depa pasang terbalik.
Memang tak tidur laa gamaknya.
Nak tak nak i kena laa tolong sebab i dah biasa dah buat kerja2 cemnih.
Ecewah.
Yeay.
Akhirnya khemah pon siap pasang.
Lepas pasang khemah, kami pon lepak sat dalam khemah.
Bajet nak rest laa sat, tido.
Tapi panas.
So lepak kat luar jer.
Belakang khemah kami tu ada bangku panjang.
Situ laa port kami.
Okay, cukup laa takat neh.
Panjang sangat dah neh i rasa.
Letih pon tak hilang lagi.
Hukhuk.
Nanti i sambung lagi k.
Cekidaaauuuttt!