Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat hari Jumaat.
Semalam i buat OT.
Macam biasa laa kalau buat OT, mesti tidur awal.
Tak sempat nak tengok cerita kat tv3 tu.
Ramadhan Terakhir ke apa ntah.
Haa neh i nak update pasal kemelut Loewy dengan tokey bengkel.
Semalam i dah call tokey tu.
Hadoi.
Manyak pinin kipala oh.
Lain i suruh buat, lain pulak yang dia buat.
Ada ke patut, benda yang i tak suruh buat, dia p buat.
Semata-mata nak suruh i bayar jugak 1.5k
Pfftt.
Semalam dia kata dia dah pasangkan wheel arch a.k.a makgad kat Loewy.
Padahal i tak suruh pun.
Lepastu dia nak pasangkan rear lamp cover.
I cakap, hat tu i dah ada spare part dah.
Lepastu i tanya kat dia, harga wheel arch tu berapa.
Dia kata dalam 200++ gitu.
I kata kat dia, daripada dia pasang wheel arch baik dia tukar oilseal.
Enjin Loewy kan dah leaking.
Agaknya tokey tu pun dah bebai sebab i asyik call dia.
Terus dia kata;
"OKAY LAA OKAY LAA I BIKIN OILSEAL KASI U"
Puas hati i.
Itu laa lain kali sebelum nak buat apa, patut tanya i dulu.
Neh buat keputusan sendiri semata-mata nak suruh kita bayar macam yang dia cakap.
Mesti lepas neh dia dah phobia nak berurusan orang yang cerewet macam i.
Hahahaha.
Baru dia tau makna peribahasa omputih tu.
"CUSTOMER ALWAYS RIGHT"
Bab-bab duit neh jangan memain yer adik2.
Kita penat cari duit so kena laa gunakan sebaik mungkin.
Nasib baik esok bukan i yang nak p amek Loewy.
Boipren yang akan p amek.
Hahahaha.
(^___^)v