Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Alhamdulillah telah selamat menjejakkan kaki di bumi Vietnam.
Lokasi yang lebih tepat ialah Ho Chi Minh.
Kota yang sesak dengan motor.
Hahahaha.
Dari airport ke hotel, kitorang naik bus jaa.
Tiket bus berharga VND5000.
Kalau korang bercadang nak naik bus, better tukaq duit kecik2.
Sebab nanti dalam bus, dia akan kasi balance syiling.
Masalahnya syiling kat sini macam tak laku.
Pergi memana pon bila nak bayaq pakai syiling depa tak mau.
Heran!
Sepanjang berada di sini, kitorang stay di Song Anh Hotel.
Bilik dah book siap2 guna Agoda.
Murah sikit dari walk in.
Pastu lokasi dia dekat jaa dengan Benh Tanh Market.
Dalam 3-4minit jalan kaki.
Oh by the way, selama 3H2M disini kitorang takda amek pakej tourist.
Redah jalan kaki jaa berpandukan maps yang kitorang amek kat hotel.
Tempat2 menarik untu dilawati pon tak jauh mana antara satu sama lain.
Jadi dah jimat kos untuk pengangkutan.
Lepas check in bilik, kitorang mulakan aktiviti meredah kota HCM.
1st place yang kitorang visit Benh Tanh Market tapi tak leh blah environment dia.
Panas, sesak, semua ada.
Masuk sat jaa terus keluaq.
Pastu kitorang terus menuju ke kedai aiskrim yang femes kat HCM.
VND85,000
Not bad laa rasanya.
Then kitorang teruskan perjalanan ke Revolutionary Museum.
Tiket berharga VND150,000.
Tapi macam tak menarik sangat pon.
Kitorang masuk sat jaa pastu blah.
Hahahaha.
Pengantin perempuan tu kurus.
(^^,)
Macam kereta dalam filem Labu Labi rasanya laa.
Seterusnya kitorang bergerak ke Independence Palace.
Entrance fee berharga VND40,000 termasuk electric car.
Kalau nak jalan kaki pusing2 dalam sana, harga tiket VND10,000 saja kut.
Tapi yang pasti entrance fee and tiket electric car adalah sebanyak yang disebut tadi.
Dalam bangunan tu ada laa bilik persidangan bagai.
Kawasan sekitar dia luas.
Ada cafe, tempat riadah blablabla.
Seterusnya kitorang menapak ke Cathedral Notre Dame.
Klo dah namanya cenggitu harus laa gereja.
Senibina lama yang masih utuh dan masih digunakan untuk upacara keagamaan dan sebagainya.
Pandangan hadapan Notre Dame.
Harus laa posing sekeping dua gambaq.
Hahahaha.
Waktu neh dah petang so memang ramai tourist yang datang amek gambaq bagai.
Gambaq posing neh amek masa last day kat Vietnam.
Sebelah Notre Dame adalah Saigon Central Post Office.
Kat sini bukan setakat pejabat pos tapi juga ada tempat menjual souvenir, money changer, kaunter tiket untuk Water Puppet Show dan lain2.
Kalau nak hantaq poskad pon boleh.
Elok jaa keluaq dari pejabat pos, hujan pon turun.
Ingatkan hujan renyai2 jaa, kitorang pon lintas jalan ke Notre Dame nak balik ke hotel.
Sekali kauuuu hujan lebat.
Terkandas kat tepi Notre Dame.
Basah lenjun dah kitorang.
Mujur gadjet tak kena air.
Kalau tak....... Menangis cheq!
Lama gak laa terkandas kat situ.
Dalam 15min jugak laa then bila hujan dah benti sikit kitorang pon meneruskan perjalanan pulang.
Balik bilik dalam keadaan basah.
Sabor jer laa.
Rehat kat bilik kejab, mandi then baru keluaq balik untuk ronda2 sekitar night market dan dinner.
Makanan halal kat sini boleh tahan mahal.
Pheeewww.
Makanan Vietnam yang sedap.
Dia macam kuetiau halus dan sup daging.
Then ada sayur2 lain untuk dimakan bersama.
Sedap!
Ini harganya VND95,000.
Setel dinner baru laa sambung jenjalan kat night market.
Sebelah Benh Tanh market jaa.
Harga kat night market lebih kurang dengan Benh Tanh Market.
Lebih selesa sebab tak panas.
Hahaha.
Dalam Benh Tanh tu, dah laa panas.
Sempit lak tu.
Memang banyak kedai tapi macam berserabut.
Hari pertama setel untuk segala aktiviti seperti dirancang.
Nanti i update hari ke-2 pulak yer.
Assalamualaikum.
P/s: gambaq semua disnap menggunakan iphone. Yang dalam dslr belum ditransfer lagi. Nanti i dah balik Malaysia, i update terus!