Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, January 15, 2013

Trip To Melaka - Part 2

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Okay sambung trip ke Melaka.
Ready dah?

Hari ke-2 di bumi Melaka.

Seawal 7am dah kuaq.
Breakfast dengan si Faghish and si abg Sani kat kedai mamak.
Nama kedai mamak tu dah lupa.
Harap maaf.
Menu seperti biasa, roti canai and teh tarik.


Faghish
28tahun
Bujang
(^^,)

Memandangkan haritu hari Jumaat, semua pon still bekerja, makanya tak dapat laa member nak teman jenjalan.
Si Faghish humban i kat Bandar Hilir tu dan dia pon terus ke tempat kerja.
Gila laa jenjalan sorang2.
Tapi best jugak.
Memang rasa macam tourist habis time tu.
Bermula laa aktiviti jenjalan dan cuci mata.

Dimulakan dengan Kota A Famosa.
Dari dulu sampai sekarang, cenggitu jaa laa takda pape perubahan.
Hahahaha.
Snap snap snap.
Menapak naik ke atas bukit tu.
Snap snap snap.


Kota A Famosa


Taktau nama apa bangunan neh


Menara Taming Sari
View dari atas bukit

Sepanjang naik bukit tu ada laa orang jual souvenir, lukisan, baju blablabla.
I tak beli papepon.
Cuaca waktu tu panas.
Padahal baru pukul 10am rasanya.
I dah berpeluh macam onggile dah.


Lukisan yang dijual di atas bukit tu

Turun bukit tu menuju ke bangunan merah.
Stadhuys ka ntah namanya.
Tak reti eja dan malas nak gugel tengok ejaan yg betul.
Pepaham sendiri laa.
LOL.


Sejarah
Haa tu ejaan yang betul
Hahahaha


Bangunan Stadthuys


Gereja.


Air pancut.


Menara jam.


Roundabout.

Setel kawasan situ, p pulak kat area Menara Taming Sari tu.
Tapi tak naik pon.
Tengok kemain panjang orang beratur.
Fuuuuhhhh!

Then dah penat jalan, p shopping mall sebelah Dataran Pahlawan.
Sejukkan badan, rehatkan kaki.
Memandangkan macam awal lagi, p cinema kat atas tu.
Tengok ada cite Istanbul Aku Datang.
Beli ticket, tayangan kul 12.30pm.
Sorang2 tengok wayang.
Okay slumber.
Tak ramai orang pon.


Istanbul Aku Datang

Setel tengok wayang, perut pon dah lapaq, menuju ke Mc Donalds.
Lepak kat situ lama jugak.
Nak balik pon tak boleh.
Nak tunggu si Faghish habis kerja, kul 7.30pm.
Memang mati kutu.

Setel makan, sambung aktiviti jenjalan.
P kat muzium kapal.
Tapi kena bayaq kalau nak masuk.
Tengok dari luaq jaa laa.
Hahahaha.


Muzium Kapal
Berapa ringgit ntah nak masuk
Malas nak tanya

Pastu patah balik, lepak kat taman sebelah Menara Taming Sari.
Melangut macam onggile sampai cemuih.
Dah bosan, lepak pulak kat area Menara Taming Sari.
Okay sikit sebab dok tengok gelagat orang.
Tengok pakcik beca dengan beca yang dihias cantik.
Kemain depa pasang lagu gangnam style.
Hahahahaha.


Sekitar Menara Taming Sari
Depa ready nak naik dah tu

Dah nak senja, baru gerak ke Dataran Pahlawan.
Tunggu si Faghish kat situ.
Senang dia nak amek.
Badan super duper melekit.
Satu hari kut dok berjalan.
Gila!


Ini ntah apa nama
I memang fail laa nak ingat nak tempat/bangunan
Maaf!

Time nak balik, ajak Faghish p amek kek jabs.
Ada story di sebalik kek tersebut.
Tapi nanti cerita lain.
Macam dah panjang jaa entry neh.
Next entry laa pulak.
Okay?

Assalamualaikum.

Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics