Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Happy weekend.
Maaf laa dah lama tak update blog.
Terbiar sudah.
Tapi takpa, neh haa i nak update cerita.
Last week i bersama 7 orang sahabat dah bercuti di Pulau Redang.
Kitorang dah plan since bulan 1 rasanya.
Siap booking chalet apa semua.
Tu pon masa booking, bilik tinggal lagi 5.
Nasib baik sempat booking.
Sepanjang berada di Pulau Redang, kitorang memilih untuk stay di Redang Lagoon.
Kitorang amek yang pakej punya.
RM350 termasuk speed boat pergi balik dari Jeti Merang, chalet, makan minum, snorkling, sewa peralatan snorkling bla bla bla.
Sangat berbaloi i rasa.
Tak payah pikiaq apa dah kan.
Aktiviti kitorang kat sana asyik snorkling, makan, snorkling, makan.
Hahahaha.
Dalam pakej tu ada laa 3x snorkling.
Diorang bawak ke 3 tempat.
Salah satunya Marine Park.
Tapi sayang, banyak coral yang dah mati.
Beach boy kata coral neh sangat sensitif.
Mungkin efek daripada pelancong yang datang snorkling yang pakai sunblock apa semua.
Betul laa jugak tu.
Then bila dah ramai orang snorkling, suhu air pon turut berubah.
Coral kan kena air yang sejuk.
Tapi kalau tak nak follow pakej snorkling yang diorang aturkan tu pon boleh.
Kat pantai depan chalet kitorang tu pon boleh snorkling.
Ikan banyak, coral pon cantik.
Just sewa life jacket and alat untuk bernafas tu jaa.
Okay laa, malas nak cerita banyak.
Layan gambar jer laa.
Tu pun i upload sikit jaa.
Nak tengok lebih banyak gambar, boleh tengok kat fb i.
Hihihihi.
Papepun kitorang sangat berpuas hati dengan trip neh.
Rindu Redaaaannnnggggg!
:(