Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.
Selamat berhujung minggu.
Semalam i dapat gaji.
Macam biasa laa bila dah dapat gaji, tibalah masanya melangsaikan segala hutang piutang.
Salah satunya pinjaman Yayasan Perak.
Semalam i p laa bayar kat Bank Mualamat.
Time rehat kan lama hari Jumaat.
Dah tu pulak hujan lebat.
Memandangkan hujan lebat, i singgah laa Taiping Sentral.
Sementara tunggu hujan stop, lunch dulu.
Masa kat traffic light tengah merah, i pon dok laa mengelamun kejab.
Tetiba i terpandang cermin belakang.
I tengok orang belakang dok tunjuk2 something.
I pon buat derk jer laa.
Sekali i terpandang kat wiper loewy.
O meeeeeeeennnn mana pergi wiper loewy neh?
Rupanya dah tercabut.
(*--)
Patut laa orang belakang dok tunjuk2.
Hadoi.
Mujur yang tercabut tu belah penumpang.
Kalau belah pemandu, lingkup.
Nak turun p amek, hujan lebat time tu.
Memang pejam mata jer laa.
Neh dok pikiaq nak kena beli baru laa pulak.
Tengok spare part kat mudah.my tu.
Boleh gagah laa harga wiper arm tu.
Rm300++ okay.
Koyak poket cemnih.
I rasa loewy neh rindukan papa dia kut.
Tu yang lately asik meragam.
Dua bulan dah dia tak jumpa papa dia.
Next month memang nak kena p serah dia kat papa dia laa.
Biaq papa dia jaga pulak.
Umm.