Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Monday, May 23, 2011

Sumbangan Untuk Rumah Anak Yatim di Hulu Langat







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Baru-baru neh kita dikejutkan dengan kejadian yang sangat menyayat hati.
Kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim, Hulu Langat.
Kejadian yang telah meragut 16 nyawa.

Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia.
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan golongan yang beriman.

Di sini i nak share 1 entry dari pengerusi Kelab Kereta Lama.
Beliau ingin membuat kutipan sumbangan untuk Rumah Anak Yatim, Hulu Langat.
Jabs i copy paste entry beliau.



KKL(Kelab Kereta Lama) sedang melancarkan satu tabung derma kilat utk Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa, Jalan Felcra Semungkus, Batu 14, Hulu Langat.

Pada mereka yg bukan dari ahli juga digalakkan utk menyumbang menerusi Tabung ini..

KKL berbangga menjadi medium anda utk menderma ke mangsa anak2 yatim ini..


Sumbangan anda amatlah diperlukan walaupun xseberapa..sikit2 bila dikumpulkan akan menjadi suatu yg amat bernilai buat mereka yg sgt memerlukan..

Sesungguhnya pahala menolong anak yatim amat lah besar..
Hadith Nabi SAW : “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. (riwayat Ahmad)


Bagi mereka yg ingin menderma.
Sumbangan boleh dibuat dari rupa
1. wang ringgit
2. barang2 makanan/baju/selimut dan lain2..

Sumbangan akan diberikan pada Ahad 5 June 2011. Kita akan adakan konvoi kesana insyaAllah



Sumbangan boleh dibuat ke account Bendahari Tabung..Mr.Panjang
Acc : Maybank
Acc No: 102036694123
Atas Nama : Mohamad Fesall Bin Mansor
Selepas Bank in sila SMS ke 0174769575 beserta detail dibawah.
a) Nama penderma
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh bank in
e) Masa bank in


Bagi yg ingin memberi sumbangan Barang2 sila Hubungi Mohd Shuhaizad(Ijad) 0124641821

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(riwayat Ahmad)




keratan akhbar


keratan akhbar


gambar semasa kerja-kerja menyelamat mangsa


gambar yang diambil beberapa ketika sebelum kejadian tanah runtuh



**semua info i ambil dari sini dan forum Kelab Kereta Lama yer**







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics