Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Sunday, February 06, 2011

Cuti CNY : Zoo Taiping Mee Udang




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Amacam public holiday?
Syok?
P mana jer korang?

Cuti kali neh ada laa jugak aktiviti.
Hari Khamis encik Squidward datang Taiping bawak Kak Linda with her sons and Syahman.
Saja datang melawat Zoo Taiping.
Nasib baik i and Syahman orang Perak so dapat laa 30% diskaun untuk semua orang.
Tiket sekarang boleh tahan mahal jugak.
RM12 untuk dewasa.
RM8 untuk kanak-kanak.
Kalau Night Safari lagi laa mahal okayy.
Tapi berbaloi laa sebab kawasan dia luas and banyak jugak binatang.
Semuanya sihat-sihat belaka.
Ekekeke.
(^___^)v

Masa nak menuju ke Zoo Taiping tu punya laa jalan jammed.
Gila betul.
Tapi biasa laa bila public holiday Taiping akan penuh dengan orang.
Ada yang nak p Zoo Taiping.
Ada yang nak p kayuh itik kat Taman Tasik.

Nak dijadikan cerita, tengah dok tersangkut dalam jammed tu tetiba laa pulak minyak kete Loewy habis.
Pergh.
Ini memang betul-betul kerja gila.
Nasib baik encik Squidward neh pandai.
Dalam dok tak leh start tu, Loewy boleh jugak gerak semput-semput.
Hope starter and bateri Loewy nanti tak ranap dah laa.
Kang duit lagi.
Sampai jer kat parking terus encik Squidward pinjam motor penjaga parking, nak p cari petrol.

Sementara nak tunggu encik Squidward cari petrol, i lepak laa dalam kete and tunggu kawan-kawan parking kete.
Tetiba pulak hujan lebat.
Kawan-kawan terus berlari masuk dalam Loewy.
Bayangkan Loewy kan comel jer.
Memang macam sardin dalam tin okayy.
Kelakar betul.
Kesian diorang, basah lenjun.
Nasib baik hujan kejab jer.
Kalau tak, tak merasa laa anak-anak Kak Linda nak masuk zoo.
Hihihihi.

Lepas dah puas pusing kat Zoo Taiping kami terus ke Kuala Sepetang.
Pekena mee udang banjir Mak Teh kut.
Not bad laa rasa tapi bagi i tak laa sedap sangat.
Kuah dia macam kuah sos jer rasa.
Ada 3 pilihan.
RM6, RM10 dan RM12.
Yang paling mahal tu kira udang paling besar laa.
Syahman terus order yang RM12 tu untuk kami semua sebab malas nak banyak songeh.
Dah laa orang ramai gila.
Nak tunggu waiter bersihkan meja pun amek masa.
Pfftt.

Jam pun dah pukul 9pm so diorang decide nak balik Ipoh terus.
Sebab dah lambat kan.
Sebelum diorang gerak, diorang anto i balik rumah dulu.
Plan nak beli durian pun terpaksa cancel.
Lagipun sekarang durian tengah mahal.
Bayangkan 3 biji rm50.
Siut jer.

Nanti ada masa datang laa sini lagi yer.
Boleh kita p piknik pulak.
Kita p Teluk Batik ke mandi laut sambil bbq.
O men so cool.
Tq so much kat Kak Linda and Syahman sebab belanja Bella.
Tq jugak kat encik Squidward sebab bawak diorang datang sini jenjalan.
(^___^)v



**gambar ada tapi kat encik Squidward. tak teringat pulak kata ada amek gambar, so i biarkan dia bawak balik camera i. isk =_='



sumber : stevensys




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics