Friday, May 20, 2011

Drunbella Khoo Terkena Sihir?







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Maaf laa semalam tak sempat nak blogwalking.
Tetiba pulak demam.
Neh pun demam baru kebah sikit.
Semalam i tidur jer.
Nak drive p klinik amek mc pun tak larat.
Malam baru i p.
Tu pun daddy yang bawakkan.
Nasib baik dapat mc.

Btw, apa yang i nak cerita neh tatau laa betul ke tak.
I pun takda laa nak amek serius sangat.
Tatau samada nak percaya atau tak.
Mungkin kebetulan kut.

Orang tua-tua kata kalau mimpi pasal ular tu tandanya kita nak kawen kan.
Tapi berlainan pulak dengan ustaz-ustaz.
I dengar ceramah, kalau kita mimpi ular atau binatang buas maknanya kita mungkin terkena sihir.

Lately i selalu sangat mimpi pasal ular.
I dunno why.
Hari Rabu haritu i mimpi pasal ular lagi.
Kali ni i mimpi ular tu belit tangan i.
Gigih i tepis dia jangan kasi dia belit tangan i.
Lepas tu dia patuk tangan i sampai bengkak.
Tapi i berjaya jugak usir ular tu.

Semalam (Khamis) terus i demam tiba-tiba.
I terjaga pukul 5am kut.
I rasa nak pitam apa semua.
Mungkin jugak efek sebab 1st period kut.
Period pain barangkali.

Neh lutut i ada kesan lebam.
Tapi tak besar laa.
Nak kata i terlanggar apa-apa takda pulak.

Tapi kalau betul ada orang cuba nak buat jahat kat i, atas sebab apa?
Sapa pulak yang tak puas hati dengan i?
Hmm.



**photo kat atas tu i amek kat sini yer**