Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Monday, December 08, 2014

Trip To Cambodia - Phnom Penh







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Macam dah lama tertangguh entry Trip to Cambodia neh.
Tapi Dah banyak lupa sebenaqnya.
Last year punya story kan.
Short term memory.
Huhuhu.


Okay.
Lepas kitorang setel jelajah bumi Vietnam, kitorang bergerak ke Cambodia pulak.
Kitorang naik bus express HCM - Phnom Penh, jam 2pm cemtu laa.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam.


Sebelum masuk ke Phnom Penh, singgah border dulu cop passport.
Malam jugak laa baru nak sampai bandar Phnom Penh.
Sampai Phnom Penh, naik tuktuk ka apa ntah orang panggil tu utk cari hotel.
Kat Phnom Penh kitorang just walk in hotel.
Cari punya cari, dapat bilik kat area riverfront.

Lepas check in, terus jenjalan sekitar bandar sambil cari2 restoran muslim.
Tapi tak jumpa pon masa tu.
Kebetulan masa tengah jenjalan, terserempak dengan geng Malaysia.
Tanya diorang kat mana boleh cari makan.
Diorang suggest kat KFC.
Btw, KFC kat riverfront Phnom Penh tu halal.
So jangan risau, boleh p makan kat sana kalau tak jumpa restoran muslim.

Suasana kat Phnom Penh sesak dengan kenderaan.
Yang sekitar riverfront tu berapa nak bersih sangat.
Gelandangan pon ramai.
Dah tengah malam, anak2 kecil masih bermain2 disitu.
Huhuhu.




The next day, kitorang berkenalan dengan local people kat sana.
Sinan namanya.
He is muslim.
So dia bawak kitorang jenjalan sekitar Phnom Penh.
Dia tunjuk restoran muslim, bawak kitorang p Central Market.


Kalau nak cari cambodian silk, boleh cari kat sini.
Murah dan cantik.
I pon rembat sepasang, ala2 kain songket gitu.
Hahahaha.

Pastu kitorang survey tiket bus untuk ke Siem Reap.
Kebetulan ada sleeper bus, bus gerak tengah malam dan harga amatlah berpatutan.
Petang tu just lepak depan Phnom Penh Royal Palace.


Sunset kat situ cantik gak.
Hihihihi.
Cukup time, Sinan hantaq kitorang ke stesen bus.


Menarik sleeper bus diorang.
Ingatkan style kerusi lebar yang boleh dijadikan katil tu.
Rupanya tak.
Kalau uols penah naik keretapi Senandung Langkawi, trip ke Hatyai yang ada katil tu, haa cemtu laa keadaannya macam bus yang kitorang naik tu.
Sirius menarik!
Sebelum nak masuk dalam bus, kitorang dibekalkan plastik untuk masukkan kasut dalam tu.
So bus tu takkan kotor dengan pasir ka apa.
Bersih.
Perjalanan dari Phnom Penh - Siem Reap mengambil masa lebih kurang 7 jam.

Sampai kat Siem Reap, kitorang dijemput oleh pihak hotel.
Kat Siem Reap memang kitorang dah booking bilik siap2.
Selesai check in, kitorang rest sekejab then keluar utk trip Tonle Sap.

--- BERSAMBUNG ---




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, November 03, 2014

Pre Audit ISO Sukses!




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini ada pre audit ISO.
Actually tak tau pon kata nak datang harini.
Tadi lepas balik dari kedai beli makanan, tetiba officemate kata En Shahir dah otw nak audit.
Pergh menggelabah.

Kebetulan bos pulak mc harini.
Ada borang yang dia blom tandatangan.
Sepatutnya harini kitorang nak setelkan everything yang blom complete.
Mujur laa i dah setelkan sebelum neh.
Tinggal 1-2 borang jaa lagi.
So bos cakap dia nak mai office sementara En Shahir otw ke sini.

Mujur laa masa audit tadi, semua dokumen yang En Shahir mintak tu ada.
Complete.
Siap cop dan tandatangan.
So takda laa isu berbangkit ka apa.
Legaaaaa!!!
(^___^)

So sekarang neh tengah tunggu audit sebenar dari SIRIM jaa laa.
Tarikh 3-5hb Disember 2014.
Hope semuanya berjalan dengan lancar.
Semoga tuhan permudahkan segala urusan.
Aamiin.

Okay takat neh dulu laa kut.
Jumpa lagi next entry.
Assalamualaikum.

**memandangkan pre audit harini sukses, lepak kat office sambil layan movie jaa laa. kekonon meraikan kejayaan laa kan. hahaha :'D




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, October 31, 2014

Weekend Activities - Penang






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Weekend lepas i p Penang dengan family i.
Last minute punya plan.
Dah depa yang nak p sangat, i ikut jaa laa.
Sebab depa tatau sangat jalan area sana so depa harapkan i laa.
Dulu i sekolah kat sana 2yrs.
So tau laa jugak jalan sekitar sana, tapi dok refer gps jugak laa.
Hihihihi.

So sebelum nak gerak, lelaju cari bilik untuk stay kat sana 1 malam.
Disebabkan 3 keluarga yang nak p, jadik kena laa cari apartment.
Lebih jimat kan.
Cari punya cari dapat laa jugak, tapi mahal macam pistol.
Booking kat agoda, charge itu ini so total rm500.
=___="


Hihihihihi mak abah posing atas feri.
Bawak depa jenjalan pulak.
Kekonon celebrate birthday abah sekali laa, awal bulan 10 haritu.
Asyik anak dia jaa yang jenjalan merata kan.
(^___^)




Neh laa view di sekitar Eden Seaview Condominium.
3 bilik tidur, 2 bilik air.
Ada kitchen, tv semua laa.
Cuma tuala tak disediakan.
Mahal sebenaqnya kalau nak diikutkan, maybe sebab lokasi dia sama kut.
Swimming pool tu pulak tak boleh sembarangan terjun.
Kena pakai swimming suit baru boleh terjun.
Pastu kena letak deposit plak rm300.
=___="

Setel check in, rehat kejab then petang tu keluaq cari makanan.
Dinner terus memandangkan dah lewat petang.
Kitorang makan kat restoran cina muslim yang dikatakan femes, siap masuk tv tu.
Apa ntah nama kedainya.
Lupa nak snap gambaq.
Tapi lokasi dia di tepi pantai laa.


Memandangkan time tu dah senja, sempat laa tangkap gambaq sunset.
Cantik sunset haritu.

So setel makan, kitorang pon balik condo.
Plan asal nak jenjalan dulu kat night market Batu Feringgi tu tapi sebab 1 keta dah gerak balik, so yang lain pon ikut balik.
Hmm.
I pulak time tu tetiba sakit kepala.
Balik condo, telan ubat and rest.
Aktiviti malam takda apa sangat, kitorang just lepak kat condo sambil tengok separuh akhir perlawanan bola sepak.


Night view dari condo yang kitorang stay.
Menarik betul.
Suka laa suasana cenggini, aman dan damai.
Hahahahaha.

The next day, lepas checkout kitorang gerak ke Nasi Kandar Line Clear sebab abg teringin nak rasa.
I pon tak pernah rasa walaupun dah berjuta kali p Penang.
Hahahaha.
Mujur laa masa kitorang sampai tu, parking banyak.
Takda masalah nak pusing2 cari parking,
Ambooouuuiiiii kemain ramai orang beratoq semata2 nak makan nasi kandaq depa.
Tapi i rasa macam biasa jaa lauk pauk dia.
Yer laa, lain orang lain seleranya kan.

Selesai lunch kat Nasi Kandar Line Clear, 1 keta nak gerak ke tempat lain.
So yang mana ada neh, kitorang terus ke tempat seterusnya.


Bukit Bendera.
I dah banyak kali dah p sini tapi tak penah cemuih pon.
I suka!


Fyi, harga tiket berbeza okay.
Kalau kita warganegara Malaysia, harga murah sikit.
Pastu 1 tiket kena sertakan 1 mycard/mykid.
Baru laa boleh dapat harga murah.
Pastu ada pulak family package.
Jimat sikit.




I pon tak tau sejak bila ada tempat mangga neh.
Tahun lepas kut.
Tapi dah penuh dah mangga kat situ.
Kerusi yang senget tu pon ada.
Dah nak turun baru perasan kewujudan kerusi senget tu.
Menarik gak laa.
Depa buat macam kat Korea, Paris dll.
Mujur laa masa naik atas, cuaca sangat baik.
Cuma nampak macam berjerebu sikit.
Btw, ada construction kat atas Bukit Bendera tu.
Entah bila nak setel, tak pasti.

Lepas dah habis pusing2, kitorang pon bergerak turun.
Dan terus balik ke Taiping.
Tapi sebelum balik, sempat singgah kat kedai Jeruk Pak Ali.
Kedai dia terletak di tepi highway kat Seberang Jaya kut.
Gaya macam kedai baru bukak.
Sebab dulu takda pon kedai tu.

Kitorang sampai Taiping dalam pukul 6 lebih.
Tak banyak sangat berjalan tempat2 menarik sebab anak buah i demam.
Berjalan dengan cool fever kat dahi.
Hahahaha.
Kesian dia tapi dah alang2 tu, bagi dia makan ubat demam nampak macam okay sikit pastu.

Tamat laa sudah cerita aktiviti hujung minggu i.
Sekarang neh hujung minggu i lebih bermakna sebab start awal bulan 10, kitorang dah tak payah keja hari Sabtu.
Yeay!
(^___^)

Okay cukup takat neh dulu.
See you neh entry.
Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, October 28, 2014

Moist Chocolate Cake with Ganache






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Harini nak share resepi laa.
Last week ntah kenapa tetiba teringin nak makan choc cake.
Tapi nak buat hat bakaq, tak boleh pulak sebab oven kat rumah dah jahanam.
So try google resepi versi kukus punya.
Macam macam versi.
Ada yang simple, ada yang rumit.
Last last i follow resepi dari member i, Ziera.
Cuma resepi untuk ganache jaa i follow resepi kat google tapi i dah lupa dari blog siapa.
Huhuhuhu.
Okay meh tengok bahan bahan yang diperlukan.

----------

Bahan-bahan untuk kek

1 1/2 cawan tepung kek
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula (i guna 3/4 cawan jaa sebab takmau manis sangat)
1 cawan minyak masak/sayuran
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur (i guna size sederhana besar)
esen vanilla

**kalau pakai tepung gandum, tambahkan 1 sk baking powder, 1 sk soda bikarbonat

Cara Penyediaan

- Campurkan serbuk koko, minyak, gula, susu pekat dan susu cair ke dalam periuk dan masak di atas api yang kecil sehingga semua bahan sebati
- Pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang
- Campurkan adunan telur dan tepung ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga sebati menggunakan kaedah kaup balik
(Pastikan adunan tersebut tidak dikacau terlalu lama untuk mengelakkan kek menjadi keras dan bantat)
- Isikan adunan ke dalam bekas plastik 
- Kukus kek selama 30-35 minit atau sehingga kek masak
(Panaskan dahulu periuk kukus sehingga air betul betul mendidih, baru masukkan bekas kek ke dalam periuk kukus dan tutup bekas kek dengan penutup/aluminium foil agar air wap tidak menitik ke dalam kek)

Bahan bahan untuk ganache/topping

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
2 sb minyak

Cara penyediaan

- Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api yang kecil sehingga sebati
(Jika adunan coklat terlalu pekat dan terlebih manis, masukkan susu cair mengikut citarasa)
- Tutup api dan sambung kacau adunan coklat agar tidak berketul
- Tuang adunan coklat ke dalam bekas kek yang telah masak

----------

Mudah kan.
Tak banyak bahan pon yang digunakan.
Majoriti bahan bahan yang digunakan memang dah dok ada kat dapoq.
Cuma beli serbuk koko jaa laa.
(^___^)v

Untuk mengelakkan kek uols tak menjadi, kek keras, kek bantat, kek mendap, boleh laa baca di - sini - yer.
Selamat mencuba!!!

Okay tu jaa laa kut untuk kalini.
Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, September 09, 2014

Ho Chi Minh Day 2




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Yuhuuu...

Okay nak sambung story sebelum neh.
Sebelum kita masuk bab Phnom Penh, ada sedikit lagi yang terlupa pasal Vietnam.
Last day kat Ho Chi Minh, malam tu kitorang p tengok Water Puppet Show.
Entrance fee USD8 kalau tak silap.
Persembahan dalam bahasa Vietnam, memang tak paham apa depa cakap.
Tapi kalau tengok daripada lakonan patung2 tu, boleh paham kut jalan cerita depa.
Jalan cerita dan persembahan sangat menghiburkan.
Rugi kalau tak p.



 Main entrance


Dia lebih kurang macam wayang kulit laa.
Ada tukang karut semua tu.
Cumanya water pupper show neh, patung dok belakon, menari dalam ayaq.
Patung tu di control oleh pelakon2 belakang pentas.
Depa dok berendam dalam ayaq sama kut.
Hihihihi.


Okay tu jaa laa penutup cerita Vietnam.
Next entry i akan story pasal perjalanan dari Ho Chi Minh ke Phnom Penh pulak.
Assalamualaikum.

P/s : Kualiti gambaq kurang memuaskan sebab amek dari fb jaa.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, April 21, 2014

Vung Tau, Vietnam Day 2




Assalamualaikum dan 1 Malaysia.
Hye peeps.

Setelah berbulan bulan tak update blog, harini tetiba sedikit rajin.
Hahahaha.
Dasar pemalas hg neh bella.
Last entry pasal day 1 Vietnam kalau tak silap i.
(^___^)

I sambung sikit sikit laa pasal trip Vietnam itu hari.
Dah banyak lupa pon.

Day 2 di bumi Vietnam, kitorang merancang untuk ke Vung Tau.
Ada dua cara untuk ke sana.
1- kenderaan darat
2- hydrofoil boat

Kitorang memilih untuk naik hydrofoil boat ke Vung Tau.
Apa yang ada kat sana?
Cekidaaaauuuuuutttttt gambaq!



Tiket hydrofoil boat.
Tapi dapat info dari seorang member, katanya hydrofoil boat dah tak beroperasi dah.
Sebab ada kes boat terbakar.
So depa dah stop operasi.
Kalau nak ke Vung Tau, kena guna jalan darat.
Nasib baik laa i sempat merasa.
Hikiks.


Beratoq nak naik boat.
Gittew.


Macam feri nak ke Langkawi jaa lebih kurang.
Hihihihi.


Tugu atau signboard untuk ke puncak yang ada patung Jesus Christ.


Pemandangan dari bukit apa ntah.
Cantik dan tenang jaa.


For your information, Vung Tau neh lebih kurang macam Rio De Janeiro sebab patung Jesus Christ tu laa.
Patung neh besaq.
Terletak di atas puncak bukit.




Nampak tak tu?
Patung Jesus Christ di atas puncak bukit.
Time neh dah tengahari.
Punya panas and terik tapi sebab dah jenjalan, tak pikiaq apa dah.
Stanby air mineral jaa sebab dahaga.
Hahahaha.


Di sini terdapat 1 theme park.
Macam macam ada kat sini.
Untuk ke theme park neh, kena naik cable car.
Best.


Pemandangan semasa dalam perjalanan nak ke theme park naik cable car.


Rumah mewah di lereng lereng bukit.
Awesome!


Kitorang berpandukan maps neh laa sepanjang berada di Vung Tau.
Beli kat makcik jual maps.
$1 kut rasanya.
Oh sepanjang kat Vung Tau, kitorang sewa motor.


Penah naik roller coaster yang dipandu manual?
Haa kalau nak merasa naik, datang sini.
Kita sendiri yang control kelajuan roller coaster tu.
Nak laju, nak slow, control sendiri.


Neh laa kaunter tiket and tempat nak naik cable car untuk ke theme park.


Sang penulis dan aktiviti lompat berpisah tiada.
Hahahaha.


Pemandangan di atas puncak theme park.
Nampak padat kan dengan bangunan bangunan kat bawah tu.
Tapi hairan sebab kenderaan di atas jalan raya boleh dikira dengan jari.
Lengang.
Tak tau laa plak kalau weekend depa memang melepak kat dalam rumah jaa.
Hihihihi.


Water park pon ada.
Kitorang tak tau ada water park kat sini, so takda laa bawak baju spare.
Kalau tak boleh berendam.


Boleh naik kuda.
Free jaa, nak naik berapa kali pon takpa sebab dah termasuk dalam entrance fee.
Puas hati.


Nak acah acah macam cinderella pomboley.
Hahahaha.


Selain gambaq tersebut, ada macam macam lagi aktiviti yang boleh dilakukan.
Nak tonton 5D filem pon ada.
Pendek kata, berbaloi laa p kat theme park neh.
Semua ada.
Jyeah.

Lepas seharian di theme park, kitorang pon balik ke Ho Chi Minh.
Mujur laa sempat kejar boat.
Elok kitorang naik boat, boat pon bergerak.
Pheeewwww.

Oh masa kitorang kat Vung Tau, pusing pusing town dia, kitorang tersesat.
Pasalnya kitorang nak lari dari polis jaa pon.
Last last terpusing 1 pulau.
Hahahaha.
Dah laa tersilap masuk lorong.
Sana kan jalan dia terbalik.
Kitorang pon dah terkonfius kejab.

Berkenaan harga tiket, maaf laa i memang dah terlupa.
Atau korang boleh google info.
Ada rasanya pasal harga tiket theme park tu.

Okay tamat cerita pasal Vung Tau.
Maaf kalau kualiti gambaq kurang memuaskan.
Copy dari facebook jaa neh.

Sehingga bertemu lagi di entry akan datang.
Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics