Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Thursday, December 30, 2010

Kereta Dah Jumpa Dah




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat malam semua.

Pagi tadi i ada post entry pasal kereta hilang kan.
Haa, alhamdulillah kereta tu telah berjaya dikesan kembali.
Si pencuri kereta tu tak reti bawak kereta agaknya.
Kereta tu terbabas naik atas divider jalan lepas terlanggar pokok baru tanam.

Mujur kereta tak banyak kecederaan.
Yang tak boleh blah tu siap boley pasang radio.
Munguks punya pencurik.

Kini abg Atang boleh menarik nafas lega sebab kereta kesayangannya telah ditemui semula.
Lepas neh kena lebih berhati-hati laa kan.
Kunci kereta betul-betul.
Pagar rumah tu jangan dibiarkan terbukak time malam.
Pencurik sekarang ada macam-macam.
Kut yer pun nak curik, curik laa kereta yang baru, berbaloi laa sikit.
Neh kereta oldskool jugak depa nak rembat.
Sular sampai mampoih baru depa taw.
Huh.

Okayy laa nak pack barang.
Esok nak p Kualala Lumpur celebrate New Year.
Dah hidup 24tahun, ini laa 1st time nak celebrate kat luar.
Jakun disitu ya.
See u guyz tomorrow.
--XOXO--




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Cilaka Si Pencuri Kereta




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Good morning peeps.

Tahniah pasukan bola Malaysia dah menang semalam.
Sedang kita tengah bergembira meraikan kejayaan pasukan bola sepak negara, one of my friend terpaksa berputih mata di atas kehilangan kereta kesayangan beliau.
Mari i paste detail kereta yang hilang tu.
Kut laa korang terserempak ke terselisih tengah jalan ke kan.
Boleh jugak membantu friend i neh.
Umm.
=_='

----------------------------------------------------------------------
*salams*

ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR!

Sahabat sekalian!
Subuh Khamis 29 Disember 2010 - Depan Umah di SG2 Taman Sri Gombak, Selangor
Olskool aku ilang - dipercayai dicuri / dilarikan.
Harap rakan2 dapat membantu aku jejaki semula ...

SPEC KETIKA HILANG
- Datsun Bluebird
- 510 SSS
- Kaler kuning
- Plet BAM1238
- Depan rim 14" SSR Mesh
- Belakang rim 14" cengkih type
- Grill depan 1.6 coupe - mata ketam


gambar diambil selepas diistiharkan pemenang kategori Super Karat Kamikazi
pada Olskool Mega Gathering (OMG2010) di Mersing, Johor.

Sebarang maklumat, bleh hubungi aku kat 0192537053 - 24jam
Aku dahulukan dengan jutaan terima kasih..

^Mr Atang^

----------------------------------------------------------------------


So guyz, kalau korang terserempak dengan kereta neh, please buat report polis or apa-apa jer laa.
Asalkan kereta neh dapat dikembalikan kepada ownernya kembali.
Korang nak hentak pencurik tu sampai lunyai ke up to u.
Thanks kerana membaca.



**minggu lepas kereta mini hilang. harini neh datsun pulak. grr~




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, December 28, 2010

Semalam Syok Harini Phobia




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Gud morning peeps.

Semalam i tak post entry kan.
Whole day meeting ISO wtf tu.
Start jam 9am++ sampai laa jam 4.45pm++ macam tu.
Gilaa.
Tapi jam 1pm tu rest laa sat kan.
Kalau itu pun tamau nak stop, memang i meghoyan dalam bilik meeting tu jugak.
Ngee.

So semalam, semuanya telah berjalan dengan lancar.
Part i takda masalah.
Tak kena ACR.
ACR tu kira macam borang ketidakpatuhan laa.
Cuma i kena update here and there sikit-sikit jaa.
Alhamdulillah.
Tak sia-sia i buat OT time public holiday and weekend.
(^___^)v

Bila semalam dah happy-happy, harini pulak sesuatu yang buruk telah berlaku pada i.
I nyaris-nyaris eksiden masa nak datang keje tadi.
T___T
Memandangkan mini Loewy i still kat bengkel, i pun guna kete daddy buat sementara waktu.
Tapi nak dijadikan cerita tadi entah macam mana tengah-tengah dok speed nak p ke office tiba-tiba bonet depan tu terbidas ke cermin depan.
OMG OMG OMG.
I menggigil ketakutan.
1st time okayy jadik macam neh.
Dengan tak nampak jalan, i terus kasi signal ke kiri untuk ke tepi jalan.
Mujur time tu takda treler, takda kete.
I main belok jer taw.
Menggelabah tak ingat dunia.

Elok parking jer tepi jalan, ada pakcik tu datang tanya kenapa.
I pun habaq laa tiba-tiba jaa bonet tu terbidas.
Mujur cermin depan tu tak pecah.
Kalau tak, mesti lagi parah.
Bila pakcik tu check, dia kata tempat clip bonet tu dah tak function.
OMG OMG OMG.
I terus call daddy bagitaw pasal hal neh.
Rupa-rupanya pagi tadi masa daddy check air apa semua, dia terlupa nak tutup rapat bonet tu.
Careless disitu ya.
Kawan-kawan, please sebelum nak pergi memana check dulu habis-habisan kondisi kenderaan anda.
Malang tidak berbau.
Huhuhu.

Sementara nak tunggu my abang hantar kete dia, i call boipren.
Takut, menggelabah, phobia punya pasal i siap nangis-nangis kat dia.
Macam bodoh jer i menangis.
Pfftt.
=_='
Dia pun cool kan i supaya jangan nangis.
Adei malu jaa i neh.

Bila abang i dah sampai, i naik kete dia plak.
Bawak pun slow-slow jaa.
Badan still menggigil.
Huhuhu.
Sampai office, mommy call.
I nangis lagi sekali.
Eish banyak pulak air mata i neh.
Pfftt.
I kalau bab-bab macam neh memang senang nangis.
Err.

Mujur Allah masih sayangkan i.
Kalau tak tadi, tataw laa apa akan jadi.
Mujur time tu takda treler, takda kete lalu lalang.
Kalau tak, situ memang jalan treler dok lalu-lalang and parking tepi jalan.
Syukur sangat-sangat i selamat, takda pape yang buruk berlaku.
Alhamdulillah.

Kesian daddy, dia punya laa jaga kete dia tu.
Tengok-tengok jadik macam neh pulak.
Bonet depan tu kemek.
Pastu kat atas tu dah terkopek sebab bonet tu terbidas sangat kuat.
Cuba korang bayangkan bonet yang berat tu bila terbidas kat cermin depan apa jadi???
Huhuhuhu.
T___T




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, December 27, 2010

Pre-Penentuan




Hmm.
Semoga pre-audit ISO wtf neh berjalan dengan lancar.
--AMIN--




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, December 26, 2010

Loewy Tak Suka Aku Kah?







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Happy weekend peeps.

Harini i buat OT lagi.
Huhuhu.
Dan harini jugak harini paling-paling menguji kesabaran bila Loewy mati lagi di tengah jalan.
Bajet nak masuk OT pukul 9am.
Tapi disebabkan Loewy buat hal terpaksa laa masuk lambat.
Mujur ada pakcik baik hati tolong i.
Tapi last-last sekali i jugak yang berjaya menyelesaikan masalah.
Agaknya Loewy cuak kut bila pakcik tu kata nak panggil lori yang towing tu.
Lepastu terus Loewy boleh hidup.
Selamaaaattt duit i.
=_='

Masuk OT pukul 9.20am terus gigih buat kerja yang belum siap.
Sambil-sambil tu online sat, bw and so on.
Pukul 1.30pm cabut balik.
Elok nak keluar simpang office tu Loewy sekali lagi mati.
Kali neh betul-betul mati tengah jalan, tengah simpang tak sempat nak move ke tepi jalan.
O men.
Loewy Loewy Loewy.

Nasib baik ada abang tu benti and tolong tolakkan Loewy ke tepi jalan.
Bahaya kan dok tengah-tengah jalan.
Adei.
Malu berkati-kati laa harini.
Tapi kali neh i dah handal sikit dah.
I goncang-goncang fuel pump tu sampai dia berbunyi-bunyi.
Lepas tu, tadaaaaaaaa enjin dah hidup.
Bawak pun slow-slow jer.

Otw nak balik rumah tu tengok ada bengkel bukak.
I pun singgah ler kejab.
Abang pomen tu kata fuel pump patut kena tukar sebab dia dah tak kuat nak sedup minyak.
Esok memang nak bawak p bengkel pun sebab nak tukar water pump yang baru.
Hmm alang-alang tu boleh suruh tukar fuel pump sekali laa.
Waa bersiap sedialah wahai duit.
=_='
Berpeluh.


**boipren marah sebab bila Loewy kat tangan i jaa asik mati. dia pun pelik bin ajaib. kenapakah?




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, December 25, 2010

Lovely Couple Angora













**baru beli tadi**




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, December 24, 2010

Hari-Hari Kena Tipu







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye semua.
Esok public holiday.
Ada apa-apa plan kah?

I tak boleh p mana-mana pun.
Sedihnyaa.
Isnin neh i ada pre-audit ISO wtf tu.
So sangat laa kalut nak settlekan everything.
Semalam buat OT.
Harini buat OT.
Esok pun buat OT.
Nasib baik boleh claim OT kan.
Kalau tak, jangan mimpi laa nak kerja lebih masa neh.

Tadi boipren datang opis, anto Loewy.
Ekekeke.
Tapi kan memula tu sakit hati jugak.
Dia tipu i hidup-hidup taw.
Huh.

Tengahari tadi i call dia pukul berapa nak gerak mai Taiping.
Dia pun kata dalam 4pm dia nak gerak.
So pukul 4pm i call dia lagi, then dia kata dah on the way.
Pukul 5 i call lagi nak tanya dia dah kat mana.
Dia tak jawab call.
I call dia banyak kali okayy.
I dah cuak tak sedap hati.

Kereta rosak kah?
Roadblock kah?

Last-last dalam 5pm lebih tu dia miscall.
I pun call dia balik.
Dia kata Loewy rosak kat Juru.
O men, i dah kecewa dah kat situ.
Dia kata dia dah mati kutu tataw apa yang rosak.
Check semua okayy jer.
I nak tanya member dia tak kasi sebab dia kata dia dah call member dia mintak tolong.
I pun macam berserah jer la, hope selamat sampai apa semua.

Then dia tanya laa nanti sampai Taiping cemana nak p opis.
I pun story laa itu ini.
Lepas tu kan.....................
Tetiba dia kata cuba tengok kat pintu.

@!$%^&*#
Dia dah sampai.
I mati-mati ingat Loewy betul-betul rosak.
Grr.
Saja laa kan nak bagi kita risau.

Sejak akhir-akhir neh dia suka laa dok pekena i.
Yang i pulak walaupun dah memang taw dia suka ayam-ayamkan i, lagi boleh percaya dia.
Adoi.
Patot laa dia suka panggil i pembaris.
Pembaris pun tak lurus macam i.
Ngee.
=_=

Now dia dah on the way back to Kualala Lumpur dengan kancil kesayangan i.
Hope dia selamat sampai.
Aminnn.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, December 23, 2010

2010 Tahun Menghabiskan Duit







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
How are u today?
Hope sihat laa eh.

Hmm.
2010 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi.
Apa yang korang dah capai sepanjang tahun 2010 neh haa?
Mesti macam-macam kan.

Ada saat-saat yang menggembirakan.
Tak ketinggalan jugak saat-saat yang penuh dengan kesedihan, huru-hara dan macam p***t.
Betul tak?

I sendiri sepanjang 2010 neh macam-macam yang i lalui.
Yang tak-boley-blah tu tahun 2010 adalah tahun yang paling banyak gunakan duit.
Shopping shopping shopping.
Gila sungguh.
Mari i listkan benda-benda yang i dah beli, yang i ingat lah.

----------------------------------------------------------------------

1 - Baju, Beg and Aksesori
i tataw laa berapa yang i dah spent untuk beli barang-barang neh. every month paling kurang i akan beli sehelai baju. pergh. kalau check kat transaction bank boleh taw laa kut berapa jumlah semuanya. huhuhu. okayy malas nak check nanti i menangis

2 - Konsert Double Trouble and Teater Cuci The Muzikal
1st time i p tengok konsert and teater. tiket dia boleh tahan mahal jugak. tiket konsert DT tu berharga rm70. tiket teater tu pulak rm123. tu belum termasuk tambang tiket bus and makan minum sepanjang dok p ke Kualala Lumpur tu. huhuhu

3 - Nikon D3000
hat neh memang idaman i laa kan. puas hati bila dah dapat. masa i beli tu harga lebih kurang rm1600. then beli speedlite rm450+lens filter ke apa ntah rm50. okayy menangis lagi

4 - Mini Clubman
ini paling menangis laa. i beli dengan harga rm7000. minat pada dia dah lama cuma betul-betul serius nak memiliki mini masa tengok Majalah 3 yang depa story pasal bengkel modifikasi mini kat Kualala Lumpur tu. bila pemilik bengkel tu kata mini paling senang nak dapat sparepart and murah berbanding kete oldskool yang lain, terus terdetik nak beli. sebulan lebih i riki-riki kat mudah.my and finally i berjaya jugak memiliki sebiji Mini Clubman. o yeay

----------------------------------------------------------------------

Hat tu yang syok-syok laa punya story.
Yang tak syok pun ada jugak.
Macam abang i eksiden.
Mommy kena lipan bara sampai kena tahan wad.
I pulak tak dapat sambung belajar.
Interview keje semua fail.
Niat nak p Australia tak kesampaian, lagipun i dah guna duit tu untuk beli Loewy.
Okayy laa tu kan.
P enjoy duit habis macam tu jer.
Beli Loewy kita boleh nampak dia so tak laa rasa membazir.
(ayat memujuk hati)

Hmm, nak wish Happy New Year macam awal lagi.
Takpa laa nanti nak dekat 1hb i wish laa eh.
Ekekekekeke.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, December 21, 2010

Semua Dah Settle Dah




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Waa harini memang betul-betul menguji kesabaran betul lah.
Macam-macam hal berlaku.

Tapi semuanya dah settle.
Roadtax dah dapat.
Loewy pun dah sihat seperti sediakala.
O men.
Sangat bersyukur.
Alhamdulillah.
(^___^)v

Tapi untuk lebih selamat, i terpaksa keluarkan duit untuk gantikan water pump yang baru.
Yang lama tu dah leaking.
Boleh laa kalau nak bawak jenjalan tapi kena always bawak air spare laa.
Takut radiator kering nanti.
Huhuhu.
Now tengah survey harga.
Dapat yang murah and elok, terus rembat laa.

Tadi masa p buat roadtax rasa bebai and nak menangis.
Dah laa tataw apa-apa.
Banyak gila dokumen nak kena isi.
Ikutkan memang roadtax dah tak boleh bawak keluar tadi.
Ada borang yang tak complete.
Ada 1 borang tu kena cop pesuruhjaya sumpah.
But the prob is, owner lama (anak si mati) kena ada bersama-sama.
Cemana dia nak hadir kalau dia ada kat KL nun.
Dah laa yang jual Loewy tu silap isi borang.
Tu yang jadik kelam kabut.

Then, patutnya Loewy kena p test Puspakom 2x.
Sebab pertukaran nama melibatkan 2 orang.
1st, si mati kepada anaknya.
Lepastu untuk pertukaran dari anak si mati ke nama i kena masuk balik Puspakom.
Masalahnya result Puspakom tu ada 1 jer.
Mujur abang willing nak bantu.
Tu pun kena jumpa pengarah JPJ.
Atas budi bicara pengarah JPJ tu, akhirnya prob selesai.

So moral of the story, jangan beli kereta orang yang dah meninggal.
Proses pertukaran nama memang rumit gila okayy.
=_=




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Bad Day




TAK DAPAT SETELKAN ROADTAX LAGI SEBAB TAKDA COP SUMPAH.
LOEWY TETIBA MATI TENGAH JALAN.
SAYA MOODY SEKARANG.
RASA MACAM NAK SUMPAH SERANAH.
BUKAN PADA LOEWY TAPI KEPADA ORANG YANG ADA COP SUMPAH TU.
--BYE--




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Roadtax





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Satgi i nak p JPJ.
Nak setelkan Loewy punya dokumen apa semua.

Wow so eksaited.
Nanti dah tukar nama, dah ada roadtax boleh laa jenjalan dengan tenang.
Tak payah nak takut-takut dengan roadblock apa semua.
Yeay.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, December 19, 2010

Taknak Cerita Pasal Hanis Zalikha, Nak Cerita Pasal Lain




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat petang peeps.
Harini orang kecoh-kecoh Hanis Zalikha masuk paper.
Tapi i tak nak carita pasal beliau.
Beliau dah terlalu femes.
Bagus bagus.

Entry neh nak cerita pasal photo yang di upload oleh Oh! Media di fb.
Photo pengantin perempuan yang separul bogel (?) di majlis akad nikah.
=_=
Pendapat korang bila tengok photo tu cemana?
Adakah pengantin perempuan tu terlupa nak pakai inner?
Atau adakah pengantin perempuan tu sengaja berpakaian macam tu sebab dia rasa seksi?

Macam-macam yang berliga di fikiran i.
Takkan laa masa dia tengah dok bersiap tu mak andam tak perasan.
Kawan-kawan dia, sedara mara dia takkan buta kut.
Atau depa tak berani nak tegur.
Kan ada setengah orang macam tu kan.
Tak berani nak tegur takut nanti orang tu malu.
Contoh macam neh.

Si A nampak taik hidung si B terkeluar tapi si A neh takut nak tegur sebab takut Si B akan malu.
Eh, bolehkah begitu?
Tapi kalau Si A biarkan Si B, lagi laa Si B akan dapat malu sebab orang dok pandang taik hidung Si B.
Hahahaha.
Contoh tak boleh blah tapi itulah realitinya.
Kan kan kan.
(^___^)v



neh dia photo yang dimaksudkan tu.
sumber : Oh! Media




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Blogwalking Sampai Lebam




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Happy weekend peeps.
Apa plan harini?

I tataw nak buat apa.
Mungkin satg kut nak kemas bilik.
Dah lama tak kemas.
Dah macam kapal pecah dah.
Wuu.
=_=

Ataupun harini i nak blogwalking sampai lebam.
Yeah.
Mood untuk blogwalking datang balik setelah beberapa hari/minggu ia tak kunjung tiba.
Ekekekeke.
Nanti-nanti i sampai ler kat blog korang yer.
Cekidauttt.
--XOXO--




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, December 18, 2010

Apa Lagi Mahu Tukar? Mari Sini Cakap




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
I baru bangun tidur.
Huhuhu.
Sedar-sedar jer bukak fb bersepah-sepah orang post Malaysia menang bola.
Rasa bangga laa sikit jadi rakyat Malaysia.
Kalau tak asik hampa jaa.
Umm.
Well done Malaysia.

Pagi tadi awal-awal lagi i dah DIY tukar rear lamp Loewy.
Kan pecah masa beli kan.
So i dah order yang lain sekali ngan wiper.
Wiper yang lama tu pun huru-hara dah tengok.
Habis calar cermin.
=_=

Tapi wiper i tak reti pasang sendiri.
Mini punya wiper macam pelik sikit daripada kancil.
So petang tadi i bawak pergi jumpa pomen.
Bila pomen nak tukar, dia kata kepala blade tu terlebih besar.
I dah lemau dah.
Mujur pomen tu bijak, dia amek getah blade yang baru tu bubuh kat blade yang lama.
Walaupun tak perfect 100% tapi boleh laa dia nak wipe air hujan nanti.

Actually nak suruh pomen tu perbetulkan signal sama.
Signal belah pemandu tu tak function.
Tapi terlupa plak nak habaq.
Dok kalut suruh pomen tu tengok enjin.
Pomen tu kata enjin Loewy takda masalah cuma kena beli valve cover gasket jer.
Nanti enjin takda laa leaking lagi.
I ingatkan mahal sangat, rupanya rm15 jer pun.
Ekekeke.
I dah order kat member dah.
Nanti-nanti sampai ler poslaju tu.
(^___^)v

Lepas dah balik rumah baru teringat signal tak buat lagi.
Dah satu hal i nak kena keluar balik.
Padahal memang syok keluar banyak-banyak kali bawak Loewy.
Hahahaha.
Signal pun takda laa mahal mana.
Bulb dia dah terbakar.
rm2 jaa.

So far Loewy takda buat masalah pada i.
Bagus dia.
Tu pasal laa i sayang Loewy sangat-sangat.
Kancil i tu pun takda masalah jugak.
Tapi sedih sebab nanti kancil tu dah takda kat i.
Boipren amek alih pakai.
Hang pakai hang bayaq naa encik squidward.
Hahahaha.

Hari Isnin i akan start bawak Loewy pergi kerja.
Padahal Roadtax belum ada tu.
Tapi takpa, Isnin nanti nak p JPJ untuk tukar nama and buat roadtax terus.
Siap laa duit lagi.
Mujur roadtax rm20 jer kut.
Best best.



patot laa aku bangun awal harini.
rupanya gigih nak ganti rear lamp baru.
ekekeke.
=_=




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Lori Elianto Terbalik


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat pagi semua.
Wah pagi betul i bangun harini kan.
Padahal harini i bukannya kerja pun.
Haish.

Okayy okayy.
Semalam after i balik kerja, i singgah Taiping Sentral jumpa 2 bff since kecik lagi.
Jiran i dulu-dulu.
So kami pun p laa hooha hooha seketul dua.

Then member i kata nak cari eyeliner so i kata jom kita p Elianto.
Sekali kauuuuuu, depa tengah dok buat sale sampai 70%
Gilaa mak nenek tengok harga.
Member i apa lagi, borong laa apa yang berkenan.
Lipgloss rm4.
Pencil Eyeliner tu rm8 kut.
Kalau StayOn Eyeliner yang jenis marker tu berapa belas ntah harga dia.
Mur-mur okayy.

I?
I tak beli apa-apa pun.
Sekadar mencuci mata jaa.
Kahkahkah.
I kan miskin sekarang neh.
Semalam baru ada duit sikit, terus p bayar bil telefon.
Fuhh lega rasanya telefon dah bernyawa.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, December 17, 2010

Mood Tunggang Langgang




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat hari Jumaat.

I tataw laa apa kena dengan diri neh.
Lately, perangai malas i datang bergolek-golek.
Malas tahap manusia laa.
Banyak benda penting i tangguh buat sebab malas.
Eishh sangat tak bagus.
Im so sorry.

Mood pulak dah huru-hara sekarang.
Sampai i dikatakan dah berubah.
Apa yang berubah pun tataw.

Sekarang neh i mengalami zaman kegawatan ekonomi yang sangat dasat.
O men.
Bil telefon pun i tak mampu nak bayar.
Orang sms banyak-banyak kali tapi i tak reply.
Nak buat macam mana, line dah kena barred.
Sadis sungguh.
Nanti orang kata i sombong plak.
Nak call boipren pun dah tak mampu.
Mommmmyyyyy.
T____T

Harini hari ke-dua i sakit urat tengkuk.
Neh lagi 1 masalah.
Tataw pasal apa.
Nak kata salah tidur, sakit dia bukan macam neh.
Nak kata kena darah tinggi lagi laa bukan.
Setiap kali check tekanan darah asik dok rendah jaa.
Why baby why?
Hmm.

Moody laa macam neh.
=_=
Bye.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, December 14, 2010

Lepas Jugak Habuan Tukar Minyak Enjin




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sihat ke kawan-kawan?
Baguuusss.

Maaf laa dah lama tak update blog.
Dah lama tak blogwalking.
Itu hari pun sat jer dapat jenjalan blog korang.
Busy sikit laa sekarang.
Hujung-hujung tahun neh biasa laa kan.
Nak audit ISO apa semua.
Hmm.

Tapi dalam dok busy tu sempat lagi tengok account Nuffnang.
Hahahaha.
I dah boleh cashout dah.
Tapi belum dapat lagi ler duitnya.
Tak payah nak kumpul banyak-banyak.
Cukup rm50, cashout terus.
Nanti kalau ada rejeki depa up lagi pendapatan kita.
Kan kan kan.
(^___^)v

Dapat duit nanti boleh laa p beli minyak enjin untuk Loewy.
Rasanya nak kena tukar tu.
Uhuks.
Loewy neh bukan macam enjin yang lain.
Gearbox share minyak dengan enjin.
So perhatian kena lebih.

Nanti kumpul duit Nuffnang lagi.
Sila gigih DK.
Usaha tangga kejayaan.

Tapi kan bila kita dah cashout, makin bertambah-tambah plak iklan yang kita dapat.
Ini serius.
Wah memang rejeki betul.
Thank you Nuffnang.
Thank you jugak kepada pengiklan-pengiklan yang sudi kasi KITA ADA MISI peluang untuk promosikan produk korang.
Lebiu So Much.
--XOXO--



tadaa.
dah cashout.


tadaa.
kan dah kata.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, December 10, 2010

Loewy The Mini Clubman














Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, December 07, 2010

Dah Dapat Golden Loewy, Blog Dilupakan




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Apa khabar kawan-kawan?
Sihat meh?

Sorry laa semua, lama tak update and blogwalking.
Internet kat rumah neh haa buat hal.
Slow nak mampoih.
Bandwidth dah over limit katanya.
Padahal baru awal bulan.
Tekanan oh.

Ada story terbaru kah?
I neh sejak ada golden loewy, rajin dok p melepak kat forum kereta lama.
Depa kat sana baguih-baguih laa.
Ramah tamah.
Banyak ilmu yang i dapat kat situ.
Well, i kan buta ilmu kereta.
Lelagi kereta lama macam mini clubman i tu.

Itu pun 1 hal belum settle lagi.
Blom buat inspection.
Belum tukar nama.
Belum hidupkan roadtax.
Eish.

Tadi i dah story telling kat abang numbe 1 tu.
Pergh dia punya volume tahap maximum.
Padan muka i.
Buat something taknak habaq kat depa.
Tapi bila depa dah tengok photo golden loewy, terus volume paling minimum.
Puas hati laa tu tengok body elok.

Lepas dah segala azab yang ada.
Alhamdulillah.
Sat lagi loewy sampai, nak kena kentalkan diri balik.
Kut-kut laa ada prob here and there.
Kompem kena tarbiah kaw-kaw.
Hope takda masalah laa kan.
Amiiinnnn.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, December 04, 2010

Dah Dapat Pengganti Loewy




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Harini i tak nak cakap pasal harga minyak naik.
Itu sangat menyakitkan hati.
Harini i nak cerita yang sangat best.
Best pada i laa.

Hey peeps.
I dah dapat pengganti Loewy okayy.
Meet my new golden Loewy.

Mini Clubman 1977

O yeay.
Puas i mencari and finally i dapat jugak.
Betapa syoknya i tahu tak?
Macam tak percaya tapi itulah kenyataannya.
I dapat golden Loewy neh kat Titi Serong, Parit Buntar.
Body okayy.
Enjin okayy.
Aircond okayy.
Radio okayy.
Semuanya okayy laa.

Tapi buat masa sekarang Loewy takda dengan i.
Dia ada dengan boipren.
Esok baru boipren i anto ke Taiping.
Saja bagi dia test drive.
Wee.
Tak sabaq nak bawak round-round Taman Tasik.

Tapi i kena buat inspection kat Puspakom dulu.
Roadtax dah mampoih.
Nak kena tukar nama apa semua dulu then baru boleh round-round.
O men eksaitednya.
(^___^)v

Sekarang neh i sangat kayap tahap manusia.
Kalau boleh jual bulu, i nak jual segala bulu yang ada neh.
I kekurangan duit.
Tapi Loewy punya pasal, i turutkan jua.
Takpa nanti kita pulun OT naa.
Boleh cover here and there.
Tak sabar nak cat lain.
Tak sabar nak buat interior kasi kemaih.
OMG OMG OMG.



tadaaaaaaa.
hikiks.
:p
buat bodywork sikit-sikit lepastu tiptop dah.
yeay.
gila laa aku dah ada dua bijik kereta.
=_=



**nak buat inspection, tukar nama, buat insurans dah takda duit. uh daddy, please help me!




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, December 02, 2010

Dua Kali Frust Dalam Masa Terdekat







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Wassup peeps?
Ada cerita terbaru tak?

Okayy sekarang i dalam mood frust.

1. tak dapat keje kat Perbadanan Putrajaya
2. tak dapat sambung belajar kat UTMSpace

Liat betul nak lekat salah 1 tu pun.
Yeah, bukan rejeki i kan.
T___T
Nak buat part time study pun payah.
Isk.

I just berharap misi untuk mendapatkan kereta idaman tercapai.
Tak nak laa frust lagi.
Huhuhu.



**nak meditasi lah macam neh =_=




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics